Anda di halaman 1dari 18

1.

Ulasan / Refleksi Artikel


Teaching Children Hygiene Using Problem Based Learning:
The Story Telling Approach to Games Base Learning oleh
David Farrell, Patty Koskotva, Donna Lecky, & Cliodna McNulty.

Artikel yang dinyatakan seperti di atas adalah salah satu contoh kertas kerja di mana satu kajian
yang dijalankan bagi menunjukkan sejauh mana keberkesanan Pembelajaran Berasaskan
Masalah (PBM) dalam membantu individu mancapai kefahaman berdasarkan e-bugs ataupun
Pembelajaran Berasaskan Permainan. Dalam artikel ini, ianya menyatakan bahawa PBM
membantu individu menyelesaikan beberapa masalah dalam Pembelajaran Berasaskan
Permainan bagi mencapai Hasil Pembelajaran yang khusus.
Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) ini telah diwujudkan di Eropah membantu muridmurid untuk memahami konsep kebersihan. Ini adalah kerana kebanyakan negara di Eropah,
pembelajaran dimulakan

dengan permainan telebih dahulu. Ini adalah bertujuan bagi

mewujudkan pembelajaran secara tidak langsung di kalangan murid-murid. Menurut Squire


(2008), Svarosky dan Shaffer (2007) mennyatakan bahawa individu ataupun pemain boleh
mendapat pemahaman dunia sebenar melalui permainan video komersial. Namun begitu, juga
berpendapat bahawa tidak semua pendidik mampu menggunakan permainan dalam pengajaran
dan pembelajaran tetapi menggunakan faktor persekitaran sebagai medium pembelajaran.
Suruhanjaya Eropah telah membiayai projek e-Bug dimana matlamat ataupun tujuan penubuhan
program itu adalah bagi meningkatkan pengetahuan kanak-kanak dalam menjaga kebersihan
tangan dan pernafasan melalui pendidikan. Program e-Bug ini disediakan kepada 2 kumpulan
sasaran iaitu bagi golongan berusia yang 9-12 tahun dan 13-15 tahun. Untuk memastikan
program ini berjaya, dua pek e-Bug dibekalkan bagi setiap golongan di mana satu pek digunakan
dalam bilik darjah manakala satu pek lagi digunakan untuk murid itu sendiri yang boleh
dimainkan secara dalam talian pada masa lapang. Program e-Bug ini juga bertujuan mengajar
tanpa memerlukan guru membina pengajaran yang pasif di sekitar mereka. Permainan ini dibina
berasaskan gabungan permainan berbentuk tradisional namun disesuaikan dengan pembelajaran

berasaskan model. Namun begitu, masih ada kebimbangan sama ada e-Bug dapat mewujudkan
keseronokan dalam pendidikan. Ini kerana pelajar dilihat perlu mempunyai motivasi dan disiplin
diri yang tinggi bagi menjalankan pembelajaran ini secara berdikari. Ini adalah kerana permainan
e-Bug ini memerlukan pelajar untuk belajar mengikut masa mereka sendiri dan boleh dimainkan
pada bila-bila masa.

Dalam artikel ini, unsur-unsur keseronokan yang amat digemari oleh pelajar iaitu unsur seperti
menembak tidak disertakan. Ini adalah bertujuan bagi mengelakkan permainan sebagai tidak
bermanfaat dalam pendidikan. Oleh yang demikian, dalam artikel tersebut, dicadangkan bahawa
Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) adalah sesuai kerana kaedah ini mendorong
pembelajaran menyelesaikan masalah berdasarkan permainan yang dimainkan.

Melalui kaedah PBM, masalah ditimbulkan dan dikenalpasti sebelum sesuatu pembelajaran
berlaku dan ianya dapat mewujudkan pengetahuan baru pelajar. Melalui PBM ini, ianya
menggalakkan pembelajaran kendiri pelajar-pelajar secara optimum dan hanya melibatkan
penglibatan murid secara minum. PBM digunakan secara meluas dalam pelbagai bidang,
terutamanya dalam bidang perubatan, maka PBM boleh disesuaikan untuk Program e-Bug.
Dalam artikel tersebut juga turut menyatakan bahawa terdapat beberapa kajian yang telah
dijalankan bagi membincangkan keberkesanan PBM ini dalam pengajaran. Artikel ini ada
menyebut melalui kajian yang dijalankan oleh Picard mendapati PBM dalam permainan
perniagaan akan memberi kesan positif ke atas pelajar universiti dari segi kepuasan dan
pencapaian pembelajaran mereka.

Artikel di atas ada menyebut bahawa sekiranya

mahu e-Bug dilaksanakan dengan lebih

berkesan, ianya telah menggariskan lima peringkat PBM yang bersesuaian. Artikel ini turut
mengemukakan bagaimana permainan dapat menyampaikan Hasil Pembelajaran Khusus
menggunakan kaedah PBM. Lima peringkat yang menjadi tunjang kepada kejayaan sesuatu HPK
ialah:

1)

Peringkat 1: Pengenalan Topik


Dalam peringkat ini, pengenalan topik merupakan strategi awal bagi
memberi gambaran awal kepada masalah yang perlu diatasi. Contoh,
Seorang pelajar makan disebuah kedai tetapi merasa mual dan muntahmuntah setelah selesai makan. Ibu dan bapa kanak-kanak tersebut perlu
mencari punca bagaimana kejadian tersebut boleh berlaku.

ii

Peringkat 2: Pernyataan Masalah


Peringkat ini merupakan teori yang boleh dihubungkaitkan kepada
masalah yang dihadapi. Teori yang dikemukakan merupakan sebab
masalah yang dinyatakan boleh berlaku. Sebagai contoh, ibu kepada
kanak-kanak yang keracunan makanan itu membuat teori bahawa
makanan yang dihidangkan tidak bersih dan telah tercemar

.
iii

Peringkat 3: Hipotesis (Pendapat yang dipercayai benar tetapi belum


dibuktikan lagi)
Peringkat ini merupakan usaha untuk menyelesaikan masalah. Pada
dasarnya terdapat teori yang mengaitkan permasalahan ini, hipotesis
digunakan untuk mengenal pasti potensi bukti yang dikemukakan.
Kebarangkalian ini dapat mencadangkan sama ada bukti tersebut relevan
dan bertepatan dengan permasalahan yang dibincangkan. Contoh,
hipotesis kebersihan makanan boleh dijadikan punca kepada penyakit
yang dihadapi kanak-kanak itu berdasarkan makanan yang sudah melekit
serta persekitaran dapur yang kotor dikedai itu.

iv

Peringkat 4: Penyelidikan
Peringkat penyelidikan merupakan kesinambungan setelah memutuskan
untuk meneruskan hipotesis yang diperolehi. Penyelidikan dapat
membantu mengesan sama ada hipotesis yang dipilih itu tepat berdasarkan

bukti yang diperoleh. Contoh, setelah membuat keputusan untuk


meneruskan bukti bahawa keracunan makan itu disebabkan oleh
persekitaran kedai yang tidak bersih, tinjauan ke bahagian dapur kedai
boleh dilakukan. Selain itu, proses mendapatkan maklumat dari saksi-saksi
ataupun bahan-bahan bukti seperti lipas dan sisa makanan yang tercemar
boleh diambil sebagai bukti . Ringkasnya, setiap maklumat yang diperoleh
merupakan punca kepada masalah penyelesaian masalah yang dihadapi.
v

Peringkat 5: Membentangkan Keputusan


Pada peringkat ini, keputusan dibentangkan setelah penyelidikan
dilakukan dan dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi. Keputusan
yang dilakukan boleh menyangkal semua teori yang berkaitan dengan
masalah sebelumnya.

Menurut artikel diatas, menyatakkan bahawa pembelajaran secara permainan ini memberi impak
yang positif dalam konteks keberkesanan pembelajarannya. Namun begitu, PBM merupakan
nadi

kepada murid-murid untuk lebih proaktif dalam mencari maklumat dan melakukan

penyelidikan secara kendiri. Dengan ini, pelajar akan lebih berkeyakinan dalam menyelsaikan
sesuatu tugasan. Pelajar lebih berminat untuk mengharapkan bantuan ataupun panduan
sepenuhnya dalam permainan berbanding pemerhatian mereka melalui tontonan video. Oleh
sebab itu, murid-murid tidak menikmati, menghayati, serta mempelajari kepentingan membaca
dalam permainan video yang dimainkan. Perkara ini diakui sendiri oleh Pengarah Permainan
World of Warcraft dimana ramai pemain kurang berminat untuk membaca teks yang diberi
berbanding permainan yang dimainkan.
Rumusan yang dinyatakan dalam artikel tersebut menggabungkan pendekatan yang ada dalam
permainan e-Bug dengan pedagogi Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) yang bertujuan
untuk mengajar murid-murid tentang kebersihan mikrob dan penggunaan antibiotik yang sesuai.
Kajian yang dilaksanakan oleh penulis jelas menunjukkan secara terperinci bahawa PBM boleh
digunakan untuk mengajar pelbagai Hasil Pembelajaran dalam menggunakan permainan
pengembaraan.

Dalam artikel yang dinyatakan, penulis ada menyatakan bahawa pengajaran berasaskan
PBM ini mempunyai kesan positifnya yang tersendiri.. Ini dibuktikan melalui keberkesanan
PBM dalam latihan-latihan berasaskan perubatan. Oleh sebab itu, penulis berasakan bahawa
kaedah PBM boleh dipraktikkan dan sesuai dengan permainan e-Bug yang dihasilkan.
Melalui pemerhatian saya, kaedah PBM ini amat sesuai dipraktikkan disekolah. Ini dapat dilihat
melalui kajian-kajian yang telah dijalankan mendapati pembelajaran dan juga isi pelajaran yang
disampaikan lebih berkesan berbanding pembelajaran secara formal. Menurut artikel tersebut,
PBM seharusnya di terapkan dalam pembelajaran di sekolah-sekolah melalui program e-Bugs
yang telah disarankan. PBM ini bukan sahaja sesuai untuk diajar untuk mata pelajaran
Pendidikan Kesihatan, malahan sesuai untuk semua matra pelajaran. Melalui kajian yang telah
dijalankan, PBM boleh digunakan dalam pelbagai Hasil Pembelajaran Khusus sesuatu mata
pelajaran.
Menurut artikel di atas, pelbagai kajian telah dijalankan bagi menguji keberkesanan PBM ini.
Walaupun tiada bukti yang dapat menggambarkan kejayaan PBM dalam Pembelajaran
Berasaskan Permainan ini, PBM dilihat sebagai satu medium pengajaran yang seharusnya
dipraktikkan oleh semua pelajar. Ini dapat dilihat melalui pembelajaran Program e-Bugs yang
berasaskan PBM kerana e-Bug menggunakan konsep permainan pengembaraan dalam
perlaksanaannya.

Dalam Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) pelajar digalakkan menggalakkan untuk


mengamalkan kemahiran berfikir secara kreaktif dan kreatif (KBKK) berfikir, mengkaji,
bertindak, dan membuat keputusan dalam setiap permasalahan yang dikemukakan dengan
mendapat bimbingan guru yang minima. PBM ini juga menggalakkan murid agar berdikari dan
berkeyakinan terhadap setiap keputusan yang dilakukan. Ini secara tidak langsung menggalakkan
murid untuk berfikir secara kreatif dan kritis dalam mengumpul maklumat dan menyelesaikan
setiap masalah yang dihadapi.
Untuk pelajar memahami sesuatu pelajaran yang disampaikan dengan berkesan, lima peringkat
PBM perlu diamalkan. Lima peringkat ini adalah bertujuan untuk membantu murid memahami

setiap situasi yang diberi. Setiap langkah yang perlu dituruti merupakan langkah untuk
menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi. Di akhirnya, pelajar harus bijak memilih sesuatu
keputusan bedasarkan peringkat penyelesaian masalah yang telah dijalankan menggunakan
kaedah PBM yang telah dijalankan.

Kesimpulannya, PBM ini dilihat amat berkait rapat dengan strategi berpusatkan murid. Ini dapat
dlihat melalui penglibatan murid yang maksimum dan penglibatan guru yang minimum. Murid
terlibat sepenuhnya dengan setiap aktiviti yang telah dirancang manakala guru pula bertindak
sebagai fasilitator atau pembimbing. Guru hendaklah memantau prestasi pelajar agar dapat
mengikuti pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan dalam suasana yang terkawal dan
menyeronokkan.

2.0

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (FORMAT KURIKULUM STANDARD


SEKOLAH RENDAH)
Subjek

: Pendidikan Kesihatan

Kelas

: 2 Delima

Bil. Murid

: 40 murid ( 25 lelaki & 15 perempuan )

Kehadiran

: 38 / 40 orang

Tarikh

: 15 Januari 2013

Masa

: 11.30 12.00 pagi (30 minit)

Modul

: Kesihatan Fizikal

Tajuk

: Pemakanan

Alatan

: LCD

Elemen Merentas Kurikulum (EMK) : TMK, Kreativiti dan Inovasi


Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS): B3 D3 E1
Fokus Pembelajaran:
Mengenalpasti jenis makanan dan minuman yang boleh menyebabkan berat badan
berlebihan dan obesiti..
Standard Pembelajaran:
1.1.3

mengamalkan pemakanan yang seimbang untuk pertumbuhan dan perkembangan


fizikal yang sihat.

Objektif:
Murid dapat menyatakan jenis-jenis makanan seimbang dan menyatakan jenis-jenis
makanan yang menyebabkan berat badan berlebihan dan obesiti.

Masa / waktu

Gerak Kerja

Butiran

Aktivit

Catatan

Mengajar
Set induksi

- Soal jawab

- Guru bersoal jawab mengenai

- Gambar 1

- gambar

( 3 minit )

- PBM 1

kegemukkan dan obesiti

Apakah yang boleh

dan kad

( Pengenalan Topik )

- Murid membezakan antara kedua-dua

kamu nyatakan

imbasan

jenis makanan.

berdasarkan gambar

- Murid menerangkan secara rawak

ini?

tentang trend pemakanan mereka


bedasarkan gambar yang ditayangkan.

- Gambar 2
Apakah yang boleh
kamu nyatakan
berdasarkan gambar
ini?

Langkah 1

- Tayangan slaid

- Guru mempertontonkan cerita Kisah

- Tayangan slaid

- LCD

- Kisah Hidup

Hidup Wawan

tentang kisah Hidup

- Teks

Wawan

- Guru mengedar teks bertajuk Kisah

Wawan.

cerita

- PBM 2

Hidup Wawan.

- Bacaan teks secara

( Penyataan Masalah

- Membuat sedikit simulasi berdasarkan

akaliah

Simulasi

yang dihadapi )

teks.

(Rujuk lampiran 1)

- Murid-murid mencatat maklumat

- Lakonan

penting yang terdapat dalam teks.


Langkah 2

- Pembahagian

- Guru membahagikan kelas kepada 4

- Perbincangan dalam

kumpulan

kumpulan

kumpulan

- Menyatakan corak

- Murid menyatakan masalah yang

- Menyatakan

dan jenis makanan

dihadapi oleh Wawan.

masalah yang

yang sihat

- Murid di minta menyenarai punca-

dihadapi

- PBM 3

punca yang difikirkan sesuai

(Membuat

mengapakah Wawan mengalami obesiti.

Hipotesis)

- Murid diminta menyatakan rasional

- PBM 4

yang dapat menyokong pendapat mereka

(Penyelidikan )

berkenaan punca-punca Wawan


mengalami obesiti.

Langkah 3

- Mengenal jenis

- Murid memilih satu sahaja punca

- Contoh ;

makanan yang

Wawan di masukkan ke dalam hospital.

sesuai

Jawapan tersebut mestilah yang paling

Kumpulan 1

- PBM 5 (Membuat

tepat.

Punca Wawan

keputusan dan

- Murid membentangkan rasional

mengalami obesiti?;

membentangkan

pemilihan jawapan tersebut bedasarkan

Wawan tidak

hasil kerja )

maklumat yang diperolehi dan difikirkan

mengamalkan corak

sesuai.

pemakanan yang

- Murid membuat perbentangan hasil

seimbang

kerja di hadapan kelas.


Sebab?
Wawan banyak
mengambil makanan
dan minuman yang
boleh menyebabkan
kegemukkan

Langkah 4

- Kenal makanan

- Guru mengedar lembaran kerja.

- Rujuk lampiran 2

BBM

yang menyebabkan

- Murid mengenalpast dan menanda (/)

Lembaran kerja

Lembara

kegemukkan

pada jenis makanan yang boleh

- Sila rujuk lampiran

n kerja

menyebabkan obesiti dan kegemukkan.

- Murid membentangkan jawapan yang


telah dipilih.

Langkah 5

Pentaksiran,

-Murid menyatakan kepentingan kita

Lembaran kerja

BBM-

penilaian dan

mengamalkan pemakanan yang sihat.

- Sila rujuk lampiran

Lembara

refleksi

- Mengedar lembaran kerja sebagai


pentaksiran terhadap PNP yang telah
dijalankan.
- Rumusan pelajaran.

n kerja

Kisah Hidup Wawan


Wawan merupakan kanak-kanak berusia 10 tahun. Dia
dilahirkan dari keluarga yang kaya. Oleh yang demikian, apa
sahaja yang diingininya pasti akan ditunaikan oleh ibu dan
bapanya. Mereka sering membawa Wawan makan di kedai
makanan segera.
Walaupun usia Wawan masih muda, namun fizikal badannya
tidak sesuai dengan umurnya. Ini adalah kerana Wawan tidak
mengamalkan diet pemakanan yang sihat. Wawan mempunyai
berat badan 45 kilogram. Setelah pergi ke klinik, Wawan telah
disahkan obesiti ataupun mempunyai berat badan yang
berlebihan. Namun begitu, Wawan tetap tidak
menghiraukannya. Dia sering makan makanan yang mempunyai
kolestrol yang tinggi dan berminyak. Wawan suka makan
makanan ringan dan minum air yang berkabonat. Oleh kerana
itu, Wawan sering keletihan dan tidak mampu untuk berjalan
dengan normal sepertimana kanak-kanak lain yang seusianya.

LAMPIRAN 1

LAMPIRAN 2

Refleksi Pembelajaran:
38 daripada 40

orang murid boleh mengamalkan pemakanan yang seimbang dan dapat

membezakan makanan yang seimbang dengan makanan yang boleh menyebabkan kegemukkan
dan obesiti.
Catatan Guru:
Dalam penulisan rancangan mengajar ini, saya telah menggunakan kaedah Pembelajaran
Berasaskan Masalah (PBM) sebagai kaedah pembelajaran. Tajuk dan topik yang dipilih sangat
sesuai menggunakan kaedah ini kerana kaedah ini dapat menggalakkan murid-murid untuk
berfikir disamping mengetahui kesannya.
Dalam menyediakan Rancangan Pelajaran ini, kaedah PBM perlu dilaksanakan dalam
lima peringkat, di mana saya aturkan kelima-lima peringkat ini mengikut langkah-langkah
pengajaran dan pembelajaran yang telah saya rancangkan. Penyusunan kaedah PBM ini perlu
mengikut urutan agar hasil pelajaran khusus dapat dicapai. Kaedah yang saya laksanakan ini
menunjukkan impak yang positif terhadap mud murid-murid untuk mengikuti pelajaran yang
dipelajari dan memudahkan pemahaman murid terhadap isi pelajaran yang hendak disampaikan.
Peringkat 1 iaitu pada aktiviti set induksi, saya menerapkan kaedah PBM peringkat
pertama iaitu pengenalan topik. Pada peringkat ini, saya menggunakan kaedah bersoal jawab dan
meminta respons murid terhadap bahan ransangan yang dipamerkan. Aktiviti ini penting bagi
pengenalan kepada murid tentang tajuk pelajaran yang hendak dipelajari. Selain itu, aktiviti ini
juga bertujuan untuk menarik minat murid untuk bersama-sama berkongsikan maklumat yang
mereka tahu berkenaan dengan diet makanan yang sihat.
Peringkat ke-2, saya menerapkan PBM peringkat kedua iaitu penyataan masalah yang
dihadapi. Mengikut aktiviti yang saya sediakan, murid akan dipertontonkan dengan tayangan
slaid gambar bersiri tentang `Kisah Hidup Wawan. Tayangan ini adalah untuk mencungkil
permasalahan yang dihadapi oleh Wawan di dalam hidupnya. Menurut aktiviti yang saya

rancangkan, pendedahan terhadap permasalahan yang dihadapi oleh Wawan saya realitikannya
melalui bacaan teks secara akaliah dan juga sedikit simulasi. Dengan aktiviti yang telah saya
rancangkan, murid akan lebih jelas memahami tajuk pelajaran yang akan dipelajari dan juga
dapat merasai watak Wawan di dalam certa tersebut. Semasa aktiviti bacaan teks secara akaliah
dan mekanis, pelajar akan membuat catatan berkenaan isi-isi penting yang terkandung di dalam
teks.
Dalam langkah ke-2 pengajaran dan pembelajaran saya, saya telah menggunakan kaedah
PBM peringkat yang ketiga iaitu membuat hipotesis. Dalam langkah ini, hipotesis merupakan
cara untuk menentukan apakah faktor-faktor yang menyebabkan Wawan mengalami obesiti
ataupun kegemukkan. Aktiviti ini dijalankan dalam berkumpulan dan setiap kumpulan membuat
sebarang andaian tentang faktor-faktor yang menyebabkan Wawan mengalami obesiti. Ada
diantara kumpulan yang dapat menyatakan bahawa Wawan mengalami obesiti melalui faktor
keturunan dan ada diantaranya yang mengaitkan faktor pemakanan yang menyumbang kepada
permasalahan yang dihadapi oleh Wawan.
Peringkat 4 PBM iaitu membuat penyelidikan saya telah jalankan pada Langkah ke-2.
Dalam aktiviti ini, murid membuat penyelidikan melalui maklumat-maklumat yang diperolehi.
Kebanyakkan murid-murid menyatakan faktor utama yang menyumbang kepada permasalahan
yang dihadapi oleh Wawan ialah faktor pemakanan. Mengikut teks yang telah dibaca, ada
menyelitkan beberapa maklumat berkenaan trend pemakanan yang diamalkan oleh Wawan.
Melaui maklumat yang diperolehi, Wawan mengamalkan diet pemakanan yang tidak seimbang.
Wawan banyak mengambil makanan yang boleh menyebabkannya mengalami kegemukkan dan
obesiti. Oleh kerana yang demikian, majoriti setiap kumpulan di dalam kelas tersebut
menyatakan bahawa faktor pemakanan merupakan faktor utama yang menyebabkan Wawan
mengalami obesiti.
Peringkat 5 PBM iaitu membuat keputusan dan membentangkan hasil dapatan, saya telah
selitkan di dalam aktiviti ataupun langkah ke 3. Dalam aktiviti ini, murid akan memilih satu
sahaja punca

yang

menyebabkan Wawan

mengalami

obesiti.

Murid

juga diminta

membentangkan rasional terhadap pemilihan punca obesiti tersebut. Aktiviti ini menggalakkan

murid untuk memberanikan diri untuk berhadapan dengan orang ramai disamping murid dapat
bersama-sama berkongsi maklumat yang diperolehi menerusi perbincangan dari kumpulan yang
berlainan.
Pada langkah ke-4 aktiviti yang saya jalankan ialah aktiviti pemahaman terhadap isi pelajaran
yang perlu dicapai oleh murid-murid. Aktivit yang dijalankan ialah murid perlu mengenalpasti
dan menanda (/) pada makanan yang boleh menyebabkan kegemukkan dan obesiti.
Langkah ke 5 merupakan langkah penutup. Dalam aktiviti ini, saya menjalankan pentaksiran,
penilaian dan refleksi. Pentyaksiran yang telah dijalankan berupa aktiviti dengan menggunakan
lembaran kerja yang memerlukan murid untuk memadankan maklumat yang telah mereka dapat
daripada aktiviti ke-4 pada gambar yang telah disediakan. Setelah selesai membuat aktiviti
pentaksiran ini, saya dapati 38/40 ataupun 95% orang murid dapat menguasai pelajaran dengan
cemerlang. 2 orang murid ataupun 5% murid tidak dapat menjalankan aktiviti pentaksiran ini
kerana mereka tidak dapat menghadirkan diri ke sekolah. Secara keseluruhannya, murid dapat
mencapai objektif pelajaran yang telah ditetapkan.
Kesimpulan:
Secara keseluruhannya, setelah menggunakan kaedah PBM ini sebagai kaedah pengajaran, saya
dapati PBM merupakan kaedah pengajaran yang sesuai dipraktikkan oleh semua guru-guru. Ini
adalah kerana melalui PBM ini, murid akan dapat melatih diri untuk berdikari, mempunyai
keyakinan diri yang tinggi dan juga mampu untuk berhadapan dengan orang ramai...
Selain itu, melalui PBM juga, saya dapat menarik perhatian murid-murid untuk terus
mengikuti pembelajaran yang diajar. Ini dapat dilihat melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan
dapat menarik perhatian murid.Secara tidak langsung, murid dapat bersama-sama berbincang
tentang permasalahan yang dihadapi dan bekerjasama untuk mencari jalan penyelesaian yang
sewajarnya. Aktiviti ini juga dapat melatih murid untuk berfikir secara kritis dan kreatif dan
secara tidak langsung, modal insan yang hendak dihasilkan akan lebih berdaya saing dan mampu
untuk berfikir selangkah ke hadapan.
Kesimpulannya, PBM sememangnya dapat membantu menggerakkan minda murid-murid
dan membantu guru membina aktviti pembelajaran dengan baik. Namun begitu, pihak yang
bertanggungjawab perlulah mengambil langkah yang sewajarnya bagi memantapkan ilmu

pengetahuan tentang perlaksanaan PBM ini disekolah Setiap peringkat yang PBM yang
dijalankann merupakan cara untuk membantu guru menyediakan aktiviti serta bahan
pembelajaran yang bersesuaian mengikut tajuk atau topik pengajaran dan pembelajaran yang
dipilih. Diakhirnya, modal insan yang akan dihasilkan akan lebih berketerampilan, berdaya saing
dan seimbang dari segi emosi, jasmani, rohani dan intelek selaras dengan apa yang dikehendaki
menerusi Falsafah Pendidikan Negara.

Rujukkan
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2011). Kurikulum standard sekolah rendah: panduan
pengajaran pendidikan kesihatan tahun 2. Bahagian Pembangunan Kurikulum.
Kuala Lumpur
1.

2.