Anda di halaman 1dari 40

KERTAS KERJA BIG FASA 6

PROGRAM BINA INSAN GURU (BIG) PERINGKAT IV FASA VI


PPG KOHORT 1 (JUN 2011)

1.

PENGENALAN PROGRAM BINA INSAN GURU (BIG).

Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan satu program yang


dirangka khas bagi memenuhi keperluan Program Pengsiswazahan Guru
(PPG) bagi memenuhi syarat mendapat Ijazah Sarjana Muda Perguruan.
Program ini diletakkan di bawah komponen Asas Dinamika Guru (ADG) bagi
kumpulan PPG TESL 2 Semester 8, melalui penyertaan dan penglibatan
guru-guru pelatih, matlamat program dalam menerapkan nilai-nilai hidup
bermoral dan beragama sebagai fokus utama dalam proses pembinaan
insan guru dapat dipenuhi. Segala pengisian program tersebut juga selaras
dengan asas pembinaan insan guru yang berpaksikan kepada pegangan
Prinsip Rukun Negara sekaligus menjadi asas pembentukan masyarakat dan
menjadi kerangka kepada pembentukan negara bangsa.
Proses pembinaan insan guru terbina berlandaskan kepada aspek
kesedaran bahawa profesion perguruan adalah mulia. Insan guru dilihat
sebagai golongan yang dapat membina generasi yang cemerlang di samping
menjadi role model kepada masyarakat. Justeru itu, guru memerlukan
kekuatan dan kemantapan dalam diri mereka dari semua aspek sama ada
jasmani, emoasi, rohani atau intelek. Sebagai insan yang bergelar guru juga
adalah suatu kewajipan untuk menampilkan peribadi dan jati diri yang baik di
samping meningkatkan kualiti dan keterampilan diri. Oleh itu, pengisianpengisian positif, penerapan nilai-nilai murni dan pengalamannya juga perlu
dalam diri guru agar ia menjadi contoh dan ikutan kepada anak didik
khususnya dan masyarakat amnya dalam mengharungi cabaran di era
globalisasi.
Bina Insan Guru FASA 6 | 1

2.

LATAR BELAKANG PROGRAM

Program BIG Peringkat 4 Fasa 6 menurut pro forma WAJ3114


(Lawatan Benchmarking) memperuntukan sebanyak 10 jam ini melibatkan
aktiviti berikut iaitu aktiviti di IPG melibatkan Taklimat Umum BIG telah
dilaksanakan selama 3 jam pada 24/01/2015.Maka 2 jam diperuntukan untuk
pelajar PPG menghadiri bengkel bertema Guru Inovatif seperti tajuk yang
disenarai pendekkan serta 3 jam lawatan ke sekolah Guru Cemerlang.
Pelajar PPG juga perlu menghadiri bengkel refleksi keseluruhan BIG Fasa 1
hingga

Fasa

selama

jam

bersama-sama

dengan

pensyarah

pembimbing.Tempoh menyiapkan laporan dan refleksi adalah selama 1 jam.


Maka lengkaplah tempoh pelaksanaan BIG Peringkat IVFasa VI ini selama
10 jam.

3.

RASIONAL PROGRAM BINA INSAN GURU (BIG)


Program Bina Insan Guru (BIG) melibatkan semua pelajar Program
Pensiswazahan Guru (PPG). Pelaksanaan BIG adalah berasaskan kepada
kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia dan insan guru adalah
pembina generasi , pembentuk jati diri dan role model kepada masyarakat .
Oleh itu, guru harus mampu menyesuaikan diri dalam semua keadaan dan
mampu menangani cabaran era globalisasi. Program ini direalisasikan
melalui satu pakej aktiviti luar dan dalam kampus sepanjang enam semester
tempoh pengajian. Melalui aktiviti yang dirancang, pelajar dapat mengenal
diri yang sebenar (real-self) dan mampu mengaplikasi pengetahuan dan
pengalaman yang diperoleh ke arah pembangunan diri sebagai insan guru
secara berterusan. Program ini diharap dapat melahirkan guru-guru yang
memiliki kemantapan sahsiah dan kuasa profesional yang tinggi serta
sentiasa bersedia menangani pelbagai cabaran pendidikan arus globalisasi.
Resolusi Konvensyen Pendidikan kali pertama tahun 2003 mengatakan ,
...... pendidikan guru hendaklah berterusan sifatnya dan berpaksikan hasrat
dan komitmen untuk melahir, membina, membentuk dan memupuk insan
Bina Insan Guru FASA 6 | 2

guru yang berkualiti iaitu yang memiliki keterampilan profesional yang


tinggidan dicirikan oleh penampilan diri yang terpuji selaras dengan hasrat
negara.

4.

OBJEKTIF PROGRAM BINA INSAN GURU ( BIG )


Pengisian Kurikulum BIG Semester 8 ialah Bengkel Guru Inovatif
yang bertujuan memberi pendedahan awal kepada pelajar PPG tentang ciriciri insan guru yang unggul dengan bersedia membantu dan mencurahkan
khidmat dan bakti kepada masyarakat. Objektif Bina Insan Guru (BIG)
Bengkel Guru Inovatif dan Lawatan Benchmarking (Guru Cemerlang) adalah:
i.

Membina kemahiran aras tinggi dalam menganalisis masalah dan


situasi

komplek

untuk

membuat

keputusan

yang

jitu

dan

menyelesaikan masalah serta berupaya berfikir secara reflektif untuk


melaksanakan penambahbaikan secara berterusan.
ii.

Menunjukkan kecaknaan terhadap kepentingan perkhidmatan kepada


komuniti.

iii.

Bertindak balas secara positif kepada keadaan dan keperluan


persekitaran

yang

berbeza

dan

mengembangkan

kemahiran

berkomunikasi dalam kepelbagaian budaya.


iv.

Menghayati dan menampilkan ciri-ciri kerohanian, nilai, etika dan


akhlak keguruan.

v.

Merancang, melaksana, memimpin program, bekerjasama dan


mengambil peranan secara aktif dalam kumpulan.

vi.

Mempamerkan daya ketahanan dan kekuatan fizikal, mental, emosi,


rohani dan sosial. Meningkatkan profesionalisme kendiri secara
berterusan.

vii.

Mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat dengan


komuniti pendidikan.

viii.

Melahirkan guru-guru pelatih yang mempunyai visi dan misi,


berdisiplin,

bertanggungjawab,

berdedikasi,

berperwatakan

dan

berkeperibadian mulia.

Bina Insan Guru FASA 6 | 3

ix.

Meningkatkan pengetahuan dan kecekapan perguruan sebagai


khidmat rujuk dalam bidang keguruan.

x.

Menyesuaikan diri dalam menghadapi pelbagai cabaran sebagai


seorang pendidik.

xi.

Memahami dan mengenalpasti ciri-ciri guru cemerlang dan cara


perlaksanaan tugasnya setiap hari.

xii.

Memahami

dan

menghayati

budaya

kerja

cemerlang

dan

mengaplikasikan dalam pengurusan pendidikan harian.

5.

6.

TARIKH PERLAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU ( BIG )


i.

Tarikh

: 15 April 2015

ii.

Hari

: Rabu

iii.

Masa

: 08.00 pagi 4.00 Petang

iv.

Tempoh Perlaksanaan

: 10 jam

AKTIVITI PROGRAM YANG DIJALANKAN


i.

Fasa 1- Lawatan Benchmarking ke Sekolah Guru Cemerlang


- Interaksi Profesional dengan Guru Cemerlang

Inovasi pedagogi Guru Cemerlang

Amalan PdP Guru Cemerlang

Ciri-ciri

Profesionalisme

dan

komitmen

Guru

Cemerlang
ii.

Fasa 2- Bengkel Guru Inovatif


- Bengkel 1 : Bengkel Kecemerlangan Pendidikan

Bina Insan Guru FASA 6 | 4

7.

TEMPAT
Tempat perlaksanaan Program BIG akan diadakan di Sekolah
Kebangsaan Kuala Pegang, 09110 Baling,Kedah.

8.

PESERTA KURSUS
Berikut adalah bilangan peserta kursus yang terlibat dalam Program BIG

9.

i.

Peserta Lelaki

ii.

Peserta Perempuan: 17 orang

iii.

Jumlah Peserta

: 26 orang

MENTOR TERLIBAT
i.

10.

: 9 orang

En. Mohd Nazdri Bin Mohd Akhir Mentor Pendidikan Islam 2

JAWATANKUASA INDUK

Penaung

: Tn Hj Mustafa bin Ahmad


Pengarah IPG Kampus Darul Aman
Tn. Hj. Hashm Bin Asman
Timbalan Pengarah IPG Kampus Darul Aman

Penasihat

: En. Mohd. Nadzri Bin Khair @ Mat Akhir


(Penyelaras PPG (Pendidikan Islam)

Pengerusi

: . Roswira Bin Ramli

Naib Pengerusi

: . Mohd Yazid bin Md. Zain

Setiuasaha

: Zalina Bt. Ismail


Bina Insan Guru FASA 6 | 5

Pen. Setiuasaha

: Naimah Bt. Mohamad Japeri

Bendahari

: Nor Mazidah bt. Che Lop

Ahli Jawatankuasa : Mat Rodzi bin Said


Azha Bin Daud
JAWATANKUASA KERJA :
Pengerusi Majlis

Kerohanian / Bacaan Doa

Nooraliza Bt Ali

Mohd Muslim Bin Othman

Dokumentasi

Tempahan Banner

Rohaya Bt. Mehat

Fauziah Bt. Saad

Umar Bin Said

Zarina Bt. Awang Kechik

Cenderahati

Jamuan

Tahirah Bt. Abd. Rahman

Salmah Bt. Ismail

Norhayati Bt. Abu Hussin @ Hashim

Mashitah Bt. Mohamad

Pencatat Minit Mesyuarat

Brosur

Kasirah Bt. Hassan

Zarina Bt. Awang Kecik

Saridah Bt. Harun

Mohd. Ghafri Bin Putih

AJK Penggubal Soalan

AJK Pendaftaran

Shakirah bt ismail

Hasniyah Bt. Hj Abd Rahim

Naimah Bt Japeri

Saridah Bt. Harun

AJK Jurufoto / video


Roswira Bin Ramli
Umar Bin Said

Bidang Tugas

Bina Insan Guru FASA 6 | 6

AJK Pendaftaran

Bidang tugas
-

Menyediakan

tempat

pendaftaran di kantin sekolah


-

Menyediakan

borang

pendaftaran rakan sekelas


AJK Kebajikan dan Keselamatan

Bidang Tugas
-

Memastikan kawasan selamat


sebelum dan selepas program
dijalankan.

Menjaga kebajikan semuaguru


pelatih

ketika

program

dijalankan.
AJK P.A. Sistem dan Teknikal

Bidang Tugas
-Memastikan

peralatan

siaraya

dalam keadaan baik.


-Menyimpan peralatan PA selepas
selesai digunakan.
AJK Bacaan Doa

Bidang Tugas
-

Membaca doa untuk melancar


dan

memohon

kesempurnaan

majlis
AJK Pengacara Majlis

Bidang Tugas
-Menyediakan

teks

sebagai

pengacara majlis
-Mengacara majlis bagi Program fasa
1 dan fasa 2

AJK Jurufoto / video

Bidang Tugas
-Mengambil gambar yang difikirkan
perlu semasa program fasa 1 dan 2
Bina Insan Guru FASA 6 | 7

berlangsung
-Memasukan

gambar

kedalam

komputer dan membina folder gambar


selepas gambar diambil
-Menyerahkan folder gambar yang
diambil

kepada AJK Dokumentasi

dan semua rakan PPG pada hari


tersebut juga.
-Mengambil rakaman video sepanjang
perjalanan program fasa 1 dan 2
berlangsung
-Menyerahkan video yang telah diedit
kepada

AJK

Dokumentasi

untuk

menjadi dokumentasi kumpulan.


-Menyerahkan rakaman video asal
kepada semua rakan PPG
AJK Hadiah dan Cenderahati

Bidang Tugas
-Menyedikan

Cenderahati

penghargaan kepada Pengetua SMK


Sik, Penceramah Bengkel, Jurulatih
BIG dan Mentor
-Menyediakan

cenderahati

kepada

guru pelatih PPG yang terlibat


AJK Dokumentasi

Bidang Tugas
-Menyediakan
program

bagi

laporan
fasa

sepanjang
1

dan

berlangsung
-Ketua

menyusun

tugasan

dokumentasi untuk menghasilkan


a. Laporan bergambar
b. Reflektif program fasa 1
c.Reflektif program fasa 2
d.Refleksi dapatan kelemahan dan
Bina Insan Guru FASA 6 | 8

kekuatan untuk kumpulan.


e. Menyediakan folio untuk dihantar.
AJK Brosur/Buku Program

Bidang Tugas
-Menyediakan Pamplet Program
-Mencetak Pamplet

AJK Pendaftaran

Bidang tugas
- Menyediakan tempat pendaftaran
- Menyediakan

borang

pendaftaran

rakan sekelas
AJK Penggubal Soalan

Bidang Tugas
- Memikir serta menyenaraikan soalan
yang difikirkan sesuai utk diajukan
kepada Guru Cemerlang semasa
interaksi profesional

AJK Bacaan Doa

Bidang Tugas
- Membaca doa untuk melancar dan
memohon kesempurnaan majlis

AJK Pengacara Majlis

Bidang Tugas
-Menyediakan

teks

sebagai

pengacara majlis
-Mengacara majlis bagi Program fasa
1 dan fasa 2

AJK Cenderahati

Bidang Tugas
-Menyedikan

Cenderahati

penghargaan kepada Guru Besar SK


Kuala Pegang, Penceramah Bengkel,
Jurulatih BIG dan Mentor

Bina Insan Guru FASA 6 | 9

AJK Jamuan

-Menyenaraikan menu sarapan pagi


dan makan tengahari yang difikirkan
sesuai untuk program.
-Memastikan

makanan

disediakan

mengikut masa yang ditetapkan untuk


program
AJK Pelaporan

Bidang Tugas
-Menyediakan
program

bagi

laporan
fasa

sepanjang
1

dan

berlangsung
-Ketua

menyusun

tugasan

dokumentasi untuk menghasilkan


a. Laporan bergambar
b. Reflektif program fasa 1
c.Reflektif program fasa 2
d.Refleksi dapatan kelemahan dan
kekuatan untuk kumpulan.
e. Menyediakan folio untuk dihantar.

12.

ANGGARAN PERBELANJAAN
a. Punca pendapatan Program BIG ini adalah daripada kutipan yuran guru
IPG.
Setiap guru IPG menyumbang RM 20.00 x 25
Jumlah

:RM 500.00
:RM 500.00

Bina Insan Guru FASA 6 | 10

b. Sekiranya wang kutipan tidak mencukupi, wang daripada tabung kelas


akan dikeluarkan bagi menampung perbelanjaan.
BIL

PERKARA

NILAI

1.

Hadiah kepada pihak sekolah

RM50.00

2.

Cenderahati pensyarah, GC, Sekolah SKKP

3.

Sarapan pagi (RM 1.50 x 25 orang)

4.

Makan tengahari (RM5.00 x 25 orang)

RM 125.00

JUMLAH

RM 362.50

RM150.00

RM37.50

Bina Insan Guru FASA 6 | 11

13.

PERALATAN
i.

P.A. Sistem

ii.

Laptop

iii.

LCD projektor

iv.

Kamera

v.

Video Kamera

vi.
14.

Microfon

PENGANGKUTAN
Semua peserta menggunakan kenderaan sendiri untuk ke Sekolah
Kebangsaan Kuala Pegang, 09110 Baling, Kedah untuk melaksanakan
Program BIG Peringkat 4 Fasa 6.

15.

TENTATIF PROGRAM

Bina Insan Guru FASA 6 | 12

Masa

Perkara

6.00 pagi

-Bertolak dari destinasi masing-masing ke Sekolah


Kebangsaan Kuala
Pegang, 09110Baling, Kedah

8.00 pagi

8.30 pagi

9.30 pagi

- Berkumpul di kantin untuk tujuan pendaftaran


- Minum pagi
- Mendengar taklimat ringkas daripada pengerusi
Program BIG 6
Sesi 1
Interaksi Profesional bersama Guru Cemerlang

- Memantau amalan PdP Guru Cemerlang


- Pengurusan fail
- Program yang dijalankan

11.30 pagi

Sesi 2
- BengkelKecemerlangan Pendidikan

1.30 petang

- Majlis perasmian penutup


- Pemberian cenderamata kepada pihak sekolah

2.00 petang

- Makan tengah hari


- Solat Zuhur

2.30 petang

- Bengkel Refleksi keseluruhan BIG Fasa 1 hingga Fasa 6

3.30 petang

Refleksi Kendiri
Bertolak pulang ke rumah masing-masing

14.

PENUTUP
Semoga Program ini dapat dijayakan dengan sebaik-baiknya dan
memberi impak kepada peserta. Adalah menjadi harapan agar program ini
mencapai

objektif dalam usaha

membentuk profesionalisme

guru

seterusnya merealisasikan Bina Insan Guru pada kali ini, Insya Allah.

DISEDIAKAN OLEH,

DISEMAK OLEH,
Bina Insan Guru FASA 6 | 13

.............................................................
( PN ZALINA BT ISMAIL )
AJK Kertas Kerja Program BIG Fasa Vi
PPG PI Kump 2 Semester 8
IPGM Darul Aman

..............................................................
(ROSWIRA BIN RAMLI)
Pengerusi Program BIG Fasa Vi
PPG PI Kump 2 Semester 8
IPGM Darul Aman

Disahkan oleh,
.......................................................................
(EN MOHD NAZDRI BIN MOHD AKHIR)
Pensyarah Pembimbing Program BIG Fasa VI
IPGM kampus darul Aman

LAPORAN BIG FASA 6


1. PENGENALAN PROGRAM
1.1. PENGENALAN
Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan satu program yang dirangka
khas bagi memenuhi keperluan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP)
bagi memenuhi syarat mendapat Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Program ini
diletakkan di bawah komponen Asas Dinamika Guru (ADG) bagi kumpulan PISMP
Pendidikan Khas/ Bahasa Melayu Semester 6, melalui penyertaan dan penglibatan
guru-guru pelatih, matlamat program dalam menerapkan nilai-nilai hidup bermoral
dan beragama sebagai fokus utama dalam proses pembinaan insan guru dapat
dipenuhi. Segala pengisian program tersebut juga selaras dengan asas pembinaan
Bina Insan Guru FASA 6 | 14

insan guru yang berpaksikan kepada pegangan Prinsip Rukun Negara sekaligus
menjadi

asas

pembentukan

masyarakat

dan

menjadi

kerangka

kepada

pembentukan negara bangsa.


Proses pembinaan insan guru terbina berlandaskan kepada aspek
kesedaran bahawa profesion perguruan adalah mulia. Insan guru dilihat sebagai
golongan yang dapat membina generasi yang cemerlang di samping menjadi role
model kepada masyarakat. Justeru itu, guru memerlukan kekuatan dan
kemantapan dalam diri mereka dari semua aspek sama ada jasmani, emosi, rohani
atau intelek. Sebagai insan yang bergelar guru juga adalah suatu kewajipan untuk
menampilkan peribadi dan jati diri yang baik di samping meningkatkan kualiti dan
keterampilan diri. Oleh itu, pengisian-pengisian positif, penerapan nilai-nilai murni
dan pengalamannya juga perlu dalam diri guru agar ia menjadi contoh dan ikutan
kepada anak didik khususnya dan masyarakat amnya dalam mengharungi cabaran
di era globalisasi.

2. MATLAMAT PROGRAM PENANDA ARAS GURU CEMERLANG


Matlamat Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa VI/ 2012 ini ialah bagi
memupuk kesedaran tentang perkembangan kemahiran latihan dan penandarasan.
Program ini bertujuan bagi mendedahkan pelajar kepada guru dan lawatan
benchmarking,

ciri-ciri

kepimpinan,

pengurusan

sekolah,

iklim

sekolah,

infrastruktur sekolah serta infrastruktur kurikulum di sekolah. Pelajar diharap dapat


membina pemikiran dan motivasi kendiri terhadap kerjaya keguruan serta
menghayati konsep kerja sebagai satu ibadat dalam hidup berbakti.
3. OBJEKTIF PROGRAM PENANDA ARAS GURU CEMERLANG
Setelah tamat program ini, peserta diharapkan akan dapat mencapat objektif
berikut :
Bina Insan Guru FASA 6 | 15

3.1. Membina kemahiran berfikir aras tinggi dalam menganalisis masalahdan


situasi untuk membuat keputusan yang jitu dan menyelesaikan masalah
serta

berupaya

berfikir

secara

reflektif

untuk

melaksanakan

penambahbaikan secara berterusan.


3.2. Menunjukkan kecaknaan terhadap kepentingan perkhidmatan kepada
komuniti.
3.3. Bertindak balas secara positif kepada keadaan dan keperluan persekitaran
yang berbeza dan mengembangkan kemahiran berkomunikasi dalam
kepelbagaian budaya.
3.4. Menghayati dan menampilkan ciri-ciri kerohanian, nilai, etika dan akhlak
keguruan.
3.5. Merancang, melaksanan, memimpin program, bekerjasama dan mengambil
peranan secara aktif dalam kumpulan.
3.6. Mempamerkan daya ketahanan dan kekuatan fizikal, mental, emosi, rohani
dan sosial.
4. MATLAMAT BENGKEL GURU INOVATIF
Program ini diharap dapat membantu guru-guru pelatih memahami bentukbentuk pengurusan cemerlang. Selain itu, program ini juga dapat membantu
guru-guru pelatih memahami dan menghayati kerja cemerlang dan dapat
diaplikasikan dalam pengurusan pendidikan seharian.
5. OBJEKTIF BENGKEL GURU INOVATIF
Selepas mengikuti Program Bina Insan Guru, para guru pelatih PISMP
diharapkan dapat :
5.1. Mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan.
5.2. Memiliki semangat berpasukan, semangat juang yang tinggi serta memiliki
ketahanan fizikal dan mental yang teguh.
5.3. Menyesuaikan diri dalam menghadapi pelbagai cabaran sebagai seorang
pendidik.
5.4. Memperkembangkan potensi diri sebagai pendidik dengan mengamalkan
refleksi dan penilaian kendiri dalam semua aspek kehidupan.
Bina Insan Guru FASA 6 | 16

6. LAPORAN REFLEKTIF
LAPORAN PROGRAM PENANDA ARAS GURU CEMERLANG
SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA PEGANG, ALOR SETAR, KEDAH.
SEBELUM
Sebelum

program

tersebut

dilaksanakan,

terlebih

dahulu

kami

membincangkan masalah-masalah yang dihadapi serta memikirkan jalan


penyelesaian

bagi

setiap

masalah

tersebut

melalui

Whatsapp

sahaja

disebabkan kekangan masa yang dihadapi untuk berjumpa bagi mengadakan


mesyuarat.
SEMASA
Pada 15 April 2015 yang lalu iaitu bersamaan dengan hari Ahad, seramai 26
orang pelatih guru daripada Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman telah
menjalankan Lawatan Penanda Aras bagi Guru Cemerlang di Sekolah
Kebangsaan Kuala Pegang, 09110 Baling, Kedah. Kami bertolak pada jam 7.30
pagi dan tiba di SK Sungai Korok Lama pada jam 9.00 pagi. Kami disambut
mesra oleh beberapa orang guru Pendidikan Khas. Mereka begitu ramah dan
juga bersopan santun. Kami berasa sungguh bertuah kerana mereka sudi
menerima kunjungan besar daripada kami tiga kumpulan ini. Terdapat dua orang
guru perempuan, dua orang guru lelaki dan juga Pengerusi PKG Telok Kechai,
Alor Setar, Kedah. Kemudian, kami kedatangan kami dilau-alukan oleh Puan
Norzaini selaku pengerusi majlis bagi program inimalah kami dipersembahkan
pula dengan persembahan nyanyian nasyid oleh anak-anak khas yang
disayangi iaitu lagu yang berjudul Umiku Sayang. Kami berasa sangat teruja
kerana apabila kami menghayati lagu yang dipersembahkan tersebut, kami
dapati liriknya begitu bermakna dan kanak-kanak khas ini mempunyai bakat
dalam nyanyian. Sebutan dan intonasi nyanyian mereka sungguh baik dan tidak
Bina Insan Guru FASA 6 | 17

menunjukkan sedikit pun bahawa mereka itu mempunyai kekurangan. Seramai


6 murid khas yang membuat persembahan nyanyian bagi menyambut
kedatangan kami ke sekolah tersebut. Kemudian, kami disajikan dengan
beberapa sedutan aktiviti Pendidikan Khas Sekolah Kebangsaan Kuala Pegang
sepanjang tahun 2012. Sungguh mengagumkan bahawa kanak-kanak khas ini
telah pun menyeberangi ke Kepulauan Borneo iaitu Negeri di Bawah Bayu,
Negeri Sabah. Para waris juga dijemput untuk memeriahkan lagi lawatan
selama enam hari di sana. Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan sepanjang
tahun 2012. Jangan sangkakan kanak-kanak khas tidak boleh menjaga diri,
malah mereka lebih bijak mengatur langkah keselamatan kerana sikap mereka
yang begitu takut dan risau akan persekitaran baharu yang mereka belum fasih
lagi. Antara aktiviti yang mereka telah jalankan ialah berkebun, terapi boling,
terapi berkuda, terapi renang, perkhemahan pengakap, projek kemahiran
memasak, Program Mutiara Kasih, Program Permata Hati serta rekreasi sosial
di Cameron Highlands.
Setelah selesai sedutan slaid persembahan yang dipersembahkan sebentar
tadi, Puan Norzaini menjemput Encik Mohamad Kasran selaku guru Kanan
Pendidikan Khas sekolah tersebut untuk memberikan ucapan aluan. Encik
Mohamad Kasran atau lebih mesra dikenali sebagai Cikgu Mad telah
mengucapkan ribuan terima kasih kepada kami kerana sudi memilih sekolah
mereka sebagai tempat kami menjalankan program BIG pada semester ini.
Selain itu, beliau juga berasa terkejut kerana pada awalnya beliau hanya
dimaklumkan hanya satu kelas sahaja yang akan datang tetapi pada beberapa
hari sebelum program tersebut dijalankan, beliua dimaklumkan oleh pengerusi
program bahawa terdapat tiga kelas yang akan datang pada hari Ahad tersebut.
Walau bagaimanapun, beliau mengatakan bahawa perkara tersebut tidak
menjadi masalah bagi mereka kerana setiap masalah pasti mempunyai jalan
penyelesaian masing-masing.
Seterusnya ucapan daripada pengerusi program BIG pada kali ini iaitu
Muhamad Asyraf Bin Ludin telah merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak
sekolah kerana sanggup menerima kedatangan kami yang ramai ini. Beliau
mengatakan bahawa kami ketahui sedikit sebanyak tentang selok belok sekolah
tersebut kerana setiausaha program BIG ini yang telah memperkenalkan
sekolah ini kepada kami. Sepanjang pemerhatian kami di sekolah ini, kami
Bina Insan Guru FASA 6 | 18

dapati

sekolah

ini

dilengkapi

dengan

pelbagai

kemudahan.

Hal

ini

memandangkan Pusat Kegiatan Guru (PKG) Telok Kechai berada di dalam


kawasan sekolah tersebut. Malah, sekolah ini juga telah beberapa kali telah
melakarkan sejarah yang mengharumkan nama sekolah dan warga sekolah itu
sendiri. Memang tidak di sangkal lagi bahawa dengan adanya kerjasama
daripada pihak pentadbiran sekolah dengan guru-guru sekolah mampu
melahirkan anak-anak didik yang berjaya dalam waktu yang terdekat atau pada
masa hadapan. Terdapat banyak keluarga yang menaruh harapan tinggi
terhadap guru-guru di sekolah ini dengan harapan anak-anak mereka dapat
menimba ilmu sebanyak mungkin dan mampu menjadi insan yang berguna
kepada negara suatu hari nanti.
Setelah selesai Muhamad Asyraf memberikan ucapan, Puan Norzaini
menjemput Encik Noor Azhar Bin Ahmad iaitu guru cemerlang Pendidikan Khas
atau

lebih

khusus

dalam

bidang

kokurikulum

Pendidikan

Khas

bagi

menyampaikan slot ceramah bagi sesi pertama. Beliau menyediakan slot


ceramah yang berkaitan dengan Amalan Pengajaran dan Pembelajaran (teknik,
rutin, pendekatan dan kaedah yang digunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran). Kecemerlangan beliau terserlah dengan penyediaan salaid
perbentangan yang begitu lengkap dan sangat bermakna kepada pelatih-pelatih
guru. Beliau juga menceritakan perihal kejayaan yang telah membuka ruang
atau jalan kepadanya untuk menerima anugerah Guru Cemerlang. Antara
kejayaan yang beliau telah lakarkan sepanjang berkhidmat di sekolah ini ialah
melatih murid-murid khas dalam sukan olahraga mewakili negeri Kedah. Antara
murid-murid khas yang dilatihnya ialah murid yang mengalami masalah Celebral
Palsy. Hal ini kerana menurut beliau, jika benar kanak-kanak istimewa ini
mempunyai bakat yang luar biasa, apa salahnya jika kita menggilap bakat
tersebut hingga dapat membantu kehidupan murid itu sendiri. Bagi murid khas
yang bernama Ismadi yang mewakili negeri Kedah bagi acara padang, lontar
peluru mendapat insentif sebanyak RM 80,000.00 dalam masa setahun. Namun,
Encik Noor Azhar berasa sedikit terkilan dengan sikap ahli Majlis Sukan Negara
(MSN) yang mengambil kesempatan ke atas kebolehan kanak-kanak ini. Namun
begitu, sebagai rakyat Malaysia, seharusnya akur dengan tindakan pihak atasan
yang lebih berkuasa daripada pihak bawahan.

Bina Insan Guru FASA 6 | 19

Selain itu, Encik Noor Azhar juga menyatakan bahawa jika seseorang guru
itu ingin memastikan bahawa anak murid mereka dapat menerima serta
mengingati apa yang telah dipelajari seharusnya guru tersebut fleksibel dengan
keadaan murid. Guru boleh mengubah rancangan pengajaran pada hari
tersebut jika didapati murid-murid mengalami masalah di luar jangkaan. Hal ini
kerana guru mengajar murid-murid khas ini supaya mereka dapat mengurus diri
sebagai contoh, pihak sekolah telah mengadakan aktiviti perkhemahan yang
melibatkan aktiviti murid untuk menyiang ikan, ayam serta sayur. Malahan, guru
juga harus melihat latar belakang murid itu bagaimana agar guru dapat
mengatur pendekatan, strategi, kaedah serta teknik pengajaran yang tepat bagi
setiap orang murid. Penyediaan rancangan pengajaran individu (RPI) juga
memainkan peranan penting dalam memastikan perkembangan murid dari
semasa ke semasa. Selain itu, hubungan antara guru juga perlu akrab dan
mantap supaya dapat membina satu kumpulan yang kuat bagi mengadakan
sesuatu aktiviti. Sebagai contoh, program rekreasi awam ke Sabah banyak
menelan perbelanjaan namun dengan berkat usaha guru-guru mencari penaja
akhirnya murid-murid khas berjaya diterbangkan ke Sabah dan mengutip
sebanyak mungkin pengalaman sepanjang berada di sana enam hari, lima
malam. Menurut Encik Noor Azhar, pada tahun ini murid-murid khas daripada
sekolah ini akan mewakili negeri Kedah ke Kuantan bagi acara renang
paralimpik. Walaupun pihak media kurang memberi penekanan kepada sukan
paralimpik tetapi sukan ini mampu memberi saingan hebat kepada sukan normal
di Malaysia ini kerana kanak-kanak khas juga mempunyai semangat sukan yang
jitu seperti kanak-kanak normal yang lain. Encik Noor Azhar juga pernah
menjadi jurulatih bagi sukan Futsal pada tahun 2001 bagi kanak-kanak normal.
Setelah tamat sesi ceramah tentang Amalan Pengajaran dan Pembelajaran
oleh Encik Noor Azhar, Puan Norzaini pula berkongsi sedikit pengalaman
pengajarannya kepada kami. Beliau memberi rahsia untuk mengajar subjek
Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan cepat dan berkesan kepada muridmurid khas. Kami sangat teruja apabila mendengar pengalaman beliau dan kami
membuat catatan supaya kami dapat mempraktikkan cara tersebut pada masa
akan datang. Antara buku yang beliau gunakan untuk pengajaran Bahasa
Melayu ialah buku Bacalah Sayang manakala bagi pengajaran Bahasa Inggeris

Bina Insan Guru FASA 6 | 20

pula ialah buku Ladybird. Kemudian, Puan Norzaini menjemput kami menikmati
jamuan pagi yang telah disediakan di luar bilik mesyuarat PKG.
Setelah tamat 30 minit waktu rehat, kami masuk kembali ke dalam bilik
mesyuarat PKG bagi slot yang seterusnya. Slot yang seterusnya ialah lawatan
ke kelas. Kelas Pendidikan Khas ini dibahagikan kepada beberapa stesen
matapelajaran memandangkan dua blok bangunan telah diperuntukkan bagi
Program Pendidikan Khas Integrasi sekolah ini. Antara stesen matapaelajaran
yang ada ialah stesen Bahasa Inggeris/Kemahiran Manipulatif, stesen
Pendidikan

Islam/Sains,

stesen

Bahasa

Melayu/Matematik

dan

stesen

Pengurusan Diri/Kemahiran Hidup/Tingkah Laku. Setiap stesen ini dibekalkan


dengan kemudahan televisyen dan pemancar LCD.
Setelah tamat sesi lawatan kelas, kami masuk semula ke dalam bilik
mesyuarat untuk slot yang terakhir. Slot ini memerlukan kami menemuramah
seorang murid Pendidikan Khas bagi mendapatkan maklumat yang tertera pada
kertas yang telah diedarkan sebentar tadi. Sesi temubual ini dijalankan secara
berpasangan. Setiap pasangan akan diberikan satu nama murid dan pasangan
tersebut haruslah mencari murid berkenaan. Sesi temubual ini diberi masa
selama 20 minit. Setelah selesai temubual murid tersebut, kami bergerak ke
dewan besar untuk aktiviti music chair dan tiup warna atas kertas
menggunakan straw. Aktiviti ini diakhiri dengan sesi bergambar bersama-sama
guru Pendidikan Khas, Pensyarah dan staf Unit Gerko, Pelatih-pelatih guru dan
murid-murid

Pendidikan

Khas.

Kemudian,

sesi

terakhir

ialah

upacara

penyampaian cenderahati daripada IPG Kampus Darulaman kepada pihak


sekolah serta daripada pihak sekolah kepada pelatih guru IPG Kampus
Darulaman. Sebelum program ini tamat, Guru Besar SK Sungai Korok Lama
iaitu Puan Norlia telah memberi ucapan sekaligus merasmikan upacara penutup
program BIG siri 6 ini dengan jayanya.

SELEPAS
Selepas program ini selesai, kami mengadakan mesyuarat post-mortem bagi
meneliti setiap masalah yang timbul sewaktu program dilaksanakan. Selain itu,
Bina Insan Guru FASA 6 | 21

setiap AJK harus membentangkan hasilakan atau kerja yang telah mereka
laksanakan sebelum dan semasa program dijalankan. Kami juga dikehendaki
membuat laporan secara bertulis serta menyiapkan refleksi berkenaan program
ini

dan

menganalisis

kelemahan,

kekuatan

dan

berikan

cadangan

penambahbaikan bagi setiap masalah yang timbul.

LAPORAN BENGKEL INOVASI GURU


BERTEMPAT DI IPG KAMPUS DARULAMAN, JITRA, KEDAH.
SEBELUM
Sebelum memulakan sesuatu program dilaksanakan, setiap pelajar harus
menghadiri perjumpaan kali pertama bagi memilih ahli jawatankuasa yang
bertanggungjawab mengurus serta mengagihkan tugas-tugas tertentu kepada
anak-anak buah masing-masing. Pengerusi bagi Bengkel Guru Inovatif kali ini ialah
Muhammad Nazrin Bin Sulaiman pelajar PISMP Matematik, naib pengerusi ialah
Fadilah Binti Mohd Puad pelajar PISMP Pemulihan Bahasa Melayu, setiausaha
ialah Maslianna Bte Mohd Zainol pelajar PISMP Pendidikan Jasmani, naib
setiausaha ialah Prem Sukcharean A/L Kim Chee pelajar PISMP Sains dan
bendahari ialah Afaf Hilyani Binti Munajar pelajar PISMP Pendidikan Islam. Mereka
Bina Insan Guru FASA 6 | 22

ialah AJK tertinggi bagi Program Bengkel Guru Inovatif bagi BIG Siri 6 ini. Setiap
pelajar PISMP Semester 6 telah dikutip wang sebanyak RM 10.00 bagi
menampung perbelanjaan untuk makanan. Setiap pelajar yang dilantik sebagai AJK
kecil harus menjalankan tugas masing-masing agar dapat memastikan kelancaran
program tersebut pada hari pelaksanaannya.
SEMASA
Pada 17 Oktober 2012 yang lalu, semua pelajar PISMP Semester 6 Ambilan
Januari 2010 telah terlibat secara langsung dengan Program Bina Insan Guru iaitu
Bengkel Guru Inovatif Inovasi Guru dalam Transformasi Pendidikan.
Bengkel ini bermula pada jam 2.00 petang. Kami diminta untuk hadir ke
Dewan Zaba, IPG Kampus Darulaman pada jam 1.45 petang. Ketika kami hadir ke
dewan, penceramah jemputan sudahpun berada di dalam dewan. Hal ini
menunjukkan bahawa penceramah tersebut merupakan seorang yang sangat
komited terhadap tugas yang telah diberikan. Meor Fakrullah selaku pengacara
majlis bagi bengkel petang ini telah membuat ucapan selamat datang kepada beliau
dan membacakan sedikit sebanyak sejarah mengenai Tuan Haji Rodzli Bin Haji
Hashim. Kemudian, bacaan doa dinaungi oleh Muhammad Anwari. Setelah tamat
bacaan doa, Meor Fakrullah menjemput Tuan Haji Rodzli untuk memulakan
seminar ini dengan jayanya.
Tajuk seminar pada hari ini ialah Inovasi Guru dalam Transformasi
Pendidikan. Guru dan inovasi tidak dapat dipisahkan. Hal ini kerana bertepatan
dengan definisi inovasi yang bermaksud kaedah mencari jalan untuk menghasilkan
produk atau perkhidmatan yang lebih baik sama ada melalui pengubahsuaian atau
penambahbaikan. Ia adalah hasil cetusan idea-idea yang kreatif dan inovatif dalam
mana-mana aspek kerja yang dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti
organisasi. Idea-idea ini boleh merangkumi apa-apa perubahan dalam bentuk
sistem dan prosedur, kaedah dan cara bekerja mahupun pengenalan teknologi.
Transformasi pula membawa maksud perubahan. Kedua-dua perkataan ini
memainkan peranan penting dalam sebuah kehidupan seseorang pendidik. Hal ini
kerana bidang ini sendiri yang memerlukan perubahan. Adakah kita hanya perlu
berpeluk tubuh dan membiarkan bidang pendidikan dalam takuk yang lama? Tepuk
dada, tanya selera.

Bina Insan Guru FASA 6 | 23

Tuan Haji Rodzli Bin Haji Hashim telah menyediakan slaid persembahan
yang sangat menarik dan memberi manfaat kepada setiap pelajar. Antara pengisian
yang telah beliau sampaikan pada petang tersebut ialah berkaitan dengan
bagaimana guru dapat menyediakan diri sebagai guru yang inovatif, persediaan
kemahiran, amslsn kreativiti dan inovasi P&P, pengalamian inovasi P&P serta
strategi meningkatkan minat dan motivasi pelajar. Terdapat unsur-unsur kecindan
dalam penyampaia ceramah beliau pada petang tersebut. Jadinya, setiap pelajar
tidak berasa tertekan pada petang itu. Sesungguhnya, Tuan Haji Rodzli merupakan
seorang pendidik yang berjaya kerana beliau telah banyak mengarang buku ilmiah,
buku cerpen dan pelbagai bahan penulisan yang lain. Walaupun beliau mahir dalam
bidang Geografi tetapi ilmu beliau lebih menyeluruh kepada pelbagai aspek. Kami
juga didedahkan bagaimana untuk mengawal murid terutamanya murid-murid
Tahap Satu yang mana umur mereka sekitar tujuh hingga sembilan tahun. Oleh itu,
guru tersebut harus merendahkan cara komunikasi supaya boleh difahami oleh
murid-murid. Bukannya merendahkan mentaliti hingga murid-murid berjaya
memanipulasi guru, bahkan guru tersebut harus bijak memanipulasikan keadaan
atau situasi.
Menurut Tuan Haji Rodzli, seseorang guru itu seharusnya membuat
persediaan pengetahuan mengenai teori pengajaran, pendekatan, kaedah dan
teknik pengajaran. Sememangnya keempat-empat perkara ini telah dipelajari
sepanjang pembelajaran di IPG Kampus Darulaman, tetapi beliau telah
mengatakan bahawa beliau sering menggunakan pendekatan realistik yang mana
mementingkan gambar dua dimensi (2D), bahan maujud (3D) atau ke lapangan.
Murid-murid pasti akan tertarik dengan pengajaran guru. Namun demikian, bagi
memastikan lagi bahawa murid-murid akan terus memberi tumpuan terhadap
pengajaran kita, guru harus bijak meyampaikan maklumat kepada murid-murid. Hal
ini kerana yang akan membezakan seseorang pendidik itu ialah gaya serta cara
penyampaian maklumat kepada murid-murid. Itulah yang dinamakan inovasi serta
transformasi.
Tuan Haji Rodzli juga mengatakan bahawa aspek terpenting dalam P&P
ialah sebelum waktu P&P bermula. Hal ini kerana pelbagai tugas yang harus
dilakukan sebelum memulakan sesuatu pengajaran. Antaranya ialah membeli
barang atau peralatan yang harus digunakan untuk memasak jika ingin jalankan
pengajaran masakan, alat pengiraan untuk subjek matematik dan pelbagai lagi.
Bina Insan Guru FASA 6 | 24

Oleh itu, guru haru membuat persediaan sekurang-kurangnya sehari sebelum


memulakan pengajaran. Selain itu, Tuan Haji Rodzli juga menekankan perihal
ketrampilan guru. Antara perkara yang dikatakan ketrampilan guru ialah kecekapan
ICT, menyediakan bahan pengajaran, amalan kerja yang terancang dan
dokumentasi kerja. Sejajar dengan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
yang mementingkan penggunaan ICT dalam setiap pengajaran. ICT bermaksud
(information and communication technology) ataupun dikenali sebagai teknologi
maklumat dan komunikasi adalah teknologi yang dapat menjimatkan masa untuk
mengambil, memindahkan, menganalisis, menyimpan dan menyampaikan data
menjadi sesuatu maklumat. Maklumat pada asasnya bermaksud data yang mana
dengan kehadiran proses pembelajaran menjadikannya pengetahuan. Dengan kata
lain proses pembelajaran itu sendiri adalah proses mendapatkan, menggunakan
dan menjadikan maklumat itu pengetahuan. Kompetensi Celik Maklumat,
kesedaran kepada keperluan kepada maklumat, keupayaan menganalisa maklumat
dan menilai kegunaannya, dan berupaya menggunakan maklumat berkenaan bagi
tujuan

pengetahuan

adalah

penting

bagi

membolehkan

proses

di

atas

dilaksanakan.
Komunikasi adalah perbuatan berhubungan antara manusia dan budaya, tapi telah
melalui dimensi baru setelah dirangkaikan dengan terma maklumat dan teknologi.
Teknologi pula bukanlah terhad kepada internet, rangkaian, CD-ROM, video,
TV dan segala yang nampak bersifat teknikal tetapi terma teknologi maklumat
yang merangkumi penggunaan internet dan rangkaian komunikasi. Bagi dunia
pendidikan teknologi maklumat boleh dibahagikan kepada dua iaitu; Teknologi
komputer seperti modul kursus berasaskan komputer, penilaian berkomputer,
perisian pemprosesan kata, grafik, lembaran kerja, pangkalan data dan
persembahan; Perisian telekomunikasi yang menawarkan pendidikan jarak jauh,
penyebaran sumber dalam pendidikan, e-mel, konferen video, papan buletin dan
chatting. Seterusnya, jika ingin menjadi guru yang cemerlang, guru tersebut harus
mengaktifkan panitia dan persatuan. Antara aktiviti yang boleh dijalankan ialah
pertandingan kuiz, puisi, mengarang, melukis, penerbitan panitia seperti buletin
bulanan atau mingguan, bilik/ sudut/ koridor mata pelajaran serta program
peningkatan prestasi.
Bina Insan Guru FASA 6 | 25

Terdapat pelbagai cara untuk menjadi guru yang cemerlang. Pertamanya


ialah keyakinan. Sebagai seorang guru, seharus mempunyai keyakinan untuk
memberi,mengubah,membentuk, mengasuh serta mendidik pelajar mengikut apa
yang seperti yang di dasarkan oleh Pendidikan Semasa. Kedua, kesabaran.
Kesabaran

adalah sifat terpenting dalam mendidik pelajar. Oleh kerana

perkembangan dan persekitaran pelajar yang pelbagai memungkinkan pelajar


membesar dengan pelbagai cara dan untuk satukan semua dalam institusi
pendidikan harusnya memiliki kesabaran yang mantap. Ketiga, penyayang.
Apabila menyebut tentang penyayang, tentukan kita tentang kasih dan melindungi.
Mengasihi mereka dengan perasaan sayang yang jujur dan ikhlas akan dapat
mendidik akal dan hati kita untuk memuliakan pelajar dan memimpin mereka ke
jalan yang dikhendaki. Keempat, memahami. Fleksibel dalam pengajaran, dengan
tujuan supaya pelajar merasa kesamarataan dalam mendapat perhatian. Pelajar
akan lebih terangsang sekiranya mereka merasakan guru dapat memahami dan
memenuhi kehendak mereka. Kelima ialah bijaksana. Guru yang bijak akan dapat
melontarkan idea yang dapat difahami oleh semua murid dalam kelasnya.
Pengalaman dan pembacaan selalunya dapat membantu guru bijak menguruskan
idea dalam bilik darjah. Keenam, berdedikasi Memandang sama kepada pelajar
dan tidak mengkastakan pelajar.pelajar miskin atau kaya, atau baik atau nakal tidak
di jurangkan sewaktu pengajaran di jalankan. Ketujuh ialah pelindung. Guru yang
baik dapat memberikan perlindungan emosi, penyemarakkan potensi dan idea
pelajar. Tak semua pelajar yang sentiasa positif dan berada dalam keadaan yang
stabil.Dalam situasi ini guru yang berkualiti dapat mamantau dan menghilangkan
emosi negatif agar pelajarnya merasa gembira dan ceria.
Seterusnya ialah kesungguhan. Kesungguhan dalam membantu pelajar
tanpa mengira waktu ,masa dan penatlelah.mendahulukan pelajar sewaktu waktu
persekolahan dan sentiasa mencari idea untuk membaiki prestasi pelajar
terutamanya

kepada

pelajar

yang

lemah.

Selain

itu,

guru

juga

boleh

membanggakan pelajar. Memberi penghargaan kepada pelajar, sama ada dengan


ucapan atau material akan dapat membentuk sikap untuk maju di kalangan
pelajar.meraka akan berlumba-lumba dalam pelajaran atau kokurikulum untuk
mendapat pujian dan sokongan dari guru atau rakan. Tambahan pula, guru perlu
cakna dan terkini. Kecaknaan terhadap murid dalam pengajaran atau kehidupan
semasa perlu untuk guru kerana ini dapat memberikan input jangka panjang
Bina Insan Guru FASA 6 | 26

kepada pelajar dalam membentuk cita-cita dan niat yang kuat. Guru yang berkualiti
sentiasa dapat memberikan contoh kebanggaan semasa supaya pelajar merasakan
mereka juga mampu untuk menjadi seperti yang dibanggakan masyarakat.
Sebelum menamatkan sesi ceramah pada petang itu, Tuan Haji Rodzli telah
menyediakan lima soalan yang harus kami bincangkan ketika sesi Perbentangan
Kumpulan. Kelima-lima soalan itu berkaitan dengan slaid perbentangan yang telah
beliau sampaikan sebentar tadi. Oleh itu, kami harus bergerak dalam kumpulan
masing-masing dan membuat perbincangan tentang salah satu soalan yang telah
ketua kumpulan cabutkan terlebih dahulu.

Kesimpulan yang Tuan Haji Rodzli simpulkan sebentar tadi, beliau


menegaskan bahawa setiap guru harus bersifat inovatif dalam pengajaran agar
murid-murid tidak akan berasa bosan dengan corak penyampaian ilmu guru.
Seperti beliau, beliau menggunakan pendekatan realistik yang mana melibatkan
sedutan-sedutan video dari cerita-cerita di televisyen. Hal ini kerana sedutansedutan video inilah yang akan menarik minat serta mencuri tumpuan murid-murid
terhadap pengajaran seseorang guru.
SELEPAS
Selepas program ini selesai, kami mengadakan mesyuarat post-mortem bagi
meneliti setiap masalah yang timbul sewaktu program dilaksanakan. Selain itu,
setiap AJK harus membentangkan hasilakan atau kerja yang telah mereka
laksanakan sebelum dan semasa program dijalankan. Kami juga dikehendaki
membuat laporan secara bertulis serta menyiapkan refleksi berkenaan program ini
dan menganalisis kelemahan, kekuatan dan berikan cadangan penambahbaikan
bagi setiap masalah yang timbul.

Bina Insan Guru FASA 6 | 27

7. REFLEKSI KENDIRI
REFLEKSI PROGRAM PENANDA ARAS GURU CEMERLANG
Syukur Alhamdulillah akhirnya saya dapat menyiapkan laporan ini dengan jayanya.
Tanpa hadrat dan inayah daripada-Nya, tidak mungkin saya berjaya menyiapkan
tugasan ini bertepatan dengan kehendak pensyarah pembimbing.
Menerusi laporan Program Penanda Aras Guru Cemerlang Bagi BIG
semester 6 ini yakni BIG yang terakhir bagi pelajar PISMP Ambilan Januari 2010,
saya dapati saya mengkaji dengan lebih mendalam mengenai pengurusan sekolah,
ciri-cri kepimpinan seorang guru harus ada, iklim dan budaya sekolah, infrastruktur
dan infostruktur kurikulum sesebuah sekolah. Memandangkan kami telah memilih
Sekolah Kebangsaan Kuala Pegang sebagai lawatan penanda aras bagi guru
cemerlang kali ini, kami berharap kami mendapat pelbagai maklumat mengenai
guru tersebut kerana kami mendengar khabar bahawa sekolah tersebut memang
sebuah sekolah yang cemerlang dari aspek kurikulum mahupun kokurikulum.
Melalui lawatan ini, sedikit sebanyak saya memperoleh input-input yang
berguna untuk saya aplikasikan pada masa hadapan kelak. Malah, saya dapat
memantau sendiri bagaimana mereka melaksanakan segala perancangan yang
telah mereka draf pada tahun lepas. Perancangan yang rapi sangat diperlukan bagi
memastikan sesebuah institusi pengajian itu dapat bergerak dengan lancar serta
tanpa masalah. Selain itu, saya juga diperkenalkan dengan pelbagai program
kecemerlangan bagi memastikan kebajikan serta prestasi murid dapat dikekalkan.
Pelbagai nasihat serta kata-kata hikmah yang dibekalkan kepada kami sepanjang
lawatan kami ke sekolah tersebut. Saya sangat mengagumi Guru Cemerlang SK
Sungai Korok Lama iaitu Encik Noor Azhar Bin Ahmad kerana ketegasannya dalam
memberi arahan, idea yang bernas dalam mencadangkan sesuatu perkara,
sentiasa berfikir ke hadapan bagi memastikan kecemerlangan milik mereka

Bina Insan Guru FASA 6 | 28

bersama. Malah beliau juga telah banyak menyumbang kecemerlangan dan dari
hasil titik peluh beliau, beliau dianugerahkan Anugerah Guru Cemerlang.
Saya sangat berpuas hati dengan layanan yang telah diberikan oleh pihak
sekolah tersebut. Mereka sanggup menunggu kami di hadapan pintu bilik
mesyuarat PKG sekolah semata-mata ingin menjemput kami serta menyediakan
juadah sarapan pagi kepada kami kerana kami datang dari Jitra. Sesungguhnya
mereka menjaga kebajikan kami selain daripada menjaga kebajikan anak-anak
murid mereka. Saya juga tidak menjangka yang mereka akan menyediakan juadah
pada pagi tersebut kerana kami tidak dimaklumkan terlebih awal. Bak kata Puan
Norzaini, juadah itu hanya sebagai tanda terima kasih kerana sudi membuat
Lawatan Penanda Aras di sekolah mereka. Saya juga sangat kagum dengan
pencapaian yang sekolah tersebut capai sepanjang tahun. Saya akui bahawa saya
pelajari juga cara-cara untuk menguruskan sesebuah organisasi tetapi cara
sebenar untuk mengurus sebuah organisasi yang melibatkan waris, murid dan
sebagainya, saya masih terkial-kial. Walau bagaimanapun, saya yakin setiap
sekolah mempunyai agenda serta cara yang tersendiri untuk mengurus hal-hal
mereka. Sebagai seorang pelajar dan bakal guru, saya harus kumpulkan segala
maklumat yang berkaitan dengan sekolah, murid serta waris supaya saya sudah
mempunyai bayangan tentang langkah-langkah untuk saya ambil apabila mula
melangkah ke alam pekerjaan kelak.
Kini, saya berasa berbangga dan gembira kerana saya dapat memahami
kesemua perkara tersebut sepanjang proses analisis maklumat-maklumat untuk
dimuatkan dalam laporan serta refleksi ini. Hal ini kerana sebelum ini, saya hanya
didedahkan sedikit sahaja mengenai pengurusan bilik darjah dan sebagainya oleh
para pensyarah, tidak sedalam yang saya kaji baru-baru ini. Bagi pendapat saya,
sekiranya tidak ada program seumpama ini mungkin saya tidak akan menimba
pengetahuan bak mutiara ini dan saya mungkin tidak berpeluang untuk mengecapi
nikmat ilmu tersebut.
Adat menuntut ilmu di perantauan, saya sentiasa bergerak ke perpustakaan
IPG, berjumpa dengan pensyarah pembimbing serta melakukan sedikit sesi
perbincangan bersama-sama rakan sekelas mengenai perkara yang terdapat dalam
tugasan bagi menghasilkan tugasan yang berilmiah dan lengkap serta bermanfaat
untuk diri sendiri atau orang lain. Saya bersyukur kerana mempunyai rakan-rakan
Bina Insan Guru FASA 6 | 29

yang sanggup melayan pertanyaan saya yang bertubi-tubi mengenai cara


pengurusan, iklim serta budaya di sekolah dan pelbagai lagi. Hasilnya, saya dapat
melaksanakan proses pembikinan tugasan ini dengan lancar dan baik. Dengan
berbekalkan tunjuk ajar daripada mentor iaitu Encik Hasim Bin Saari telah memberi
tunjuk ajar serta bantuan terhadap proses pelaksanaan Program Lawatan Penanda
Aras ini. Encik Hasim Bin Saari sentiasa membimbing saya di samping menerapkan
nilai-nilai murni yang dapat saya aplikasikan dalam kehidupan seharian saya.
Melalui tugasan ini saya dapat mengatur masa dengan lebih sistematik. Hal
ini kerana bagi saya bagi menghasilkan satu tugas yang boleh dianggap cemerlang,
ia memerlukan komitmen yang tinggi serta pengurusan masa yang cekap. Dengan
adanya perbincangan serta kolaborasi antara pensyarah dapat melatih saya supaya
lebih menghargai masa memandangkan terdapat pelbagai tugasan yang harus
saya selesaikan dalam masa yang sama. Namun demikian, saya dapat jua akhirnya
untuk mengatur masa dan saya berpuas hati dengan hasil tugasan saya.
Akhir kalam, saya akui bahawa setiap insan tidak sempurna namun ada
kelebihannya tersendiri yang memerlukan diri kita sendiri untuk terokainya, begitu
jua dengan hasil tugasan yang telah saya laksanakan. Bagi saya, saya telah
memberi sepenuh komitmen serta idea bagi melaksanakan tugasan ini. Tetapi
setiap orang mempunyai pandangan dan tafsiran yang berbeza. Namun begitu,
saya berharap agar hasilan saya dapat memuaskan hati pensyarah di samping
saya memperoleh pelbagai faedah serta maklumat baharu melalui tugasan
berasaskan ilmiah ini. Maklumat sedemikian amat berguna bagi saya aplikasikan
dalam alam kehidupan saya kelak.
KELEMAHAN
Kelemahan yang saya dapat analisis daripada program ini ialah daripada segi
peruntukkan pengangkutan. Saya berasa agak terkilan sedikit kerana kumpulan
kami tidak dibekalkan pengangkutan bas ke SK Sungai Korok Lama, Alor Setar.
Kami bergerak dengan kenderaan masing-masing. Sebanyak 14 buah kereta
berkumpul terlebih dahulu di IPG Kampus Darulaman sebelum berkonvoi ke SK
Sungai Korok Lama. Namun begitu, ada sebuah kereta yang dipandu oleh
Kumpulan PK 2 yang mengalami sedikit kerosakan. Oleh itu, mereka serta
beberapa pelatih lelaki yang menolong mereka di tempat kejadian, tiba lewat ke
sekolah. Tetapi, kelewatan mereka tersebut telah dimaklumkan kepada pihak
Bina Insan Guru FASA 6 | 30

sekolah agar pihak sekolah memahami masalah yang dihadapi oleh pelatih-pelatih
guru tersebut.
Kelemahan yang seterusnya ialah berkaitan dengan pengurusan masa. Saya
berasa agak terkilan kerana masih ada rakan-rakan yang hadir lewat ke tempat
yang telah ditetapkan. Malah, pihak yang menjanjikan masa iaitu meminta semua
pelatih berkumpul di IPG Kampus Darulaman pada jam 7.00 pagi juga lewat hadir
ke IPG. Oleh itu, kami bergerak ke sekolah agak lewat dar masa yang
dirancangkan. Setelah tiba di sekolah, guru Pendidikan Khas menanyakan sebab
kami lewat sampai ke sana. Saya berasa agak malu dengan sikap-sikap
sesetangah pelajar yang tidak pandai menjaga nama baik institut. Malahan, air
muka diri sendiri juga harus dijaga supaya tiada persepsi negatif yang dilemparkan
kepada kita. Namun begitu, hingga semester lima masih ada yang belum berubah.
Kelemahan yang seterusnya saya lihat dari segi persekitaran sekolah yang
kami jalankan lawatan tersebut. Saya ingin menyatakan bahawa setiap stesen mata
pelajaran yang disediakan haruslah lebih menarik dan dapat menarik perhatian
murid-murid serta para pelawat, bukan hanya sediakan bahan bacaan sematamata. Malah, ada kawasan yang begitu kosong, kawasan taman permainan yang
tidak terjagaboleh mengakibatkan kemalangan di kalangan murid-murid dan pihak
sekolah tidak memanfaatkan sepenuhnya ruangan yang terdapat di dalam kawasan
sekolah.
Kelemahan yang terakhir pula ialah mengenai bangunan sekolah. Memang
saya tidak menyangkal bahawa sekolah ini terdapat banyak bangunan. Ada
bangunan lama dan baharu. Namun, apa yang saya perhatikan ialah ada bangunan
yang kelihatan sudah tidak cantik. Mungkin pihak sekolah tiada peruntukkan wang
bagi mengecat semula bangunan-bangunan. Ada juga bangunan yang tidak terjaga
dan kelihatan usang. Tiada sudut membaca di sekitar kawasan sekolah ini. Walhal,
sudut ini walaupun dipandang remeh, tetapi impak atau kesannya terhadap murid
sangat hebat. Dari sudut-sudut inilah yang akan memberi galakan kepada muridmurid untuk membaca selain menyediakan perpustakaan.

Bina Insan Guru FASA 6 | 31

CADANGAN / PENAMBAHBAIKAN

Terdapat beberapa cadangan yang saya ingin cadangkan di sini. Cadangan


pertama, pihak atasan perlu mengambil langkah tegas dalam memberi arahan
kepada para pelajar supaya mereka lebih tepat pada masa bagi melancarkan
semua aktiviti. Hal ini kerana hanya beberapa orang yang lewat, semua pelajar
harus tunggu mereka dan pihak di sekolah pula harus tunggu ketibaan kami.
Pelajar yang datang lewat tidak mempunyai integriti dalam menunaikan sesuatu
tanggungjawab.

Cadangan yang seterusnya mengenai pengangkutan. Pihak IPG Kampus


Darulaman seharusnya mengambil kira langkah keselamatan para pelajar
sepanjang perjalanan ke sesuatu tempat. Hal ini kerana ketika pergerakan kami
beramai-ramai ke SK Sungai Korok Lama, tiada pensyarah pengiring yang
mengiring pergerakan kami. Alhamdulillah perjalanan kami pada pagi tersebut
selamat walaupun ada sebuah kereta yang mengalami masalah dan semua pelajar
berada dalam keadaan yang selamat serta baik.

Cadangan yang seterusnya mengenai sekolah tersebut. Saya cadangkan


supaya pihak sekolah adakan sudut permainan bagi setiap stesen mata pelajaran
yang mereka sediakan. Hal ini kerana sepanjang pemerhatian saya, saya lihat
hanya bahan bacaan sahaja yang mereka sediakan. Memang saya akui bahawa
bacaan boleh menambahkan ilmu pengetahuan murid-murid tetapi dengan
permainan, murid-murid boleh berfikir secara kreatif dan kritis. Perkembangan
kognitif murid-murid lebih tergerak kepada permainan dan keseronokan. Maka
dengan itu, murid-murid tidak akan menjadi bosan dengan bahan-bahan yang guru
sediakan.

Bina Insan Guru FASA 6 | 32

Cadangan yang seterusnya mengenai guru cemerlang tersebut. Saya


cadangkan supaya Encik Noor Azhar berkongsi pengalaman beliau secara
terperinci mengenai pengajaran murid-murid khas. Hal ini kerana setiap
pengalaman seseorang tidak serupa. Ada yang lebih berpengalaman, ada yang
kurang berpengalaman. Seperti kami, guru pelatih Pendidikan Khas yang hanya
baru menjalani praktikum pada semester 5 dan 6 tidak mempunyai banyak
pengalaman lagi dalam bidang keguruan ini. Oleh itu, kami memerlukan cerita
pengalaman daripada guru-guru yang telah lama berkecimpung dalam bidang
Pendidikan Khas ini supaya kami dapat membuat rujukan pada masa akan datang
dan mengaplikasikannya dalam P&P kelas.

REFLEKSI BENGKEL INOVASI GURU

Syukur Alhamdulillah akhirnya saya dapat menyiapkan laporan ini dengan jayanya.
Tanpa hadrat dan inayah daripada-Nya, tidak mungkin saya berjaya menyiapkan
tugasan ini bertepatan dengan kehendak pensyarah pembimbing.

Bina Insan Guru FASA 6 | 33

Menerusi Bengkel Inovasi Guru dalam Transformasi Pendidikan bagi


memenuhi piawaian BIG Semester 6 ini, saya dapati bahawa saya mendapat
pelbagai input yang berguna dan juga baharu. Saya lebih memahami apa yang
dimaksudkan dengan inovasi oleh guru. Sebelum ini, saya ada juga ketahui serba
sedikit pembaharuan yang sering dijalankan oleh guru-guru memandangkan kedua
ibu bapa saya ialah guru namun saya tidak dapat lagi membuat apa-apa
pembaharuan kerana saya masih belum memahaminya secara mendalam.
Setelah saya menganalisis semua maklumat yang saya dapat, saya muatkan
dalam laporan serta refleksi ini. Cara saya apabila saya mendapat sesuatu
maklumat yang baharu, saya suka mencatat maklumat tersebut supaya saya tidak
lupa akan maklumat-maklumat tersebut. Oleh itu, saya berasa laporan-laporan
yang saya hasilkan sangat berguna untuk saya aplikasikan setelah saya melangkah
kea lam pekerjaan. Bagi pendapat saya, sekiranya tidak ada program seumpama
ini mungkin saya tidak akan menimba pengetahuan bak mutiara ini dan saya
mungkin tidak berpeluang untuk mengecapi nikmat ilmu tersebut.
Melalui tugasan ini saya dapat mengatur masa dengan lebih sistematik. Hal
ini kerana bagi saya bagi menghasilkan satu tugas yang boleh dianggap cemerlang,
ia memerlukan komitmen yang tinggi serta pengurusan masa yang cekap.
Walaupun saya mempunyai pelbagai komitmen yang lain, namun demikian, saya
dapat jua akhirnya untuk mengatur masa dan saya berpuas hati dengan hasil
tugasan saya.
Akhir kalam, saya akui bahawa setiap insan tidak sempurna namun ada
kelebihannya tersendiri yang memerlukan diri kita sendiri untuk terokainya, begitu
jua dengan hasil tugasan yang telah saya laksanakan. Bagi saya, saya telah
memberi sepenuh komitmen serta idea bagi melaksanakan tugasan ini. Tetapi
setiap orang mempunyai pandangan dan tafsiran yang berbeza. Namun begitu,
saya berharap agar hasilan saya dapat memuaskan hati pensyarah di samping
saya memperoleh pelbagai faedah serta maklumat baharu melalui tugasan
berasaskan ilmiah ini. Maklumat sedemikian amat berguna bagi saya aplikasikan
dalam alam kehidupan saya kelak.

KEKUATAN
Bina Insan Guru FASA 6 | 34

Antara kekuatan yang saya analisis daripada bengkel Guru Inovatif ini ialah dari
segi pengurusan. Saya berasa agak berpuas hati dengan pengurusan AJK tertinggi
kerana pihak penceramah datang awal, AJK pendaftaran tunggu di pintu utaman
dewan serta mengambil kedatangan para pelajar yang hadir. Brosur juga
disediakan kepada setiap orang dan saya berpuas hati kerana lokasi yang selesa
dan kondusif sesuai untuk mendengar ceramah ilmu di petang hari.
Kekuatan yang seterusnya ialah input-input yang menarik dan bermanfaat
mampu menarik minat para pelajar. Tuan Haji Rodzli tidak kedekut ilmu serta
pengalaman yang telah beliau alami.
Kekuatan yang seterusnya ialah dari aspek penyampaian maklumat oleh
Tuan Haji Rodzli. Cara penyampaiannya sangat menarik dan mengagumkan.
Walaupun beliau sudah menghampiri usia untuk bersara, namun semangat
keguruan dalam dirinya masih muda. Beliau telah mengarang pelbagai buku
terutama bagi subjek Geografi bagi Menengah Rendah, Menengah Atas dan juga
bagi pelajar STPM. Oleh kerana berkat usaha serta kerajinan beliau, beliau
dianugerah Anugerah Guru Cemerlang, Jurusan Sektor Awam Khas C (JUSA C).
Kegigihan beliau telah membuat saya bangga dan kagum dengan kejayaannya.

KELEMAHAN
Kelemahan yang saya dapat analisis daripada program ini ialah dari segi
pengurusan masa. Masih ada pelajar yang datang lambat bagi menghadiri program
tersebut. Para pelajar yang datang lambat ini sepatutnya diambil tindakan yang
sewajar agar mereka tidak mengulangi perbuatan itu lagi.
Kelemahan yang seterusnya juga ialah mengenai pengurusan masa.
Sepatutnya kami mempunyai perbentangan kumpulan bagi soalan-soalan yang
telah dikemukakan tetapi oleh kerana kekangan masa, sesi perbentangan
kumpulan tidak dapat dijalankan kerana masa mencemburui kami. Memang saya
akui, saya agak terleka mendengar ceramah beliau kerana beliau menggunakan
pendekatan realistik seperti gambar, muzik, bunyi dan juga video-video tertentu.
Oleh hal demikian, masa untuk beliau menyampaikan ceramah terlajak hingga
memakan masa sesi perbentangan kumpulan.
Bina Insan Guru FASA 6 | 35

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Antara cadangan penambahbaikan yang saya ingin cadangkan ialah pihak atasan
iaitu pihak IPG Kampus Darulaman mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap
para pelajar yang hadir lambat ke tempat ceramah. Hal ini kerana tindakan mereka
ini seperti kebudak-budakan dan akan memalukan nama baik IPG Kampus
Darulaman. Seharusnya warga pelajar menjaga nama baik IPG dan menunjukkan
sikap yang baik terhadap pihak luar agar persepsi orang luar terhadap pelajar IPG
Kampus Darulaman tidak terpesong.
Cadangan yang terakhir pula ialah mengenai tanggungjawab masing-masing
dalam menjalankan tugas. Setiap pelajar perlu peka terhadap tugas masingmasing. Seharusnya setiap tanggungjawab yang diberi galas bersama-sama dan
bukannya dijalankan seorang diri ataupun diberi kepada orang lain. Jika hanya
mengharapkan pujian semata-mata itu bermakna kita tidak ikhlas dalam
melaksanakan tugasan tersebut. Sikap begini seharusnya tidak perlu ada di dalam
diri seorang guru. Kerjasama yang sangat diperlukan dalam menjalankan sesuatu
program.

LAMPIRAN 1
Bina Insan Guru FASA 6 | 36

SENARAI NAMA PESERTA PROGRAM BINA INSAN GURU


PERINGKAT 4 FASA 6
KURSUS : PPG PENDIDIKAN ISLAM 2 SEMESTER 8 AMBILAN JUN 2011
MENTOR : EN MOHD NAZDRI BIN MOHD AKHIR

Bina Insan Guru FASA 6 | 37

BI1
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.
13.
14.
15.
16.
17.
18.
19.
20.
21.
22.
23.
24.
25.
26.

NAMA

NO. K/P

ADAM B. IDRIS

700910425141

AZHA B. DAUD

791028115429

MAT RODZI B. HAMID

580101025111

MOHD GHAFRI B. PUTEH

700506025553

MOHD YAZID B. MD ZAIN @ MOHD

581015025507

MOHD ZAINI B. KHALILI

801015095017

ROSWIRA B. RAMLI

771126095021

UMAR B. SAID

570515025951

MOHD MUSLIM B. OTHMAN

840323025715

FAUZIAH BT SAAD

6706290253s6

HASNIYAH BT HJ ABD RAHIM

691006025360

KASIRAH BT HASSAN

581201025690

MASHITAH BT MOHAMMAD

750604115224

NA'IMAH BT MOHAMAD JAPERI

70032808s210

NOORALIZA BT ALI

660424095108

NORHAYATI BT ABU HUSSIN @ HASHIM

65031702s286

NORMAZIDAH BT CHE LOP

670527086246

RAISAH BT HAJI AHAMAD

690304086132

ROHAYA BT MEHAT

700521075435

SALMAH BT ISMAIL

68091307s018

SARIDAH BT HARUN

710I01116392

SHAKIRAH BT ISMAIL

661I12025058

TAHIRAH BT ABD RAHMAN

681017025180

ZALINA BT ISMAIL

730205025418

ZARENA BT AWANG
ZARINA BT AWANG KECHIK

Bina Insan Guru FASA 6 | 38

671114025212

700305025452

LAMPIRAN 2
TENTATIF PROGRAM
Masa

Perkara
-Bertolak dari destinasi masing-masing ke Sekolah

6.00 pagi

Kebangsaan Kuala
Pegang, 09110 Baling, Kedah
- Berkumpul di kantin untuk tujuan pendaftaran

8.00 pagi

- Minum pagi
- Mendengar taklimat ringkas daripada pengerusi
Program BIG 6
Sesi 1

8.30 pagi

Interaksi Profesional bersama Guru Cemerlang

- Memantau amalan PdP Guru Cemerlang


9.30 pagi

- Pengurusan fail
- Program yang dijalankan
Sesi 2

11.30 pagi

- Bengkel Kecemerlangan Pendidikan


- Majlis perasmian penutup

1.30 petang

- Pemberian cenderamata kepada pihak sekolah


- Makan tengah hari

2.00 petang

- Solat Zuhur

2.30 petang

- Bengkel Refleksi keseluruhan BIG Fasa 1 hingga Fasa


6
Refleksi Kendiri

3.30 petang

Bertolak pulang ke rumah masing-masing

Bina Insan Guru FASA 6 | 39

Bina Insan Guru FASA 6 | 40

Anda mungkin juga menyukai