Anda di halaman 1dari 2

refleksi bina insan guru

MOHD NOR IZWAN BIN SULAIMAN


PISMP PJ IPGM KKB AMBILAN JAN 2008
861118-35-5865
KLINIK BADANG 22.10.2009 KHAMIS
Pertama kali menjejakkan kaki ke sana setelah sekian lama tidak bersama guru-guru pelatih
dalam program yang dinamakan Bina Insan Guru (BIG). Untuk BIG kali ini (siri 4 2009), guruguru pelatih yang terlibat ialah dari PISMP PJ 1 dan PJ 2 Ambilan Jan 2008. Seronok dapat
menjalankan aktiviti bersama guru-guru pelatih yang sungguh kreatif dan bersemangat.
Dalam membentuk modal insan yang berguna bukanlah sesuatu yang mudah. Oleh itu, setiap
bakal guru perlu mengisi sepenuhnya ilmu di dada agar dapat menjalankan tugas seorang
pendidik dengan sempurna. Pengalaman juga menekankan manjadikan seorang guru lebih
berilmu pengetahuan. Ilmu adalah asas bagi setiap guru bagi melaksanakan aktiviti pengajaran
dan pembelajaran. Selain itu, kemahiran-kemahiran seperti kemahiran menyampai (komunikasi)
dan pengetahuan terhadap teknologi terkini perlu diperkemaskan lagi. Dengan kata lain, seorang
guru perlulah sentiasa up to date dengan mengamalakan adab-adab yang terpelihara.
Saya sebagai seorang guru pada masa hadapan dapt mempelajari pelbagai aspek pengalaman
dengan adanya Program BIna Insan Guru ini. Terima kasih tidah\k terhingga kepada En. Wan
Suhaimi B. Wan Setapa yang banyak membimbing saya sebagai pelajar di IPGM Kampus Kota
Bharu ini. Tanpa tutor sehebat beliau siapalah saya dan terima kasih juga kepada En. Khairul
Azman bin Khairuddin sebagai tutor kedua kelas saya yang menjadi tonggak utama penyuntik
semangat kepada saya dan rakan sekelas.
Setiap aktiviti dalam Program Khidmat Masyarakat yang telah di jalankan di Klinik Badang,
Kota Bharu telah menyedarkan saya sebagai seorang guru yang perlu menyedari apakah itu tugas
sebenar sebagai seorang guru kelas pertama yang bukan tugasnya hanya meliputi tugas
pengajaran dalam kelas sahaja. Kesedaran kepada saya perlu terbit dalam diri di samping
tanggungjawab yang amat pentig perlu ada dalam diri saya sebagai seorang pendidik yang akan
mendidik pelajar saya menjadi seorang insane yang Berjaya dalam kehidupannya.
Sepanjang Program ini saya dapat melihat kekuatan yang ada dalam diri pelatih yang mana
sanggup bekerjasama antara satu sama lain membersih kawasan klinik tersebut. Persiapan
sebelum program berlansung juga dilakukan bersama-sama sehinggalah berakhirnya program itu.
Saya sebagai seorang guru sanggup membuang perasaan malu saya dengan berjumpa masyarakat
setempat dan melakukan kerja pembersihan di sepanjang kawasan klinik tersebut. Tiada kata
pengeluhan atau kata tidak yang keluar dari mulut saya, tetapi apa yang ada hanyalah saya boleh,
saya boleh melakukannya.
Bukan sahaja mengutip sampah dikawasan dalam dan luar klinik saya dan rakan sekelas lakukan
tetapi termasuklah mencuci tandas, mengelap tinggap, memotong rumput, mengemop lantai,
penyediaan makanan dan sebagainya. Setiap aktiviti yang dilakukan saya rasa itu masih belum
mencukupi bagi program ini. Dan saya rasa Program Bina Insan Guru ini perlu dijalankan lebih
ekstrim untuk membentuk satu modal insan guru yang mampu mengharungi pendidikan di masa
hadapan.
Sebagai seorang guru saya tidak akan mengeluh jika saya di minta melakukan tugas seumpama

ini. Saya tidak akan malu melakukan tugas ini, saya tidak akan menyesal melakukan tugas ini
dan apa yang akan keluar dari mulut saya hanyalah saya boleh, saya boleh dan saya akan
melakukan tugas-tugas seumpama ini. Dalam pemikiran saya apabila posting nanti mungkin saya
akan di hantar mengajar di kawasan pendalaman yang mempunyai kawasan yang kurang bersih
dan di situlah tugas saya yang akan menyedarkan orang kampung tentang apakah pentingnya
kebesihan itu. Saya akan menganjurkan pelbagai program seperti gotong-royong dan sebagainya.
Bagi saya tiada apa yang mampu mengancam semangat saya sebagai seorang guru pelatih yang
akan keluar dari IPGM Kampus Kota Baru ini dengan semangat yang berkobar-kobar untuk
menjadi seorang guru yang Berjaya membawa anak murid ke jalan kejayaan bukan sahaja dalam
bidang pendidikan korikulum dan kokurikulum tapi termasuklah membentuk modal insan yang
mempunyai jasmani, emosi, rohani, intelek, social yang menjadi rakyat Malaysia satu suara dan
satu semangat yang mampu menggoncang Negara lain dalam semua bidang.
Saya juga amat berbangga kepada pegawai Bina Insan Guru ini En Zainol Bin Zakaria yang
banyak memberikan pengajaran dan pembelajaran yang berguna kepada saya dalam
meningkatkan keupayaan diri dalam pembentukkan menjadi seorang guru yang berguna pada
masa hadapan. Cuma saya masih lagi mempunyai kelemahan dalam perhubungan sosial bersama
staf-staf klinik tersebut yang terdiri dari kaum hawa. Tetapi saya telah cuba sedaya upaya
meningkatkan dan mempelajari bagaimana meningkatkan keupayaan berinteraksi dengan
mereka.
Dalam program ini kami juga tidak meninggalkan perkara wajib yang harus dilakukan iaitu solat
zohor berjemaah. Kami telah pergi ke masjid berhampiran untuk menunaikan solat zohor
berjemaah. Program pada hari ini telah ditutup dengan kehadiran En Lazim pegawai dari Hal
Ehwal Pelajar IPGM kampus Kota Bharu. Ucapan terima kasih tidak terhingga juga kepada En
Che Kamaruddin yang telah membantu saya dan pelajar lain untuk perhubungan dengan pihak
pengurusan Klinik Badang.
Program seumpama ini harus dijalankan kerana memberi terlampau banyak manfaat kepada guru
pelatih IPGM Kampus Kota Bharu untuk keluar sebagai seorang bakal pendidik yang cemerlang,
gemilang, dan terbilang.

Anda mungkin juga menyukai