Anda di halaman 1dari 12

1.

PENGENALAN
Masalah disiplin dan tingkah laku murid di dalam bilik darjah sudah lama mendapat

perhatian para pendidik. Hal ini merupakan satu realiti yang mengganggu pengajaran dan
pembelajaran, menjejaskan suasana sosioemosi di dalam bilik darjah serta menimbulkan
tekanan kepada guru. Situasi ini kadangkala menyebabkan guru hilang harapan dan putus
asa terhadap prestasi dan keupayaan muridnya. Dengan demikian, saya diberi tugas iaitu
memilih seorang murid yang berusia 7-12 tahun untuk mengendalikan satu kajian yang
melihat masalah disiplin dan tingkah laku yang bermasalahnya dalam bilik darjah.
Kemubeliaun, saya perlu menganalisis kajian kes ini dengan menyebeliaukan profil
beliau dengan menghuraikan jenis-jenis masalah disiplin dan tingkah laku yang bermasalah
dan sebab berlakunya dalam bentuk laporan bertulis. Pada masa yang sama, saya perlu
membincangkan sejauh mana masalah disiplin atau tingkah laku

bermasalah murid

tersebut boleh memberi kesan terhadap pengurusan bilik darjah dan jelaskan bagaimana
saya mengaplikasi model tingkah laku untuk memahami murid yang dipilih.
Sepanjang pengalaman berasakan sekolah, saya telah menjalankan satu kajian kes
di SJKC (KAHANG) pada 7-11 September. Saya berpeluang masuk ke kelas 4k (kelas yang
paling banyak masalah disiplin dan tingkah laku dan dicadangkan oleh guru) untuk melihat
masalah disiplin dan tingkah laku murid-murid. Dengan keadaan ini, saya mengikut guru
subjek yang berlainan masuk kelas untuk memerhati tentang kepayahan seorang guru iaitu
Toh yang berpengalaman mengajar selama 7 tahun, dalam mengurus masalah tingkah laku
yang terjadi pada anak muridnya.
Toh (guru kelas 4k), seorang guru yang berpengalaman telah menetapkan satu
standard pada setiap awal tahun agar memastikan semua pelajar mengetahui had dan
batasan bagi sesuatu tingkah laku. Kelas yang Toh mengajar mempunyai empat murid yang
bermasalah. Selepas penetapan piawai di dalam kelas, Toh mendapati murid-murid yang
bermasalah di dalam kelas telah berubah semakin baik.
Walau bagaimanapun, masih ada salah seorang daripada empat murid yang
bermasalah. Itu murid ialah Vincent yang masih tidak menunjukkan kelakuan baiknya, malah
sering tidak menyempurnakan kerja rumah yang diberi oleh Toh dan menggangu kelas.
Bukan begitu sahaja, Vincent mempunyai masalah disiplin dan tingkah laku yang
bermasalah dalam bilik darjah. Jadi, saya memilih Vincent (10 tahun) sebagai kajian saya
untuk menyempurnakan tugasan pada semester ini.

2.0

KAJIAN KES
2.1

Profil Murid

Nama Pelajar

Kiew Wei Jie

Kelas

4K

Jantina

Lelaki

Umur

10

Agama

Buddha

Bangsa

Cina

Tinggi

135 cm

Berat

25 Kg

Nama Bapa

Kiew Wei Guo (38 tahun)

Nama Ibu

Lee Bih Fung (33 tahun)

Nama Guru Darjah

Lai Kuan Kiew

Kegemaran Subjek

Bahasa Cina

2.2

Jenis-jenis masalah disiplin atau tingkah laku Vincent

Melalui pemerhatian seminggu di dalam bilik darjah, saya perasan Vincent


melakukan beberapa masalah disiplin dan tingkah laku yang bermasalah tanpa menyesal
dengan kelakunya. Situasi ini berlaku dalam sebuah kelas 4K dimana Toh adalah guru kelas
tersebut. Toh telah menetapkan peraturan tertentu yang perlu dipatuhi oleh semua murid di
dalam kelasnya. Toh seorang yang tegas tetapi adil dalam penguatkuasaan peraturan.
Kesannya, kelasnya menjadi sebuah komuniti yang kecil di mana setiap ahlinya tahu apa
yang diharapkan dan bagaimana untuk berkelakuan baik pada setiap masa. Toh juga dapat
murid-murid yang sentiasa mendatangkan masalah di dalam kelas turut berubah seperti
yang beliau harapkan.
Malah terdapat seorang murid iaitu Vincent (10 tahun) merupakan kanak-kanak yang
serba kekurangan dari segi latar belakang yang susah, tingkah laku yang kurang baik serta
bermasalah dalam akademik. Tingkah laku yang sering ditunjukkan oleh Vincent adalah
tingkah laku disruptif, iaitu tingkah laku yang mengganggu. Dari aspek disiplin, Beliau
seorang murid yang mempunyai gangguan tingkah laku dalam pelaksanaan P&P . Selain
itu, Vincent, seorang murid daripada kelas masalah pembelajaran dan tidak ingin melakukan
aktiviti bersama murid lain.
Maka dari aspek tingkah laku, Vincent kerap menunjukkan tingkah laku yang tidak
baik di dalam bilik darjah. Terlebih dahulu, beliau kurang memberikan perhatian dalam P&P
dan tidak fokus terhadap tugasan yang diberikan serta tidak menyiapkan kerja rumah yang
diberikan. Sebaliknya, beliau berbual dengan rakan, membaca bahan lain, memerhatikan
perkara di luar bilik darjah atau melibatkan kertas. Beliau juga seorang yang sensitif. Vincent
sukar ditegur dan mudah merajuk dan sentiasa memerlukan peneguhan dan sokongan.
Lantaran itu, Vincent akan menimbulkan kekecohan atau kebisingan di dalam kelas. Beliau
mempunyai suara yang kuat dan selalu memberi komen atau pandangan dengan nada suara
yang tinggi. Sesungguhnya, Vincent suka mengacau rakan sekelas dengan panggilan nama
secara berulangan atau sengaja menmbaling gumpalan kertas ke arah mereka.
Di samping itu, Vincent gemar bercakap. Beliau sentiasa bercakap dan membuat
bising di dalam kelas serta menyampuk semasa Toh sedang mengajar. Pada masa yang
sama, dia akan bertanya banyak soalan kerana tidak mendengar arahan awal. Pada
mulanya, Toh menyuruh Vincent berhenti daripada berkelakuan begitu, tetapi Vincent tidak
hiraukan arahan cikgu Toh. Ini boelh dikatakan apati. Kadang-kala, beliau seolah-olah
berada dalam dunianya sendiri. Toh menganggap tingkah laku Vincent adalah satu

gangguan yang dahsyat dan tidak sopan serta tidak menghormati beliau dan rakan sekelas
yang lain.
Tambahan pula, beliau tidak menyiapkan tugasan dan sering perlu ditegur oleh guru
serta suka membuli rakan sedarjah. Dalam kelas matematik, cikgu menggunakan kaedah
pengajaran korperatif, semua murid akan bekerjasama dalam kumpulan-kumpulan kecil,
kejayaan bergantung kepada sumbangan produktif dan kerja keras setiap ahli. Keengganan
Vincent untuk menyiapkan tugasan menyebabkan markah kumpulannya merosot. Apabila
ada rakan yang mahu membantunya, beliau akan menolak dengan kasar. Hal ini
menyebabkan rakan-rakan sekelasnya mula mengadu. Toh mula menahan Vincent ketika
waktu rehat apabila beliau enggan menyiapkan tugasannya tetapi beliau tetap tidak
mengendahkan tugasannya.
Selepas peneguran, perangai Vincent berubah tetapi hanya beberapa hari sahaja.
Vincent kembali menunjukkan sikap negatifnya. Pada satu petang, Vincent tidak diberikan
masa rehat kerana tidak menyiapkan tugasan. Vincent dapat menyiapkan tugasannya di
dalam kelas dengan sempurna secara persendirian.

2.3

Sebab berlakunya masalah disiplin atau tingkah laku bermasalah murid

Pada pendapat saya, sebab-sebab yang mempengaruhi masalah serta tingkah laku
Vincent adalah faktor persekitaran, aspek diri murid dan latar belakang murid. Dari faktor
persekitaran, apabila Vincent berada di kelas, Vincent akan kurang diberi perhatian
berbanding dengan rakan sekelas. Ini menyebabkan Vincent seolah-olah merasa terpinggir.
Jadi, beliau melakukan tingkah laku bermasalah ini untuk menarik perhatian. Semasa P&P,
beliau nampak rakan sekelas sering dipanggil menjawab soalan sehingga beliau
dilupakan.
Dari aspek diri murid, perkembangan kognitif, emosi, sosial dan fizikal kanak-kanak
berlaku pada kadar yang berbeza. Vincent menhadapi kesukaran dalam mengikuti sesuatu
pelajaran jika dibandingkan dengan rakan-rakannya. Beliau tidak mempunyai sokongan ibu
bapa untuk terus berusaha. Jadi, beliau rasa kecewa dan berputus asa. Secara umumnya,
manusia mempunyai keperluan fisiologi seperti makan, minum, tidur dan juga keperluan lain
seperti keselamatan, kasih sayang, pengiktirafan, penghormatan dan pengetahuan. Dalam
kes ini, Vincent mempunyai masalah disiplin atau melakukan tingkah laku bermasalah
adalah untuk mendapat perhatian daripada kawan dan gurunnya.
Sehubungan itu, sebab yang paling utama ialah latar belakang murid ini. Ibu bapa
Vincent sudah bercerai. Vincent mengikut ibunya dan ibunya perlu bekerja untuk menyara
ahli keluarga seramai 4 orang termasuk adik Vincent. Jadi, ibunya jarang menunjukkan
kasih sayang kerana tidak dapat meluangkan masa yang mencukupi bersama-sama
anaknya. Oleh itu, Vincent cuba mendapatkannya daripada guru atau rakan sebaya.
Sebenarnya, penceraian boleh menganggu emosi Vincent jika perubahan ini tidak diurus
dengan baik. Perasaan marah dan kecewa yang terpendam akan dibawa ke sekolah.
Masalah emosi ini muncul mungkin melalui tingkah lakunya. Masalah lagi ibunya hanya
hantar Vincent pergi kelas tuisyen tanpa mendidik anaknya dan kurang berinteraksi
dengannya. Ini telah menyebabkan Vincent rasa tertekan juga.

3.0

ANALISIS KAJIAN
3.1

Bincangkan sejauh mana masalah disiplin atau tingkah laku bermasalah


murid tersebut boleh memberi kesan terhadap pengurusan bilik darjah.

Berdasarkan bacaan serta pemahaman saya dalam kajian ini, saya telah mengenal
pasti beberapa masalah yang timbul akibat daripada tingkah laku yang ditunjukkan oleh
Vincent. Oleh kerana Vincent beranggapan bahawa beliau kekurangan perhatian semasa di
kelas itu, maka beliau sering memberontak sewaktu aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Sikap serta tingkah laku yang dipamerkan oleh Vincent semakin hari semakin bertambah
buruk sehingga semua rakan kelas Vincent merasakan beliau seperti seorang pembelot dan
mereka tidak suka beliau berada di dalam kelas tersebut dan mereka sentiasa
merenungnya. Hal ini menambahkan lagi rasa ketidakselesaan Vincent untuk terus berada
di kelas tersebut.
Sesungguhpun cikgu Toh telah menjalankan pembelajaran menggunakan kaedah
pengajaran koperatif kepada semua muridnya akan bekerjasama dalam satu kumpulan.
Selepas itu, ditunjukkan oleh Vincent adalah tidak wajar kerana beliau tidak memberikan
kerjasama yang baik dalam kumpulannya menyebabkan markah kumpulannya merosot. Ini
adalah kerana Vincent tidak mahu berkawan serta bekerjasama bersama ahli kumpulan
yang beliau tidak sukai. Maka, nilai kerjasama tidak dapat dipupuk dalam satu kelas dengan
kelakuan Vincent.
Bukan begitu sahaja, masalah disiplin atau tingkah laku bermasalah Vincent boleh
menjejaskan perkembangan kognitif. Murid-murid lain akan mendapati sukar menumpukan
perhatian. Hal ini boleh menggangu pembelajaran dan menimbulkan perasaan marah dalam
kalangan murid lain. Situasi ini juga mungkin menimbulkan tekanan emosi dan sosial
kepada kanak-kanak lain.
Justeru itu, masalah disiplin atau tingkah laku bermasalah

3.2

Bagaimana anda mengaplikasikan konsep / model / teori tingkah laku


untuk memahami murid yang dipilih.

Berdasarkan kajian kes iaitu Stealing Time yang saya telah kaji, saya

berfikir

memilih strategi-strategi penyelesaian masalah yang dihadapi oleh guru di dalam artikel

Stealing Time tersebut dengan berdasarkan Model Logikal Dreikurs, Modifikasi Tingkah
Laku Skinner dan Model Disiplin Asertif.
Seterusnya, saya akan mengaitkan kajian kes ini dengan model pengurusan bilik
darjah, iaitu Model Akibat Logikal Dreikurs. Dalam model ini, Dreikurs menekankan
kepentingan guru memberi kepercayaan dan tanggungjawab kepada murid-murid. Guru
perlu kenal pasti punca kepada masalah disiplin. Pendapat Dreikurs mengenai disiplin
kendiri boleh dicapai di dalam suasana bilik darjah yang demokratik. Di mana guru dan
murid dapat bekerjasama membuat keputusan. Menurut Dreikurs juga, tingkah laku
bermasalah berpunca daripada motif-motif seperti mendapatkan perhatian, mencabar
kuasa, membalas dendam dan mempamerkan kekurangan. Oleh itu sebagai seorang guru,
Toh berperanan untuk membantu murid faham motif tingkah laku. Tambahan pula, Vincent
pada asalnya tergolong dalam murid yang ada masalah pembelajaran. Vincent sepatutnya
mendapat lebih perhatian atau perlu sentiasa diperhatikan. Contonhya, Vincent cuba
mendapatkan

perhatian

gurunya

dengan

mengganggu

proses

pengajaran

dan

pembelajaran, melibat kertas dan mengetuk pensel di meja.


Sikap Vincent lebih ketara dalam motif pertama iaitu inginkan perhatian. Antara
cadangan yang dicadangkan bagi mengurangkan motif ini adalah dengan mengalihkan
perhatian murid berkenaan. Cikgu Toh hendaklah mengubah strategi atau aktiviti
pembelajaran seperti teka-teki, bersoal jawab yang lebih menarik minat Vincent serta
meninggalkan tingkah laku tersebut.
Model seterusnya merupakan cadangan penyelesaian yang dipilih untuk kajian kes
ini iaitu Model Modifikasi Tingkah Laku (B.F.Skinner). Teori modifikasi Skinner bertujuan
untuk menghapuskan tingkah laku yang tidak diingini dan menggantikan dengan tingkah
laku yang yang diingini melalui pengukuhan. Teknik modifikasi yang beliauplikasikan dalam
kes ini ialah dendaan, time out dan reverse psychology. Dendaan digunakan untuk
mengubah tingkah laku seseorang. Ia mungkin akan menyebabkan tingkah laku bermasalah
dihentikan atau diturunkan kekerapannya. Dalam kes ini, Toh telah mengenakan denda
kepada Vincent kerana tingkah lakunya yang kurang menyenangkan. Apabila Vincent
mengganggu pembelajaran di dalam kelas dan membuat bising, Toh telah memarahi
Vincent, namun tidak didendakan oleh Vincent. Apabila Vincent tidak menyiapkan tugasan
yang diberi, Toh mengenakan denda kepadanya. Vincent tidak dibenarkan rehat sehingga
semua kerja-kerjanya disiapkan. Akhirnya, Vincent dibawa ke bilik Guru Besar dan beliau
beliaurahkan menyiapkan tugasan yang telah diberikan di bilik tersebut.
Cikgu Toh juga mengaplikasikan teknik time out dengan mengarahkan Vincent untuk
pergi ke sudut belakang kelas bagi mengelakkan beliau mengganggu pelajar lain. Namun,

beliau masih membuat bising dengan menghempas buku ke lantai. Beliau juga
menggunakan teknik reverse psychology dengan berbincang dan mendengar luahan
perasaan Vincent serta sebab beliau bertindak demikian. Cikgu Toh menasihati Vincent dan
menyatakan sebab mereka berbuat demikian dan berjanji akan menasihati mereka.
Di samping itu, kami telah mendapati bahawa kajian kes ini juga berkait rapat
dengan Model Disiplin Asertif. Model ini melatih murid-murid untuk menerima konsekuen
bagi tindakan mereka. Vincent telah menunjukkan tingkah laku yang tidak diingini apabila
Vincent mengambil tugasan yang diberikan oleh Toh dan menyimpannya ke dalam laci dan
menunjukkan bahawa beliau tiada keinginan untuk menyelesaikannya. Di dalam kes ini, Toh
boleh menggunakan kaedah penyelesaian pelan disiplin asertif iaitu dengan lima langkah.
Langkah pertama, membina jaringan sokongan dengan pihak pentadbir dan ibu bapa iaitu
dengan minta kebenaran pihak pentadbir dan maklumkan kepada ibu bapa murid. Langkah
kedua dengan membentuk peraturan bilik darjah yang jelas dan spesifik, berkuatkuasa
sepanjang waktu persekolahan dan selaras dengan umur murid-murid. Seterusnya, guru
disarankan memberi pengukuhan positif untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran bilik
darjah yang positif dan mengurangkan kekerapan berlakunya masalah disiplin. Manakala
langkah keempat pula hendaklah bekalkan konsekuen setimpal dengan pelanggaran
peraturan bilik darjah yang telah ditetapkan dan langkah kelima ialah dengan menetapkan
pelan bagi kes salah laku yang serius contohnya, murid yang berkenaan dihantar terus
untuk berjumpa dengan guru besar

3.3

Huraikan cadangan intervensi dalam menangani masalah disiplin atau


tingkah laku bagi individu yang dikaji.

Saya ingin mencadangkan beberapa strategi penyelesaian berdasarkan kes


mengikut kefahaman saya terhadap kes ini. Pertama, peneguhan positif boleh diberikan
kepada Vincent sekiranya beliau dapat menyiapkan tugasan yang diberikan dalam masa
yang ditetapkan. Peneguhan positif berfungsi sebagai ganjaran yang mendorong individu
mengulangi tindakan yang dikehendaki. Tingkah laku berlaku kesan daripada rangsangan
atau peneguhan. Peneguhan positif seperti pujian, habeliauh dan markah merit. Namun, Toh
harus mengelakkan peneguhan berterusan kerana ia akan mengurangkan kualiti
keberkesanannya.
Kedua, Cikgu Toh boleh menggunakan motivasi secara bimbingan kaunseling bagi
meningkatkan kesebeliauan Vincent untuk belajar. Motivasi terdiri terbahagi kepada dua iaitu

motivasi intrinsik dan motivasi ekstrinsik. Motivasi ekstrinsik dapat beliauplikasikan terhadap
Vincent. Bentuk rangsangan contohnya memberi sokongan, peneguhan positif seperi pujian,
habeliauh, gred dan membentuk iklim alam belajar yang kondusif. Terlebih dahulu, Toh
hendaklah memberi motivasi serta mengubah gaya pemikiran Vincent terhadap kelas serta
rakan-rakannya.
Ketiga, mengadakan kaedah perbincangan. Kaedah ini merupakan satu kaedah dan
teknik mengajar yang melibatkan aktiviti perbualan serta aktiviti pembelajaran secara
bertukar-tukar fikiran atau idea dan berkongsi maklumat tentang sesuatu perkara melalui
perbualan. Perbincangan terbahagi kepada dua bentuk iaitu perbincangan kumpulan kecil
dan perbincangan keseluruhan kelas. Cikgu Toh seharusnya mengadakan satu sesi
perbincangan yang melibatkan semua anggota kelas termasuk Vincent bagi menyelesaikan
masalah yang dihadapi. Cikgu Toh sepatutnya tidak mengadakan perbincangan dengan
murid kelasnya sewaktu Vincent keluar kelas. Hal ini akan menimbulkan rasa tidak puas hati
Vincent terhadap cikgu Toh dan rakan-rakannya. Malahan, cikgu Toh perlulah memanggil ibu
bapa Vincent untuk berbincang mengenai masalah anak mereka dan cara untuk mengatasi
kelemahan itu.
Keempat, guru perlu mengadakan disiplin bilik darjah.

Laporan Jawatankuasa

Kabinet (1979), disiplin ialah kesanggupan seseorang individu menghormati dan mematuhi
peraturan sama ada displin itu dikenakan dari luar atau kerelaan sendiri. Selain itu, Turney
dan Cairns (1976) meletakkan guru sebagai pusat tumpuan bilik darjah sekaligus
bertanggungjawab dalam melaksanakan disiplin. Cikgu Toh menyuruh Vincent berada di
belakang kelas supaya tidak mengganggu murid yang lain tetapi beliau telah membuat
bising. Cikgu Toh harus bersifat adil dan tegas terhadap hukuman yang dikenakan. Selain
itu, Cikgu Toh mengelakkan amalan ugutan tetapi menggunakan kaunseling. Cikgu Toh juga
menyebeliaukan aktiviti mengikut kebolehan Vincent.
Kelima, token ekonomi merupakan cara untuk meningkatkan tingkah laku yang
diingini. Pelajar akan diberikan token yang boleh ditukarkan kepada pelbagai aktiviti
peneguhan.

Contohnya,

Vincent

sering

melakukan

masalah

tingkah

laku

yang

mendatangkan masalah kepada Toh dan murid-murid lain. Toh harus merancang token
ekonomi ini sejak awal tahun lagi kerana ia memerlukan masa dan usaha yang gigih
daripada pihak guru. Token ekonomi yang dibuat dalam pelbagai bentuk seperti bintang,
setem, butang wang mainan, kad dan lain-lain boleh digunakan. Token diberikan selepas
sahaja tingkah laku positif tercapai.
Keenam, kontrak perjanjian ini dilasksanakan dengan membuat perjanjian secara
lisan atau menandatangani kontrak merupakan salah satu cara yang berkesan untuk
memodifikasikan tingkah laku negative kepada positif. Kontrak bertulis lebih sesuai kerana

setiap perkara dispesifikasikan dengan teliti. Komponen yang ada dalam kontrak seperti
sasaran

tingkah

laku,

peneguhan

yang

akan

diterima

serta

syarat-syarat

yang

diketengahkan harus jelas.


Kategori ketujuh teknik pengurusan tingkah laku ialah tindakan pembetulan.
Tindakan pembetulan adalah cara untuk menangani masalah tingkah laku ini secara
spontan dan juga untuk menghentikan perlakuan mereka dengan cara yang baik dan tidak
merosakan. Tindakan pembetulan bukan sahaja menghentikan tingkah laku yang tidak di
ingini tetapi juga bagi penambah baikan keadaan persekitaran bilik darjah. Terdapat
beberapa tindakan pembetulan seperti guru gunakan hukuman yang memang di ketahui
oleh murid yang melanggar peraturan dan pastikan hukuman itu relevan dan bepatutan.
Selain itu, guru perlu memberhentikan tingkah laku yang tidak di ingini dengan cara
menukarkan tempat duduk dan berjumpa selepas tamat belajar. Guru juga perlu bimbing
perlakuan yang tidak baik ke arah yang positif kerana lebih banyak murid belajar perlakuan
yang baik, semakin kuranglah mereka melakukan perlakuan yang tidak baik. Guru perlu
jelaskan hak-hak di dalam bilik darjah dan ingatkan mereka semula apabila mereka mula
menunjukkan tingkah laku masalah. Oleh itu, Cikgu Toh perlulah menekankan pembetulan
setiap kali apabila Vincent melakukan kesalahan atau melakukan tingkah laku yang
bermasalah. Teknik ini perlulah dilakukan secara berulang-ulang sehingga masalah tingkah
laku itu dilupuskan.
Cadangan saya yang terakhir sekali yang saya fikirkan bersesuaian untuk
beliauplikasikan dalam kes ini adalah dengan mewujudkan kemesraan. Perhubungan mesra
di antara guru dengan pelajarnya penting dalam proses menjana pengawalan emosi dalam
kalangan pelajar. Raut muka dan reaksi guru menjadi perkara utama menampakkan
kemesraan guru kerana keadaan muka yang ceria didapati lebih menggalakkan penglibatan
pelajarnya. Guru mestilah menunjukkan sikap mengambil berat dan memberi perhatian
kepada semua pelajarnya. Untuk menimbulkan kemesraan, guru harus mewujudkan unsure
jenaka dan bergurau supaya situasi pembelajran lebih menyeronokkan (Abdul Ghani
Abdullah, Ph.D. 2009). Jika tidak wujud hubungan mesra ini, pelajar tidak akan berani untuk
memberi respon atau menyatakan persamaan ada menyatakan idea.
Bukan itu sahaja, guru juga perlu mewujudkan kemesraan antara pelajar dengan
pelajar. Dalam kes ini, cikgu Toh perlu menerapkan dalam diri pelajarnya bahawa
pentingnya hubungan kemesraan bersama rakan-rakan untuk interaksi yang lebih berkesan.
Masalah tingkah laku bermasalah ini merupaka perkara yang perlu di beri
perhatian yang serius kerana bermula dengan permasalahan yang kecil sebegini jika
masalah tingkah laku berterusan akan menjadikannya satu kebiasaan. Kemubeliaun
masalah tingkah laku akan dibawa hingga ke peringkat dewasa dan masalah ini tidak dapat

di ubah lagi. Setiap perlakuan atau perbuatan yang terlahir adalah oleh murid-murid adalah
disebabkan faktor-faktor tertentu yang mempengaruhi perbuatan tersebut. Namun setiap
perbuatan ini mempunyai kesan-kesan tertentu yang mana kesannya adalah kepada murid
itu sendiri tetapi juga memberi kesan kepada orang lain. Oleh itu cara-cara untuk mengatasi
tingkah laku bermasalah ini hendaklah bersesuaian dengan tingkah iaku bermasalah
tersebut. Cara-cara mengatasinya adalah berbeza bergantung kepada masalah-masalah
yang dihadapi.
Dalam usaha menangani masalah ini, semua pihak harus melibatkan diri samada
ibu bapa, guru, masyarakat dan juga pihak kerajaan. Usaha bersama akan membuahkan
hasil yang tidak akan mengecewakan semua pihak serta dapat melahirkan murid yang
berkaliber serta berwawasan selaras dengan wawasan Negara ke arah masyarakat yang
berpengetahuan.
Namun setelah siap tugasan ini, saya telah memperoleh banyak pengetahuan dan
maklumat baru berkaitan tajuk pelbagai model disiplin dan aplikasinya, dan model
pengurusan tingkah laku. Sesungguhnya tajuk ini banyak memberi input yang bermakna
serta berilmiah kepada saya yang merupakan bakal guru kelak. Hal ini demikian kerana,
dalam tajuk ini saya dapat mempelajari bagaimana cara untuk menguruskan masalah
tingkah laku dalam sesebuah bilik darjah dengan berkesan. Malah, saya juga dapat
mengetahui pendapat-pendapat serta pemikiran-pemikiran beberapa orang ahli psikologi
yang telah mengkaji dan mengaitkan situasi-situasi masalah disiplin dalam bilik darjah
dengan mencipta teori atau model mereka sendiri.
Berdasarkan model-model pengurusan tingkah laku yang telah dibaca, saya dapati,
kesemua model yang telah dinyatakan boleh saya gunakan untuk merangka satu bentuk
pengurusan yang sesuai dengan situasi masalah tingkah laku di dalam bilik darjah kelak.
Pada pandangan saya sendiri, tidak semestinya saya menggunakan hanya satu model
sahaja untuk menyelesaikan sesuatu situasi dalam bilik darjah. Saya rasa, sebagai seorang
guru kelak, saya perlulah pandai menggabungkan langkah-langkah dan teknik-teknik yang
terdapat di dalam kesemua model yang dinyatakan supaya masalah disiplin murid dapat
beliautasi dengan berkesan.
Sebagai seorang guru, saya perlu bijak mengaplikasikan model yang telah dikaji
dengan situasi yang berlaku memandangkan tidak semua situasi atau masalah tingkah laku
yang timbul di dalam sesebuah bilik darjah adalah sama. Gabungan langkah-langkah dan
teknik-teknik daripada model-model yang bersesuaian sebenamya, mungkin lebih mudah
untuk menyelesaikan rnasalah disiplin dalam sesuatu situasi. Malahan, pemilihan langkah
dan teknik yang bersesuaian ini dapat menunjukkan ciri-ciri kepimpinan seorang guru itu

sendiri. Oleh hal yang demikian, seseorang guru itu akan dilihat sebagai seorang yang
berjaya mengatasi masatah disiplin dalam bilik darjah berdasarkan cara serta corak
kepimpinannya sendiri.
Sebagai seorang bakal guru, tugasan ini banyak membantu saya untuk mencari jalan
penyelesaian apabila berada di sekolah nanti. Hal ini demikian kerana, di sekolah nanti,
saya pasti akan berdepan dengan murid yang mempunyai masalah tingkah laku. Dengan
tugasan ini, saya menjadi lebih berkeyakinan untuk meneruskan pembelajaran saya di
institut ini untuk menuntut lebih banyak perkara agar saya lebih bersebeliau di alam kerjaya
kelak. Saya juga mempunyai lebih banyak pengetahuan untuk saya gunakan semasa
mengajar nanti. Semua ini akan saya praktikkan untuk memastikan murid yang bakal saya
ajar dapat menjadi murid yang berjaya dalam kehidupan rnereka.

4.0

RUMUSAN