Anda di halaman 1dari 41

E30203120223

EEM432

TUGASAN
SEPTEMBER 2014 SEMESTER

KOD KURSUS

NAMA KURSUS

EEM 432

ISU DAN TREND DALAM PENDIDIKAN MORAL

PROGRAM

NAMA PELAJAR

SARJANA MUDA PENDIDIKAN

MUHAMAD IEZWAN ABDUL MALEK

NO. MATRIK

E30203120223

NAMA FASILITATOR
AKADEMIK

PUAN ASIAH PARIEKUTTY

PUSAT PEMBELAJARAN

AeU KUALA LUMPUR

BAHAGIAN A
1

E30203120223
EEM432

Baca dengan teliti artikel Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Remaja Terlibat Dalam Masalah
Sosial di Sekolah Tunas Bakti, Sungai Lereh, Melaka oleh Zainuddin Sharif & Norazmah
Mohamad Roslan, Universiti Teknologi Malaysia.
Soalan-soalan
a) Apakah tujuan kajian ini?
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi remaja
terlibat dalam masalah sosial di Sekolah Tunas Bakti, Sungai Lereh yang terletak di
negeri Melaka. Seramai 86 orang pelajar dipilih sebagai sampel kajian. Kajian ini
menggunakan satu set soal selidik sebagai instrumen kajian yang mengandungi dua
bahagian iaitu Bahagian A mengenai demografi responden dan Bahagian B mengenai
respon responden terhadap aspek persoalan kajian. Terdapat empat persoalan kajian yang
diutarakan dalam kajian ini iaitu faktor diri sendiri, latar belakang keluarga, pengaruh
rakan sebaya dan permasalahan persekitaran sekolah. Darjah kebolehpercayaan (alfa
cronbach) bagi setiap persoalan kajian adalah 0.8536 bagi aspek faktor diri sendiri,
0.7967 bagi aspek latar belakang keluarga, 0.7488 bagi aspek pengaruh rakan sebaya dan
0.6835 bagi aspek permasalahan persekitaran sekolah. Data yang diperolehi dianalisis
dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical Package for Social Science, Version
11.5) dan dinyatakan dalam bentuk kekerapan serta peratusan. Dapatan kajian
menunjukkan faktor diri sendiri paling mempengaruhi responden terlibat dalam masalah
sosial berbanding pengaruh rakan sebaya dan pemasalahan persekitaran sekolah. Walau
bagaimanapun, analisis mendapati latar keluarga bukan faktor penting responden terlibat
dalam masalah sosial. Akhir sekali, beberapa implikasi kajian terhadap faktor penglibatan
remaja didalam masalah sosial dicadangkan dan beberapa cadangan untuk kajian lanjutan
juga turut dikemukakan. Katakunci: masalah sosial, remaja

b) Nyatakan kaedah yang digunakan untuk mengumpulkan data.

E30203120223
EEM432

Kajian

ini

selidik

adalah

berbentuk

untuk mendapatkan

mengetahui

faktor-faktor

deskriptif
maklumat.

iaitu
Kajian

menggunakan
ini

kaedah

bertujuan

soal
untuk

yang mempengaruhi remaja yang ditempatkan di sekolah

pemulihan akhlak yang terletak di Sekolah Tunas Bakti, Sungai Lereh, Melaka terlibat
dalam gejala sosial dalam empat aspek iaitu faktor latar belakang diri sendiri, faktor
latar belakang keluarga, bentuk pengaruh rakan sebaya dan juga permasalahan
persekitaran sekolah. Dapatan kajian ini diperolehi melalui soal selidik yang
diedarkan kepada responden. Manakala maklumat yang diterima akan dianalisis
secara kuantitatif. Data jenis kuantitatif adalah berdasarkan kategori kuantiti yang
menggunakan kekerapan, angka dan skor. Ini adalah kerana data jenis kuantitatif sesuai
bagi penyelidikan yang menggunakan instrumen soal selidik dan ujian untuk
mendapatkan maklumat kajian (Mohamad Najib, 1999).

Skop kajian
Skop kajian ini hanya fokus kepada faktor-faktor yang mendorong remaja di
Sekolah Tunas Bakti, Sungai Lereh, Melaka terlibat dengan masalah sosial
mengikut empat faktor iaitu faktor diri sendiri, faktor latar belakang keluarga,
faktor pengaruh rakan sebaya dan faktor permasalahan persekitaran sekolah.

Populasi dan sampel kajian


Populasi dalam kajian ini merupakan jumlah remaja yang terdapat di sekolah pemulihan
akhlak iaitu Sekolah Tunas Bakti, Sungai Lereh, Melaka iaitu seramai 110 orang.
Manakala

jumlah sampel yang

digunakan dalam kajian ini adalah sebanyak 86

responden.

Instrumen Kajian

E30203120223
EEM432

Dalam

kajian

ini,

penyelidik

menggunakan

soal

selidik

sebagai

instrumen

kajian

yang merangkumi beberapa item berdasarkan objektif kajian. Soal selidik

yang disediakan oleh pengkaji terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian A dan
bahagian B. Pada bahagian A, responden dikehendaki menjawab beberapa soalan yang
berkaitan dengan demografi responden. Skala empat mata pula digunakan pada bahagian
B di mana responden dikehendaki menandakan jawapan mereka tentang sesuatu
kenyataan.

Bahagian A :
Mengenai demografi responden seperti jantina, umur, tahap pendidikan, bilangan adik
beradik, pendapatan bersih bulanan ibu bapa/penjaga, pekerjaan ibu bapa/penjaga,
tahap pendidikan bapa dan tahap pendidikan ibu.

Bahagian B :
Bahagian ini mempunyai 40 soalan bagi mendapatkan dan mengenal pasti objektif kajian.
Pecahan item terbahagi kepada empat bahagian iaitu :
1. Faktor latar belakang diri sendiri.
2. Faktor latar belakang keluarga.
3. Bentuk pengaruh rakan sebaya.
4. Permasalahan persekitaran sekolah.
Penyelidik menyediakan item-item soalan dengan menggunakan skala empat
mata

untuk memperoleh jawapan daripada responden. Skala empat mata ini terdiri

daripada pemberat yang berlainan iaitu sangat setuju, setuju, tidak setuju dan sangat
tidak setuju. Ianya diringkaskan seperti mana yang ditunjukkan pada Jadual 1.

E30203120223
EEM432

c) Bagaimana teori biososial menerangkan masalah sosial?


Teori Biososoal merupakan teori paling lama dalam menerangkan perkembangan remaja.
Masa remaja dikaitkan dengan perubahan fizikal dan kematangan serta perubahanperubahan biokimia. Oleh itu, ramai ahli psikologi yang berpegang kepada teori ini
dengan mengatakan bahawa tingkah laku sosial remaja boleh diramal dari proses-proses
fizikal. Pendekatan ini menekankan bahawa proses-proses biologi adalah penyebab atau
faktor yang menggerakkan perubahan-perubahan tingkah laku sosial di zaman remaja
(Suzana, 2002).
Menurut Hall (1904), telah memperkenalkan konsep storm and stress yang melihat zaman
remaja sebagai tempoh masa yang penuh huru-hara, penuh cabaran, pemberontakkan
terhadap autoriti orang dewasa dan perubahan fizikal, intelektual dan sosial.
Menurutnyalagi, perkembangan dilihat sebagai tidak berubah dan universal dan kesannya
terhadap persekitaran adalah minima. Sesetengah tingkah laku buruk remaja seperti suka
bertengkar, mencuri dan sebagainya itu tidak dapat dielakkan kerana ia telah berakar
umbi dalam diri manusia.
Hall berpendapat bahawa ibu bapa mestilah berlembut dan bersifat permissive
kerana kanak-kanak biasanya bersifat agresif. Mereka berkelakuan begitu sebagai satu
langkah untuk melegakan emosi mereka dan apabila mereka dewasa, semua tingkah laku
itu akan hilang begitu sahaja.
d) Bincangkan dapatan umum kajian ini.

E30203120223
EEM432

Apakah faktor latar belakang diri sendiri remaja yang terlibat dengan masalah
sosial?
Berdasarkan analisis yang telah dibuat dalam bab IV, didapati faktor utama
responden terlibat dalam masalah sosial adalah disebabkan keinginan untuk mencuba
sesuatu yang baru yang tidak pernah mereka lakukan. Analisis menunjukkan aspek ini
mempunyai peratusan yang agak tinggi berbanding

aspek-aspek

lain.

Penyelidik

berpendapat, pada usia remaja, mereka mengalami perubahan dari segi peningkatan
usia, pemikiran dan keadaan sekeliling. Ketika melalui proses-proses perkembangan
pada keadaan sekeliling, akan wujud perkara-perkara yang tidak pernah mereka lihat
atau alami.
Oleh itu, remaja akan mempunyai keinginan untuk mencuba perkara-perkara yang
tidak pernah mereka alami. Kajian lepas yang dilakukan oleh Asmak (2006)
mengenai salah laku sosial remaja masa kini menunjukkan faktor ingin mencuba
juga tinggi iaitu sebanyak 48%.
Kajian Asmak selari dengan Zainal dan Sharani (2006) yang menjelaskan,
pada peringkat usia remaja, mereka mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi. Justeru
itu, apa-apa sahaja perkara baru yang terjadi di sekeliling mereka akan mendorong
wujudnya perasaan ingin tahu di dalam diri mereka. Menurut Zainal dan Sharani juga,
keadaan ini membuatkan mereka terdorong untuk mencuba dan melakukan perkaraperkara tersebut. Oleh itu, perasaan ingin tahu yang wujud diri mereka akan
mendorong mereka melakukan apa sahaja tanpa memikirkan baik atau buruknya
perkara-perkara tersebut.
Sebilangan besar responden dalam kajian ini adalah remaja yang berumur
17 tahun. Penyelidik berpendapat, responden ketika usia ini berfikiran lebih positif
berbanding ketika awal remaja mereka. Mereka akan berusaha mencari sebab yang
munasabah bagi setiap persoalan yang mereka lihat, lantas mereka akan melakukan
apa sahaja asalkan persoalan yang timbul dalam diri mereka terjawab. Ini
dibuktikan apabila Arieff dan Wardah (2006) menjelaskan, keghairahan mencari
sebab musabab baru menyebabkan remaja pada tahap ini suka mencuba perkara6

E30203120223
EEM432

perkara yang baru. Mereka terus mencuba bagi mencari pengalaman baru
walaupun mereka terpaksa mengalami kegagalan dan kesukaran.
Menurut

Arieff dan Wardah lagi, situasi ini adalah suatu keadaan yang

baik apabila mereka mengarahkan sifat ini lebih positif. Akan tetapi, kajian
mendapati responden lebih menggunakan sifat ini kepada perkara yang merugikan iaitu
mencuba perkara-perkara yang tidak elok untuk mengetahui sebab musababnya.
Dapatan kajian juga mendapati, responden terlibat dalam masalah sosial adalah
disebabkan aspek inginkan kebebasan dalam setiap perkara yang mereka lakukan.
Faktor ini juga menunjukkan peratusan yang tinggi.
Penyelidik berpendapat, ketika usia remaja, mereka akan mula merasakan
apa yang mereka lakukan adalah betul dan mereka tidak mahu dikongkong dalam
setiap perkara yang mereka lakukan supaya keinginan mereka dapat dicapai. Ketika ini,
mereka akan mula melalui peringkat perkembangan kematangan dari segi mental,
sosial, intelektual dan emosi.
Dapatan kajian ini disokong oleh Suzana (2002) yang menyatakan pada usia
remaja, mereka mula mempunyai keinginan kebebasan dalam pelbagai perkara dan pada
masa yang sama juga, mereka mengalami perkembangan fizikal dan mental yang cepat.
Dapatan kajian ini dapat dikukuhkan lagi dengan Noraini (2000) yang
menyatakan remaja

memerlukan

kebebasan

dalam

membuat

keputusan

yang

dapat memenuhi citarasa mereka. Selain aspek keinginan mencuba sesuatu yang
baru dan keinginan kebebasan dalam setiap perkara yang dilakukan, responden
terlibat dalam masalah sosial adalah kerana mereka inginkan perhatian dalam setiap
perkara yang dilakukan. Aspek ini juga menunjukkan peratusan yang tinggi.
Penyelidik berpendapat, umumnya remaja mempunyai jiwa yang sensitif.
Mereka sentiasa ingin dibelai dan diberi perhatian dalam setiap perkara yang
dilakukan walaupun kadangkala ibu bapa merasakan perkara tersebut adalah sesuatu
yang biasa dan remeh.

E30203120223
EEM432

Dapatan kajian ini dapat dikukuhkan lagi dengan kajian yang dilakukan oleh
Shamsaadal dan Abdullah (2006) yang menyatakan bahawa remaja akan kerap
melakukan kelakuan yang boleh menarik perhatian ibu bapa atau ahli keluarga. Hal
ini kerana, menurut Shamsaadal dan Abdullah, semasa kanak-kanak, remaja mendapat
perhatian yang lebih daripada ibu bapa. Tetapi, apabila mereka memasuki alam remaja
perhatian dan layanan yang lebih akan berkurangan dan ini

menyebabkan

remaja

mula rasa terpinggir atau tidak dipedulikan.


Hasil kajian juga menunjukkan responden terlibat dalam masalah sosial adalah
disebabkan perasaan dalaman diri iaitu seringkali marah dan tidak puas hati apabila
kehendak mereka dihalang. Penyelidik berpendapat, aspek ini banyak dipengaruhi
oleh tekanan yang wujud dalam diri mereka. Dapatan kajian ini dapat dikukuhkan lagi
dengan kenyataan Suzana (2002), tekanan semasa akil baligh berlaku disebabkan
perubahan fizikal dan fisiologi. Antara tekanan-tekanan tersebut ialah mudah marah
dan emosional.
Pendapat Suzana dilihat selari dengan Azizi dan Rosnah (2007) yang
menjelaskan remaja yang menghadapi tekanan akan melakukan tindakan yang diluar
kawalan lantaran ingin meluahkan perasaan tidak puas hati, ingin membalas dendam dan
sebagainya.
Selain itu, responden terlibat dalam masalah sosial adalah disebabkan
responden selalu berada dalam gangguan emosi. Dapatan kajian ini disokong
dengan Zainal dan Sharani (2006) yang menyatakan remaja terdorong untuk
melakukan tingkah laku anti sosial akibat daripada kemurungan dan kebimbangan
yang lebih dipengaruhi oleh faktor kekurangan psikologikal.
Arieff dan Wardah (2006) juga menyatakan perlakuan remaja digambarkan
sebagai perlakuan emosi. Perasaan kadangkala lebih berpengaruh daripadafikiran.
Suka duka kehidupan akan membentuk perlakuan remaja itu sendiri.
Kajian ini juga membuktikan bahawa penglibatan remaja dalam masalah
sosial adalah disebabkan kurangnya amalan kerohanian seperti menunaikan solat.

E30203120223
EEM432

Penyelidik

berpendapat, pelajar

mempunyai

asas

agama

yang

lemah

dan

pemahaman betapa pentingnya nilai-nilai kerohanian juga lemah.


Kajian Azhar dan Ab. Halim (2005) juga menunjukkan hanya sekitar 16%
pelajar sahaja yang menunaikan ibadah solat lima waktu sehari semalam. Arieff
dan Wardah (2006) juga menyatakan kemantapan agama berlaku agak lewat dalam diri
remaja iaitu di antara umur 23 dan 24 tahun. Justeru itu ketika usia remaja,
mereka tidak mengambil berat terhadap tuntutan agama yang wajib dipenuhi.
Walau bagaimanapun, dapatan kajian menunjukkan responden mempunyai
matlamat hidup yang tinggi walaupun terlibat dalam masalah sosial. Penyelidik
berpendapat, walaupun mereka
mampu

berfikir

dengan

mempunyai

lebih

matlamat

hidup,

mereka

belum

matang bagaimana caranya untuk mencapai

matlamat yang mereka inginkan. Pada usia remaja ini, kekuatan kognitif mereka
agak terbatas. Arieff dan Wardah (2006) menyatakan remaja tidak mempunyai
keupayaan yang tinggi dalam meneliti sesuatu perkara atau masalah. Pengalaman
kefahaman terhadap kehidupan mereka masih lagi terbatas dan apa yang difikirkan oleh
remaja hanyalah pada masa sekarang sahaja.

Apakah faktor latar belakang keluarga remaja yang terlibat dalam masalah sosial?
Dapatan kajian ini gagal menunjukkan pengaruh latar belakang keluarga
terhadap

penglibatan pelajar dalam masalah sosial. Oleh itu, dapatan kajian ini

menunjukkan keluarga bukanlah faktor penting pelajar terlibat dalam masalah sosial.
Walau bagaimanapun, jika diteliti, berdasarkan kepada respon di dalam
kajian ini, terdapat juga keadaan ibu bapa yang kurang menitikberatkan aspek-aspek
tertentu di dalam mendidik anak-anak mereka. Misalnya, ibu bapa dikatakan tegas
dalam memberikan hukuman kepada
berada

di

tahap

yang

rendah,

anak-anak

mereka.

Walaupun

aspek

ini

penyelidik berpendapat, remaja akan bertindak

negatif jika disiplin ibu bapa ketat. Ini kerana ibu bapa yang lebih bersifat autokratik
akan menjadikan jiwa remaja memberontak.
9

E30203120223
EEM432

Pendapat

penyelidik

ini disokong oleh Zainal dan Sharani (2004) yang

menjelaskan kesan daripada kaedah pengawalan autokratik

akan

menghasilkan

gabungan antara pemberontakan dan pergantungan. Kajian Bronstein (1994) juga


menunjukkan ibu bapa yang mesra dan menyokong akan memberi kesan terhadap
tingkah laku positif di kalangan anak-anak, manakala jenis ibu bapa yang
suka menghukum akan memberi kesan terhadap tingkah laku negatif di kalangan anakanak.
Ibu bapa pelajar dalam kajian ini juga dilihat jarang berada di rumah dan
sering

sibuk dengan kerja. Keadaan ini akan menyebabkan anak-anak bosan untuk

berada di rumah. Mereka akan lebih gemar untuk bersama dengan rakan-rakan
mereka

bagi

mengisi

kekosongan. Keberangkalian untuk mereka melakukan

perkara-perkara yang tidak elok boleh wujud kerana kurangnya pengawasan dari ibu
bapa.
Pendapat penyelidik ini selari dengan Arieff dan Wardah (2006) yang menjelaskan
ibu bapa yang sibuk dengan kerja boleh menyebabkan hubungan antara anak dengan ibu
bapa renggang. Apabila anak-anak pulang dari sekolah, ibu bapa tiada di rumah.
Oleh itu, remaja lebih suka menghabiskan masa bersama rakanrakan sebelum
pulang ke rumah. Apabila ibu bapa jarang berada di rumah, keadaan ini akan
menyebabkan kurangnya komunikasi antara ibu bapa dengan anak-anak mereka
tentang keperluan dan masalah yang dihadapi oleh anak-anak mereka.
Walaupun

dapatan

kajian

menunjukkan

aspek

ini

berada ditahap yang

sederhana, penyelidik berpendapat hubungan interaksi yang lemah antara ibu bapa dan
anak akan menyebabkan remaja hilang tempat mengadu dan bergantung. Remaja
akan merasakan ibu bapa tidak mengambil berat tentang keperluan mereka
terutamanya dari segi psikologikal.
Dapatan kajian di sokong oleh kajian Barnes dan Olson (1985) yang
mendapati komunikasi yang baik antara ibu bapa dan remaja akan menyebabkan
hubungan keluarga semakin rapat, wujud kasih sayang dan proses penyelesaian
masalah akan berlaku dengan mudah. Jackson, et al. (1998) juga menjelaskan
10

E30203120223
EEM432

komunikasi yang tidak berkesan

akan mendatangkan kesan yang negatif terhadap

keluarga dan tingkah laku anak-anak.


Walaupun dapatan kajian menunjukkan ibu bapa pelajar taat dalam menunaikan
perintah Allah
mereka

dan

didapati

mengambil

berat

tentang

pelajaran

anak-anak

mereka,

jarang memberi motivasi dan sokongan serta pujian terhadap

perkara yang dilakukan oleh anak-anak mereka. Kata-kata peneguhan seperti pujian
yang jarang diberikan kepada anak-anak akan membuatkan remaja merasakan diri
mereka

tidak

mempunyai

kelebihan

dan

perkara

yang mereka lakukan tidak

bermakna.
Suzana (2002) menyatakan remaja didapati mahukan sokongan dalaman seperti
galakan, penghargaan, kepercayaan dan kasih sayang. Sokongan luaran seperti
peluk, makan bersama-sama, bercuti juga diperlukan oleh remaja. Kurangnya
sokongan-sokongan ini boleh mempengaruhi remaja untuk melakukan perkaraperkara yang tidak sewajarnya.
Ibu bapa pelajar-pelajar ini juga jarang melakukan tabiat yang kurang baik
di dalam rumah, tetapi mereka dilihat sering bertengkar walaupun tidak kerap dan
ini menyebabkan suasana rumah kurang aman. Peratusan aspek ini juga berada
ditahap yang rendah, tetapi penyelidik berpendapat, pentengkaran yang berlaku
di rumah boleh mendorong remaja melibatkan diri dalam masalah sosial dengan
lebih serius jika ibu bapa sering bertengkar. Ini kerana remaja akan bosan, tertekan
dan tidak suka berada di rumah.
Dapatan

kajian

ini

selari dengan

Arieff

dan

Wardah

(2006)

yang

menjelaskan tiada persefahaman antara ibu bapa akan menyebabkan konflik berlaku
dan mereka akan saling bertengkar dan bergaduh. Keadaan rumah yang tidak aman
seperti ini akan memberikan kesan yang negatif kepada jiwa remaja. Mereka akan
merasa tertekan dan menjauhkan diri daripada ibu bapanya. Sehingga ada yang lari
dari rumah untuk mencari kedamaian dan ketenangan.
Akhir sekali, dapatan kajian juga mendapati ibu bapa pelajar-pelajar tidak
membeza- bezakan anak anak mereka. Mereka juga mempunyai pendapatan yang
11

E30203120223
EEM432

tidak terlalu rendah (sederhana) dan keadaan ini tidak memberi kesan yang besar kepada
remaja untuk terlibat dalam gejala sosial.

e) Kaitkan impikasi kajian ini kepada pengajaran pendidikan moral.


Pendidikan Moral memainkan peranan penting dalam merealisasikan matlamat
pendidikan dan sebagai wardah untuk mencapai hasrat negara. Mata pelajaran ini
merupakan satu subjek yang penting di sekolah dalam melahirkan generasi yang berilmu,
berdisiplin dan berwawasan. Tambahan pula, dalam usaha melahirkan insan yang
bermoral, peranan Guru Pendidikan Moral memainkan peranan yang penting dalam
menyampaikan pelajarannya dengan berkesan dan menjadi contoh (role model) kepada
para pelajarnya. Dalam penghidupan (sosialisasi), seseorang individu perlu melalui
berbagai proses perkembangan sehingga mencapai kematangan. Salah satu proses yang
dialami ialah proses perkembangan moral. Antara lain, proses sosialisasi pelajar akan
mempengaruhi pemikiran, emosi dan tingkah laku di mana akan memberi perubahan
besar dalam kehidupan mereka.
Sosialisasi berlaku secara sedar atau tidak sedar. Walaupun pelajar diajar secara
langsung (delibrate) cara-cara tingkah laku, sikap-sikap dan nilai-nilai yang baik di
rumah dan di sekolah, tingkah laku, sikap dan nilai kumpulan dalam masyarakat yang
lain secara tidak langsung juga akan dipelajari oleh pelajar hasil daripada tingkah laku
atau perbuatan-perbuatan orang-orang dewasa di sekitarnya. Ramai ahli sosiologi
berpendapat bahawa kita tidak dilahirkan sebagai manusia, tetapi kita menjadi manusia
melalui proses interaksi atau sosialisasi. Sosialisasi mengubah organisme bilogikal
kepada insan sosial. Melalui sosialisasilah seseorang belajar isi kandung kebudayaannya.
Melalui sosialisasilah kebudayaan manusia dapat dipindahkan daripada satu generasi
kepada generasi yang lain.
Justeru, kepentingan proses sosialisasi pelajar di sekolah terutama dalam
mempengaruhi pemikiran, emosi dan tingkah laku mereka memang tidak dinafikan lagi.
12

E30203120223
EEM432

Oleh sebab itu, mengikut sukatan pelajaran Pendidikan Moral (Pusat Perkembangan
Kurikulum 1988), penaakulan moral merupakan hasil yang penting dalam pengajaran
Pendidikan Moral.
Agen Perubahan Sosialisasi Individu
Dalam proses sosialisasi pelajar terdapat lima agen utama yang turut membawa
perubahan dalam diri mereka, yakni keluarga, rakan sebaya, sekolah (institusi), agama
dan media massa.
Seringkali ditimbulkan bahawa faktor keluarga memainkan peranan penting
dalam mempengaruhi kejayaan anak-anak dalam pelajaran. Ibu bpa yang sentiasa
memberi galakkan dan perangsang sehingga menimbulkan minat, semangat ketekunan
dan keyakinan diri dalam menghadai pelajaran. Ibu bapa juga berupaya membentuk polapola tingkah laku pelajar. Faktor-faktor seperti dorongan dan galakkan, disiplin di rumah,
hubungan mesra antara ibu bapa dan anak serta keluarga yang utuh memberi kesan ke
atas pembentukan personaliti, motivasi dan pencapaian akademik anak-anak yang masih
bergelar pelajar. Ibu bapa yang sentiasa memberi dorongan dan bantuan dikaitkan dengan
kejayaan yang tinggi. Di samping itu, ibu bapa juga dikaitkan sebagai satu faktor
persekitaran yang banyak mempengaruhi pembentukan dan perkembangan sosialisasi
khususnya yang berkaitan dengan personaliti dan sahsiah mereka. Tak syak lagi pepatah
Melayu mengatakan, jikalau hendak melentur buluh, biarlah dari rebungnya.
Sehubungan dengan itu Mohd. Azhar et.al, (2001) menyatakan bahawa ketika kecil dan
dalam keluarga pendidikan asas serta pembentukan keperibadian itu mesti diberikan
dasar yang jelas dan kukuh.
Pada diri remaja, pengaruh dalam lingkungan perilaku diakui cukup kuat.
Walaupun remaja telah mencapai tahap perkembangan kognitif yang memadai untuk
menentkan tindakannya sendiri, namun penentuan diri remaja dalam berperilaku banyak
dipengaruhi oleh tekanan dari kelompok teman sebaya (Conger, 1991). Kelompok teman
sebaya juga diakui dapat mempengaruhi pertimbangan dan keputusan seseorang remaja
13

E30203120223
EEM432

tentang perilakunya (Conger, 1991). Rakan sebaya dilihat mempunyai nilai-nilai


tersendiri dan mempunyai pengaruh yang ketara. Raka sebaya di sekolah dapat
mempengarui disiplin seseorang remaja. Sekiranya nilai-nilai rakan sebaya tidak
mementingkan ketekunan, tanggungjawab, kerjasama, menepati masa, menghormati guru
dan mematuhi peraturan, begitulah juga sikap pelajar berkenaan. Sebaliknya sifat-sifat
sosial positif rakan sebaya akan menghasilkan seseorang ndividu yang amat menekankan
nilai moral dalam satu-satu masyarakat seperti sifat-sifat kepimpinan, bertimbang rasa
dan bekerjasama. Rakan sebaya juga memainkan peranan penting bagi membentk konsep
diri, sikap dan pandangan seseorang pada dirinya sendiri sama ada dirinya dihargai
ataupun sebaliknya di sisi masyarakat. Contohnya, cara berpakaian, hobi, aktiviti-aktiviti
sosial, jenis permainan, kumpulan belajar dan sebagainya.
Di samping itu, pelajar menghabiskan hampir seluruh masanya di sekolah.
Pengaruh sekolah (institusi) adalah kedua pentingnya berbanding dengan pengaruh
keluarga. Apabila kanak-kanak bersekolah, interaksinya dengan masyarakat menjadi
bertambah luas. Di sekolah kanak-kanak bukan sahaja belajar sosialisasi secara formal
yang ditentukan oleh kurikulum sekolah tetapi ia juga melalui kurikulum tersembunyi
dengan cara menyesuaikan diri dalam suasana baru sekolah seperti beratur mengikut
giliran, mengikut peraturan, bekerjasama dengan orang lain dan bersaing dalam aktivitiaktiviti sekolah. Organisasi dan struktur belajar di sekolah seperti pengagihan pelajar
mengikut pencapaian, pihak berkuasa yang menekankan peperiksaan, bentuk, strutur
ganjaran dan hukuman, sikap dan harapan guru, kesemuanya menggalakkan perubahan
dalam proses sosialisasi mereka. Jenis kepimpinan dan suasana sekolah turut
mempengaruhi perkembangan personaliti pelajar. Sebagai contoh, pengetua atau Guru
Besar yang tegas melaksanakan disipln pasti menegaskan kepada remaja, keadaan
disiplin adalah penting bagi menjamin kejayaan perlaksanaan sesuatu tugasan sebaliknya
pengetua atau Guru Besar yang tidak tegas menghasilkan kesan yang negatif pula
(Rosiadi et.al, 2008).
Agama di dapati mempunyai hubungan dengan perlakuan moral. Ramai
berpendapat agama adalah penting untuk mencapai perlakuan moral yang baik. Adalah
didapati pelajar yang menghadiri kelas-kelas agama lebih jujur daripada pelajar yang
14

E30203120223
EEM432

tidak menghadiri kelas agama. Ramai berpendapat pelajar-pelajar menggunakan ajaran


agama sebagai petunjuk dalam proses perkembangan moral mereka. Walau
bagaimanapun, terdapat juga kes-kes di mana orang-orang yang percayakan agama tidak
menggunakan prinsip-prinsip moral yang tinggi dalam perlakuan mereka seharian. Ini
kerana tidak ada keimanan di dalam diri mereka. Sekiranya pelajar-pelajar ini diberi
didikan agama yang kuat dan berpegang kepada keimanan nescaya mereka tidak akan
melakukan sesuatu yang bercanggah dengan moral manusia malahan agama itulah yang
akan membentuk jiwa, moral dan akhlaknya kerana di dalam agama itu ada cara dan
kaedah untuk membentuk akhlak-akhlak yang baik dan berjiwa luhur kepada tuhan
seperti yang terkandung di dalam agama Islam. Keadaan ini sekaligus membentuk proses
sosialsasi dalam diri individu serta membawa perubahan besar dalam hidup mereka.
Ada pendapat yang mengatakan media massa mempunyai pengaruh sosialisasi
sama kuatnya seperti pengaruh rakan sebaya dan sekolah. Media massa yang
merangkumi surat khabar, majalah, radio dan terutama televisyen boleh meninggalkan
kesan yang negatif dan positif ke atas sosialisasi seseorang. Pengaruh baik atau buruk
yang diterima oleh pelajar-pelajar melalui media massa bergantung kepada apakah bahan
atau unsur yang didedahkan kepada mereka. Rancangan-rancangan televisyen
mempunyai tema yang berbagai. Tema yang baik seperti cerita di mana orang yang baik
selalu mendapat kejayaan dan sebaliknya orang jahat menerima hukuman atau balasan
dapat membantu perkembangan pertimbangan moral pelajar-pelajar. Pelajar-pelajar patut
digalakkan untuk menonton rancangan sedemikian. Sebagai ibu bapa dan guru yang
bertanggung jawab adalah menjadi tanggung jawab mereka untuk mendidik pelajarpelajar supaya mereka tahu memilih apakah rancangan televisyen dan bahan-bahan
bacaan yang baik dan sesuai untuk mereka.

Peranan Guru Pendidikan Moral

15

E30203120223
EEM432

Menurut Kamus Dewan (1970) guru bererti pendidik, pengajar dan pengasuh.
Daripada pengertian di atas, jelas menunjukkan guru merupakan insan yang
berkecimpung dalam arena perguruan yang dikaitkan sebagai suatu bidang mengajar atau
melaksanakan dalam konteks institusi pendidikan dalam usaha menyampaikan ilmu
kepada anak murid atau masyarakat. Dalam kerengka tugas sebagai Guru Pendidikan
Moral yang berwibawa, khususnya dalam meningkatkan perkembangan moral kognitif
remaja (pelajar) ke arah melahirkan generasi yang bertanggungjawab dan berwawasan,
seseoang Guru Pendidikan Moral harus sedar bahawa pelajar yang datang ke sekolah
telah mempelajari serba sedikit persoalan moral di rumah daripada keluarga dan
masyarakat.
Keadaan ini bermakna, para pelajar harus diberi harapan dan kepercayaan agar
tabiat tentang moral yang dipelajari bakal melahirkan pengetahuan moral mereka
sekaligus perkembangan moral kognitif terus subur. Dengan cara ini kita dapat memupuk
nilai-nilai dan prinsip hidup golongan remaja agar menjadi remaja yang berilmu serta
berdisiplin. Kenyataan ini dapat disokong oleh pendapat Yahya Buntat at.el, (2003) di
mana Guru Pendidikan Moral bukan sahaja berkemahiran mengajar dan mengembangkan
ilmu, malah sikap, tingkah laku dan disiplin diri harus di bentuk ke arah profesionalisme.
Dalam mengajar mata pelajaran Pendidikan Moral,Pendekatan Perkembangan
Moral Kognitif adalah berasaskan kepada teori perkembangan moral Kohlberg (1962)
yang memberi fokus kepada merangsang perkembangan moral para remaja (pelajar).
Pedekatan ini banyak membantu membina kebolehan menaakul golongan remaja di
peringkat yang lebih tinggi. Bailey (1979) dalam (Chang Lee Hoon, 2005) turut
menyatakan bahawa perkembangan moral pada peringkat ini lebih tertumpu kepada
perkembangan karaktor moral, sikap terhadap peraturan moral dan membuat
pertimbangan moral. Di samping itu juga, istilah perkembangan memberi satu
gambaran yang menunjukkan satu perubahan yang progresif ke tahap yang lebih
kompleks yang tidak boleh diterbalikkan, maka perkembangan moral membayangkan
andaian mengenai apakah yang dianggap matang dari segi moral (Downey & Kelly
(1978) dalam Chang Lee Hoon (2005).
16

E30203120223
EEM432

Terdapat beberapa perspektif atau teori perkembangan moral yang membawa


implikasi terhadap pendidikan moral, khususnya dalam kebanyakan gejala sosial yang
berlaku kini. Penaakulan moral yang matang adalah penting kerana pemikiran yang
rasional memudahkan pembelajaran dan penerapan nilai-nilai murni dalam kalangan
remaja (Loganathan, 1995). Stoll & Beller dalam Loganathan (1995) turut melaporkan
bahawa sekolah-sekolah kini sedar bahawa sesuatu harus dilakukan untuk mengajar nilainilai murni dan yang lebih penting lagi adalah mengajar pelajar cara menaakul tentang
sesuatu nilai. Namun, Wilson (1973) memang telah menjelaskan bahawa penaakulan
moral merupakan suatu kemahiran yang boleh diajar dan dipelajari.
Guru Pendidikan Moral juga harus sedar bahawa di sekolah sendiri merupakan
sumber pembelajaran moral secara tidak langsung. Suasana sosial di sekolah, cara
sekolah itu ditadbir dan bagaimana guru-guru bertingkah laku akan memberikan
pengaruh secara tidak lanagsung kepada pembelajaran moral para pelajar di sekolah. T.
Mariuthu (1980) dalam Rosiadi (2008) menjelaskan bahawa remaja menghabiskan
hampir seluruh masanya di sekolah. Pengaruh sekolah adalah kedua pentingnya
berbanding dengan keluarga. Organisasi dan struktur belajar di sekoah seperti pengagihan
pelajar mengikut pencapaian, pihak berkuasa yang menekankan peperiksan, bentuk,
struktur ganjaran dan hukuman, sikap dan harapan guru, kesemuanya menggalakkan
masalah disiplin dalam kalangan pelajar yang lemah dari segi akademik.
Keadaan ini sudah tentu berbeza jika pelajar yang belajar di sekolah yang ternama
dan tinggi penghayatan moralnya sudah tentu lebih beruntung dan mudah proses
pemupukan nilai dilakukan berbanding dengan sekolah yang sebaliknya. Dengan cara ini,
Guru Pendidikan Moral di sekolah terbabit berperanan mengembangkan moral kognitif
pelajar yang bermasalah. Menyentuh pernanan guru dalam menangani masalah
vandalisme di sekolah, ia perlu dilihat dari sudut sikap guru itu di mana beliau hampir
dengan pelajar selepas ibu bapa (Abdullah, 2005). Sudah tentu usaha ini akan memberi
kesan kepada masalah pelajar kerana tanggungjawab mendisiplinkan pelajar terlelak di
bahu guru di sekolah.
17

E30203120223
EEM432

Selaras dengan kepentingan Perkembangan Moral mengikut skema Kohlberg


(1975) mengatakan bahawa penaakulan moral bukan sahaja merupakan salah satu faktor
yang menggerakkan tingkah laku moral tetapi penaakulan moral juga adalah faktor paling
penting yang pernah dikaji dan terbukti dapat menggerakkan tingkah laku moral.
Kohlberg membicarakan bahawa bagaimana individu boleh bertingkah laku moral jika
dia tidak faham dan tidak berfikir tenang sebab kenapa dia patut bertingkah laku sebegini.
Justeru, Guru Pendidikan Moral harus bersedia mengajar nilai-nilai moral sekaligus
memperkembangkan pengetahuan moral pelajar agar mencapai matlamat untuk
melahirkan individu yang bermoral tinggi. Tambahan Loganathan (1995) penaakulan
moral yang matang adalah penting kerana pemikiran yang rasional memudahkan
pembelajaran dan penerapan nilai-nilai murni dalam kalangan remaja di sekolah.
Selain itu, Guru Pendidikan Moral haruslah bertanggungjawab menyalurkan
objektif-objektif seiring dengan penerapan nilai-nilai murni Pendidikan Moral dalam
kalangan pelajar. Di bawah rancangan KBSR dan KBSM, nilai-nilai murni diterapkan
bukan sahaja dalam mata pelajaran Pendidikan Moral tetapi juga dalam semua mata
pelajaran yang lain.[1] Selaras dengan Falsafah Pedidikan Kebangsaan, KBSR dan
KBSM digubal berdasarkan kepada prinsip kesepaduan unsur-unsur yang membolehkan
potensi individu berkembang secara menyeluru dan seimbang. Justeru itu, bagi mencapai
matlamat Pendidikan Kebangsaan, pelajar-pelajar sekolah akan diberi peluang
menghayati nilai-nilai murni serta mengamalkannya dalam kehidupan seharian mereka.
Keadaan ini sejajar dengan perkembang moral kognitif pelajar berkenaan dengan
pertimbangan moral (moral judgement) Kohlberg (1987) dalam Chang Lee Hoon
(2005) yang mengklasifikasikan terdapatnya tiga ciri pertimbangan moral bagi golongan
pelajar iaitu (i) pertimbangan tentang nilai bukan fakta (ii) pertimbangan sosial yang
melibatkan pertimbangan tentang manusia dan (iii) pertimbangan normatif atau
preskriptif, pertimbangan tentang patut, hak dan tanggungjawab dan bukan pertimbangan
nilai tentang kecenderungan sendiri.

18

E30203120223
EEM432

Sejajar dengan tanggungjawab besar para guru seperti yang terkandung


dalam Etika Profesion Perguruan (EPP), Guru Pendidikan Moral juga tidak lepas
daripada tanggungjawab ini. Ikrar dalam EPP, .... dengan menyedari betapa besarnya
tanggungjawab membimbing anak muda untuk mencapai kemajuan sepenuh-penuhnya,
maka dengan ini kami menerima tatasusila berikut sebagai panduan (Yahya Buntat,
et.al, 2003). Dengan menjalankan tugas penuh dedikasi sebagai seorang pendidik, adalah
diharapkan bahawa matlamat pendidikan kebangsaan dapat dicapai bagi menghasilkan
pelajar-pelajar yang bertanggungjawab dan mempunyai akhlak yang bermoal tinggi serta
mulia. Adalah diharapkan juga para pelajar menolak sikap devian mereka agar tidak
terlibat dalaam gejala vandalisme di tempat awam ataupun sekolah.
Antara lain, kekuatan moral bakal melahirkan masyarakat berminda kelas
pertama adalah masyarakat yang berpengetahuan, mampu berdaya saing, berbudaya
kerja cemerlang, berintegriti dan memiliki kekuatan moral. Masyarakat tersebut juga tahu
menghayati dan menghargai budaya, kesenian dan warisan serta sejarah negara, bangsa
dan agamanya. Identiti nasionalnya kekal terserlah melalui pembinaan jati diri yang
kukuh dan tidak mudah dihanyutkan oleh arus globalisasi. Prinsip-prinsip kepercayaan
kepada Tuhan dan kesetiaan kepada Raja dan negara senantiasa dijunjung. Semangat
Islam Hadhari yang menekankan kepada pegangan prinsip-prinsip berasaskan nilai-nilai
universal yang luhur, akan diterapkan.
Menyentuh tentang konsep Guru Pendidikan Moral dan Aspirasi Negara
di mana telah meletakkan satu tanggungjawab penting kepada semua guru. Selain Kod
Etika Profesion Perguruan (EPP), aspirasi negara disandarkan kepada tanggungjawab
untuk membangunkan negara. Guru berkenaan harus menjadi teladan (role model)dalam
mempraktikkan prinsip yang positif di samping menyebarkan mesej yang diingini kepada
para pelajar. Dalam isu ini, mesej untuk menolak sebarang perbuatan yang bercanggah
dengan norma masyarakat dan undang-undang negara wajar ditonjolkan dalam kalangan
pelajar melalui penggemblengan usaha bersama agar imej institusi pendidikan dapat
dipelihara sepenuhnya sekaligus membentuk generasi Malaysia yang bertanggungjawab
dan berwawasan.
19

E30203120223
EEM432

Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran Penyelesaian Konflik

Proses perkembangan bangsa dan proses kemajuan negara berkaitan secara


langsung dengan sistem pendidikan. Pendidikan bermutu bakal melahirkan generasi yang
sedar

dan

insaf

dengan

erti

hidup

dan

tanggungjawab.

Mereka

berusaha

memperkembangkan potensi masing-masing bagi mencapai kesejahteraan diri, keluarga,


masyarakat dan negara. Justeru, pendidikan berfungsi sebagai alat untuk memenuhi
kepeluan-keperluan negara dalam pelbagai aspek sama ada politik, ekonomi dan sosial.
Dalam membincangkan proses pendidikan, kita harus memberi fokus akan
kepentingan aspek pengajaran dan pembelajaran yang menggalakkan pengeluaran idea
yang kreatif dalam kalangan pelajar. Pengajaran dan pembelajaran melibatkan kemahiran
yang pelbagai serta mengintegrasikan unsur-unsur lain[2] supaya menjadi lebih berkesan
dan kreatif. Antaranya ialah kaedah penyelesian koflik. Di samping itu, peranan guru
yang kreatif dan inovatif[3] amat penting dalam memastikan proses pengajaran dan
pembelajaran mereka adalah efektif. Menurut Abd. Rahim (1999) daya kreativiti yang
tinggi

membolehkan

sesuatu

kaedah

atau

metod

pengajaran

mencorakkan

perkembangan minda, emosi, sikap dan nilai para pelajar. Manakala inovatif pula ialah
kebolehan seseorang guru memulakan sesuatu yang baru dalam bentuk kaedah, sistem
pendekatan dan sebagainya.
Justeru, guru adalah pemangkin kepada para pelajar membina daya
pemikiran yang analitikal, kritis dan kreatif bagi menghadapi perubahan-perubahan
semasa. Ungkapan di bawah menggambarkan betapa pentingnya peranan guru sebagai
penyalur ilmu dan kemahiran kepada para pelajarnya.
As teachers we must believe in change, we must know it
is possible, or we wouldnt be teaching because education is a
20

E30203120223
EEM432

constant prosess of change. Every single time you teach


something to someone, it is ingested, something is done with it,
and new human being emerges
(Leo Buscaglia & Boon Pong Ying dalam Mok Soon Sang,
2002 )
Pengajaran dan pembelajaran adalah proses

yang berterusan dan tidak

statik selari dengan perubahan-perubahan di sekeliling kita. Dalam era teknologi moden
kini, perkembangan ilmu pengetahuan dan kemahiran menuntut profesionalisme guru
mendalami inovasi dalam pedagogi bagi memperbaiki serta memperkukuhkan kapasiti
sebagai seorang pendidik. Bagi mengoptimumkan keberkesanan proses pengajaran dan
pembelajaran dalam menjana idea kreatif para pelajar, guru boleh menggunakan kaedah
penyelesaian konflik.
Penyelesaian konflik dalam bentuk sumbang saran (brainstorming) adalah
satu bentuk perbincangan yang membolehkan satu kumpulan mengeluarkan sebanyak
mungkin idea secara spontan dan berkelompok. Setiap idea perlu diterima untuk dikaji
sama ada sesuai dengan tajuk perbincangan atau tidak. Jangan mengkritik idea-idea pada
peringkat awal kerana akan menghalang kelahiran idea-idea baru. Pada akhir sesi ideaidea yang sesuai akan diasingkan dengan idea yang tidak sesuai untuk dibuat rumusan.
Rumusan itulah menjadi hasil sesi sumbang saran.
Betapa banyaknya permasalahan moral yang boleh dibincangkan oleh murid kita.
Mereka mampu berbincang, mencari punca masalah, kenapa dan mengapa masalah itu
terjadi. Mereka berbincang tentang kesan atau akibatnya. Mereka juga mampu untuk
menyarankan cara-cara penyelesaiannya. Tetapi bagaimanakah dengan penghayatan dan
tindakan mereka? Adakah mereka menghayati apa-apa yang mereka bincangkan dan
bertindak sebagaimana yang mereka persetujui dalam perbincangan? Contoh isu-isu
yang boleh dibincangkan ialah gejala melepak, lumba haram, menonton televisyen yang
keterlaluan, membuang masa yang berharga dan sebagainya. Berikut merupakan model

21

E30203120223
EEM432

pengurusan grafik bagi teknik perbincangan (sumbang saran) yang berkaitan dengan
kaedah penyelesaian konfik.

Rumusan
Sebagai rumusan dapatlah dikatakan bahawa Guru Pendidikan Moral memainkan
peranan amat penting dalam menjadi teladan (role model) kepada pelajar di sekolah
melalui beberapa kriteria nilai keperibadian yang ditunjukkan. Tugas untuk menjadi guru
contoh di sekolah bukanlah mudah ianya memerlukan sokongan padu daripada pihak
pentadbir, guru lain, pelajar dan masyarakat secara keseluruhannya. Namun dalam proses
membentuk sosialisasi pelajar terdapat lima agen utama yang turut membawa perubahan
dalam diri mereka, yakni keluarga, rakan sebaya, sekolah (institusi), agama dan media
massa.
Di atas kepentingan tugas Guru Pendidikan Moral adalah bertepatan dengan visi
dan misi Kementerian Pelajaran Malaysia bagi melahiran insan pelajar yang seimbang
dalam semua aspek kehidupan mereka. Justeru, dalam melahirkan insan pelajar yang
kreatif dan inovatif dalam pembelajaran mereka sudah tentu memerlukan tanggungjawab,
kaedah, teknik, strategi dan pendekatan proses pengajaran serta pembelajaran yang baik
dan berkesan. Oleh yang demikian, kaedah penyelesaian konflik (perbincangan /
sumbang saran) merupakan idea yang kreatif dalam menggalakkan pelajar yang aktif dan
proaktif dalam pembelajaran mereka, khususnya dalam mata pelajaran Pendidikan Moral.

BAHAGIAN B
22

E30203120223
EEM432

Isu Moral Semasa di Sekolah Rendah

Zaman beredar terlalu cepat. Kadangkala kita alpa tentang persekitaran sekeliling yang
telah mengalami banyak perubahan ke arah kemajuan seiring dengan kemajuan di negaranegara maju. Bagi negara membangun seperti Malaysia perubahan-perubahan yang besar ini
telah memberi banyak impak positif dari segi ekonomi, pembangunan, perindustrian, pelaburan,
perbankan, pertanian dan sebagainya. Tetapi bagaimana pula dengan tahap sosial masyarakat
negara terutama golongan muda di mana mereka inilah yang akan memacu pembangunan
negara pada masa akan datang. Kebelakangan ini terlalu banyak diperkatakan isu yang berkaitan
dengan masalah sosial yang melibatkan remaja. Pelbagai andaian, hujah, cadangan, program
dan aktiviti bagi menangani masalah sosial ini diutarakan. Perlakuan sosial yang negatif dalam
bentuk devian sosial tidak seharusnya merupakan satu petunjuk ke atas kelemahan masyarakat
untuk membudayakan pembangunan secara positif yang berteraskan prinsip dan nilai-nilai
murni kemanusiaan serta agama. Di dalam kupasan kali ini , saya mengupas sedikit sebanyak
berkenaan isu buli di kalangan generasi muda masa kini.
PERBINCANGAN ISU MORAL
Apakah yang dikatakan pelakuan buli? Pelakuan buli merupakan satu fenomena yang
kompleks (Collins et al., 2004). Tingkah laku buli boleh ditunjukkan dalam pelbagai bentuk dan
cara tanpa mengira jantina. Terdapat pelbagai definisi tentang pelakuan buli diberikan oleh para
sarjana. Definisi pelakuan buli ini pula bergantung kepada budaya sesuatu masyarakat. Mungkin
satu pelakuan itu dikatakan pelakuan buli oleh satu masyarakat dan bagi masyarakat lain ianya
bukan pelakuan buli. Bagi masyarakat melayu, penggilan nama atau gelaran yang tidak baik
misalnya bukan satu pelakuan buli, sebaliknya sebagai pelakuan yang bersifat gurauan. Definisi
pelakuan buli yang paling banyak diterima pakai oleh para sarjana ialah definisi pelakuan buli
yang diberikan oleh Olweus (1993a) yang mengatakan pelakuan buli ialah tingkah laku agresif
yang dilakukan secara berulang kali terhadap orang lain secara individu atau secara
berkumpulan.

23

E30203120223
EEM432

Menurut kamus dewan edisi ke-4, buli boleh diintrepetasikan sebagai


perbuatan

mendera,

mempermainkan

seseorang

supaya

dapat

menyesuaikan diri dengan suasana yang baru. Menurut Hazler dan Hoover
pula yang dipetik di dalam bukunya yang bertajuk Developmental
Psychology Childhood and Adolescence yang diterbitkan pada tahun 2006,
buli bolehlah dimaksudkan sebagai tingkah laku agresif di mana seorang
pelajar atau satu kumpulan pelajar mengganggu seorang mangsa secara
fizikal atau psikologi bagi satu jangka masa yang panjang dan dilakukan
berkali-kali terhadap mangsa.
Pelakuan buli merupakan juga satu bentuk interaksi sosial dimana individu yang lebih
dominan (pembuli) akan menunjukkan tingkah laku aggresif yang cenderung menyebabkan
ketidak selesaan kepada individu yang kurang dominan atau lemah (mangsa buli). Menurut
Rigby (1996) pula, tingkah laku buli ialah perbuatan menekan atau menindas sama ada secara
fizikal atau psikologi oleh seseorang yang lebih berkuasa terhadap seseorang yang tidak
berkuasa. Apa yang penting dalam mendefinisikan pelakuan buli ialah wujudnya ketidak
imbangan kuasa antara pembuli dan mangsa buli.
Menurut Wikipedia, Buli bermaksud perbuatan mengasari orang yang lemah dengan
tujuan atau maksud untuk menunjukkan kekuatan masing-masing. Ini secara tidak langsung,
menjadikan mereka yang lemah mematuhi atau menghormati mereka yang kuat. Ada maksud
lain yang menyatakan bahawa buli bermaksud tingkah laku agresif sama ada dalam bentuk
fizikal atau psikologikal yang dilakukan secara berulang kali ke atas mangsa dan ia bertujuan
mendatangkan perasaan tidak selesa, aman, tenteram dan harmoni. Secara keseluruhannya,
perbuatan membuli merupakan perbuatan yang tidak baik serta boleh membuatkan orang lain
boleh menjadi mangsa serta boleh mendatangkan ketidak selesaan kepada orang lain.

Pembuli
Terdiri daripada pelajar senior di tahun 5 dan tahun 6

Bertubuh besar, tegap, dan tinggi.


24

E30203120223
EEM432

Melibatkan sekumpulan pelajar dan biasanya usia mereka adalah sebaya.

Membuli satu cara untuk menghilangkan perasaan bosan di sekolah.

Kejayaan membuli pelajar junior akan menunjukkan mereka kuat, berkuasa, dan

Tidak mudah digertak.

Dibuli
Di Malaysia, pelajar-pelajar yang sering menjadi mangsa ialah pelajar junior mereka
ataupun pelajar baru masuk di sekolah itu atau pelajar yang mempunyai masalah dalam
pergaulan.

Bertubuh kecil.

Pelajar yang kerap dipuji oleh guru akan menjadi sasaran.

Pelajar baru di sekolah.


Sebenarnya terdapat banyak sebab kenapa mereka suka membuli. Antara sebabnya
adalah:

Faktor rakan sebaya mempunyai pengaruh paling kuat untuk mengubah tingkah laku
pelajar.

Individu yang membuli ini mungkin ingin memperlihatkan rasa tidak puas hati
mereka.

Mereka pernah menjadi mangsa buli.

Gangguan personaliti seperti antisosial golongan yang tidak pernah berasa bersalah
apabila membuat kesilapan.

Individu yang gagal mengendalikan emosi dengan baik. Golongan ini biasanya
terdapat pada kanak-kanak hyperactive atau cergas yang melampau yang sering
bersikap tidak pernah mengambil peduli perasaan orang lain.
25

E30203120223
EEM432

Mereka yang tidak berjaya dalam pelajaran, nakal, dan mempunyai masalah disiplin.

Akibat perceraian ibu bapa.

Terlalu dimanja oleh ibu bapa.

Sekadar mahu berseronok.

Mereka bosan dengan sekolah dan membuli pelajar lain merupakan salah satu cara
untuk menghilangkan perasaan bosan.

Marah dan benci pada mangsa atas sebab disayangi guru atau gemar bercakap dalam
bahasa Inggeris.

Ingin menunjukkan kekuatan sendiri.

Faktor terakhir yang mungkin memainkan peranan yang penting ialah media massa
dan cetak yang memaparkan aksi, pertuturan, dan tingkah laku yang ditayangkan di
media elektronik dan media cetak menjadi ikutan sehingga seolah-olah pelakon
tersebut menjadi 'role model' bagi golongan remaja.

KESAN BULI DAN LANGKAH MENGATASI BULI


Gejala buli semakin di sekolah semakin membimbangkan masyarakat terutamanya ibu
bapa. Pada asasnya, gejala buli ini boleh dibahagikan kepada dua iaitu buli mental dan buli
fizikal. Buli mental ialah aktiviti buli yang melibatkan kutuk-mengutuk, ejek-mengejak, dan
menyindir seseorang. Buli fizikal pula melibatkan pukul-memukul dan sepak terajang hingga
menyebabkan kecederaan kepada mangsa buli. Memang tidak dapat dinafikan, gejala buli
mendatangkan pelbagai kesan buruk terutamanya kepada pelajar sekolah. Oleh itu, langkahlangkah yang sesuai perlu dilakukan untuk mengatasi masalah buli di sekolah.

26

E30203120223
EEM432

Pada pendapat saya, kesan utama gejala buli di sekolah ialah pelajar-pelajar yang dibuli
akan berasa takut datang ke sekolah. Kita sedia maklum bahawa kebanyakan mangsa buli
biasanya bersaiz lebih kecil dari segi fizikal jika dibandingkan dengan pembuli. Oleh sebab itu,
mereka tidak mampu melawan kerana takut dengan pembuli. Pembuli biasanya akan menyuruh
mereka melakukan sesuatu untuk kepentingan pembuli sendiri. Jika mereka membantah, mereka
akan dipukul dan didera. Terdapat sesetengah pembuli yang membawa kawan-kawannya untuk
membelasah pelajar yang dibuli. Bagi pelajar-pelajar perempuan pula, mereka suka menyindir
dan mengutuk sesama sendiri. Perbuatan ini boleh menyebabkan mangsa tertekan dan
ketakutan. Ini menyebabkan pelajar yang dibuli akan berasa takut dan tidak berani datang ke
sekolah lagi. Jelaslah bahawa kadar ponteng sekolah dalam kalangan pelajar yang dibuli akan
meningkat disebabkan mereka takut datang ke sekolah.
Selain itu, kesan lain yang tidak boleh dikesampingkan ialah mangsa buli tidak dapat
memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap pelajaran. Kejadian kes buli secara tidak langsung
telah menyukarkan mangsa untuk melibatkan diri dalam proses pengajaran dan pembelajaran di
dalam kelas. Hal ini demikian kerana mereka sentiasa memikirkan tentang hal tersebut. Mereka
juga sering ketakutan dan sentiasa memikirkan perkara yang dilakukan oleh pembuli ke atas diri
mereka. Mereka akan menjadi pasif dan tidak ceria. Mereka tidak berani berkomunikasi dengan
rakan-rakan dan guru-guru mereka. Mereka lebih suka menyendiri sambil memikirkan nasib
mereka yang malang. Hal ini demikian kerana mereka telah diugut supaya tidak melaporkan
kejadian mereka dibuli kepada ibu bapa dan guru. Jika mereka melaporkan pembuli mengancam
akan melakukan sesuatu yang lebih buruk ke atas diri mereka. Akibatnya, mereka selalu
ponteng sekolah untuk mengelakkan diri daripada dibuli. Ini menyebabkan prestasi akademik
mereka merosot dan akhirnya mereka gagal dalam peperiksaan.
Selanjutnya, gejala buli yang keterlaluan boleh menyebabkan mangsa buli bertindak untuk
membunuh diri bagi menamatkan penderitaan yang mereka tanggung. Sudah terang lagi
bersuluh, mangsa buli biasanya akan mengalami trauma dan ketakutan sepanjang masa.
Berdasarkan kajian dan bukti yang diperoleh, terdapat kes-kes yang tragik di mana mangsa buli
telah membuat keputusan bahawa satu-satunya cara untuk menghentikan kesengsaraan mereka
adalah dengan membunuh diri sendiri. Sebagai contohnya, Vijah Singh yang berumur 13 tahun
telah membunuh diri di dalam rumahnya di Manchester, England. Di dalam diarinya dia telah
27

E30203120223
EEM432

mendedahkan kesengsaraannya akibat dibuli. Diari tersebut mencatatkan bahawa wangnya


dirampas pada hari Isnin, hari Selasa dia dipersendakan, hari Rabu pula baju uniform
dikoyakkan, hari Khamis badannya disimbah dengan darah, dan, hari Jumaat semuanya telah
berakhir. Hari Sabtu dia telah mendapat kebebasan. Perkara ini menggambarkan bahawa kes
buli yang keterlaluan boleh menyebabkan mangsa buli hilang pertimbangan dan kewarasan
sehingga tergamak untuk menamatkan nyawa mereka sendiri.
Gejala buli tidak boleh dibiarkan berleluasa. Sebelum nasi menjadi bubur, beberapa
langkah yang pragmatik dan sistematik untuk mengatasi masalah ini hendaklah dilakukan.
Antara langkah yang boleh digunakan untuk mengatasi gejala buli di sekolah adalah dengan
memperkukuh peranan ibu bapa. Ibu bapa hendaklah menerapkan ajaran agama, moral dan nilai
murni kepada anak-anak sejak kecil lagi. Ibu bapa harus mendidik anak-anak mereka
mengamalkan sikap saling menghormati dan bertolenransi pada setiap masa. Kasih sayang dan
perhatian yang secukupnya akan membantu anak-anak mereka membesar dengan sempurna.
Anak yang berkeperibadian terpuji merupakan anak-anak yang membesar dalam sebuah
keluarga yang bahagia. Mereka tidak akan tergamak untuk menyakiti dan membuli orang lain
kerana ibu bapa telah menyemai ajaran-ajaran yang baik dan berguna di jiwa mereka sejak
kecil, bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Seterusnya, peranan guru bimbingan dan kaunseling di sekolah hendaklah diperhebat. Hal
ini demikian kerana di sesetengah sekolah, guru kaunseling sibuk membuat kerja lain daripada
berjumpa dengan pelajar bermasalah untuk menyelesaikan masalah mereka. Pelajar pula tidak
mahu berjumpa dengan guru kaunseling kerana mereka tidak yakin dengan kemampuan dan
kebolehan guru tersebut. Oleh itu, guru bimbingan dan kaunseling harus memainkan peranan
lebih aktif. Mereka hendaklah mengesan dan memberikan kaunseling motivasi kepada pelajar
yang selalu dibuli. Biasanya, mangsa buli tidak mahu berkongsi masalah mereka dengan orang
lain kerana takut. Dengan ini, guru bimbingan dan kaunseling dapat memulihkan semangat
mangsa buli. Mereka juga akan lebih yakin untuk melaporkan kes yang hadapi. Akhirnya, pihak
sekolah dapat mengambil tindakan yang tegas kepada pelajar-pelajar yang terlibat.

28

E30203120223
EEM432

Selanjutnya, tindakan disiplin dan undang-undang ke atas pembuli hendaklah dikaji dan
dimurnikan semula. Hal ini demikian kerana tindakan yang dikenakan ke atas mereka pada
masa sekarang tidak menakutkan mereka untuk meneruskan perlakuan buli. Pihak Kementerian
Pelajaran Malaysia mungkin boleh bekerjasama dengan pihak polis untuk menangani masalah
ini. Pembuli yang ditangkap mungkin boleh dipenjarakan atau disuruh melakukan kerja-kerja
kemasyarakatan selama beberapa tempoh tertentu. Tujuannya adalah untuk menakutkan
pembuli yang lain. Setiap pembuli sewajarnya dikenakan hukuman yang setimpal seperti hantar
pembuli ke pusat pemulihan akhlak atau digantung persekolahan untuk memberikan kesedaran
dan pengajaran kepada pelaku dan orang ramai. Hal ini demikian kerana terdapat kes buli yang
berakhir dengan kematian. Ini menggambarkan betapa kes buli amat serius jika dibiarkan tanpa
tindakan yang sewajarnya. Si pembuli akan terus bermaharajalela mencari mangsanya.
Tindakan mengampunkan pembuli dengan alasan mereka masih muda dan tidak sesuai
dikenakan hukuman penjara haruslah dikaji semula bagi kes-kes buli yang ekstrem kerana
zaman berubah dan musim berbunga.
Kesimpulannya, masalah ini perlu ditangani dengan segera kerana jika gejala ini menjadi
semakin serius, mangsa buli akan berdepan dengan pelbagai risiko termasuk kehilangan nyawa.
Lebih-lebih lagi, kebanyakan kes buli berlaku di kawasan sekolah yang merupakan institusi
formal untuk kita menjana modal insan yang bakal memimpin negara pada masa hadapan. Kita
tidak mahu melahirkan generasi muda yang kejam, dan suka menindas orang lain untuk
kepentingan dirinya sendiri. Dengan ini diharapkan, semua pihak seperti ibu bapa, guru sekolah,
masyarakat, dan pihak berkuasa perlu bekerjasama dalam menangani masalah ini.

29

E30203120223
EEM432

PERANAN GURU DAN SEKOLAH


Isu buli ini bukanlah satu isu yang baru didengari, namun isu ini telah menular dan
merebak bukan sahaja di negara kita, bahkan di negara lain juga. Menurut Menteri Pelajaran,
Datuk Seri Hishammudin Tun Hussein dalam Utusan Malaysia, 9 Julai 2005 mendapati masalah
buli merupakan satu masalah yang sering berlaku di sekolah-sekolah menengah di Malaysia pada
hari ini.Beliau mengulas perkara ini setelah timbulnya isu buli yang berlaku di Sekolah
Menengah Agama (SMA) Al-Maidah Addiniah, Padang Tengku, Kuala Lipis,Pahang. Bukan
sahaja di sekolah tersebut sahaja, malah kes buli ini turut berlaku di sekolah lain. Kes ini sudah
menjadi lali kerana kerap berlaku kepada pelajar sekolah.
Masalah tingkah laku buli di sekolah juga akan menyebabkan timbulnya pelbagai
masalah lain seperti gangsterisme dan ponteng sekolah. Jika dapat disimpulkan disini,
seandainya isu buli ini tidak dapat dibendung, bagaimanakah pula dengan persepsi ibu bapa yang
mahu menghantar anaknya ke sekolah walhal sekolah adalah sebuah institusi yang amat penting
dalam negara dan merupakan tunjang utama dalam mendidik anak bangsa kita. Ibu bapa juga
merasa ragu akan keselamatan anak mereka sepanjang anak mereka berada di sekolah. Malah,
ibu bapa kan berasa risau sekiranya kes tersebut berlaku di sekolah anak mereka. Sebagai guru,
perkara ini tidak boleh dipandang sambil lewa kerana ianya membabitkan keselamatan para
pelajar.
Selain itu juga, dengan penyebaran kes buli dalam laman web Youtube turut
menimbulkan persepsi yang kurang baik dan secara tidak langsung telah mencemarkan imej
30

E30203120223
EEM432

Pendidikan Negara dengan bunyi-bunyi mengatakan bahawa pendidikan di Negara kita lebih
menjurus kepda nilai akhlak pelajar yang semakin rosak dan tiada usaha kerajaan untuk mencari
langkah proaktif untuk menanganinya. Malangnya, penyebaran cerita yang dibuat oleh
sebilangan orang yang hanya tahu membusukkan nama Negara bukan dari mana-mana pihak
musuh tetapi rakyat kita sendiri. Kemajuan yang dikecapi itu bukannya untuk digunakan ke arah
kebaikan tetapi telah disalahgunakan.
Jika kita bandingkan pendidikan di Malaysia dengan pendidikan di luar negara, ternyata
terlalu jauh berbeza. Pendidikan di luar negara lebih maju. Mereka banyak mengkaji pendidikan
mereka dan menyesuaikan dengan perkembangan pelajar disebabkan di negara luar mereka
mempunyai banyak pengkaji untuk mengkaji struktur pengajian mereka. Sememangnya, cara
pengajian mereka juga cukup berkesan kepada para pelajar. Mereka turut membantu pelajar yang
tidak berkemampuan untuk mendalami ilmu pengetahuan dan ada satu tabung atau unit yang
akan membantu kanak-kanak ini supaya dapat menuntut ilmu dan meneruskan pelajaran. Justeru
itu, mereka ini tidak akan terabai atau terasing daripada orang lain dan masih dapat belajar
bersama pelajar yang lain seperti biasa.
Oleh itu, pihak kerajaan seperti Kementerian Pelajaran dan juga pihak sekolah harus
menitikberatkan isu kes buli ini dalam pelajaran di sekolah. Perkara ini hendaklah bermula dari
kecil mereka dengan lagi kerana sejak dari kecil lagilah kanak-kanak harus dibentuk. Semasa
mereka masih kecil ini, guru-guru dapat mendidik mereka ketika berada di prasekolah lagi.
Prasekolah merupakan sebahagian daripada sistem pendidikan Malaysia. Kementerian Pelajaran
Malaysia menyediakan pendidikan prasekolah bagi membolehkan kanak-kanak berumur empat
hingga enam tahun memasuki persekolahan lebih awal, terutamanya kanak-kanak daripada
golongan berpendapatan rendah. Pengajaran dan pembelajaran di prasekolah perlulah
menerapkan banyak nilai moral. Hal ini kerana, tahap perkembangan mereka sedang
berkembang. Ianya meliputi perkembangan moral, kognitif, sosioemosi dan intelek.
Bagi peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah, moral dapat diterapkan melalui
mata pelajaran tertentu seperti Pendidikan Moral, Pendidikan Islam, Pendidikan Sivik dan
sebagainya. Pembelajaran yang konsisten juga tidak memadai sekiranya ianya tidak menepati
citarasa pelajar tersebut. Selain itu, guru juga boleh menyediakan visual atau video supaya
kaedah pembelajaran dapat dipelbagaikan. Hal ini kerana murid cepat bosan dan tumpuan sering
31

E30203120223
EEM432

terganggu. Sebagai seorang pelajar, kaedah pembelajaran yang pelbagai adalah salah satu cara
untuk menarik minat mereka mempelajari mata pelajaran tersebut. Secara tidak langsung,
pendidikan ini dapat diterapkan dalam diri mereka.
Sukatan pelajaran juga perlu diseseuaikan mengikut tahap umur pelajar di sekolah. Pihak
kerajaan perlulah mengkaji balik dan memantau satu persatu sukatan pelajaran secara
menyeluruh dari segi prospek pelajaran. Sukatan buku yang merangkumi nilai-nilai moral
hendaklah diubah atau dibuat mengikut peredaran masa. Di samping itu, ianya perlulah
menyentuh nilai akhlak pelajar yang semakin runtuh pada ketika ini. Paparan artikel ataupun
jurnal tentang kes moral akan lebih memberi impak yang mendalam kepada pelajar. Jadi, para
pelajar akan lebih mengetahui kesan atau akibat sekiranya mereka terlibat sama dalam masalah
moral. Mereka akan berfikir terlebih dahulu sebelum membuat tindakan yang melulu.
Kurikulum di Malaysia juga perlu disemak kembali dan diberi nilai tambah supaya
kurikulum tersebut adalah relavan dan berupaya untuk menyediakan pelajar dengan kemahiran
tertentu bagi menghadapi persekitaran global setelah mereka melepasi alam persekolahan. Hal
ini kerana, setiap individu mempunyai minta yang berlainan dan tidak semua individu dapat
melakukan semua kemahiran. Menurut teori Howard Gardner, setiap manusia mempunyai
kecerdasan yang pelbagai. Mereka harus memilih kemahiran yang sesuai dengan diri mereka.
Pihak kementerian pelajaran telah menubuhkan sekolah teknik dan vokasional pada tahun 1905
bagi pelajar yang lebih meminati aliran ini. Jadi, para pelajar yang cenderung ke arah bidang ini
akan lebih memberikan tumpuan dan akan berusaha dalam aliran yang diambil.
Guru yang mengajar juga perlulah mengajar dengan baik. Bukannya mengajar sematamata menghabiskan sesuatu topik atau silibus pengajian. Hal ini perlu diambil berat. Guru perlu
membiarkan murid dapat menghayati nilai moral yang dipelajari dan bukannya hanya masuk
telinga kanan, keluar telinga kiri. Guru juga perlu mengaplikasikan pendidikan moral dalam
aktiviti mengajar. Dalam aktiviti mengajar, para pelajar dapat membincangkan topik mengenai
nilai moral dengan lebih mendalam. Mereka akan berkongi pendapat dan pandangan dalam
membincangkan isu tersebut. Guru juga boleh menyelitkan pengajaran atau iktibar daripada kes
moral yang berlaku.

32

E30203120223
EEM432

Bertepatan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang merangkumi pelbagai elemen


penting termasuklah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan
untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak
mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
Kesimpulannya, pendidikan adalah peneraju utama dalam memastikan seseorang itu
memacu arah hidupnya. Dalam erti kata lain, cabaran kehidupan akan terus memberi impak
secara langsung kepada kehidupan pelajar oleh sebab kesan daripada ledakan perkembangan
masa yang membawa kepada penyelerakan maklumat secara terbuka melalui dunia hiburan,
komunikasi, budaya dan sebagainya.

PENGAJARAN DARIPADA KES BULI


Saban tahun media dedahkan tentang isu buli sekolah. Kejadian ini
masih lagi berlaku sehinggalah sekarang. Apakah tiada jalan penyelesaian
untuk buli ini? Hakikatnya, ramai yang tidak sedar bahawa buli ini adalah isu
yang amat berat dan ada sesetengah pihak individu memandang remeh hal
ini. Gejala ini semakin menjadi-jadi sekarang ini. Jika pada waktu dahulu,
fenomena ragging adalah satu kebiasaan di sekolah terutamanya di sekolahsekolah berasrama. Namun

ianya telah menular ke sekolah harian biasa

malah kejadian yang berlaku adalah lebih dasyat sehingga mendatangkan


kecederaan dan kematian terhadap mangsa buli tersebut.
Seharusnya para pelajar mesti sedar impak yang akan berlaku
sekiranya terlibat dalam kes buli ini. Para pelajar kini haruslah pandai dalam
memilih kawan kerana kawan ketawa senang dicari, kawan menangis sukar
didapati. Kawan itulah yang akan mendorong kita ke arah kebaikan ataupun
keburukan. Dalam kejadian buli ini, ianya berlaku disebabkan banyak faktor.
Tetapi, para pelajar harus berfikir risiko yang terpaksa ditanggung sekiranya
terlibat dalam isu ini. Ianya melibatkan banyak aspek contohnya dari segi
33

E30203120223
EEM432

hukuman yang akan dikenakan. Sesebuah sekolah akan mengenakan


hukuman gantung sekolah ataupun buang sekolah. Jadi, para pelajar itu akan
ketinggalan dalam pelajaran dan akademik akan merosot. Begitu juga nama
pelajar yang terbabit akan dimasukkan dalam rekod disiplin dan fail polis
sekiranya kes itu adalah kes berat. Jadi, masa depan pelajar tersebut akan
musnah begitu sahaja kerana setitik nila, habis susu sebelanga.
Akhlak merupakan cermin dan peribadi seseorang individu. Oleh itu,
akhlak sangat penting dalam kehidupan seharian seseorang individu.
Individu yang berakhlak baik akan tiada dipandang mulia dan tinggi,
manakala individu yang tidak mempunyai akhlak yang baik akan dicemuh
dan dipandang hina oleh masyarakat. Begitu juga remaja yang terlibat
dengan buli ini. Pelbagai persepsi dan tanggapan yang dibuat oleh
masyarakat tentang diri mereka setelah mereka terlibat dengan masalah ini.
Tidak dapat dinafikan remaja ini hanya mengikut nafsu mereka tanpa
memikirkan kesan yang terpaksa diterima. Banyak kejadian yang dilakukan
oleh

remaja

pada

hari

ini

sehinggakan

masalah

keruntuhan

akhlak

meningkat setiap tahun. Sedikit sebanyak ia akan memberi kesan kepada


individu tersebut.
Keluarga memainkan peranan yang penting keranan dari institusi
kekeluargaanlah kebahagiaan dan keharmonian sesuatu masyarakat itu
bermula. Keruntuhan institusi kekeluargaan akan menyebabkan hilangnya
kebahagiaan dan keharmonian dalam sesuatu masyarakat. Akhlak yang baik
dan mulia datangnya daripada sesebuah institusi kekeluargaan yang
harmoni dan bahagia. Disebabkan remaja tersebut yang melakukan masalah
ini, ianya terbawa-bawa kepada masalah kekeluargaan. Akibat daripada
masalah ini wujudnya ketidakharmonian dalam sesebuah kekeluargaan.
Keluarga akan menjadi porak peranda. Semuanya berpunca daripada
masalah itu. Begitu juga dengan ibu bapa pelajar tersebut. Mereka terpaksa
menanggung malu oleh sebab perbuatan anak mereka tersebut. Maruah
keluarga akan tercemar begitu sahaja. Mahukah kita mencemar nama baik
34

E30203120223
EEM432

keluarga? Keluarga kitalah yang selama ini menjaga kita sejak dari kecil
lagi.Maka,

janganlah

kita

terlibat

dalam

masalah

ini

yang

akhirnya

menjatuhkan diri kita juga. Selesaikanlah perkara itu dengan sebaik-baiknya


dan janganlah kita terlalu mengikut mengikut perasaan sendiri. Sekiranya
perkara tersebut sudah berlaku, tiada apa yang perlu dikesalkan. Seperti
pepatah, nasi sudah menjadi bubur.
Selain itu, ianya juga memberi impak kepada masyarakat. Keruntuhan
akhlak akan memberi kesan yang sangat besar dalam masyarakat. Jatuh
bangunnya sesuatu negara, agama dan bangsa dapat dilihat dari segi akhlak
dalam

masyarakat

itu

sendiri.

Akhlak

remaja

pada

hari

ini

sangat

membimbangkan. Sekiranya hal ini tidak dapat dibendung oleh pihak-pihak


tertentu, terutamanya pihak kerajaan dan pihak tertentu, maka tidak
hairanlanlah pada masa akan datang masyarakat kita akan hancur dan
keruntuhan akhlak remaja-remaja Melayu terutamanya akan rosak dan
binasa. Oleh itu, pihak-pihak anasir luar akan cuba mengambil kesempatan
atas kelemahan bangsa kita sendiri. Musuh-musuh ini sentiasa mengintai
sekiranya peluang sudah ada di depan mata. Namun begitu kesan yang
paling ketara sekiranya tidak dapat dikawal. Masyarakat di negara ini akan
menjadi porak peranda, berpecah belah dan tidak bersatu padu. Di samping
itu,

wujud pergaduhan dalam masyarakat. Perkara inilah yang menjadi

kebimbangan kerana takut ianya menular dalam kalangan masyarakat


kita.Kita hendaklah elakkan perkara ini daripada berlaku.
Keruntuhan akhlak juga turut memberi kesan kepada negara. Jatuh
bangunnya sesebuah negara bergantung kepada akhlak remaja pada waktu
sekarang. Remaja sekarang perlu dipantau kerana mereka inilah yang akan
menjadi pemimpin untuk generasi pada masa hadapan. Mereka ini yang
menjadi tonggak untuk memacu negara kita. Jika perkara ini tidak dibendung
dari awal, negara akan kehilangan generasi dan kepimpinan pada masa
hadapan. Tambahan pula, kerancakan pembangunan negara akan terbantut
dan keadaan ekonomi negara juga sukar berkembang kerana wujudnya
35

E30203120223
EEM432

gejala sosial dan keruntuhan akhlak yang tinggi dalam kalangan masyarakat.
Perbelanjaan kerajaan juga turut sama meningkat akibat berlakunya
peningkatan masalah ini. Perbelanjaan yang sepatutnya dikeluarkan untuk
pembangunan negara tersekat disebabkan masalah yang berlaku. Banyak
wang yang dikeluarkan supaya

remaja ini dapat

dibentuk

seperti

mengadakan kempen pembentukan sahsiah pelajar. Ini adalah salah satu


contoh perbelanjaan yang digunakan. Tidak termasuk untuk perkara lain lagi.
Keruntuhan dan akhlak dalam kalangan remaja pada hari ini

akan

memberi kesan dan impak yang begitu besar dalam masyarakat. Remaja
merupakan aset utama negara pada masa akan datang dan memainkan
peranan yang amat penting kepada pembangunan negara. Kesan jangka
panjang dan jangka pendek pasti akan berlaku seandainya remaja pada hari
ini tidak tahu bagaimana untuk membentuk dan memuliakan akhlak mereka.
Akhlak merupakan peribadi dan cermin diri bagi seseorang individu.
Kebijaksanaan serta perancangan yang teliti pastinya akan Justeru, remaja
pada masa kini perlulah berfikir banyak kali sebelum terlibat dengan
masalah ini. Ianya bukan memberi masalah kepada remaja tersebut sahaja,
bahkan kepada keluarga, masyarakat dan negara.

RUMUSAN

36

E30203120223
EEM432

Jika kita bicarakan isu buli, adakah ini merupakan budaya kita yang
sering diagung-agungkan oleh kita selama ini? Kenapa buli boleh berlaku
terutama di sekolah dan dalam kalangan pelajar kita sendiri? Adakah mereka
tidak serik-serik melakukan perbuatan tidak bermoral tersebut? Timbulnya
isu ini menampakkan kita masih tidak sedar dan mengambil berat akan isu
yang acapkali dipaparkan tidak kira sama ada di media massa, media
elektronik atau sebagainya. Jalan penyelesaian bagaikan tiada di depan
mata. Kali ini saya ingin mengutarakan pandangan saya mengenai buli
kerana saya sendiri bingung memikirkan kekerapan budaya ini sering timbul
dalam masyarakat kita.
Pertama sekali, ingin saya jelaskan di sini bahawa pembuli ialah orang
yang tidak mempunyai keyakinan diri dan kebolehan untuk berfikir yang
sejati. Pembuli menganggap semua perbuatan mereka itu sebagai lambang
kekuatan mereka. Malah, saya yakin ada antara pembuli beranggapan
tindakan mereka disukai oleh orang lain. Mereka berpandangan bahawa
pelajar-pelajar lain akan menghormati mereka. Semua anggapan mereka itu
salah belaka. Sebaliknya, pelajar lain akan memandang rendah kepada
mereka ini. Pelajar lain juga akan akan berasa takut untuk berhadapan
dengan pembuli ini disebabkan kesan yang akan dialami oleh pelajar.
Gejala ini juga amat menarik kerana kesannya begitu mendalam
terhadap mangsa. Sudah banyak kes yang mendedahkan mangsa menerima
rawatan di hospital kerana terlalu teruk dibuli. Namun, satu perkara yang
kita lupa ialah buli juga membawa kesan psikologi. Mungkin satu kajian
terperinci mengenai kesan psikologi terhadap mangsa buli dilaksanakan oleh
kerajaan. Maklumat ini boleh digunakan untuk menangani masalah yang
semakin serius.Gejala buli ini mula mendapat perhatian kerana sudah ada
beberapa kes buli yang dipaparkan oleh media massa. Malah, Menteri
Pendidikan sendiri sudah memberi komen diikuti oleh tokoh-tokoh pendidik
yang lain. Semuanya mempunyai satu kesimpulan iaitu budaya buli ini
memang wujud dan perlu dikikis terus daripada sekolah.
37

E30203120223
EEM432

Bagi pendidikan pula, dunia pendidikan di Malaysia sedang melalui era


transformasi yang sangat dirasai gelombangnya. Kajian perlu dilakukan
dalam pendidikan kita agar ianya stabil dari semua aspek termasuklah dari
segi kurikulum, mata pelajaran, sukatan pelajaran dan penerapan nilai moral
mengikut tahap umur. Tidak perlu ada pemisahan antara kesungguhan guru,
komitmen terhadap pengajaran dan pembelajaran dan juga kesediaan untuk
mendidik generasi pelajar di mana kesemuanya perlu bergerak selari dan
sentiasa beriringan. Dalam erti kata lain, guru perlu sedia memikul
tanggungjawab yang semakin berat untuk memotivasikan pelajar kerana
para pendidik perlu melihat ke hadapan dengan pandangan dan paradigma
baru di mana pendidikan dalam era globalisasi ini perlu ditafsirkan secara
holistik.
Faktor-faktor lain juga mendorong ke arah keruntuhan akhlak. Sikap ibu
bapa, pengaruh kawan-kawan, pengaruh media massa, media elektronik dan
media cetak adalah salah satu contoh sebab remaja terlibat dengan masalah
ini. Perkara ini tidak akan berlaku sekiranya masing-masing pandai
menyesuaikan diri dan tidak mudah terpengaruh dengan mana-mana punca
keruntuhan akhlak. Walaupun dari aspek material mereka agak kehadapan,
namun dari aspek kerohanian dan akhlak mereka jauh ketinggalan di
belakang. Bukan hendak menyalahkan diri mereka yang terlibat dalam
keruntuhan akhlak ini sahaja, tetapi orang sekeliling juga patut disalahkan
disebabkan sikap tidak ambil endah mereka inilah yang munculnya masalah
keruntuhan akhlak di negara kita.
Berikutan masalah buli ini lebih kepada remaja, jadi penekanan yang
harus diberikan sesuai dengan remaja ini. Peranan ibu bapa, penghayatan
terhadap agama, pengawasan pihak sekolah, kempen dan penguatkuasaan
undang-undang adalah langkah proaktif bagi memastikan kanak-kanak tidak
terlibat dalam masalah ini. Perhatian daripada ibu bapa adalah amat penting
kerana mereka yang paling hampir dengan anak mereka. Begitu juga dengan
pengawasan dari pihak sekolah terutamanya ketika berada dalam kawasan
38

E30203120223
EEM432

sekolah. Penghayatan agama juga patut diterapkan tidak kira apapun


agamanya.

Penguatkuasaan

undang-undang

juga

dapat

menjamin

keselamatan kita daripada terlibat atau menjadi mangsa.


Keruntuhan akhlak di kalangan remaja mestilah ditangani dengan
segera untuk kesejahteraan dan keselamatan negara. Pelbagai langkah
boleh diambil dan dilaksanakan, tetapi apa yang lebih penting, ibu bapa
mestilah memainkan peranan dan tanggungjawab dalam mengatasi masalah
keruntuhan akhlak di kalangan remaja. Dengan kata lain, walau apapun
langkah yang diambil oleh mana-mana pihak, tanpa kerjasama daripada ibu
bapa, nescaya gejala ini sukar diatasi.Ringkasnya, gejala ini mampu
ditangani jika semua pihak bersedia untuk mendengar dan duduk untuk
berbincang. Usah kita menuding jari kerana masa depan pelajar terletak
pada

kewarasan

kita

menyelesaikan

kemelut

bertindak,masa depan pelajar akan lebih cerah.

39

ini.

Kalau

kita

bijak

E30203120223
EEM432

RUJUKAN

1. Robiah Sidin. (1994), Pendidikan di Malaysia: Cabaran untuk masa


depan. Kuala Lumpur, Fajar bakti.
2. http://eprints.utm.my/6511/1/HashimBedu2008_KeruntuhanAkhlakGeja
laSosialKeluarga.pdf
3. http://www.scribd.com/doc/16813816/Buli-semakin-berleluasa-disekolah-kita-Keadaan-ini-menyebabkan-masyarakat-semakin-gusar.
4. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2005&dt=0709&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_01.ht
m
5. http://bmmaya.blogspot.com/2009/03/isu-semasa-rakam-siar-aksi-bulidalam.html03 March 2009
6. C:\Users\User\Documents\Gejala Buli Langkah Menangani Buli.mht
7. http://www.youtube.com/results?
search_query=berita+tv3+isu+pelajar+buli&search_type=&aq=f

40

E30203120223
EEM432

41