Anda di halaman 1dari 17

HBEF3103 PRINSIP TEKNOLOGI

PENGAJARAN

Soalan 1
Huraikan peranan teknologi pengajaran dan pendekatan yang dapat
menggalakkan persekitaran pembelajaran positif dengan membuat rujukan kepada
internet dan buku.
1) Definisi:
Menurut Crowell (1971),teknologi pengajaran ialah gabungan manusia,
peralatan, teknik dan peristiwa yang bertujuan untuk memberi kesan baik kepada
pendidikan. Manakala Uhwin Derek (1976), menyatakan bahawa teknologi dalam
pendidikan ialah penggunaan kemahiran dan teknik moden dalam keperluan latihan, yang
meliputi kemudahan belajar dengan menggunakan persekitaran setakat mana ianya
menimbulkan proses pembelajaran.
Kesimpulannya, teknologi pengajaran didefinisikan sebagai proses yang
kompleks dalam menganalisis keperluan pendidikan secara sistematik, saintifik dan
rasional bertujuan untuk mereka bentuk dan mengaplikasikannya secara sepadu idea,
tenaga, sumber bahan, kaedah dan tatacara untuk mempertingkatkan keberkesanan proses
pengajaran dan pembelajaran.

2. Peranan Teknologi Pengajaran


Menurut Abdul Rahim Mohd Saad (1996),pada abad 21 akan mengundang
pelbagai cabaran dan perubahan berkaitan keperluan pendidikan. Oleh itu, teknologi
pendidikan berperanan sepenuhnya dalam menyelesaikan masalah ini. Terdapat 3
peranan teknologi pengajaran iaitu :
2.1) Mengubah Peringkat Membuat Keputusan
Teknologi pengajaran hanya merupakan sebagai bahan bantu mengajar dan tidak
boleh digunakan untuk menggantikan pengajaran. Ia hanya digunakan untuk membantu
guru mengajar sesuatu topik dengan lebih berkesan. Teknologi Pengajaran harus diterima
pada peringkat permulaan lagi iaitu pada peringkat perancangan kurikulum. Jika
perancang kurikulum dapat bekerjasama dengan pereka pengajaran untuk menentukan
penggunaan teknologi pengajaran dalam kurikulum sekolah, pasti dengan cara ini dapat

1
HBEF3103 PRINSIP TEKNOLOGI
PENGAJARAN

lebih menjamin tahap keberkesanan dan penggunaan yang maksimum dalam pelaksanaan
pengajaran berdasarkan kurikulum yang telah digariskan oleh perancang kurikulum.

2.2 Mengubah sistem atau Pendekatan Pengajaran

Pemilihan dan penyediaan teknologi pengajaran yang bersesuaian dengan minat,


keupayaan dan kematangan kumpulan murid dapat menggalakkan persekitaran
pembelajaran yang positif. Seterusnya membolehkan pembelajaran berlaku dengan
berkesan kerana apa yang diajar oleh guru dapat diterima dan diaplikasikan oleh pelajar.
Teknologi pengajaran boleh mempengaruhi sistem atau pendekatan sesuatu proses
pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Ia dapat mengubah sistem atau pendekatan
yang konvensional kepada sistem pembelajaran jarak jauh, sistem kelas terbuka atau
sistem sekolah bebas.
Proses pengajaran adalah lebih berpusatkan pelajar dan berasaskan pengetahuan
serta maklumat. Guru hanya bertindak sebagai fasilitator di mana menguruskan aktiviti
pembelajaran dan menyediakan sebanyak mungkin pengalaman mereka. Pelajar perlu
mencari maklumat menggunakan teknologi baru dalam pembelajaran. Menurut Yusuf
Hashim (1998), pengenalan kepada jadual waktu anjal oleh KPM pada tahun 1993
memberikan fleksibiliti dalam perancangan kurikulum dan strategi pengajaran. Kaedah
ini membolehkan guru merancang pelajaran dengan lebih berkesan dan memberi lebih
masa bagi guru menyemak buku latihan dan menangani masalah pembelajaran,
sedangkan jumlah waktu mengajar adalah sama.

2.3 Mengubah Pengalaman Pembelajaran


Pengalaman pembelajaran akan dimaksimumkan sekiranya ia mirip dengan
kekuatan dan kecenderungan gaya pembelajaran serta pelbagai kecerdasan seseorang
pelajar berkenaan. Lantaran itu, pemilihan strategi pengajaran dan pembelajaran serta
pengurusan aktiviti pengajaran dan pembelajaran adalah amat kritikal sekali. Penyebatian
kemahiran berfikir mempunyai beberapa keistimewaan kearah melayan tuntutan tersebut.
Proses kemahiran berfikir, penggunaan grafik dan pengurusan lisan menawarkan

2
HBEF3103 PRINSIP TEKNOLOGI
PENGAJARAN

pembelajaran bestari. Ia juga mempunyai jalinan yang rapat dengan gaya pembelajaran
dan ketrampilan pelbagai kecerdasan.
Persepsi masa kini terhadap pengalaman pembelajaran ini terjadi bukan secara
tidak sengaja tetapi ia sengaja diadakan. Justeru itu, pengalaman ini perlu diadakan
melalui perancangan yang rapi. Penggunaan atau aplikasi teknologi pengajaran secara
teratur dan sistematik boleh membantu setiap pelajar mendapat pengalaman yang khusus
bagi menguasai sesuatu perkara yang dipelajari.
Teknologi pengajaran perlu melibatkan pelbagai deria pelajar bagi mengelakkan
sebarang kekeliruan serta salah tafsir terhadap sesuatu konsep contohnya penggunaan
visual yang diikuti oleh audio akan melibatkan deria melihat dan mendengar dan
mungkin deria sentuh juga. Penglibatan ini akan meningkatkan daya ingatan pelajar
dalam jangkamasa yang lama. Selain itu, ia juga dapat memperkayakan pengalaman
pelajar seperti media bergerak boleh memperkayakan pengalaman murid. Sesuatu
kejadian atau situasi yang tidak pernah mereka lihat atau alami akan dapat mereka
saksikan sendiri. Ini menjadikan mereka seolah-olah mengalami peristiwa itu sendiri.

3. Pendekatan yang dapat menggalakkan persekitaran pembelajaran yang positif


Pendekatan yang digunakan perlu menggalakkan persekitaran pembelajaran yang
positif di mana ia dapat merangsang minat pelajar untuk belajar, objektif pengajaran yang
dirancang tercapai, pembelajaran yang berkualiti dan berkesan, aktiviti yang dijalankan
relevan dengan tajuk yang diajar dan perlu lebih berpusatkan pelajar. Malah yang paling
penting, pembelajaran itu dapat mengakibatkan perubahan tingkahlaku pelajar ke arah
yang positif.
Terdapat pelbagai pendekatan yang dikemukakan mengenai pembelajaran. Setiap
pendekatan mempunyai konsep atau prinsip yang berbeza dan tersendiri tentang proses
pembelajaran. Antara pendekatan tersebut ialah pendekatan behaviorisme, pendekatan
kognitisme dan pendekatan konstruktivisme.
Pendekatan behaviorisme menumpukan kepada tingkahlaku yang boleh
diperhatikan secara nyata atau tidak nyata. Aspek yang berkaitan dengan tingkah laku
seseorang adalah dipengaruhi oleh persekitaran dan bukannya dari unsur luaran.

3
HBEF3103 PRINSIP TEKNOLOGI
PENGAJARAN

Pendekatan ini menekankan idea bahawa tingkah laku dan proses mental adalah hasil
daripada pembelajaran (Bernstein et al., 1994. Contohnya jika seseorang pelajar diberi
ganjaran setelah membuat sesuatu tingkah laku atau gerak balas, pasti ,mereka akan
mengulangi gerak balas tersebut setiap kali rangsangan yang sama ditemui. Terdapat
pelbagai kaedah yang boleh digunakan dalam pendekatan ini ialah teknik sumbangsaran,
tunjuk cara dan cuba jaya.
Pendekatan kognitisme pula pendekatan yang memberi perhatian yang khusus
berkaitan proses pemikiran manusia seperti persepsi, anggapan, kemahiran berfikir secara
kritis dan kreatif, kemahiran belajar dan motivasi. Ia menjelaskan bahawa pemindahan
pembelajaran adalah petunjuk kepada pembelajaran aktif di mana pelajar bertindak aktif
dalam memperoleh, menstruktur semula dan mengkaji pengetahuan untuk menjadikannya
lebih bermakna. Alessi dan Trollip ( 1991) mempercayai bahawa beberapa bidang dalam
pendekatan ini sangat penting dalam merekabentuk bahan pengajaran terancang yang
berasaskan komputer. Kaedah yang selalu digunakan dalam pendekatan ini ialah kaedah
penyelesaian masalah, permainan bahasa dan inkuiri penemuan.
Pelajar berpeluang mengemukakan pandangannya tentang sesuatu konsep dan
menghormati pandangan altenatif rakan-rakan mereka. Semua pandangan pelajar
dihormati dan tidak dipandang rendah. Selain itu guru juga boleh mengemukakan soalan
yang boleh merangsangkan minda pelajar dalam mencari jawapan. Antara kaedah yang
digunakan ialah kaedah soal jawab, perbincangan, perbahasan dan kuiz. Pendekatan ini
amat digemari dalam kaedah mengajar matematik dan subjek-subjek sains

Soalan 2
A) Terangkan maksud
i) Media Pengajaran
Menurut Jerrold et al. (1997) media pengajaran merujuk kepada audio visual dan
bahan yang menghuraikan fungsi pengajaran dalam pendidikan dan latihan. Manakala
menurut Raharjdjo (1991) media pengajaran ialah alat bantu mengajar yang mempunyai
tujuan seperti berikut iaitu :

4
HBEF3103 PRINSIP TEKNOLOGI
PENGAJARAN

i. mempermudahkan proses pengajaran dan pembelajaran


 Media pengajaran adalah sokongan kepada pemikiran kritikal dan dalam
proses pembelajaran ini murid – murid berpeluang meneliti dengan
konkrit aspek-aspek penting tentang apa yang diajar oleh guru.
Kebanyakkan butir – butir adalah disampaikan kepada mereka dengan
konkrit seperti projek, lawatan, pentafsiran peta dan data – data yang
boleh dialami, dilihat dan dikritik oleh seseorang murid. Oleh yang
demikian, butir-butir pelajaran dapat dipelajari , dapat diingati dan
dibincangkan oleh murid-murid dengan lebih cepat dan senang.

ii. mempertingkatkan kecekapan proses pengajaran dan pembelajaran


 Mengikut satu kajian, didapati lebih banyak penegtahuan diperolehi jika
media pengajaran digunakan untuk menyokong sesuatu keterangan. Ini
bermaksud sekiranya media pengajaran digunakan, murid – murid dapat
memahami pelajaran mereka dengan lebih cepat serta dapat mengikut
penerangan guru dengan lebih baik.

iii. meningkatkan daya tumpuan pelajar


 Media pengajaran yang diiringi dengan keterangan guru, murid-murid
dapat menumpukan fokus dan konsentrasi mereka. Ini akan meningkatkan
daya tumpuan murid dan seterusnya memperkembangkan corak pemikiran
murid – murid dengan lebih baik.

iv. mengawal proses pembelajaran supaya selaras dengan objektif


pembelajaran.
 Pengajaran yang menggunakan media pengajaran dapat menawarkan
pengalaman sebenar dengan demikian merangsangkan kegiatan murid
secara berindustri. Contohnya, dalam pengajaran topik tempatan, guru
boleh menjelaskan sejarah, perkembangan dan pola-polanya dengan
menggunakan gambar, model, carta dan graf. Dalam proses pembelajaran

5
HBEF3103 PRINSIP TEKNOLOGI
PENGAJARAN

ini, murid-murid dapat menghayati butir-butir konkrit tersebut dan akhirnya


objektif pembelajaran akan tercapai kerana murid benar-benar memahami isi
kandungan pelajaran tersebut.

Seterusnya menurut Heinich et al. (1996) media pengajaran adalah merupakan


penyusunan dan pengumpulan maklumat untuk menghasilkan proses pembelajaran. Oleh
itu dalam kontek kajian dapat disimpulkan bahawa media pengajaran adalah merupakan
bahan yang digunakan untuk memudahkan proses pembelajaran dan ianya akan dapat
meningkatkan daya tumpuan pelajar serta dapat membantu pelajar untuk mendapat
maklumat dengan mudah.

ii) Pengajaran Pelbagai Teknik / Blended Instruction


Pengajaran pelbagai teknik / blended instruction ialah satu bentuk penyampaian
yang berdasarkan kepada gabungan di antara pengajaran dalam talian dengan interaksi
secara bersemuka dan pembelajaran kendiri.( William, 2002). Di dalam pengajaran ini,
pelajar perlu menguruskan sendiri pembelajaran mereka mengikut kesesuaian masa yang
ada. Bahan bercetak merupakan sumber utama dalam pengajaran ini. Selain itu,
pembelajaran juga boleh berlaku melalui pita video, CD –ROM dan ujian amali di
makmal.
Di samping belajar secara kendiri, pelajar juga perlu berinteraksi secara
bersemuka dengan tutor di dalam sesi tutorial dan kuliah yang dijalankan di dalam bilik
darjah di pusat pembelajaran. Pengajaran dalam talian (On-line Learning Methodologies)
pula,terdapat pelbagai bahan dan alat komunikasi elektronik digunakan seperti e-mail,
forum perbincangan dan ruang berinteraksi di dalam talian disediakan untuk membantu
pelajar berinteraksi secara aktif dengan tutor masing-masing. Terdapat bahan-bahan
pembelajaran berbentuk elektronik disediakan melalui capaian internet seperti e-book,
bahan multimedia dan perpustakaan maya. Salah satu contoh pengajaran dan
pembelajaran pelbagai teknik ini ialah pembelajaran di Open University Malaysia
(OUM).

6
HBEF3103 PRINSIP TEKNOLOGI
PENGAJARAN

ii) Pembelajaran Berjarak / Distance Learning


Berbanding dengan kursus pengajian yang dikendalikan secara konvensional
(bersemuka), kursus pengajian PJJ mempunyai ciri-ciri pengendalian yang berlainan dan
memerlukan penilaian standard dan kualiti yang berbeza. Salah satu daripada ciri-ciri
yang penting dalam pengendalian kursus pengajian PJJ ialah pertemuan secara fizikal
tidak menjadi asas proses pengajaran dan pembelajaran. Ini bermakna pelajar boleh
mendaftar untuk mengikuti sesuatu kursus pengajian yang dikendalikan oleh sesebuah
IPTS tanpa berada di kampus dan seterusnya dianugerah kelayakan akademik oleh IPTS
berkenaan. Terdapat banyak definisi PJJ yang telah diguna pakai oleh orang awam,
institusi pendidikan tinggi, dan sebagainya. Pada dasarnya, PJJ merupakan satu kaedah
pengajaran kursus pengajian yang ditawarkan kepada pelajar di tempat pelajar berada
tanpa memerlukan pelajar berada secara fizikal di tempat kursus pengajian tersebut
ditawarkan.
Maka PJJ boleh didefinisikan, secara umum, sebagai satu pengendalian kursus
pengajian yang meliputi semua perancangan dan susun atur untuk menyediakan bahan
dan instrumen pengajaran seperti bahan cetak (buku, jurnal, nota dan majalah, cakera
padat, disket, pita rakaman dan video) atau media komunikasi elektronik (internet, sidang
video, sidang audio, faks, telefon, dan sebagainya) kepada pelajar dan melibatkan proses
pengajaran yang terancang di mana pengajar dan pelajar tidak berada di tempat yang
sama. Maka penting diwujudkan satu garis panduan bagi memastikan bahawa
pengendalian kursus pengajian secara PJJ mempunyai struktur dan sistem yang kukuh
dan mengikuti kualiti standard dan kriteria yang ditetapkan. Pengendalian program perlu
dipantau dari masa ke masa supaya kualiti pendidikan dan kelayakan akademik yang
dianugerahkan berkualiti dan mengikut standard dan criteria pengendalian kursus
pengajian akademik. IPTS yang ingin mengendalikan kursus pengajian secara PJJ perlu
menyediakan satu sistem pengurusan pengendalian yang khusus. Ini bukan sahaja sebagai
satu mekanisme untuk menentukan kualiti kursus pengajian PJJ, tetapi juga sebagai
makluman kepada pelanggan untuk menilai dan membuat keputusan sama ada ingin
mengikuti kursus pengajian PJJ yang ditawarkan atau tidak. Di samping itu, garis
panduan ini menetapkan kualiti standard dan kriteria yang perlu dipatuhi oleh IPTS

7
HBEF3103 PRINSIP TEKNOLOGI
PENGAJARAN

sebelum sesuatu kursus pengajian dapat dipertimbangkan untuk diluluskan


permohonannya.

B) Kaji maklumat tentang Kon Pengalaman Dale di Internet dan buku untuk
menghasilkan satu rajah yang dapat menggambarkan klasifikasi teknik
pembelajaran dan faedahnya dalam pembelajaran. Interpretasi maklumat dalam
rajah adalah diperlukan.

Abstrak

Konkrit

Kon Pengalaman Dale ( 1946 )


Rajah 1

Kon Pengalaman Dale ( Cone of Experience ) telah dikemukakan oleh Edgar


Dale (1946) di dalam teori pembelajaran manusia. Teori ini menyatakan bahawa kesan
media yang berbeza dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ia dapat mengubah
kefahaman pelajar daripada yang sukar kepada lebih mudah, iaitu konkrit kepada abstrak.

8
HBEF3103 PRINSIP TEKNOLOGI
PENGAJARAN

Penggunaan teknologi moden dalam pengajaran dan pembelajaran akan memaksimakan


penguasaan pelajar dalam sesuatu topik.
Berdasarkan kon ini, kita dapat lihat bahawa ia terbahagi kepada 3 bahagian iaitu
penglibatan, pemerhatian dan persimbolan. Pemeringkatan ini bermula daripada konkrit
kepada abstrak. Setiap peringkat mempunyai peranan yang berbeza. ( Lihat Rajah 1 )
Peringkat yang pertama ialah penglibatan. Di sini kita dapat lihat bahawa pengalaman
konkrit atau pengalaman sebenar menjadi tapak di mana ia dimulakan dengan
penglibatan pelajar itu sendiri sama ada melalui pengalaman sebenar, pengalaman tiruan
atau pengalaman melalui lakonan atau drama. Contohnya dalam pengajaran sains, bahan
yang maujud seperti tumbuhan atau haiwan kecil yang boleh dijadikan sebagai media
pengajaran. Pelajar dapat mengalami sendiri proses pembelajaran di mana mereka boleh
merasa, memegang, melihat, menghidu dan sebagainya menggunakan pancaindera
mereka. Secara tidak langsung, aktiviti ini akan menjadikan proses pembelajaran mereka
lebih bermakna dan berkualiti.
Pengalaman konkrit ini akan semakin berkurangan apabila peranan pelajar
sebagai pemerhati kepada peristiwa sebenar berkurangan. Pada peringkat kedua iaitu
peringkat pemerhatian, pelajar bertindak sebagai pemerhati di mana peristiwa sebenar di
buat dalam bentuk lawatan, tunjuk cara, pameran, gambar bergerak seperti televisyen dan
gambar kaku seperti filem. Pengajaran berbentuk multimedia ini masih lagi berkesan
dalam membantu meningkatkan tahap penguasaan pelajar dalam memahami konsep
kerana aktiviti yang dijalankan masih lagi berpusatkan pelajar.
Peringkat penglibatan dan pemerhatian ini dikatakan sebagai “ Slow but Sure “ kerana ia
sesuai bagi mencapai objektif pembelajaran yang kandungan amat sikit atau tidak
diketahui pelajar. Penggunaan media yang sesuai dengan objektif pembelajaran seperti
CD, video dan multimedia interaktif sangat berkesan dalam mewujudkan persekitaran
pembelajaran yang positif. Namun begitu, proses penyediaan peralatan ini mungkin
mengambil masa yang agak lama dan kos yang lebih mahal.
Seterusnya, Kon Pengalaman Dale telah mengatakan bahawa peringkat
persimbolan adalah peringkat yang paling abstrak. Pelajar akan mengalami pengalaman
yang abstrak di mana mereka mentafsir simbol visual dan lisan yang mewakili peristiwa

9
HBEF3103 PRINSIP TEKNOLOGI
PENGAJARAN

tersebut. Pengalaman abstrak merupakan pengajaran yang tradisi yang mana amat
mengutamakan teks. Peringkat ini dikatakan sebagai “ Fast but Risky “ kerana segala
perancangan yang dirancang sememangnya lebih cepat dan kos yang murah namun ada
risikonya. Pelajar mungkin akan terkeliru dengan penggunaan simbol verbal dan visual
kerana mereka tidak mahir dalam mentafsir simbol-simbol tersebut. Objektif
pembelajaran pada peringkat ini hanya akan tercapai jika pelajar telah mempunyai
pengetahuan sedia ada yang telah dikuasai secara konkrit. “ Pelajar boleh memanfaatkan
aktiviti pembelajaran yang abstrak asalkan mereka telah mempunyai banyak maklumat
konkrit yang boleh digunakan bagi mentafsir konsep abstrak tersebut. (Edgar Dale,
1946).
Teori pembelajaran manusia yang dikenali sebagai Kon Pengalaman Dale ini
telah mengubah tanggapan dan persepsi ahli pendidikan tentang kepentingan penggunaan
media dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ia bukan sahaja boleh digunakan
dalam memilih pendekatan, kaedah dan teknik yang sesuai dengan kebolehan dan
pengalaman sedia ada pelajar malah membantu guru dalam pemilihan dan penyediaan
media pengajaran yang sesuai dan berkualiti.

Soalan 3
Kaji konsep ‘Virtual Classroom’ untuk mengenalpasti definisi, kriteria, mod
pengajaran, platform dan manfaat yang boleh diperolehi oleh pelajar.

Definisi:
Menurut Jamaludin (2000), pembelajaran maya adalah satu corak memperolehi
ilmu atau pendidikan menggunakan system pendekatan penyampaian pengajaran bagi
membolehkan perubahan kekal dalam diri seseorang individu dari segi mental,
pemikiran, konsep, sikap dan perlakuan melalui pengalaman yang tertentu yang
diuruskan melalui suatu talian (online) yang menguruskan pembelajaran, membekalkan
mekanisme penghantaran pengetahuan dan maklumat, pemantauan prestasi pelajar,
penilaian dan capaian kepada sumber pengajaran dan pembelajaran yang segera.

10
HBEF3103 PRINSIP TEKNOLOGI
PENGAJARAN

Pembelajaran Cara Maya ( virtual classroom) bukanlah sebagai satu persaingan


kepada sistem yang sedia ada tetapi ia merupakan satu sistem yang dapat merealisasikan
pendemokrasian pendidkan . Sistem ini bukan sebagai persaiangan kepada sistem yang
sedia ada tetapi sebagai pelengkap dan pengimbang sistem pendidikan yang telah
dilaksanakan.

Kriteria – kriteria Pembelajaran Maya.


Pembelajaran maya adalah berteraskan empat kriteria utama. Kriteria yang
pertama adalah melalui jaringan maklumat. Lebih banyak jaringan akan
membolehkan maklumat yang diperoleh itu pelbagai. Perantara komunikasi ini pastinya
menggunakan bahasa sebagai wahana dan kemahiran yang digunakan samada kemahiran
lisan merangkumi mendengar dan bertutur, kemahiran membaca ataupun kemahiran
menulis.
Kriteria yang kedua ialah interaktif yang bermaksud wujudnya hubungan dua
hala atau hubungan langsung antara pengguna dengan sistem. Dalam hal ini interaktif
perlu mengarah kepada tindakan yang perlu dilakukan oleh pengguna apabila menerima
ransangan dari sistem. Interaktif itu boeh wujud dalam bentuk arahan , soal jawab atau
input dan output makumat yang tersaji dalam modul pembelajaran secara maya ini.
Kriteria yang ketiga ialah mesra pengguna. Aspek ini yang mengarah kepad
keberkesanan pembelajaran corak maya. Dalam hal ini segala masalah yang wujud
melalui sistem dapat diatasi atau telah dikenal pasti lebih awal. Dalam konteks ini
penyelesaian masalah telah dirangka dan masalah yang berlaku telah dijangkakan. Dalam
hal ini maklumat perlu sampai secara tepat dan tidak mengelirukan pengguna. Justeru,
komunikasi perlu bersifat arahan langsung atau panduan sama ada dalam bentuk teks
dengan bahasa yang mudah difahami atau grafik sabagai panduan umum.
Kriteria yang terakhir ialah berbantukan komputer. Pembelajaran maya
menggunakan medium komputer sebagai asas jalinan komunikasi antara pengguna
(pelajar) dengan sistem atau pengkalan data.melalui komputer jugak pelajar dapat
berhubung dan berinteraksi dengan pengajarnya atau fasilitator. Oleh yang demikian
mereka yang memilh untuk belajar secara maya ini sewajarnya mempunyai pengetahuan

11
HBEF3103 PRINSIP TEKNOLOGI
PENGAJARAN

asas komputer dan ini dapat dicapai melalui pendedahan yang diberi dari sekolah rendah
lagi.
Mod pengajaran ‘Virtual Classroom’
Terdapat empat kategori mod di dalam pengajaran dan pembelajaran maya yang
telah dianjurkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran 2001.
Kategori mod pengajaran tersebut ialah mod tutorial, mod penerokaan, mod aplikasi dan
mod komunikasi. Tutor atau guru harus membuat perancangan yang teliti sebelum
menggunakan mod-mod tersebut agar pengajaran mencapai objektif dan member kesan
yang mendalam kepada pelajar.
Mod Tutorial
Mod ini digunakan untuk menyampaikan kandungan pelajaran berdasarkan
susunan dan urutan yang merangkumi pendedahan tentang kandungan, tunjuk cara
sesuatu fenomena atau peristiwa dan latihan atau latih tubi yang disampaikan dan dikawal
oleh sistem.
Mod ini sesuai digunakan kerana pembelajaran maya mempunyai kelas yang tidak
wujud, oleh itu guru akan mengarahkan belajar untuk belajar secara kendiri. Ia sesuai
sebagai pengayaan untuk pelajar yang cerdik dan pemulihan untuk pelajar yang lemah.
Terdapat beberapa kebaikan dalam mod tutorial seperti dapat mengindividukan
pelajar. Mod ini dapat memotivasikan pelajar untuk belajar sendiri dan mengikut
kemampuan sendiri dengan seliaan yang minimum oleh guru.
Mod Penerokaan
Mod Penerokaan ialah mod yang digunakan sebagai medium atau perantara dalam
mencari dan mengakses maklumat secara penerokaan daripada bahan sumber seperti CD-
ROM, portal maklumat dan internet.Mod ini memfokuskan kepada penglibatan pelajar
dalam membentuk konsep dan kefahaman mengenai sesuatu perkara. Ia sesuai digunakan
dalam pembelajaran yang melibatkan inkuiri penemuan, penyelesaian masalah, simulasi
dan kaedah pembelajaran masa depan.
Antara kebaikan mod penerokaan ialah dapat memberi kebaikan kepada pelajar
dan guru di mana dapat memupuk pemikiran kreatif pelajar dan penyelesaian kepada
masalah sebenar. Selain itu, ia juga dapat member peluang kepada pelajar untuk

12
HBEF3103 PRINSIP TEKNOLOGI
PENGAJARAN

melibatkan diri secara mendalam terhadap kandungan pelajaran di samping pelajar dapat
menentukan hala tuju dan kemajuan kepada pelajaran mereka. Guru juga dapat
memanfaatkan mod pengajaran ini dengan menerapkan strategi-strategi pembelajaran
berasaskan teori pembelajaran kontruktivisme.
Mod Aplikasi
Pelajar boleh menggunakan mod aplikasi sebagai mekanisma penyaluran
maklumat untuk membantu pelajar melaksanakan tugasan pembelajaran dan menyalurkan
kepada pelajar lain seperti internet.. Ia sesuai digunakan untuk memproses data kerja
lapangan dengan cepat dan memindahkan hasil dapatan dalam bentuk yang mudah untuk
diinterpretasi. Contohnya, dalam memudahkan proses membina graf supaya tumpuan
boleh diberikan kepada pengkaji kesan pembolehubah dalam eksperimen. Persembahkan
data dalam bentuk multimedia dan mempercepatkan proses pengkelasan dan menyisih
data juga sesuai bagi mod aplikasi.
Mod ini memberi kebaikan kepada pelajar di mana mereka dapat member tumpuan
kepada aktiviti pembelajaran sebenar kerana kerja pemprosesan data telah
dipermudahkan. Di samping itu, pelajar juga dapat meningkatkan penggunaan pelbagai
kemahiran komputer.
Mod Komunikasi
Mod komunikasi digunakan sebagai medium perhubungan antar guru dan pelajar
di lokasi yang berbeza dengan menghantar dan menerima maklumat dalam bentuk seperti
teks, grafik, audio dan video. Contohnya seperti E-Mail, Chat dan laman web.
Ia sesuai digunakan dalam pembelajaran berbentuk kolaboratif, pertukaran
maklumat, menganalisis dan membuat perbandingan. Kebaikan menggunakan mod ini
ialah memupuk sikap berinteraksi antara pelajar melalui aktiviti pembelajaran koperatif
dan kolaboratif, di samping dapat memupuk sikap kerjasama antara pelajar dan orang
lain. Pelajar dapat maklumat yang terkini dengan mudah melalui pertukaran maklumat
dengan orang lain.

13
HBEF3103 PRINSIP TEKNOLOGI
PENGAJARAN

Platform ‘ virtual classroom’


Platform atau keperluan asas dalam pembelajaran maya ialah dari segi peralatan,
kelengkapan computer dan juga capaian internet. Pembelajaran ini memerlukan
penyediaan kelengkapan dan peralatan tertentu seperti computer, modem, internet,
broadband dan sebagainya. Ia memerlukan rangkaian computer. Melalui system
rangkaian computer, suasana pembelajaran menjadi lebih kreatif, menarik serta mudah
kerana pelajar dapat berkongsi maklumat yang terdapat di dalam rangkaian itu.
Antara perkakasan maya yang perlu ada dalam system pembelajaran maya yang
biasa digunakan ialah World Wide Web,E-Mail, Library Access, Course Support,
Videoteks dan sebagainya. Kaedah bilik darjah maya membolehkan seseorang pelajar
mengikuti pembelajaran secara lebih bebas dan terbuka mengikut kesesuaian masa
mereka tanpa terkongkong dengan jadual atau menghadiri kelas yang telah dijadualkan.

Manfaat yang boleh diperolehi pelajar dalam ‘virtual classroom’


Pelbagai manfaat dan kebaikan pembelajaran maya yang boleh diperolehi dan
diaplikasikan oleh pelajar seperti :

menggalakkan perkongsian maklumat


Perkongsian maklumat akan berlaku dengan lebih cepat dan secara berterusan.
Kini, dengan adanya internet, begitu cepat dan mudah pengetahuan itu disebarkan dan
dikongsi oleh setiap pelajar. Oleh itu, pelajar perlu mempunyai kemahiran yang boleh
menyediakan mereka menjadi pelajar yang berinformasi. Pelajar perlu berkeupayaan
untuk mengakses dan menggunakan maklumat dalam membuat tugasan meneruskan
pembelajaran maya ini.

memberi peluang yang lebih luas kepada pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke
peringkat yang lebih tinggi
Pertambahan bilangan pelajar yang begitu tinggi setiap tahun menyebabkan
pembelajaran maya menjadi alternatif yang berkesan untuk menampung bilangan pelajar
ini. Pihak universiti terpaksa menghadkan pengambilan pelajar kerana masalah

14
HBEF3103 PRINSIP TEKNOLOGI
PENGAJARAN

kemudahan bilik kuliah dan tenaga pengajar yang terhad. Oleh itu, melalui pembelajaran
maya ianya cara yang berkesan untuk menampung bilangan pelajar ini seterusnya dapat
menyelaesaikan rungutan pelajar kerana gagal melanjutkan pelajaran mereka. Pelajar
yang telah bekerja juga boleh melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi
kerana mereka tidak perlu mengambil cuti untuk belajar

memberi peluang kepada pelajar yang tinggal jauh daripada universiti


mendapatkan ilmu dengan lebih baik dan murah,
Pembelajaran maya juga telah merubah sistem pendidikan jarak jauh dimana ia
menggunakan siber yang mana lebih mudah diikuti oleh pelajar dan bersifat interaktif.
Melalui internet pelajar dapat berhubung dengan pensyarah dan pelajar lain dengan lebih
mudah dan cepat. Pelajar hanya perlu memuatturun nota atau modul dengan senang
berbanding menunggu dihantar melalui pos.
Pembelajaran maya menerusi internet ini lebih menjimatkan kos dan masa
berbanding perhubungan melalui telefon atau pos. Bentuk komunikasi yang digunakan
adalah lebih murah berbanding telefon. Kini, pelajar tidak perlu lagi menghabiskan masa
dan kos pengangkutan dengan perjalanan yang jauh untuk menghadiri kuliah atau
menghubungi kawan untuk mendapatkan nota.

melahirkan pelajar yang mempunyai kemahiran berfikir yang tinggi.


Pandangan ahli kontruktivisme bahawa seseorang itu aktif dan membina
pengetahuan di dalam pembelajaran mereka dengan tujuan dan keinginan ingin tahu
berdasarkan pengalamannya ( Brooks & Brooks, 1993;Fosnat, 1989;Piaget,1954) ini
sesuai dengan pembelajaran maya. Pembelajaran berasaskan masalah dan pembelajaran
inkuiri amat sesuai digunakan dalam kaedah pembelajaran maya. Contohnya pensyarah
mencadangkan aktiviti berkumpulan, di mana setiap kumpulan diberi tugasan
berdasarkan topik tertentu untuk diselesaikan. Pelajar perlu memuat turun maklumat dan
bahan dari laman web yang dicadangkan atau melalui pencarian sendiri. Secara tidak
langsung,pelajar akan memperoleh pengalaman yang baru melalui laman web yang
dilayari itu.

15
HBEF3103 PRINSIP TEKNOLOGI
PENGAJARAN

Kesimpulan
Setiap orang berpeluang untuk belajar apa yang diingini dari mana-mana sahaja di dunia
ini sekiranya mereka mempunyai computer dan internet yang membolehkannya
berhubung secara maya. Pembelajaran ini boleh berlaku secara formal dan tidak formal.
MsLellan (1998) mendefinisikan pembelajaran maya sebagai satu tempat untuk
menggalakkan pelajar menyertai dan bekerjasama (collaboration) di samping tiada
pertandingan antara individu. Keupayaan liputan oleh teknologi maklumat serta
kepantasannya dalam teknologi terkini seperti tekomunikasi, komputer, satelit,
broadband, wireless dan sebagainya telah memberi peluang kepada pelajar melaksanakan
pembelajaran maya, pembelajaran jarak jauh melalui talian on-line.

16
HBEF3103 PRINSIP TEKNOLOGI
PENGAJARAN

Rujukan:
1. Arba’ie Sujud. ( 2008). Bahasa dalam Multimedia .Universiti Putra Malaysia ( 164-
169 ) Serdang, Selangor.

2. Ngui Kuan Sang, Ph.d( 1989) Teknologi Pendidikan Penggunaanya dalam Pengajaran
Geografi. Kuala Lumpur. Penerbit Fajar Bakti.

3. Wan Zah Wan Ali, Ramlah Hamzah dan Rosini Abu,Ph.d(2009) Prinsip Teknologi
Pendidikan( 3rd Ed ) Seri Kembangan, Open Universiti Malaysia.

4. Blended Instruction.( “n.d.”). [ Online ]. Available:


http://www.adobe.com/education/elearning/hed.html [ 2009, July 25 ].

5. Virtual Classroom ( “n.d”) [Online] Available:


http://www.iil.com/virtualclassroom/default.asp. [2009, July 25 ]

17