Anda di halaman 1dari 17

Penghargaan

Bersyukur kepada Allah s.w.t dengan limpah dan rahmatNya kerana memberi
kekuatan kepada saya melaksanakan kajian tindakan ini. Syukur dengan
rahmatNya, akhirnya saya dapat menyiapkan tugasan ini.
Sekalung penghargaan diucapkan kepada pensyarah pembimbing Encik Nordin
Bin Mohd Yusof yang memberikan bimbingan, tunjuk ajar, teguran, motivasi,
cadangan dan sebagainya kepada saya sehingga siapnya kajian ini.
Terima kasih juga kepada rakan-rakan guru, murid-murid di SK Seri Kenanga yang
memberikan kerjasama sehingga siapnya kajian ini. Terima kasih juga kepada
rakan-rakan seperjuangan PPG BM kumpulan 4 sama ada secara langsung atau
tidak langsung memberikan idea, buah fikiran, cadangan dan sebagainya tidak
akan saya lupakan.
Akhir kata, hanya Allah s.w.t yang membalas segala kebaikan dalam menyiapkan
kajian ini.

Abstrak
Kajian ini bertujuan melihat kemahiran penggunaan kata sendi nama ke dan di
dalam satu binaan ayat dan keberkesanan kaedah permainan bahasa. Kumpulan
sasaran terdiri daripada sepuluh orang murid tahun 4 Bestari di SK Seri Kenanga,
Tampoi, Johor Bahru. Tinjauan masalah dijalankan bagi mengenal pasti masalah
yang dihadapi oleh murid dengan lebih terperinci. Menerusi tinjauan yang
dijalankan, didapati sebahagian besar murid berdepan dengan masalah untuk
memilih kata sendi yang bersesuaian dengan ayat. Penyelidik mengesan masih
ramai dalam kumpulan sasaran yang masih keliru dengan penggunaan kata sendi
ke dan di. Penyelidik telah menggunakan ujian dan soal selidik sebagai instrumen
pengumpulan data kajian.
Penggunaan

alat

bantuan

mengajar

berkonsepkan

permainan

bahasa

diketengahkan oleh penyelidik terhadap kumpulan sasaran. Berkonsepkan main


sambil belajar, pengkaji memberikan fokus terhadap penggunaan kata sendi ke
dan di. Ganjaran diberikan kepada setiap jawapan yang betul. Hasil dapatan
kajian dianalisis dan didapati semua sampel kajian menunjukkan peningkatan
dari segi memilih dan menggunakan kata sendi yang sesuai dalam suatu binaan
ayat. Hasil dapatan dapat menjawab persoalan kajian. Penggunaan alat bantuan
mengajar permainan bahasa dapat membantu murid memilih dan menggunakan
kata sendi ke dan di dengan betul dan meningkatkan kefahaman murid. Melalui
penggunaan kata sendi yang betul, suatu penulisan menjadi lebih gramatis selain
mematuhi hukum tatabahasa Melayu.

Pendahuluan ( Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran )


Kajian yang dilaksanakan pengkaji adalah berkaitan dengan penggunaan
kata sendi nama ke dan di. Bahan kajian ialah murid tahun 4 Bestari. Murid masih
tidak dapat menguasai penggunaan kata sendi nama ke dan di dengan baik.
Pemilihan kata sendi nama yang tepat dalam melengkapkan ayat, masih tidak
dapat dikuasai sepenuhnya oleh murid.
Kata sendi adalah golongan perkataan penting dalam bahasa sama ada
pertuturan mahupun tulisan. Ini adalah kerana kata sendi menunjukkan perkaitan
antara satu perkataan dengan perkataan lain atau antara satu bahagian ayat
dengan ayat yang lain. Perkaitan inilah yang membawa dan membezakan
makna.
Menurut Arbak Othman (1989:60), kata sendi nama adalah perkataan yang
tidak sempurna. Kata sendi nama tidak boleh berdiri sebagai perkataan bebas
dalam ayat. Biasanya kata sendi nama digunakan bersama-sama dengan kata
nama atau frasa nama.
Walaupun pada dasarnya penggunaan kata sendi nama bukanlah perkara
yang boleh menyebabkan berlakunya kesilapan penggunaan dalam kalangan
murid, namun kekeliruan dari segi penggunaannya menyebabkan murid-murid
membuat kesilapan yang berulang-ulang. Masalah ini bukannya baru. Kesalahan
penggunaannya haruslah diperhalusi oleh semua pihak agar penggunaannya
betul. Jika pengguna bahasa Melayu tidak mempedulikan perkara ini, maka
kesilapan ini akan berterusan dan mencemar penggunaan bahasa Melayu yang
betul.
Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran, pengkaji telah bersoal jawab
dengan murid-murid berkaitan dengan kata sendi ke dan di. Soalan yang
pengkaji tanya tidaklah terlalu sukar namun mereka masih tidak dapat menjawab
dengan tepat. Begitu juga dengan membina ayat menggunakan dua kata sendi
berkenaan, penguasaan murid-murid terhadap pemilihan kata sendi yang tepat
adalah lemah terutamanya dalam penulisan. Masalah ini disokong oleh pendeta

Zaba dalam bukunya Pelita Bahasa Melayu Penggal III yang dinyatakan oleh
Abdullah Hassan (2008);
Terdapat beberapa perkataan sendi nama yang sering kali pelajar
melakukan kesilapan terutamanya dalam aspek penggunaannya. Dalam bahasa
Melayu, pelajar sering membuat kesilapan dalam penggunaan kata sendi nama
terutamanya dalam penulisan karangan
Masalah ini dibuktikan dengan ujian bulanan yang dijalankan, hanya
terdapat sepuluh murid daripada tiga puluh empat yang mendapat markah
cemerlang. Apabila diamati kertas ujian, pengkaji mendapati murid banyak
melakukan kesilapan pada penggunaan kata sendi nama di dan ke dalam
melengkapkan ayat yang diberi. Hal ini memberi kesan kepada pengkaji kerana
masalah penggunaan kata sendi nama ini tidak seharusnya berlaku kepada
mereka

memandangkan

murid-murid

berkenaan

tergolong

dalam

kelas

pertengahan.
Selain itu juga, penulisan karangan murid-murid 4 Bestari didapati lemah
terutamanya dalam pembinaan ayat majmuk menggunakan kata sendi nama.
Ayat-ayat yang dibina kurang gramatis. Penggunaan kata sendi nama di dan ke
paling

banyak

dilakukan

kesilapan.

Murid

dikesan

masih

tidak

dapat

membezakan penggunaan di dan ke dengan tepat dalam pembinaan ayat.


Bagi memastikan lagi pemahaman murid mengenai penggunaan kata
sendi nama di dan ke, pengkaji telah membuat ujian pra kepada murid-murid 4
Bestari yang benar=benar bermasalah dalam penggunaan kata sendi nama ini.
Apabila disemak, didapati ramai murid masih lagi melakukan kesilapan yang
sama.
Jika

permasalahan

ini

tidak

dibendung

lebih

awal,

maka

masalah

penggunaan kata sendi nama di dan ke ini akan berterusan hingga murid
meningkat dewasa. Pada pendapat saya, masalah ini perlu ditangani oleh guru
dan murid kerana guru diberi tanggungjawab mendidik murid dan murid
bertanggungjawab belajar.
Berdasarkan teori Behaviorisme, guru adalah model bagi murid dalam
berbahasa.

Guru

perlu

menggunakan

bahasa

yang

betul.

mengamalkan pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid.

Tinjauan Literatur

Guru

perlu

Kajian yang dilakukan oleh Azamuddin Haji Ahmad (1990) yang dijelaskan
oleh Norhayati Zahari (2003) terhadap murid-murid tahun lima SK Methodist,
Tanjong

Malim,

Perak

ialah

satu

kajian

yang

khusus

berkaitan

dengan

penggunaan kata sendi nama bahasa Melayu. Dalam kajian ini, beliau mendapati
tahap kesilapan penggunaan kata sendi nama dalam kalangan murid adalah
rendah iaitu lebih kurang 16% sahaja. Beliau mengandaikan bahawa murid-murid
tersebut keliru dengan penggunaan kata sendi nama di dan ke mengikut
peraturan atau fungsi.
Berdasarkan huraian daripada pengkaji tempatan, dapat disimpulkan
bahawa kata sendi nama dalam bahasa Melayu mempunyai fungsi tertentu dan
hal ini boleh menimbulkan kekeliruan kepada pengguna yang tidak peka
terhadap tatabahasa. Tanpa disedari mereka telah merosakkan bahasa mereka
sendiri.
Menurut Tengku Sarina Aina dan Yusmini (2006), permainan adalah satu
cara bagi melatih murid memperoleh sesuatu maklumat berdasarkan kepada
mesej yang tersirat di sebalik aktiviti permainan yang dilaksanakan. Jika dilihat
pada sesi pengajaran dan pembelajaran yang terdahulu, kebosanan yang
melanda diri murid-murid menjadikan penyampaian tidak berkesan dan isi
pengajaran yang ingin

disampaikan oleh guru kepada murid tidak sampai

sepenuhnya. Keadaan ini secara tidak langsung menjejaskan pemahaman dan


perhatian terhadap isi pelajaran tersebut.
Oleh itu, pengkaji telah mencari kaedah alternatif bagi menghilangkan
kebosanan murid terhadap pengajaran dan pembelajaran. Kaedah yang pengkaji
pilih ialah kaedah permainan. Aktiviti bermain akan meningkatkan kemahiran
belajar di kalangan murid. Pada peringkat rendah, kanak-kanak perlu bermain
bagi meningkatkan kemahiran psikomotor dan kemahiran sosial mereka.
Permainan yang digunakan untuk setiap umur adalah berbeza mengikut tahap
kematangan murid. Kaedah permainan adalah untuk menambah keseronokan
kepada pembelajaran. Permainan juga mempunyai ciri-ciri tertentu. Ciri yang
paling menarik adalah wujud unsur-unsur persaingan dan cabaran dalam aktiviti
yang dirancang. Kaedah ini mengurangkan kebosanan yang biasanya dikaitkan
dengan pembelajaran seperti latih tubi dan kuliah.
Kanak-kanak

amat

sinonim

dengan

bermain.

Kanak-kanak

dapat

mengembangkan kemahiran mereka secara menyeluruh. Sebagai contoh,


kemahiran interpersonal mewujudkan ciri-ciri pembelajaran sambil bermain dan

mengetengahkan penerokaan bagi merangsang minda mereka dengan cara yang


tepat untuk perkembangan. Bermain merupakan aktiviti kegemaran murid-murid
kerana mereka dapat mengekspresikan perasaan dan emosi gembira mereka.
Aktiviti

bermain

dijalankan

secara

spontan

yang

membawa

kepada

pembelajaran. Ia memberi peluang kepada murid-murid untuk belajar sambil


bermain.
Menurut

Shahabuddin

(2003)

antara

tokoh

lain

yang

menyatakan

mengenai keperluan bermain adalah Pieget. Pieget menyatakan permainan dapat


menimbulkan perasaan seronok kepada murid dan seterusnya menggalakkan
interaksi dan kefahaman kepada murid. Oleh itu, pengkaji memilih permainan
bahasa sebagai bahan bantu mengajar dalam melaksanakan kajian ini.

Fokus Kajian Isu Kajian


Tatabahasa merupakan satu aspek penting dalam sesuatu bahasa dan
merupakan perkara asas bagi pembentukan sesuatu bahasa. Hal ini kerana
bahasa dijadikan sebagai suatu dasar yang penting yang penting dalam sesuatu
masyarakat terutamanya dalam menghasilkan sesuatu komunikasi. Bidang ini
perlu dikuasai oleh setiap pengguna bahasa bagi membolehkannya menguasai
bahasa yang dipelajari dengan lebih cekap dan berkesan. Dalam bidang
penulisan, tatabahasa amat penting kerana mempunyai sistem, peraturan dan
undang-undang yang perlu difahami.
Menulis merupakan satu kemahiran yang perlu dipelajari dan dikuasai oleh
setiap murid khususnya dalam kertas penulisan. Oleh sebab menulis memerlukan
idea yang kreatif maka penguasaan sistem tatabahasa akan menghasilkan hasil
kerja yang bermutu. Oleh hal yang demikian, pengkaji ingin memastikan muridmurid dapat menggunakan kata sendi nama di dan ke dengan mematuhi
peraturan penggunaannya dengan baik. Murid akan dapat mengembangkan idea
dan penulisan mereka menjadi lebih kreatif dan kritis.
Pengkaji telah melakukan tinjauan awal terhadap murid-murid 4 Bestari
semasa proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu dijalankan.
Tujuannya untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi.

Hasil tinjauan ini,

pengkaji mendapati murid-murid 4 Bestari kurang mahir dalam pemilihan dan


penguasaan kata sendi nama di dan ke.

Pengkaji telah memilih fokus kajian iaitu kebolehtadbiran. Kajian ini boleh
ditadbir di sekolah kerana pengkaji telah mengajar di sekolah ini selama lebih
kurang

20

tahun.

Pengkaji

telah

mengajar

murid-murid

berkenaan.

Memandangkan murid-murid 4 Bestari menghadapi masalah penggunaan kata


sendi nama di dan ke, kajian ini memainkan peranan yang penting untuk
menjadikan kelas bahasa Melayu yang dikuti berjalan dengan lancar dan
sistematik.
Kajian ini meninjau permasalahan dalam pemilihan yang betul kata sendi
nama di dan ke dalam pembinaan ayat. Apabila membina ayat, mereka masih
keliru memilih kata sendi nama di dan ke yang betul bersesuaian dengan frasa
selepas kata sendi nama yang dipilih. Melalui pemerhatian pengkaji, kesilapan
yang sering dilakukan berkaitan dengan tidak memahami konsep dengan baik
dan pemilihan kata sendi yang salah. Berdasarkan analisis yang dilakukan, murid
masih melakukan kesilapan dalam membezakan kata sendi nama di dan ke
dengan betul. Analisis ini didapati apabila pengkaji menanda buku latihan murid.
Pengkaji

memfokuskan

kepada

10

orang

kumpulan

sasaran.

Pengkaji

berpendapat murid-murid perlu diberi latihan dan latih tubi berterusan agar
masalah mereka dapat diatasi.
Dalam kajian ini, satu kaedah permainan bahasa telah direka oleh pengkaji
untuk membantu masalah yang dihadapi oleh murid-murid tersebut. Kaedah ini
diharap dapat membantu murid-murid untuk mengatasi masalah membezakan
kata sendi nama di dan ke dan seterusnya dapat menulis dan membina ayat
dengan

mematuhi

peraturan

tatabahasa

yang

betul.

Permainan

bahasa

merupakan satu aktiviti yang dirancang dalam pengajaran dan pembelajaran


bahasa Melayu.
Pengkaji telah menggunakan permainan bahasa dalam melaksanakan
kajian tindakan ini. Kaedah ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman
kumpulan sasaran. Kaedah ini sesuai untuk mengelakkan kebosanan semasa
proses pengajaran dan pembelajaran. Pengkaji yakin keseronokan semasa
bermain dapat meningkatkan kefahaman mereka. Bermain adalah satu lumrah
semula jadi bagi kanak-kanak dan mereka amat sukakan aktiviti yang berbentuk
permainan. Kaedah ini memberi peluang kepada murid untuk belajar sambil
bermain. Pelbagai bentuk kaedah permainan antaranya permainan dengan
barang maujud, permainan khayalan, permainan menjelajah dan permainan
mengambil bahagian serta mencantum semula.

Kaedah permainan menggunakan bahan maujud sebagai bahan bantu


mengajar dan kumpulan sasaran mengambil bahagian dalam menyelesaikan
masalah. Peneguhan positif berbentuk hadiah sekiranya mereka dapat menjawab
dengan betul. Mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk memahami konsep
penggunaan kata sendi. Mereka perlu memahami dan menghafal konsep
penggunaan kata sendi di dan ke. Pendekatan bermain diharapkan suasana
pembelajaran akan menjadi lebih menyeronokkan murid dan dapat membantu
murid memahami konsep penggunaan kata sendi nama di dan ke dengan baik.
Antara kebaikan kaedah ini ialah:
a) Merangsang interaksi verbal murid
Guru berperanan sebagai pemudahcara. Guru memberikan rangsangan
dan dorongan dan melibatkan kumpulan sasaran secara aktif. Murid saling
berkomunikasi antara satu sama lain bagi memilih kata sendi nama yang
tepat. Pembelajaran berpusatkan murid.
b) Meningkatkan kefahaman
Jenis permainan menyeronokkan. Kumpulan sasaran perlu memahami
konsep penggunaan kata sendi nama di dan ke. Ganjaran diberi kepada
jawapan yang betul. Kumpulan sasaran berusaha bersungguh-sungguh
untuk memahami konsep.

c) Alat mengisi bosan


Satu aktiviti pembelajaran berbentuk permainan amat sesuai digunakan
untuk mengatasi kebosanan terutamanya jika jadual pengajaran dan
pembelajaran itu menjelang tengah hari.
d) Alat pemulihan, pengukuhan dan pengayaan
Kaedah permainan membantu murid yang lemah aspek pemikiran
memahami konsep. Penglibatan mereka dalam permainan bahasa sedikit
demi sedikit akan dapat diatasi.

Batas Kajian

Masalah penggunaan kata sendi nama di dan ke sering kali berulang. Ini
membimbangkan pengkaji yang mengajar mereka. Pengkaji memilih permainan
bahasa untuk mengatasi masalah ini. Kata sendi nama adalah sejenis kata tugas
dan merupakan golongan perkataan yang penting dalam bahasa pertuturan
mahu pun tulisan. Mempunyai perkaitan

antara satu perkataan dengan

perkataan yang lain. Perkaitan ini yang membawa dan membezakan makna.
Berikut makna kata sendi nama oleh tokoh bahasa:
Menurut Nik Safiah Karim (2009), kata sendi nama ialah perkataan yang
letaknya di hadapan frasa nama. Antara kata sendi nama yang terdapat dalam
bahasa Melayu ialah di, ke, dari, daripada, kepada, pada, demi, tentang, seperti
dan sebagainya. Walaupun semua kata sendi nama yang hadir di hadapan kata
nama atau frasa nama, namun tiap-tiap satunya mempunyai fungsi yang
berlainan dan penggunaannya ditentukan oleh peraturan-peraturan yang khusus.
Menurut Abdullah Hassan (2008), ada tiga tugas tatabahasa kata sendi
iaitu menunjukkan tempat dan arah, masa, sebab dan akibat. Kebanyakan kata
sendi digunakan di depan kata nama tetapi ada juga kata sendi yang digunakan
di depan kata kerja, kata adjektif dan kata adverba. Khususnya, kata sendi ini
bertugas menunjukkan tempat sesuatu yang tidak bergerak, masa sesuatu
keadaan dan perbuatan, pelaku atau penderita sesuatu perbuatan dan sebab
akibat sesuatu perbuatan dan kejadian.
Pemilihan kaedah permainan adalah sesuai bagi mengatasi permasalahan
yang dihadapi oleh pengkaji semasa berada di sekolah. Bermain merupakan
kegemaran murid-murid kerana mereka dapat mengekspresikan perasaan dan
emosi gembira mereka. Ini memberi peluang kepada murid untuk belajar sambil
bermain. Oleh itu, pengkaji mencari sesuatu yang dapat menyeronokkan murid
dalam pembelajaran mereka. Pengkaji mereka cipta satu permainan bahasa yang
mengandungi penerangan dan fakta, contoh ayat dan contoh penggunaan kata
sendi nama serta bank soalan yang perlu dijawab oleh kumpulan sasaran. Jika
murid dapat menjawab dengan tepat, ganjaran diberi. Permainan yang direka
diselitkan

dengan

kata

sendi

nama

di

dan

memfokuskan kepada masalah penggunaannya.


Objektif Kajian
a) Objektif Umum:

ke

sahaja

kerana

pengkaji

Secara amnya, objektif kajian tindakan ini adalah untuk meningkatkan


penguasaan kemahiran murid dalam memilih dan menggunakan kata
sendi nama di dan ke dengan kaedah permainan bahasa.
b) Objektif khusus:
Secara khususnya, murid-murid dapat:
a) Meningkatkan penguasaan murid dalam mengaplikasi kata sendi
nama di dan ke dalam penulisan.
b) Menilai
keberkesanan
kaedah

permainan

bahasa

dalam

meningkatkan penggunaan kata sendi nama di dan ke dengan betul.


c) Mengenal pasti minat murid terhadap sesi pengajaran dan
pembelajaran melalui kaedah permainan bahasa.

Kumpulan Sasaran
Kumpulan sasaran bagi kajian yang dilaksanakan seramai 34 orang.
Mereka adalah murid kelas 4 Bestari SK Seri Kenanga. Seramai 18 lelaki dan 16
perempuan

merupakan

responden

terhadap

kajian

yang

dilaksanakan.

Berdasarkan soal selidik, didapati kumpulan sasaran daripada latar belakang


sosioekonomi yang berbeza.
Pengkaji menggunakan 10 orang kumpulan sasaran yang melibatkan
kedua-dua jantina daripada kelas 4 Bestari. Selain itu, penglibatan kedua-dua
jantina bertujuan membantu dan menghasilkan dapatan yang ada perbezaan
sebagai perbandingan kelemahan dan kesilapan terhadap kajian yang dilakukan.
Pengkaji merancang untuk menjalankan kajian tindakan ini terhadap kumpulan
sasaran agar mereka boleh menguasai kemahiran menggunakan kata sendi
nama di dan ke dengan menggunakan permainan bahasa.
Kumpulan sasaran dipilih berdasarkan kepada tindak balas mereka semasa
proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu yang diajar oleh pengkaji
sendiri. Kebanyakan mereka lemah dalam pemilihan kata sendi dalam pembinaan
ayat. Kelemahan paling ketara dalam pemilihan kata sendi nama di dan ke.
Prosedur Tindakan
Bagi menyelesaikan masalah yang dikaji, pengkaji merancang pelan
tindakan bagi meningkatkan penguasaan murid. Pengkaji telah memilih model
yang dipelopori oleh Lewis (1946), Menurut model ini, kajian tindakan sebagai
lingkaran beberapa tahap. Setiap tahap mempunyai beberapa langkah iaitu
rancangan, tindakan, pemerhatian dan refleksi. Model tersebut seperti berikut:

Melakuka
n
Refleksi

Mengenal
pasti
Aspek
Amalan

Melihat
Kesan
Tindakan

Merancan
g
Tindakan
Melaksanak
an
Tindakan

Proses tersebut dapat dijelaskan melalui jadual berikut:


Perkara

Rancangan

Penerangan
Apakah cara yang digunakan supaya dapat meningkatkan
kemahiran penggunaan kata sendi nama di dan ke dan
seterusnya menggunakannya dengan betul dalam binaan
ayat.

Tindakan

Permainan bahasa diketengahkan kepada murid bagi


meningkatkan kemahiran penggunaan kata sendi nama di
dan ke dalam penulisan dan binaan ayat.

Pemerhatian

Pencapaian penggunaan kata sendi nama di dan ke dengan


betul dalam binaan ayat meningkat selain menyeronokkan
mereka.

Refleksi

Murid yang menghadapi masalah dalam penggunaan kata


sendi nama di dan ke dapat diatasi dengan permainan
bahasa.

Mengenal Pasti Aspek Amalan


Amalan dikenal pasti melalui kaedah pemerhatian. Pengkaji mendapati
sebahagian kecil murid 4 Bestari tidak dapat memilih dan menggunakan kata
sendi nama di dan ke dengan betul. Kesesuaian penggunaan di dan ke dalam
binaan ayat, murid masih lagi keliru. Berdasarkan catatan markah ujian, seramai
10 orang murid dikenal pasti menghadapi masalah ini. Murid ini dipilih menjadi
peserta kajian berdasarkan markah yang terendah.
Merancang Tindakan
Sebelum kajian dilaksanakan, pengkaji membuat refleksi bagi meninjau
masalah-masalah yang menyebabkan kegagalan murid menguasai kemahiran
berkenaan. Pengkaji merancang aktiviti untuk proses pengumpulan data. Antara
aktiviti yang dirancang seperti berikut:
a)
b)
c)
d)
e)
f)
g)
h)

Mengenal pasti permasalahan


Soal selidik
Ujian pra
Sesi intervensi
Ujian pos
Pemprosesan data
Semakan
Kajian

Jadual Perancangan Tindakan

3-8
Bil

1
2
3
4
5
6
7

Aktiviti
Memperkemaskan kertas cadangan
Menyediakan ujian pra, soal selidik, alat dan ujian pos
Mengenal pasti masalah murid
Pelaksanaan sesi soal selidik
Pelaksanaan ujian pra
Memproses ujian pra
Pelaksanaan sesi intervensi

Ogos

Minggu Pelaksanan
10 17 24 15

22

29

Ogos

Ogos

Ogos

8
9
10
11
12

Pelaksanaan ujian pos


Memproses ujian pos
Refleksi
Aktiviti pemulihan ( jika perlu )
Penulisan laporan kajian

Berdasarkan kepada instrumen yang disediakan, pengkaji menganalisis


data-data tersebut dalam bentuk kuantitatif dan kualitatif. Seterusnya pengkaji
akan membuat rumusan terhadap keseluruhan kajian.
Melaksanakan Tindakan
Setelah perancangan dibuat, pelaksanaan perancangan akan dilaksanakan
dalam tempoh yang ditetapkan. Jadual berikut menunjukkan pelaksanaan
perancangan untuk tujuan pengumpulan data:
Mingg

Langkah

Tindakan

u
1

Langkah 1:

Pengkaji menjalankan ujian pra untuk menilai

- ujian pra

penguasaan responden terhadap kata sendi nama

- Penilaian awal

di dan ke. Penilaian awal terhadap responden

responden
Langkah 2:

dijalankan.

- sesi intervensi

Pengkaji melaksanakan sesi intervensi bersama


kumpulan sasaran

-sesi 1
2

Pengkaji

memperkenalkan

konsep

dan

cara

mengingat dan menguasai kata sendi nama di dan


ke.
-sesi 2 (permainan)
Kumpulan

sasaran

diperkenalkan

dengan

permainan bahasa dan memainkan permainan


tersebut. Pengkaji membuat penilaian berdasarkan
tingkah laku responden
Langkah 3:
-ujian pos

Pengkaji menjalankan ujian pos bagi menilai hasil


penguasaan responden terhadap kata sendi di dan

-Penilaian

ke.

pencapaian

Penilaian dijalankan

responden
Langkah 4:
4

-Penilaian

Pengkaji

membuat

dapatan

kajian

rumusan

yang

akhir

diperoleh.

terhadap
Data-data

berkenaan dikumpulkan dan dianalisis.


-rumusan akhir

Menilai Kesan Tindakan:


Pemerolehan data-data dan maklumat yang dikumpulkan semasa proses
pelaksanaan, tindakan susulan akan diambil untuk memastikan semua data
mentah yang dikumpulkan dapat diproses untuk perolehan data yang sebenar.
Melakukan Refleksi:
Refleksi dilakukan bagi mengatasi masalah yang wujud dalam bilik darjah
dengan pengumpulan data yang sistematik. Semua data akan dinilai semuanya
untuk memastikan mencukupi dan menepati tajuk kajian.
Perancangan Pengumpulan Data
Data dikumpulkan menggunakan tiga instrumen iaitu borang soal selidik,
pengujian dan pemerhatian. Ini bertujuan untuk meningkatkan kesahan dan
kebolehpercayaan data yang dikumpulkan.
a) Kaedah Borang Soal Selidik
Borang soal selidik digunakan sebelum dan selepas kajian. Tujuannya
untuk mendapatkan maklumat awal latar belakang responden, tahap
pencapaian dan minat mereka dalam pelajaran bahasa Melayu di kalangan
kumpulan sasaran. Selain itu, kaedah soal selidik digunakan untuk
mendapatkan

maklumat

secara

langsung

berkaitan

dengan

minat

responden terhadap kata sendi nama di dan ke. Ini bertujuan memperoleh
maklumat berkaitan perasaan dan respon terhadap pelaksanaan intervensi
serta

penguasaan

terhadap

kata

sendi

nama

berkenaan.

Pengkaji

menggunakan borang soal selidik skala 5 dan data diterjemahkan dalam


bentuk kualitatif.
b) Ujian-ujian Penilaian

Bagi mengumpul data, item-item ujian diambil daripada ujian bulanan,


soalan peperiksaan, latihan dan sebagainya. Ini untuk memenuhi aspek
kesahan dan kebolehpercayaan item yang jitu. Ujian ini untuk mengesan
dan menilai kefahaman murid.
c) Ujian Pra
Sebelum
memperkenalkan
kaedah

permainan

bahasa,

pengkaji

mengendalikan ujian pra tentang kemahiran membina ayat lengkap. Ujian


ini bagi melihat penguasaan awal responden terhadap kata sendi nama di
dan ke. Soalan merangkumi isi tempat kosong dan aneka pilihan. Soalan
terdiri daripada tiga aras iaitu rendah, sederhana dan tinggi merangkumi
pengetahuan,
kumpulan

kefahaman

sasaran

yang

dan

aplikasi.

mendapat

Pengkaji

markah

memilih

yang

10 orang

rendah.

Pengkaji

menjalankan satu sesi intervensi berbentuk latihan kata sendi nama di dan
ke dan permainan bahasa kepada kumpulan sasaran.
d) Ujian Pos
Selepas sesi intervensi, ujian pos dijalankan bertujuan untuk menilai
penguasaan murid dalam memahami dan menguasai aplikasi kata sendi
nama di dan ke. Ini merupakan ujian penentuan bagi mengukur
keberkesanan

intervensi

yang

telah

dijalankan

sama

ada

berlaku

peningkatan atau sebaliknya.


e) Kaedah Pemerhatian
Pengkaji melaksanakan pemerhatian terhadap 10 orang kumpulan sasaran
semasa sesi intervensi. Pengkaji menganalisis kaedah ini secara kualitatif.

Kos Kajian
Bi
l
1
2
3
4
5
6
7
8
9

Jenis Bahan
Kertas A4
Ink printer
Marker
Fotostat bahan
Mounting board
Buku catatan guru
Polisterine
Laminating
CD
JUMLAH

Kuantiti X Harga Seunit


2 rim x RM 8.00
1 set x RM 85.00
3 batang x RM 3.00
1 keping x RM 5.00
1 buah x RM 2.00
11 keping x RM 2.00
3 keping x 1.00

Jumlah Kos
RM 16.00
RM 85.00
RM 9.00
RM 30.00
RM 5.00
RM 2.00
RM 10.00
RM 27.50
RM 3.00
RM 196.50

Analisis dan Interpretasi Data


Prosedur pengumpulan data merupakan perkara yang penting dan perlu
dijalankan dengan teliti. Data yang diperoleh perlu dikumpulkan dan dianalisis
untuk mendapatkan ilmu serta maklumat yang berguna. Data itu kemudian akan
dikaji menggunakan kaedah kuantitatif dan kualitatif.
Selain

itu,

data

yang

diperoleh

akan

dianalisis

secara

deskriptif

berdasarkan skala Likert bagi soal selidik dan min peratus bagi ujian pra,latihanlatihan aktiviti dan ujian pos. Daripada analisis tersebut, dapat dibuat penilaian
terhadap responden serta mengkategorikan penilaian tersebut pada tahap
tertentu. Pengkaji telah menggunakan skala Likert dalam soal selidik. Contohnya,
sangat setuju, setuju, tidak pasti, tidak setuju dan sangat tidak setuju. Skala
Likert dapat memberikan keterangan yang lebih jelas dan nyata tentang
pendapat atau sikap responden tentang isu yang ditanyakan. Lihat contoh
berikut:
Skala Likert 5 Pemeringkatan
Sangat setuju
Setuju
Tidak pasti
Tidak setuju
Sangat tidak setuju

Skala
5
4
3
2
1

Jika dilihat statistik kajian, terdapat tiga jenis pengukuran yang digunakan
iaitu min, mod dan median. Pengukuran ini mencerminkan atau menerangkan
sesuatu pengumpulan data yang dibuat. Hal ini kerana, ukuran-ukuran tersebut
mempunyai nilai yang membahagikan sekumpulan data kepada dua bahagian
iaitu sebahagiannya lebih besar dan sebahagiannya lebih kecil.
Min adalah purata bagi nilai dari cerapan mahu pun sesuatu pemboleh
ubah. Min terbahagi kepada dua iaitu min populasi dan min sampel. Min
melambangkan arah tuju responden dan pengiraan tertentu perlu dilakukan bagi
mendapatkan min tersebut. Mod pula merupakan nilai yang mempunyai
kekerapan yang tinggi dalam set data. Mod tidak semestinya wujud dalam set
data. Dalam pada itu, satu set data boleh mempunyai dua atau lebih mod.
Manakala median pula adalah nilai tengah apabila cerapan disusun dalam tertib
menaik mahupun menurun.
Terdapat pelbagai kaedah yang boleh digunakan dalam menjalankan kajian
tindakan ini. Terpulang kepada pengkaji untuk memilih kaedah yang sesuai untuk
memperoleh maklumat tentang kajiannya. Namun begitu, dalam kajian ini

pengkaji hanya menggunakan min sahaja bagi mendapatkan purata berdasarkan


proses penganalisisan data yang dibuat.

Bibliografi

1. Arbak Othman, Nahu bahasa Melayu : Fajar Bakti, 1989.


2. Abdullah Hassan, Tatabahasa Bahasa Melayu: Morfologi dan Sintaksis. PTS
Publications and Distributors Sdn. Bhd.
3. Zainal Abidin Bin Ahmad, Pelita Bahasa Melayu,DBP,2000
4. Nik Safiah binti Haji Abdul Karim, Tatabahasa dewan, DBP , 2008.

Anda mungkin juga menyukai