Anda di halaman 1dari 2

LAMPIRAN 2A

CATATAN REFLEKSI
( Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar)
1. Isu / Perkara yang difokus: (Selasa dan Khamis )
Perkara yang difokuskan oleh saya ialah perbincangan bersama guru pembimbing dan
guru-guru bahasa Inggeris adalah mengenai program menghias kelas dan bilik khas bahasa
Inggeris abad 21 yang akan dihias bermula minggu hadapan. Program ini merupakan satu
daripada tiga program yang wajib dilaksanakan oleh saya.
Sebagai seorang yang bakal bergelar guru, saya banyak bertanya kepada guru
pembimbing dan guru-guru bahasa Inggeris yang lain bagaimana untuk melaksanakan program
tersebut kerana mereka lebih arif dan berpengalaman dalam melaksanakan program
sedemikian.

2. Analisis isu / perkara yang difokus:


2.1 Kekuatan:
Dalam perbincangan ini, saya amat bersyukur kerana saya berpeluang bertemu
dengan guru-guru yang sangat arif dan berpengalaman dalam bidang menata hias bilik dengan
bahan-bahan serta alat bantu mengajar dan belajar. Banyak ilmu yang dapat saya ambil dan
aplikasikan untuk program-program yang akan datang. Selain itu, saya juga dapat melihat
kesungguhan yang ditunjukkan oleh mereka dalam membantu saya melaksanakan program ini.
2.2 Kelemahan:
Sepanjang proses menghias bilik khas, saya mendapati bahawa kami
kekurangan info mengenai bilik abad 21. Kekeliruan boleh berlaku akiba kekurangan informasi
yang tepat dalm menghasilkan bilik ini. Oleh yang demikian, untuk beberapa ketika, kami
menemui jalan buntu dalam menyusun atur bilik khas bahasa Inggeris.

3. Cadangan penambahbaikan:
Sebagai bakal menjadi seorang pendidik, saya seharusnya memikirkan cara dan inisiatif
untuk mengelakkan masalah yang berlaku berulang kembali. Selain itu, saya juga harus bijak
dalam merancang dan melaksanakan sesuatu tugasan dengan baik dan sempurna.
(sila simpan dokumen ini di dalam portfolio anda)

Anda mungkin juga menyukai