Anda di halaman 1dari 5

TEKS USRAH

SURAU BARU BUNGA RAYA


ISNIN, 13 APRIL 2015

MUQADDIMAH

Maksudnya:

Oleh itu, jika mereka bertaubat (dari kekufuran), dan mendirikan sembahyang serta
memberi zakat, maka mereka itu adalah saudara kamu yang seagama; dan
Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persaru bagi kaum yang
mahu mengetahui.Dan jika mereka mencabuli sumpahnya sesudah mengikat
perjanjian setia, dan mereka pula mencela agam kamu, maka perangilah ketuaketua dan pemimpin-pemimpin kaum yang kafir itu, kerana sesungguhnya
mereka tidak menghormati sumpah janji-Nya, supaya mereka berhenti (dari
kekufuran dan bertaubat). (At-Taubah : 11-12)

MALAYSIA KE ARAH NEGARA ISLAM


Islam adalah satu cara hidup manusia yang berdasarkan kehendak Allah. Setiap
Muslim wajib melaksanakan segala perintah dan hukum Allah sama ada bersifat
individu atau kolektif. Hukum-hukum Allah yang dibawah tanggungjawab kolektif
selalu dikaitkan dengan soal kemasyarakatan dan kenegaraan yang melibatkan
hukum muamalat,munakahat, jinayah, hudud, khilafah dan urusan pentadbiran,
qanun dan kehakiman, ketenteraan dan keselamatan, dakwah dan jihad,
baitulmal (perbendaharaan) dan ekonomi dan lain-lain.
Hukum-hakam Allah yang berkait dengan kemasyarakatan dan kenegaraan tidak
dapat dilaksanakan tanpa pemimpin dan Kerajaan Islam.Kerajaan Islam
bermaksud kerajaan berdaulat yang memerintah secara Islam.Melaksanakan

perundangan, pemerintahaan dan penghakiman Negara berdasarkan Syariat


Allah itu adalah satu ibadah dan hukumnya wajib.Ia tidak boleh dilaksanakan
kecuali wujudya Kerajaan Islam. Maka mewujudkan Kerajaan Islam adalah wajib.
Dalam konteks Malaysia hari ini,proses menegakkan Kerajaan Islam yang
dibenarkan oleh undang-undang adalah melalui proses demokrasi dan
pilihanraya, maka menyertai pilihanraya untuk tujuan tersebut adalah wajib.
Seseorang itu tidak dapat mengundi di dalam pilihanraya kecuali dia adalah
seorang yang layak dan berdaftar sebagai pemilih secara sah.Maka
mendaftarkan diri sebagai pemilih untuk melantik pimpinan dan kerajaan dalah
wajib. Turutan tindakan ini selaras dengan tuntutan kaedah feqah:Sesuatu yang
wajib tidak sempurna melainkan denganya maka ia menjadi wajib.

KEWAJIPAN MELANTIK PEMIMPIN DI KALANGAN ORANG BERIMAN


Setiap Muslim wajib melaksanakan tanggungjawab mengundi uintuk memilih calon
pimpinan (wakil rakyat) yang membentuk kerajaan yang sah dan berdaulat pada
hari pilihanraya yang ditetapkan. Pengundi muslim hendaklah memilih calon
pimpinan (wakil rakyat) yang berjuang atas Dasar Islam dan Kebajikan Ummah
untuk pastiukan Kerajaan Islam diwujudkan. Pengundi Muslim hendaklah memilih
seseorang calon pimpinan (wakil rakyat) itu hanya berdasarkan kelayakan
(Amanah, Alim, Ahli, Adil)dan matlamat syariat seperti hadith Rasullah SAW yang
menyebut lafaz baiah:

Aku memberi baiah kepada kamu dengan syarta kamu menegakkan kepada
kami Kitab Allah dan Sunnah Rasulnya
Ciri-ciri kepimpinan Islam adalah sebagaimana Firman Allahy yang berikut:

Maksudnya: Sesungguhnya, hanyasanya pemimpin kamu adalah Allah, Rasul


dan orang-orang yang beriman yang mendirikan solat dan menunaikan zakat
serta orang-orang yang ruku (tunduk dan patuh kepada perintah Allah
SWT)
(Surah Al-Maidah: 55)
Arahan memilih pimpinan mukmin (beriman) adalah sebagaimana Al-Quran:

Maksudnya: Barangsiapa yang berketuakan Allah, rasul dan orang-orang yang


beriman, maka sesungguhnya golongan yang taat kepada Allah yang mencapai
kemenangan. (Surah Al-Maidah: 56)
Larangan memilih calon pimpinan (wakil rakyat) yang tidak islamik adalah
sebagaimana firman Allah SWT:

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu jadikan


(pemimpin atau ketua) daripada kalangan orang-orang yang menjadikan agama
kamu sebagai ejekan dan permainan, daripada ahli kitab yang sebelum kamu,
dan (jangan kamu jadikan)orang-orang kafir sebagai ketua, dan takutlah kepada
Allah, jika kamu benar-benar orang yang beriman. (Surah Al-Maidah: 57)
Ibnu Abbas RA katanya: Rasulullah SAW bersabda:Sesiapa melantik seorang lelaki
ke atas sekumpulan orang ramai sedangkan terdapat di kalangan mereka orang
yang lebih diredhai oleh Allah dari lelaki tersebut, maka ia telah mengkhanati Allah,
Rasulnya, dan orang mukmin.(Hadis Riwayat Al-hakim dan As- Sayuti).
Kepimpinan para ulamak, muttaqin dan solehin sangat relevendalam konteks
masyarakat Islam. Ini dinyatakan di dalm Al-Quran:

Dan demikian pula di antara manusia dan binatang-binatang yang melata serta
binatang-binatang ternak, ada yang berlainan jenis dan warnanya? Sebenarnya
yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan
hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu (ULAMA). Sesungguhnya
Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun. (Surah Al-Fathir: 28)
Rasulullah SAW bersabda : Sesungguhnya ulama adalah pewaris
para nabi.Sungguh mereka hanya mewarikan ilmu, maka barangsiapa
mengambil warisan tersebut maka ia telah mengambil bahagian yang
banyak.(HR At-Tirmizi)
Jika setiap muslim memilih majority calon-calon pimpinan (wakil rakyat) yang
mukmindan berdasarkan tuntutan Islam, mereka akan membentuk Kerajaan Islam.
Dengan kewujudan Kerajaan Islam dan kuasa yang dimiliki maka syarait Islam
mampu dilaksanakan.Mereka mendaulatkan Islam dan melaksanakan amar
maruf nahi mungkar.
Sebalinya jika memilih calon-calon pimpinan (wakil rakyat) bukan berdasarkan
Islam, mereka akan membentuk kerajaan yang tidak Islamik seperti kerajaan
Sekular, Kapitalis, Komunis, Sosialis, atau apa-apa bentuk kerajaan jahiliyyah yang
menolak syariat Allah dan membiarkan kefasikan sarta kemungkaran di bumi Allah.
Sekiranya Muslim tidak memilih calon pimpinan (wakil rakyat) yang mampu
melaksanakan dasar tadbir urus Negara mengikut prinsip Islam, maka pimpinan
(wakil rakyat) yang tidak islamik akan menguasai Dewan Perundangan dan kuasa

pentadbiran Negara. Mereka memerintah berdasarkan logik akal dan kepentingan


nafsu.
Kegagalan membentuk Kerajaan yang beriman dan beramal dengan Islam
adalah merupakan tanggungan dan dosa kita umat islam keseluruhnya di
hadapan Allah nanti. Kecuali mereka yang telah berusaha ke arah itu.

KEDUDUKAN WAKIL RAKYAT NON MUSLIM


Sekiranya tiada terdapat calon pimpinan (wakil rakyat) dari kalangan muslim yang
bertanding dalam satu-satu pilihanraya, pengundi muslim hendaklah membuat
pilihan calon wakil rakyat golongan zimmi yang lebih baik dari segi manafaatnya
dan kurang mudharatnya kepada Islam dan ummahnya, atau memilih calon
wakil rakyat golongan-golongan zimmi yang kurang keburukan (korupsi, rasuah,
kronisme, pemborosan, kejahatan, kemaksiatan) dan kezaliman (manipulasi,
penyelewengan, penipuan, penindasan, jinayah, keganasan) kepada rakyat atau
memilih kuffar zimmi yang sedia bekerjasama dalam konteks prinsip Islam,
kemanusian, kebajikan, dan keadilan sejagat. Hal ini selaras dengan prinsip
kaedah feqah yang menyatakan : Mudharat/keburukan hendaklah dihindari ,
Mengambil mudharat yang kecil untuk menolak mudharat yang lebih besar dan
Menolak bahaya adalah lebih penting daripada mencari kemanfaatan.

ETIKA PILIHANRAYA MENURUT SYARA


Mengundi dalam pilihanraya untuk melantik pemimpin (wakil rakyat) yang mukmin
dan kerajaan Islam adalah merupakan satu proses ibadat umum yang perlu
dilaksanakan dengan penuh keinsafan, ketertiban, kesabaran dan keikhlasan
tanpa melibatkan unsur-unsur kesyirikan, kemunafikan, kemungkaran dan
kemaksiatan untuk mencapai keredhaan Allah dan mendapat pahala yang besar
daripadaNya.
Amalan zulum (keangkuhan/ kezaliman/ penindasan/ eksploitasi/ ugutan/ paksaan/
pembunuhan), gharar (dusta/ penipuan/ manipulasi/ penyelewengan), risyuah
(rasuah/ korupsi/ politik wang/ habuan pangkat kedudukan/ dll), maisir (perjudian/
pertaruhan), syubhah (kesamaran kaedah halal atau haramnya, pemborosan,
kolusi, konspirasi), assobiyyiah(nepotisme/ kronisme/ fanatik kepuakan/ kepartian/
kedaerahan/ taksub mazhab/ kejumudan/ nasionalisme/ keegoan materialism) dan
lain-lain yang bercanggah dengan syarak hendaklah dijauhi.
Segala tindakan dalam proses pilihanraya dan amalan demokrasi hendaklah
betul, wajar dan adil mengikut Perlembagaan Negara dan Syariat Islamuntuk
memastikan kejayaan kepada pihak yang hak.

KEWAJIPAN MEMBENTUK KERAJAAN ISLAM


Dalam konteks Malaysia, kita uamt islam wajib menyertai pilihanraya dan wajib
memilih kepimpinan (wakil rakyat) yang berpegang kepada prisip Islam dalam

menganggotai dewan perundangan dan pemerintahan Negara. Ibnu Timiyah


mengatakan bahawa kekuasaan yang dimiliki pemimpin Islam adalah sebuah
kepercayaan (amanah) dari umat Islam dan bukan kekuasaan yang mutlak.
Tanggungjawab setiap pemimpin (wakil rakyat) Islam adalah pul wajib membentuk
Kerajaan Islam yang melaksanakan pemerintrahn atas prinsip Islam dan amalan
syariat Islam. Dengan itu umat islam akan mampu melaksanakan semua amal
ibadat,hukum dan syariat Allah serta amal Islami secara keseluruhan demi
mencapai keredhaan Allah di dunia dan di Akhirat.
Al-Mawardi, Abu Yula, Ibnu Khaldun dan lain-lain menegaskan: Muhammad
sudah wafat, maka agama ini sudah pasti memerlukan orang yang
mengurusnya.Ibnu Hazam Al-Andalusi menjelaskan para Ulama bersatu
pendapatdalam mengatakan bahawa menegakkan Kerajaan Islam itu adalah
wajib, maka seluruh umut berkewajipan melakukan taat kepada Imam yang adil
yang menegakkan ke atas mereka hukum hakaum Allah, yang mentadbir dan
memerintah mereka dengan syariat Allah yang dibawa oleh Nabi Muhammad
SAW.
Ibnu Khaldun menegaskan bahawa: Kekhalifahan (pimpinan umat) harus mampu
menggerakkan umat untuk bertindak sesuai dengan ajaran Islam dan
menyeimbangkan kewajipan di dunia dan akhirat. (Kewajipan di dunia) harus pilih
pemimpin secara syarie dalam konteks demokrasi Malaysia seimbang (dengan
kewajipan untuk akhirat), seperti yang diperintahkan oleh Nabi Muhammad SAW,
semua kepentingan dunia haru mempertimbangkan keuntungan untuk
kepentingan akhirat.Kesimpulanya, (kekhalifahan) pada kenyataanya
menggantikan Nabi Muhammad SAW, beserta sebahagian tugasnya, untuk
melindungi agama dan menjalankan kekuasaaan politik dunia.
Imam Taqiyyuddin An-Nabhani menyatakan bahawa kepimpinan kaum muslimin
adalah untuk menegakkan hukum-hukum Syariat Islam dan mengembangkan
(dakwah) risalah Islam ke seluruh dunia.

PENUTUP
Oleh itu mewujudkan Jemaah Islam serta mendokongnya, mengundi calon
Jemaah Islam dan membentuk Kerajaan Islam adalah satu ibadat wajib setiap
muslim supaya akidah dan syariat Islam dapat ditegakkan, dipertahankan, dan
dikembangkan di atas muka bumi ini sehingga Hari Kiamat.
Justeru itu, adalah menjadi kewajipan kita sebagai seorang muslim hendaklah
memastikan segala urusan dan permasaalahan umat dirujuk kepada Al-Quran dan
As- Sunnah.

Anda mungkin juga menyukai