Anda di halaman 1dari 2

Sekolah Kebangsaan Taman Suria

5512, Jalan Suria Utama, Taman Suria,


81100 Johor Bahru.
Tel : 07-3348857 Fax : 07-3348857
Ruj. Kami : JBA 1068/02/3/008 jilid 2 (12)
Tarikh : 07 OKTOBER 2010
Kepada :
Ibu Bapa / Penjaga,
Murid Tahun Satu,
SK Taman Suria,
Johor Bahru.


Tuan,
KEM BESTARI SOLAT TAHUN 1 KALI KE-3
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
2. j-QAF SK Taman Suria mewajibkan hadir anak jagaan tuan/puan pada butiran berikut :
Tarikh
Hari
Masa
Tempat

:
:
:
:

09 OKTOBER 2010
Sabtu
7:30 pagi 12:30 tengah hari
Dewan Suria, SK. Taman Suria, JB.

3. Dimaklumkan juga bahawa Kem Bestari Solat kali ini tidak akan menyediakan
makanan dan minuman. Justeru murid-murid diminta membawa bekal masing-masing.
4. Harapan kami agar pihak tuan/puan dapat memberikan kerjasama dengan menghantar
dan menjemput anak jagaan tuan/puan ke kem ini tepat pada masanya demi keselamatan
mereka sewaktu pergi dan balik.
5. Semoga kehadirannya juga menempa kejayaan dan kebahagiaan buat kita semua di
dunia dan di akhirat kelak.
Sekian, terima kasih.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Yang menjalankan tugas,

......................................................
YOS FATIMAH BINTI SELAMAT
Guru Besar,
SK Taman Suria, Johor Bahru.

LAMPIRAN
JADUAL KEM BESTARI SOLAT KALI KE-3
TAHUN 1
2010

TARIKH : 09 OKTOBER 2010


MASA

AKTIVITI

7.30 8.00 pagi

Pendaftaran & Perhimpunan

8.00 8.30 pagi

LDK 1 Wudhuk (Anggota, Niat & Cara)

8.30 9.30 pagi

LDK 2 Lafaz Niat Solat (Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib & Isya)

9.30 10.00 pagi

Rehat

10.00 11:00 pagi

LDK 3 Bacaan dalam solat (Doa Iftitah, Rukuk, Iktidal, Sujud dan Duduk
antara 2 Sujud)

11.00 12.00 pagi

LDK 4 Perlakuan Solat

12.00 12.30 tgh

Penutup & Bersurai

Pakaian Lelaki

: Baju melayu sekolah agama,


bersongkok dan berselipar.

Pakaian Perempuan : Baju kurung sekolah,


bertudung dan berselipar.
Makan & minum

: Membawa bekal makan & minuman sendiri.