Anda di halaman 1dari 20

VET 3032:

KERJA KAYU, LOGAM DAN PAIP


TUGASAN KUMPULAN
SESI 2013/2014
KUMPULAN A

TAJUK TUGASAN:
LAPORAN KERJA KAYU : MEJA LIPAT
NAMA
MASTURA BT MOHAMAD
SITI SAKINAH BT MOHD HAMSARI
NOR HASHIEMA EDAYU BT ISMAIL
NURDALILAH BT DAHLAN
ANIS SYAZWANI BT AHMAD SAIMI

NO. MATRIK
D20121058450
D20121058439
D20121061140
D20121058438
D20121058437

PENSYARAH: 1. DR. MOHAMED NOR AZHARI BIN AZMAN


2. ENCIK AMIR (INSTRUKTOR
BENGKEL)

1.0 PENGENALAN
Bengkel amali bagi kursus VET3032: Kerja Kayu, Logam dan Paip untuk semester
ini memerlukan kami membina sebuah meja lipat. Kami di bahagikan kepada dua
kumpulan dan setiap kumpulan seramai lima orang. Bagi kelas bengkel amali untuk kerja
kayu ini, kami di bimbing oleh En. Amir. Proses membuat meja lipat memakan masa
selama 6 minggu. Meja lipat ini mempunyai beberapa fungsi dan kegunaannya.
Antaranya fungsinya adalah boleh di jadikan meja makan mini dan boleh juga dijadikan
tempat letak barangan perhiasan di dalam rumah mahupun di mana sahaja. Semasa
proses pembuatan meja lipat ini, beberapa teknik-teknik telah kami pelajari. Antara
teknik-teknik yang telah kami pelajari adalah cara untuk memilih dan memotong kayu
dengan betul. Bukan itu sahaja, kami juga dapat mempelajari beberapa jenis-jenis
tanggam dan cara-cara untuk membuat tanggam dengan betul. Selain itu, kami dapat juga
dapat mempelajari bagaimana menggunakan alatan tangan dan mesin dengan betul untuk
menghasilkan projek kayu yang berkualiti.
Di dalam bengkel, kami bekerjasama dalam menghasilkan meja lipat itu. Langkahlangkah keselamatan harus dititikberatkan di dalam bengkel kayu bagi mengelakkan
kemalangan yang teruk mahupun kecil. Oleh itu, sebelum memulakan kerja-kerja
pertukangan kayu, semua pelajar hendaklah memakai pakaian bengkel yang telah
dikhususkan dan memakai kasut yang sesuai. Pelajar dilarang untuk memakai pakaian
yang tidak sesuai dan perhiasan yang dilarang semasa di dalam bengkel. Ini adalah
bertujuan untuk menjaga keselamatan semasa di dalam bengkel dan sebagai langkah
berjaga-jaga bagi mengelakkan kemalangan. Di dalam bengkel kayu juga hendaklah
disediakan peti pertolongan cemas. Peti pertolongan cemas adalah bertujuan dapat
merawat dan membantu sedikit sebanyak di dalam kes-kes kemalangan yang kecil
sebelum di beri rawatan lanjut di hospital jika kemalangan itu adalah kemalangan yang
berat. Justeru itu, semua pelajar hendaklah mematuhi kesemua peraturan-peraturan yang
telah disediakan semasa di dalam bengkel kayu.

2.0 TUJUAN

Antara tujuan projek kayu meja lipat ini adalah supaya kami mampu lebih memahami
tentang alatan- tangan dan mesin kerja kayu di mana semasa menjalankan projek kayu ini
kami akan menggunakan alatan-alatan dan mesin kerja kayu. Ini secara tidak langsung
menambah pengetahuan kami tentang fungsi dan cara pengendalian yang betul alatan dan
mesin kerja kayu yang digunakan seperti penggunaan Electric Mitre Saw Machine, gergaji
siku dan sebagainya.
Seterusnya, pelaksanaan kerja kayu meja lipat ini juga bertujuan untuk mendedahkan dan
memberikan kami pengalaman secara hands-on. Di sini, kami boleh mengaplikasi perkaraperkara yang kami belajar secara teori. Dengan ini, kerja kayu meja lipat ini telah
memberikan lebih aktiviti pengukuhan kepada kami di mana ianya membantu kami
memahami dan menguasai teori yang dipelajari . Sebagai contoh, dalam kelas teori kami ada
belajar mengenai tanggam, jadi dalam kerja kayu ini, kami dapat mengetahui bagaimana
hendak membuat tanggam, parit tanggam dan sebagainya.
Bukan itu sahaja, kerja kayu meja lipat ini juga bertujuan untuk menguji dan menilai
sekiranya kami mampu berkomunikasi secara efektif, berkepimpinan dan bekerja dalam
pasukan sepanjang menyiapkan kerja kayu lipat ini.

3.0 ALATAN DAN MESIN YANG DIGUNA


BIL
1.

NAMA MESIN
Electric Mitre Saw Machine

FUNGSI
Alat untuk membuat crosscut secara
tepat

dan

cepat

bagi

bahan

kerja

mengikut sudut yang di kehendaki. Biasa


digunakan dalam operasi merangka dan
memotong

acuan.

Kebanyakan

mata

gergajinya adalah kecil dan mudah alih


dengan saiz antara 8-12 inci.

2.

Pneumatic Stapler

Alat yang digunakan untuk mengikat


atau memegang bahagian atau bahanbahan bersama. Kedua bahan akan di
ikat

menggunakan

Berfungsi

bersama

pemampat
membuat

udara.
kerja

dawai

kokot.

dengan

mesin

Alat

ini

pertukangan

dapat
lebih

mudah dan cepat.

3.

Pneumatic Nailer

Alat yang digunakan untuk mengikat


atau memegang bahagian atau bahanbahan

bersama.

Nailer

yang

dimaksudkan adalah berbentuk seperti


pepaku.

Berfungsi

bersama

dengan

mesin pemampat udara. Alat ini dapat


membuat

kerja

mudah dan cepat.

pertukangan

lebih

4.

Mesin pengelas mudah alih


(Sander)

Sander

digunakan

permukaan

kayu.

untuk

Dengan

melelas
kata

lain,

mesin mudah alih ini digunakan untuk


melicinkan

permukaan

kayu

supaya

menjadi lebih halus dan rata. Biasanya


kita menggunakan kertas pasir untuk
melicinkan

permukaan

kayu.

Jadi,

dengan adanya mesin sander ini, kerjakerja melelas permukaan kayu menjadi
mudah dan cepat. Mesin mudah alih ini
mempunyai

dua

pemegang

hadapan

pemegang
dan

iaitu

pemegang

belakang. Tujuannya ialah apabila kerja


melelas dijalankan, ianya perlu dilakukan
dengan sekata.
5.

Ragum meja

Ragum yang tersedia di dalam bengkel


adalah ragum meja. Ragum adalah salah
satu alatan khas untuk mengapit dan
menyangga. Ragum digunakan untuk
memegang benda kerja dengan kuat dan
teguh. Kami menggunakan ragum untuk
memegang bahan projek (kayu) semasa
melakukan kerja mengikir dan memahat.

6.

Kikir
(Kikir rata kasar dan kikir
rata halus)

Kikir adalah alat yang digunakan untuk


mengikir

dan

meratakan

permukaan

bahan projek (kayu). Terdapat pelbagai

Kikir rata kasar

jenis kikir namun jenis kikir yang kami


gunakan adalah kikir rata kasar dan kikir
rata halus. Kami menggunakan kikir rata
kasar lebih kepada untuk mengikir kayu
hingga

Kikir rata halus

mencapai

ukuran

yang

ditetapkan manakala kikir rata halus


pula kami gunakan untuk mengikir kayu
(selepas mengikir menggunakan kikir
rata

kasar)

supaya

permukaan

kayu

yang dikikir menjadi halus dan rata.

7.

Tukul dan pahat

Kami

menggunakan

pahat

untuk

menebuk lubang dan memperkemaskan


takuk

tanggam.

Kami

menggunakan

tukul warrington untuk mengetuk pahat


ini.

8.

Gandin kayu

Gandin

kayu

diperbuat
berbentuk

yang

daripada
kayu

kami
kayu

gunakan
keras

silinder.

dan
Kami

menggunakan gandin kayu ini untuk


memasang dan menanggalkan tanggam.

9.

Mesin gergaji jig

Mesin ini berfungsi untuk memotong


papan dan kayu nipis, papan lapis, jubin

dan kepingan logam nipis. Di samping


itu, mesin gergaji jig ini juga berfungsi
untuk

memotong

lengkung.

Dalam

projek ini, kami menggunakan mesin


gergaji jig ini untuk memotong lengkung
(untuk membuat lengkuk kaki meja)
serta

untuk

memotong

papan

lapis

(untuk permukaan meja).

10.

Gergaji siku
(angled compound mitre
saw)

Dalam

projek

ini,

gergaji

siku

ini

digunakan untuk membelah kayu hingga


ke ukuran yang telah ditanda sebagai
langkah

pertama

membuat

parit

tanggam.

11.

Mesin pemutar skru tanpa


wayar. (Cordless screw
driver)

Mesin

skru

ini

digunakan

untuk

memasang skru benam sendiri (juga


digunakan

untuk

mengetatkan

dan

melonggarkan skru). Mesin ini dipasang


dengan mata pemutar skru mengikut

bentuk kepala atau alur pada skru yang


digunakan.

12.

Apit G

Apit G juga merupakan salah satu alat


mengapit

dan

menyangga.

Kami

gunakan apit G ini untuk memegang


kayu (iaitu semasa hendak memotong
lengkung). Apit G ini perlu digunakan
bersama-sama dengan kayu kecil untuk
melindungi permukaan bahan projek.

13.

Kertas pasir

Kertas

pasir

mempunyai

adalah
satu

kertas

yang

permukaan

kasar

seperti pasir. Kami gunakan kertas pasir


untuk

melicinkan

dan

meratakan

permukaan papan dan kayu yang telah


siap

diukir

dan

menggosokkan

dikikir
kertas

dengan
pasir

permukaan kayu berkali-kali.

14.

Berus syelek

ini

cara
ke

Berus syelek digunakan untuk menyapu


syelek

pada

permukaan

penggunaanya
membersihkan

kayu.

adalah
berus

Cara

dengan

dengan

pelarut

yang sesuai dan sapu syelek ikut arah


urat kayu. Setelah selesai bersihkan
semula dengan pelarutnya (spirit metal)
dan

diikuti

dengan

air

sabun

dan

keringkan.

15.

Pengikis

Pengikis digunakan untuk menyapu dan


meratakan

tepung

penyumbat

pada

permukaan kayu. Selain itu, pengikis


juga digunakan untuk mengikis kotoran
atau lebihan tepung penyumbat. Cara
penggunaannya
menggerakkan

adalah
hujung

mata

dengan
pengikir

mengikut arah urat kayu.

16.

Sesiku L

Sesiku L diperbuat daripada besi tuang


yang keras. Berbentuk L dengan sudut
tepat 90 darjah dan berpemukaan yang
rata. Ianya digunakan untuk membuat
ukuran dan menanda pada kayu. Selain
itu, sesiku L ini juga digunakan untuk
menyokong benda kerja semasa kerja
serta

membantu

memastikan

benda

kerja dalam keadaan tetap semasa kerja


menanda. Dalam membuat kerja projek,
kami menggunakan sesiku L sebagai alat
menanda dan merancang tanda.

17.

Pita pengukur

Kami juga menggunakan pita pengukur


untuk

mengukur

ukuran

yang

kami

kehendaki.

18.

Aras Spirit

Alat

ini

merupakan

menentukan
dimana

aras

pada

hujungnya

dan

bahagian

dipasangkan

alat

untuk

kepugakkan
tengah
tabung

dan
spirit

atau air untuk mendapatkan atas. Secara


ringkas, kami gunakan aras spirit ini
untuk menguji keseimbangan meja kami
(meja

dalam

keadaan

stabil

apabila

didirikan).

19.

Tepung penyumbat

Tepung penyumbat adalah salah satu


bahan kemasan. Ianya digunakan untuk
mengisi liang-liang kayu atau lubang-

lubang kecacatan yang terdapat pada


kayu dengan baik dan kekal. Tepung
penyumbat

ini

boleh

dicairkan

menggunakan air dan turpentine.

20.

Syelek

Syelek digunakan untuk mencantikkan


kayu, melindungi permukaan kayu serta
menambah
Syelek

mutu

dilakukan

dan

kualiti

dengan

bahan.

melarutkan

berus syelek dengan pelarutnya dan


seterusnya

disapukan

ke

atas

permukaan kayu mengikut arah urat


kayu. Selepas seharian atau beberapa
jam,

syelek

dioleskan

lagi

(hingga

beberapa kali) untuk mendapatkan hasil


yang cantik.

21.

Spirit metal

Merupakan bahan pelarut bagi syelek di


mana pelarut adalah sejenis bahan yang
meruap

dan

permukaan.
menipiskan

cepat

Pelarut
minyak

sejat

pada

digunakan

untuk

supaya

dapat

digunakan dengan berus.

22.

Mesin gerudi mudah alih


(cordless drill)

Gerudi mudah alih selalunya digunakan


untuk kerja-kerja yang ringan. Gerudi ini
mempunyai
dalam

pelbagai

projek

menggunakannya
lubang

pada

fungsi,

namun

kami

ini,

untuk

menggerudi

kayu

kami

kami
bagi

pemasangan skru. Saiz mata gerudi akan


menentukan

saiz

lubang

yang

akan

dibuat.

23.

Skru benam sendiri

Skru

benam

pengikat

sendiri

yang

adalah

digunakan

bahan
untuk

mencantumkan kepingan pada rangka


atau

pemidang

projek.

Skru

benam

sendiri ini menghasilkan cantuman yang


kuat, namun cantuman ini boleh dibuka
semula

sekiranya

berlaku

kesilapan

semasa proses pemasangan. Saiz skru


ini ditentukan oleh panjang dan garis
pusat batangnya.

24.

Pensel

Digunakan untuk menanda ukuran pada


kayu.

4.0 LANGKAH-LANGKAH KERJA


LANGKAH
1.

PENERANGAN
-Ukur dan potong kayu kepada beberapa
bahagian:
1. 600mm (2 unit)
2. 300mm (3 unit)
-Kayu tersebut dipotong serong 45 darjah
dengan menggunakan Electric Mitre Saw
Machine.

2.

-Bina tanggam pada kayu 600mm iaitu dengan


cara:
1. Tandakan kedua-dua panjang kayu
600mm di tengah-tengah kayu iaitu
menjadi 30 mm setiap sisi.
2. Di tengah garisan kayu ukur sebanyak
2cm ke kanan dan 2cm ke kiri untuk
membuat parit tanggam seluas 2cm.
3. Tandakan kedalaman parit sebanyak 1cm.
4. Potong kedalaman parit yang telah
diukur dengan menggunakan gergaji
siku.
5. Gunakan ragum untuk membentuk dan
memahat parit.
6. Pastikan ukuran tersebut tepat agar

GAMBAR

ukuran parit tidak tersasar


7. Seterunya kikir parit sehingga rata

3.

-Cantumkan rangka tepi kayu dengan


menggunakan tanggam rencong biasa dengan
cara mencantumkan hujung kayu 300mm ke
hujung kayu 600mm dengan menggunakan
Pneumatic Staple.
-Kemudian kukuhkan cantuman dengan
menggunakan Pneumatic Nailer.

4.

-Bagi pembinaan kaki meja:


1. Ukur dan potong kayu secara menegak
sepanjang 25cm.
2. Ukur 2cm panjang di kedua hujung
kayu
3. Bina setengah bulatan di kedua belah
hujung kayu.
4. Tambahkan ukuran 3cm panjang dan
bina parit tanggam dengan keluasan
2cm dan 2cm dalam pada salah satu
hujung kayu.
-Pasangkan tanggam di tengah-tengah.

5.

-Pasangkan keempat-empat kaki meja ke rangka


meja dengan cara :
1. Tandakan sedikit lubang di
tengah-tengah separa bulatan.
2. Tembuskan skru ke lubang yang
telah ditandakan sehingga
menampakkan sedikit hujung
skru di sebelah bawah.
3. Laraskan kaki meja pada penjuru
meja dan terus tembuskan skru
pada rangka meja. Lakukan
perkara yang sama pada keempatempat kaki meja.
5. Pasangkan tanggam pada parit
yang telah dibina dengan
menggunakan kayu sepanjang
27mm.

6.

-Memasang permukaan meja :


1

Potongkan Plywood mengikut saiz

rangka meja.
Pasang Plywood tersebut pada rangka
meja dengan menggunakan Pneumatic

Staple.
Kikir setiap bahagian sisi plywood agar
selaras dan kemas dengan rangka meja.

7.

Periksa kekemasan keseluruhan meja lipat dan


perbaiki jika ada kecacatan seperti mengikir
pada permukaan yang tidak rata.

8.

Tampal setiap lubang dan kesan penyambungan


kayu dengan tepung penyumbat. Selepas
seminggu dibiarkan kering, Gosok setiap
permukaan atas dan bawah termasuk sisi celahcelah meja dengan finishing sander sehingga
semuanya rata dan licin.

9.

Syelek meja lipat yang telah siap sebanyak 2 kali


dengan berhati-hati agar ia kelihatan cantik dan
kemas.