Anda di halaman 1dari 3

EDU 3108 ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALISME 1

GURU
NOR SYAHIDAH BINTI ABDUL RAZAK
SOALAN 3
REFLEKSI INDIVIDU
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, akhirnya saya dapat menyelesaikan tugasan yang
diberikan dengan baik. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
pensyarah pembimbing saya, Encik Ridzwan di atas semua tunjur ajar, nasihat, bimbingan
mahupun teguran yang membina. Hasil teguran inilah, saya dapat menyiapkan tugasan ini
dengan lebih baik. Tidak dilupakan rakan-rakan seperjuangan yang banyak membantu dari segi
cerapan idea, susunan ayat mahupun kerahan tenaga serta wang ringgit. Saya juga ingin
mengucapka terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa saya yang banyak memberi
nasihat serta semangat. Saya sedar, tanpa kalian

semua tidak mungkin saya dapat

melengkapkan tugasan ini dengan jayanya.


Sejak pertama kali membaca soalan tugasan, saya seolah-olah mereflek diri saya
sendiri mengenai keberadaan saya berada di landasan profesion keguruan ini. Adakah saya
benar-benar bersedia untuk memegang jawatan penting dalam masyarakat ini? Adakah ini
landasan yang saya pilih dari awal? Adakah saya layak? Semuanya berteraburan dalam fikiran
saya. Namun begitu, sejak berfikir secara mendalam, saya mula menyedari bahawa saya
sememangnya memilih jalan ini sejak awal lagi. Kemungkinan, pada mulanya saya diracuni
dengan pandangan umum iaitu kehendak ibu bapa untuk menyambung pelajaran di salah satu
institut pendidikan guru yang terdapat di negara ini. Namun begitu, perjalanan saya masih jauh
demi memahami serta mendalami bidang perguruan ini di samping mencapai tahap tertinggi
dalam profesion ini iaitu guru pakar.
Berdasarkan beberapa sumber, saya mendapati beberapa langkah dalam menyiapkan
diri untuk mencapai peringkat guru pakar. Langkah yang pertama ialah seorang guru itu
perlulah berusaha untuk mengembangkan potensi yang ada dalam diri beliau. Potensi yang
diberi penekanan termasuklah dari aspek personaliti mahupun etika dalam bekerja.
Perkembangan potensi ini akan melibatkan pembentukan konsep kendiri guru tersebut yang
mana dapat

mempengaruhi cara seseorang guru itu bekerja. Kebiasaannya, guru yang

mempunyai konsep kendiri yang baik seperti yakin, bersikap terbuka, percaya dan mempunyai
nilai-nilai diri yang baik akan membantu guru tersebut melaksanakan tanggungjawabnya
dengan lebih berkesan. Hal ini seterusnya akan meningkatkan kualiti pengajaran seseorang
guru.

EDU 3108 ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALISME 2


GURU
NOR SYAHIDAH BINTI ABDUL RAZAK
Langkah yang seterusnya dalam usaha mencapai peringkat guru pakar ialah seseorang
guru seharusnya kerap membuat penyelidikan dan seterusnya menulis laporan hasil dapatan
kajian. Seorang guru yang beretika berupaya untuk mereflek dirinya serta sesi pengajarannya
sama ada berjaya mencapai objektif yang telah ditetapkan atau tidak. Malahan, kajian yang
dilakukan juga dapat membantu seseorang guru dalam mencari kelemahan serta masalah di
samping dapat membantu guru tersebut menyelesaikan masalah pembelajaran yang dihadapi
olehnya sepanjang proses pengajaran berlangsung. Sebagai contoh, masalah yang kerap kali
dihadapi oleh guru peringkat rendah adalah berkaitan penggunaan bahan bantu mengajar,
strategi serta kaedah mengajar, pengurusan masa dan juga pengurusan aktiviti berkumpulan.
Selain itu, melalui penyelidikan juga, guru dapt melakukan beberapa modifikasi serta
pengubahsuaian dalam pengajaran mereka. Kaedah-kaedah baru ini boleh diaplikasi bagu
meningkat pencapaian pembelajaran murid. Sebagai contoh, guru Matematik mencipta sebuah
lagu bagi memudahkan murid menghafal sifir. Dengan wujudnya kaedah lagu ini, murid dapat
meningkatkan kemahiran mereka selain dapat berhibur dengan muzik yang diperdengarkan.
Seterusnya, murid akan lebih bersemangat untuk hadir ke sekolah dan mencapai keputusan
yang cemerlang.
Langkah yang seterusnya adalah berkait rapat dengan kepekaan guru terhadap
perkembangan pendidikan serta teknologi canggih yang semakin membangun di zaman moden
ini. Sebagai seorang guru masa kini, kemudahan elektronik yang disediakan dari pihak sekolah
mahupun persendirian begitu mudah didapati. Hal ini menyebabkan guru perlu lebih tahu
mengenai perisian mahupun kaedah penggunaan alatan elektronik ini. Seorang guru prihatin
perlu melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran di samping lebih
peka terhadap perkembangan pendidikan terkini. Guru juga perlu sentiasa memperkembangkan
ilmu pengetahuan dari semasa ke semasa mengikut peredaran zaman yang semakin berubah.
Malahan, setiap guru juga perlu bersedia menerima sebarang perubahan dalam sistem
pendidikan. Hal ini supaya guru akan sentiasa meningkatkan pengetahuannya selari dengan
keperluan masa kini. Malahan, guru pakar juga seharusnya sentiasa komited dengan setiap
idea-idea baru dan besar yang sentiasa wujud dalam usaha meningkatkan profesion keguruan.
Komitmen guru dalam memahami serta menguasai setiap idea adalah penting supaya guru
berada di hadapan melebihi jangkauan anak-anak didiknya. Penguasaan dalam bidang
teknologi juga perlu dikuasai oleh semua guru. Malahan. Guru sewajarnya berada 2 tapak lebih
awal dalam isu teknologi canggih ini. Hal ini supaya kebolehan guru tidak diperkotak-katikkan
oleh anak-anak muridnya sendiri.

EDU 3108 ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALISME 3


GURU
NOR SYAHIDAH BINTI ABDUL RAZAK
Langkah yang terakhir bagi mencapai peringkat guru pakar ini adalah dengan
mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat. Sejak beberapa tahun ini, kerajaan Malaysia
menyedari bahawa kualiti guru semakin menurun dan hal ini mula dijadikan buah mulut dan
akhir sekali menjadi isu pendidikan yang paling hangat. Oleh itu, kerajaan mengambil langkah
untuk memberi peluang kepada guru di bawah umur 45 tahun untuk menyambung pelajaran.
Hal ini supaya kualiti pengajaran seseorang guru dapat ditingkatkan dan seterusnya dapat
membentuk generasi Y dengan lebih baik. Selain itu, melalui pembelajaran semasa
berkhidmat, guru dapat menambahkan pengetahuan secara berlipat ganda. Ilmu pengetahuan
yang pelbagai seterusnya akan membolehkan seseorang guru menyampaikan banyak
maklumat kepada pelajar. Secara tidak langsung, keadaan ini juga akan mewujudkan keyakinan
dan kebolehpercayaan pelajar terhadap seseorang guru. Selain itu, pengetahuan yang
diperolehi oleh guru seharusnya disampaikan kepada semua murid tanpa mengenal latar
belakang mahupun tahap keupayaan mereka. Seorang guru juga seharusnya memberi
sokongan dengan memudahkan tahap kemajuaan dan perkembangan murid tersebut. Hal ini
berkait rapat dengan modifikasi serta penemuan baru yang dibuat oleh guru melalui proses
pembelajaran guru itu sendiri. Sebagai contoh, guru Sains mencipta satu susunan perkataan
yang menarik bagi memudahkan murid mengingat nama-nama planet. Kaedah ini merupakan
salah satu usaha guru dalam membantu murid menguasai sesuatu pembelajaran.

Anda mungkin juga menyukai