Anda di halaman 1dari 5

PEMBANGUNAN PROFESIONALISME BERTERUSAN:

TUGASAN 2 AKTIVITI 2 (T2A2)


ULASAN CERAMAH TAJUK 2 : MOTIVASI PELAJAR

Berdasarkan ucapan yang telah disampaikan oleh Tuan Dato, beberapa perkara penting telah
dicacat sebagai panduan serta isi penting bagi menghuraikan keseluruhan ucapan. Pertama
sekali, beliau menerangkan mengenai faedah yang diperolehi oleh para guru yang menyertai
Program Pensiswazahan Guru manakala perkara kedua yang mencangkupi pengakhiran ucapan
adalah mengenai sumbangan yang boleh diberikan oleh para guru setelah mereka menyertai
Program Pensiswazahan Guru. Antara faedah yang boleh diperolehi oleh guru dalam Program
Pensiswahan Guru adalah kenaikan pangkat secara terus seperti yang tertera pada Pekeliling
Perkhidmatan Bilangan 40 Bilangan 2013 yang bertajuk Penggabungan Skim Perkhidmatan
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah dan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan
Diploma. Dokumen ini menyatakan bahawa guru-guru baru yang keluar dari IPGM atau
Universiti (sepenuh masa) yang memperolehi Ijazah akan dianggap sebagai lantikan baru dan
ditawarkan ke gred DG41. Manakala bagi guru-guru yang telah berada dalam sistem atau telah
dilantik oleh SPP dan melanjutkan pelajaran (PJJ/OUM) akan ditawarkan gred naik pangkat
DG42. Hal ini juga menyelaraskan sistem kadar bayaran gaji yang sama pada kedua-dua, Gred
DG41 dan DG42. Dokumen ini juga menegaskan penguatkuasaan bermula pada 1 Januari 2014.
Oleh itu, guru yang menyertai Program Pensiswazahan Guru tidak lagi perlu menunggu
mengikut time-based seperti sebelumnya. Pelaksaan kaedah ini perlu dipuji dan dihargai
memandangkan kerajaan mengambil inisiatif yang berkualiti dan berfaedah kepada semua guruguru yang berkhidmat di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia.
Selain itu, guru yang berada di bawah bumbung OUM juga terikat dengan keputusan
peperiksaan untuk lulus dengan jayanya dalam menggenggam segulung ijazah. Malahan, proses
pembelajaran yang berlangsung selama empat tahun hanya sekadar proses peningkatan kendiri.
Oleh itu, guru yang bernaung di bawah PPG ini sewajarnya mengambil peluang ini dengan
sebaik mungkin untuk menamatkan pelajaran dengan baik dan cemerlang. Guru juga perlu
menggunakan peluang ini sebaik mungkin untuk menuntut ilmu di samping meningkatkan

kompotensi diri sendiri. Hal ini kerana masih ramai guru di luar sana yang berasa selesa lantas
mengambil keputusan untuk tidak mengambung pelajaran di peringkat ijazah. Menurut peratusan
yang dibuat oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, terdapat lebih 12,000 guru yang masih tidak
mempunyai ijazah. Walaupun pelbagai usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk menarik
perhatian serta memujuk golongan ini, namun ianya tidak berjaya. Malahan, pada tahun 2013,
jumlah guru yang mendaftar untuk pendaftaran PPG tidak mencapai 80% daripada jumlah yang
sebenar. Hal ini jelas membukti guru tersebut tidak berminat untuk menyambung pengajian
secara serius walaupun telah diberikan peluang yang sangat baik. Namun begitu, pihak kerajaan
tetap mengambil kira sebarang kekangan yang dihadapi oleh guru-guru ini dan menerimanya
dengan baik. Tambahan pula, pihak kerajaan menawarkan DG 42 kepada golongan guru yang
berumur 50 tahun dan ke atas dengan syarat, mereka perlu menghadiri kursus mahupun kelas
selama enam bulan di institut pendidikan guru yang terpilih. Jelaslah di sini pihak kerajaan
sangat mengambil berat akan golongan pendidik yang mempunyai peranan yang sangat besar
dan penting dalam membentuk anak bangsa kelak.
Selain itu, faedah lain yang juga diperoleh oleh guru-guru yang menyertai PPG adalah
peningkatan pendapatan bulanan dan seterusnya dapat meningkatkan taraf hidup semua guru
setaraf dengan ekonomi semasa di negara ini. Hal ini dibuktikan dengan kenyataan yang
dilampirkan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 40 Bilangan 2013 yang bertajuk
Penggabungan Skim Perkhidmatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah dan Pegawai
Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma. Rajah 1 menunjukkan jadual gaji minimunmaksimum yang bakal diterima oleh guru sekiranya mereka menamatkan pengajian dalam PPG
dengan jayanya. Selain itu, laluan kerja bagi guru bersiswazah sangat menarik yang mana
merangkumi guru cemerlang, guru pakar, pengetua dan juga pengetua cemerlang yang mana
menawarkan imbuhan yang tinggi. Manakala, sekiranya disokong oleh kelayakan akademik
bertaraf ijazah, pendapatan bulanan seseorang guru tersebut boleh mencapai gaji maksimum
mengikut gred gaji masing-masing. Sebagai contoh, guru yang diiktiraf cemerlang mahupun
pakar akan memperolehi gaji yang lebih tinggi di samping bebanan kerja yang makin berkurang
disebabkan oleh keistimewaan yang diberikan. Tambahan pula, guru senior yang memperolehi
kenaikan gred gaji ke GD 42 turut merasai kelebihan walaupun mereka tidak menyambung
pelajaran. Namun dalam hal ini, segala jasa mereka dalam dunia pendidikan ini dipandang tinggi
oleh pihak kerajaan. Oleh itu, jelaslah di sini faedah yang diperolehi oleh seseorang guru dalam

PPG adalah sesuatu ganjaran yang berbaloi di samping dapat meningkatkan ilmu, pengetahuan
serta kemahiran dalam diri guru itu sendiri.

Rajah 1 : Jadual Gaji Minimum- Maksimum Guru yang Terbaru.

Namun begitu, guru juga perlu menitikberatkan sumbangan yang sewajarnya diberikan
kepada Kementerian Pelajaran Malaysia setelah mengikuti Program Pensiswazahan Guru.
Pertama sekali, sebagai guru terlatih, guru sewajarnya berkemampuan menjaga profesion
keguruan sebaik mungkin. Menurut Syed Ismail dan Ahmad (2012) dalam konteks keguruan,
guru yang profesional haruslah mempunyai tiga ciri kemahiran professional guru iaitu
mempunyai ilmu pengetahuan dan kemahiran yang tinggi dalam banyak aspek, bukan sahaja
mata pelajaran yang diajarnya. Selain itu, guru yang professional juga bertanggungjawab serta
mampu memberikan perkhidmatan yang bermutu tinggi di samping terlatih, mahir dalam tugastugas mengajar serta membimbing murid. Oleh itu, peningkatan profesion keguruan yang baik
berasaskan matlamat dan tujuan yang jelas akan menghasilkan kesan-kesan juga implikasi yang
positif dalam segenap aspek dan perkara yang berkaitan dengan profesion keguruan. Guru yang
mempunyai budaya profesionalisme yang tinggi akan dapat merealisasikan aspirasi negara. Guru
juga memainkan peranan dengan cemerlang dalam melahirkan modal-modal insan yang
cemerlang yang merupakan harapan negara yang bakal memacu kemajuan malah, memelihara

keharmonian dan keamanan negara. Malahan, guru yang mempunyai tahap profesional yang
tinggi akan dapat menghasilkan kemenjadian pelajar yang tinggi. Hal ini kerana guru tersebut
mempunyai telah dilengkapi dan disediakan dengan ciri-ciri professional seorang guru. Guru
yang profesional mempunyai akauntabiliti diri dan kerja yang tinggi. Selain itu, guru tersebut
mempunyai integriti dan etika guru yang baik. Hal ini kerana guru tersebut akan merancang dan
memastikan beliau dapat menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Beliau juga
akan memastikan beliau mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang tinggi dalam bidangnya
malahan dalam bidang lain jua. Hal ini dilihat sebagai satu syarat khas untuk menjadi guru yang
berjaya iaitu guru perlu tahu akan segala hal. Namun begitu, nilai sebagai guru masih dipelihara
dan diamalkan sebaik mungkin seperti menepati masa, penyayang dan juga tidak membezakan
pelajarnya.
Malahan, elemen kreativiti dan inovatif dalam proses pengajaran dan pembelajaran
seharian turut menjadi keutamaan mengikut kehendak hari ini yang bertumpukan kepada
perkembangan teknologi. Selain itu, perubahan peranan guru hari ini menuntut guru supaya
melengkapkan diri dengan ilmu- ilmu baru agar seiring dengan ledakan dunia pendidikan.
Namun begitu, pelbagai kaedah serta teori baru diperkenalkan dalam dunia pendidikan. Malahan,
melalui PPG, guru bakal mempelajari pelbagai kaedah pengajaran yang lebih moden dan terkini
yang menekankan pembelajaran interaktif. Hal ini kerana perkembangan teknologi dewasa ini
menuntut guru melengkapkan diri dengan mengemaskini ilmu pengetahuan dan kemahiran
mengajar dari semasa ke semasa. Sebagai contoh, guru perlu memastikan kemahiran mengguna
serta menyelenggara peralatan komputer dan alatan elektronik dikuasai dengan sepenuhnya bagi
memastikan proses pembelajaran dapat berjalan dengan lancar. Malahan, guru juga boleh
melaksanakan penyelidikan tindakan bagi menambah baik amalan pengajaran seharian. Hal ini
berikutan guru-guru ini sudahpun mempelajari kaedah penyediaan penyelidikan tindakan ini
semasa PPG. Oleh itu, tidak menjadi masalah untuk setiap guru melaksanakan penyelidikan
berdasarkan masalah yang dihadapi oleh murid. Malahan, inovasi serta kaedah baru yang
diperolehi mampu diketengahkan dan digunakan oleh guru-guru lain. Seterusnya, kaedah
pengajaran yang pelbagai dan menarik dapat digunakan secara meluas selain menyelesaikan
masalah yang dihadapi oleh murid yang berkeperluan.

Walaubagaimanapun, sumbangan guru tidak hanya terhad kepada komuniti dan


masyarakat dalam sekolah sahaja, tetapi guru juga mempunyai akauntabiliti terhadap masyarakat
sejagat. Hal ini kerana guru memainkan peranan yang penting sebagai agen perubahan
berperanan membawa perubahan dalam masyarakat. Menurut Syed Ismail dan Ahmad (2012),
sebagai agen perubahan guru perlu membawa ilmu pengetahuan dan mengajarkannya kepada
masyarakat. Guru yang berakauntabiliti terhadap masyarakat akan mengubah cara hidup
masyarakat dengan memberikan pelbagai ilmu pengetahuan yang boleh diadaptasi dan
diamalkan oleh masyarakat dalam kehidupan harian mereka. Guru juga seharusnya menunjukkan
nilai-nilai yang positif supaya dapat diterima dan dihormati bukan sahaja oleh murid malahan
oleh semua warga setempat. Sebagai contoh, guru yang mementingkan perihal keagamaan akan
memandang berat akan kebaikan solat berjemaah, lantas sering berkunjung ke surau berdekatan.
Hal ini secara tidak langsung akan mempengaruhi masyarakat setempat untuk turut serta dalam
solat berjemaah tersebut.

Anda mungkin juga menyukai