Anda di halaman 1dari 13

PENGUNAAN KAEDAH PEMBILANG BERWARNA DAN BONGKAH

NoPi DALAM MEMBANTU MURID SLOW LEARNER


MENGUASAI KEMAHIRAN MENAMBAH DENGAN
MENGUMPULSEMULA
Oleh:
Muhamad Nor Tarmizi Bin Mohd Sarif, Ahmad Bin Ibrahim
Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG Kampus Dato Razali Ismail
mizi1437@gmail.com, ahmad@ipgkdri.edu.my

ABSTRAK
Kemahiran penambahan melibatkan pengumpulan semula adalah topik yang sukar
dikuasai oleh murid-murid. Kajian tindakan ini bertujuan mengatasi masalah
murid Kelas Pendidikan Khas Integrasi dalam menyelesaikan soalan penambahan
melibatkan pengumpulan semula menggunakan kaedah Pembilang Berwarna dan
Bongkah NoPi. Seorang murid Kelas Pendidikan Khas Integrasi, Sekolah
Kebangsaan Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail dipilih sebagai
responden, berdasarkan kepada pemerhatian, markah ujian diagnostik dan analisis
dokumen. Data diperoleh melalui analisis markah ujian pra dan ujian pasca serta
analisis dokumen. Hasil analisis menunjukkan empat pola kesilapan yang sering
dilakukan dalam operasi penambahan melibatkan pengumpulan semula. Responden
telah menunjukkan peningkatan markah dalam ujian pasca sebanyak 70%. Hasil
dapatan ini menunjukkan penggunaan kaedah Pembilang Berwarna dan Bongkah
NoPi dapat mengatasi masalah murid Kelas Pendidikan Khas Integrasi dalam
menyelesaikan soalan penambahan melibatkan pengumpulan semula.
Kata kunci: Penambahan kumpul semula, kaedah Pembilang Berwarna dan
Bongkah NoPi.

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


Bermula pada 26 Januari 2014, pengkaji telah berpeluang menjalani Praktikum Fasa Ketiga di
Sekolah Kebangsaan Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail, 21030 Kuala
Terengganu, Terengganu. Pada praktikum fasa ini pengkaji telah diamanahkan untuk mengajar
mata pelajaran Matematik bagi murid-murid kelas Cerdas. Murid-murid kelas ini merupakan
murid daripada Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) sekolah ini. Murid didalam kelas ini
adalah seramai tujuh orang yang terdiri daripada enam orang murid lelaki dan seorang murid
perempuan. Kesemua murid kelas ini merupakan murid berkeperluan khas yang mempunyai
masalah lembam atau lebih dikenali dalam Bahasa Inggeris sebagai Slow Learner.
Pengkaji telah diminta untuk mengamambil alih tugas guru matematik kelas tersebut iaitu Puan
Siti Salbiah. Pengkaji diminta untuk mengajar kembali topik yang diajar oleh guru tersebut iaitu
topik Tambah Dalam Lingkungan 10 000. Hal ini kerana, guru tersebut ingin memastikan
murid-murid kelas tersebut benar-benar menguasai kemahiran menambah dengan baik.

Pengajaran pengkaji telah bermula pada hari selasa minggu kedua berpraktikum iaitu pengajaran
topik tambah dalam lingkungan 10 000 bagi tajuk menambah sebarang nombor dua nombor
hingga empat digit tanpa mengumpul semula. Hasil dapatan minggu ini pengkaji mengesan
semua murid kelas ini dapat menyelesaikan operasi tambah tanpa mengumpul semula dengan
baik. Manakala pada minggu ketiga pengkaji telah mengajar topik tambah dalam lingkungan 10
000 bagi tajuk menambah sebarang dua nombor hingga empat digit dengan mengumpul semula.
Semasa proses Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) dijalankan, murid-murid ini faham dan
mampu menyelesaikan proses penambahan ketika dipanggil untuk menjawab soalan di papan
putih. Hal ini menyebabkan pengkaji tidak sedar kelemahan yang dialami oleh segelintir muridmurid dalam kelas Cerdas
Namun begitu, di penghujung proses PdP pengkaji juga telah memberi latihan individu kepada
murid-murid untuk melihat sama ada semua murid kelas tersebut telah menguasai dan
memahami apa yang telah diajarkan atau sebaliknya. Setelah latihan selesai dijalankan, pengkaji
telah menandai kertas latihan dan mendapati terdapat seorang murid yang lemah dalam operasi
penambahan dengan mengumpul semula. Oleh yang demikian, pengkaji telah berjaya mengesan
dan sedar bahawa terdapat seorang murid yang masih belum memahami penambahan dua
nombor yang melibatkan empat digit dengan mengumpul semula. Keadaan ini telah
membuatkan pengkaji terpanggil untuk membantu murid-murid ini untuk memahami
penambahan dua nombor yang melibatkan empat digit dengan mengumpul semula.
Hasil semakan tugasan individu pengkaji dapati murid tersebut mengalami masalah penambahan
dengan mengumpul semula kerana mempunyai masalah dalam perpindahan nilai nombor yang
ditambah lebih daripada nilai sepuluh untuk dipindahkan nilai tersebut ke nilai rumah
seterusnya. Contonya, kedua digit dalam nilai rumah sa yang telah ditambah dan melebihi
sepuluh iaitu dua belas. Nilai sepuluh tersebut perlu dipindahkan nilainya ke nilai rumah puluh.
Proses inilah yang gagal difahami oleh murid tersebut. Kesalahan yang dilakukan oleh murid
tersebut adalah menambah kedua nilai digit tersebut dan terus menulis nilai tersebut ke nilai
tempat sa. Mereka akan menulis nombor dua belas di ruang jawapan nilai tempat sa bukannya
memindahkan nilai sepuluh ke nilai tempat puluh dan meninggal nilai dua di ruang jawapan nilai
tempat sa. Murid tersebut juga bermasalah dalam keupayaan untuk mengira pantas dan boleh
dikatakan tidak mampu untuk mencongak dan menjawab dengan pantas. Berikut merupakan
contoh kesilapan murid dalam kemahiran menambah iaitu kseilapan dalam mengumpul semula
dan kesilapan penambahan:

Pada masa yang sama penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM) juga tidak dapat memainkan
peranan yang baik untuk membantu mempertingkatkan kemahiran para murid. Pengkaji telah
menggunakan ABM tidak sesuai dengan tahap kebolehan para murid. Hal ini disebabkan oleh
anggapan pengkaji bahawa semua murid kelas tersebut telah pun mahir untuk malakukan
penambahan sama ada melibatkan pengumpulan semula atau pun tidak. Selain itu, ABM yang
digunakan juga tidak cukup untuk melibatkan keseluruhan murid. Oleh sebab itu, keadaan kelas
menjadi sedikit bising kerana semua murid berebut-rebut ingin menggunakan ABM yang
disediakan.
Selain daripada itu, pengkaji mendapati kemungkinan teknik atau pun kaedah pendekatan yang
digunakan juga tidak sesuai dengan tahap kebolehan para murid. Oleh yang demikian, murid
menjadi kurang beminat untuk menumpukan perhatian terhadap isi pelajaran yang sedang
disampaikan oleh pengkaji. Selain daripada itu, pengkaji juga mendapati sebilangan murid
kelihatan malu untuk aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kebanyakan murid akan
tunduk apabila pengkaji bertanyakan soalan dan sukar untuk menjawab soalan tersebut secara
sukarela. Hal ini kerana, mungkin disebabkan murid takut diketawakan rakan yang lain jika
mereka menjawab dengan salah dan juga murid tersebut mempunyai keyakinan diri yang lemah
kerana masalah yang dimiliki. Keadaan ini merupakan suatu tabiat yang tidak baik dan
seharusnya dibaiki dan dihapuskan dengan segera supaya proses pengajaran dan pembelajaran
menjadi lebih baik.
Antara tindakan lain yang dilakukan pengkaji ialah memeriksa semula buku latihan murid
kerana murid juga pernah belajar tajuk menambah sebarang dua nombor hingga empat digit
dengan mengumpul semula sebelum ini oleh guru yang diambil alih oleh pengkaji. Hal ini
kerana, pengkaji beraggapan usaha ini merupakan salah satu alternatif bagi memudahkan
pengkaji mengenal pasti punca sebenar kepada masalah yang timbul serta halangan-halangan
yang mungkin dihadapi murid. Pengkaji mendapati bilangan buku latihan bagi murid kelas
Cerdas untuk Matematik ialah sebanyak dua buah. Hasil semakan ke atas buku-buku murid yang
telah dikenalpasti menunjukkan latihan yang diberikan oleh guru tidak disiapkan sepenuhnya
oleh mereka. Salah seorang murid menyelesaikan latihan yang diberi, namun kelihatan seperti
tidak acuh menjawabnya seolah-olah tidak kisah sekiranya jalan pengiraan yang dibuat betul
atau sebaliknya. Murid tersebut juga akan bersikap tidak ambil cakna akan arahan guru supaya
membuat pembetulan bagi setiap kesalahan yang dilakukan.
Melihatkan situasi sebegini, pengkaji rasa bertanggungjawab untuk memperbaiki tahap
penguasaan murid untuk topik ini. Oleh yang demikian, bagi meningkatkan penguasaan muridmurid, pengkaji telah membuat banding-beza terhadap beberapa kaedah yang berlainan bagi
mencari kaedah yang paling sesuai dengan tahap kecerdasan murid-murid.
SOROTAN LITERATUR
Menurut Braten (1998), operasi tambah adalah konsep penting dalam Matematik. Hal ini kerana,
operasi tambah merupakan algoritma pertama yang dipelajari oleh kanak-kanak yang juga akan
menjadi asas kepada pembelajaran mereka pada masa akan datang. Pemahaman terhadap prinsip
komposisi tambah yang mana bahagian-bahagian kecil digabungkan membentuk keseluruhan
adalah teras konsep dalam kurikulum Matematik pada peringkat sekolah rendah (Resnick, 1989).
Oleh yang demikian, operasi tambah merupakan suatu operasi yang penting dalam kehidupan
seharian dan merupakan kemahiran yang amat penting dikuasai oleh murid.

Manakala menurut Noraini (2006), aktiviti Pdp yang diberikan oleh guru mestilah dapat
mencungkil dan meningkatkan minat serta bakat yang sedia ada murid ke peringkat yang
maksimum. Oleh yang demikian, guru haruslah memilih bahan pengajaran yang dapat
merangsang minat dan tumpuan murid terhadap proses pengajaran dan pembelajaran matematik.
Matematik bukanlah suatu mata pelajaran menghafal fakta tetapi mata pelajaran yang boleh
menguasai kemahiran berfikir, menyelesaikan masalah dan membuat kesimpulan atau
keputusan. Menurut Cathcart (2006), pula menyatakan kebanyakan guru permulaan percaya
bahawa murid secara tidak langsung akan mengingat fakta asas tambah jika mereka
memperolehi latih tubi yang mencukupi. Latih tubi merupakan perkara yang penting. Namun,
latih tubi yang banyak juga tidak membantu murid untuk mempelajari fakta asas tambah jika
pemahaman konsep dan kemahiran yang diperlukan tiada.
Salah satu kaedah untuk membantu murid bagi mempelajari fakta asas ialah dengan pendekatan
yang dicadangkan oleh Rathmell (1978). Pendekatan tersebut ialah dengan memahami konsep
operasi, menggunakan strategi pemikiran untuk memperolehi fakta asas dan menggunakan
penggabungjalinan aktiviti untuk latihan dan amalan kendiri. Selain itu, penggunan bahan
pengajaran dalam proses pengajaran matematik juga mampu membantu murid mempelajari dan
memahami fakta asas disamping dapat menarik minat murid dan memudahkan murid memahami
isi pelajaran yang disampaikan oleh guru. Contohnya, penggunaan bahan maujud dalam
pengajaran operasi penambahan memudahkan murid memahami dengan lebih mudah konsep
operasi tambah kerana murid dapat menyelesaikan sesuatu persoalan operasi tambah dengan
memindahkannya ke bentuk kiraan bahan maujud terlebih dahulu sebelum menggunakan
pengiraan mental.
Kajian lepas berkaitan dengan inivasi sedia ada bagi tajuk penambahan dengan mengumpul
semula adalah Kaedah Jari Dan Pelekat Berwarna oleh Asraf (2001). Kaedah jari merujuk
kepada kaedah digunakan untuk melakukan penambahan. Kaedah ini sebagai satu cara mengira
bagi menggantikan pembilang. Manakala pelekat berwarna digunakan semasa melakukan
penggiraan secara bentuk lazim. Pelekat berwarna digunakan untuk menandakan bahawa
pengiraan yang dilakukan dengan mengumpul semula.
TUJUAN KAJIAN
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk meningkatkan kemahiran murid Slow Learner Kelas
Pendidikan Khas Integrasi Sekolah Kebangsaan Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali
Ismail menambah dengan mengumpul semula dua nombor empat digit dalam lingkungan 10
000.
Objektif
Membantu murid Slow Learner Kelas Pendidikan Khas Integrasi Sekolah Kebangsaan Institut
Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail menguasai kemahiran menambah sebarang dua
hingga empat digit dengan mengumpul semula menggunakan kaedah Pembilang Berwarna dan
Bongkah NoPi.
Persoalan
Bagaimanakah penggunaan kaedah Pembialang Berwarna dan Bongkah NoPi dapat membantu
murid Slow Learner Kelas Pendidikan Khas Integrasi Sekolah Kebangsaan Institut Pendidikan

Guru Kampus Dato Razali Ismail menguasai kemahiran menambah sebrang dua hingga empat
digit dengan mengumpul semula?
METODOLOGI KAJIAN
Kajian tindakan ini melibatkan seorang murid pendidikan khas integrasi. Peserta kajian dipilih
berdasarkan kepada pencapaian dalam ujian diagnostik. Pengumpulan data menggunakan
instrument ujian, analisis dokumen, pemerhatian, temu bual dan soal selidik. Data kualitatif
dianalisis secara deskriptif mengikut peserta kajian.
Pengkaji telah menjalankan pemerhatian secara sepenuhnya dalam perlaksanaan kajian ini bagi
mengumpul data berkaitan kajian. Pengkaji menilai setiap perubahan tingkah laku peserta kajian.
Pemerhatian yang dijalankan oleh pengkaji dilaksanakan semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran berkaitan operasi tambah dengan mengumpul semula. Data yang diperoleh semasa
pemerhatian adalah untuk mengukuhkan lagi data yang diperoleh melalui alat kajian analisis
dokumen, ujian dan temubual. Salah satu bentuk instrument pemerhatian yang telah pengkaji
laksanakan ialah merekod gambar salah satu sesi pengajaran dan pembelajaran.
Pengkaji telah melakukan analisis terhadap beberapa dokumen bagi mendapatkan data-data
berkaitan kajian. Antara dokumen yang telah dianalisis adalah buku latihan, lembaran kerja,
kertas ujian diagnostik dan kertas ujian pra dan ujian pasca. Dokumen-dokumen ini dianalisi
pengkaji bagi mendapatkan data berkaitan kelemahan murid dalam topik operasi penambahan
dua nombor hingga empat digit dengan mengumpul semula. Justeru itu, dokumen-dokumen ini
sangat penting kepada pengkaji kerana dokumen-dokumen ini dapat membantu pengkaji untuk
menilai sejauh mana keberkesanan penggunaan kaedah Pembilang Berwarna dan Bongkah
NoPi dalam mengatasi masalah murid untuk menyelesaikan soalan operasi penambahan
melibatkan pengumpulan semula.
Tiga jenis ujian bertulis telah digunakan oleh pengkaji bagi mendapatkan maklumat berkaitan
kajian. Ujian bertulis tersebut ialah ujian diagnostik, ujian pra dan ujian pasca. Disamping
mendapatkan maklumat berkaitan kajian, pengkaji juga melaksanakan ujian-ujian ini bagi
mengenal pasti tahap penguasaan murid terhadap topik operasi penambahan yang dipelajari.
Ujian diagnostik dilaksanakan kepada semua murid kelas Cerdas PPKI iaitu seramai 7 orang
murid yang terdiri daripada 6 orang murid lelaki dan seorang murid perempuan. Tujuan utama
ujian diagnostik dilakukan adalah untuk menentukan dan memilih murid yang akan digunakan
sebagai responden kajian ini. Pengkaji telah menggunakan lembaran kerja yang diedar pada
akhir sesi pengajaran dan pembelajaran sebagai ujian diagnostik. Murid dipilih berdasarkan
markah ujian yang rendah dan cara murid menulis jawapan. Faktor kecuaian seperti tersalah
menulis jawapan tidak diambil kira. Ujian diagnostik dilaksanakan oleh pengkaji untuk
mengenal pasti kelemahan murid dalam topik yang diajar.
Ujian pra telah dijalankan sebelum sesi bimbingan ke atas responden kajian yang telah dikenal
pasti dalam ujian diagnostik iaitu seorang murid. Ujian pra mengandungi 10 soalan yang
disediakan oleh pengkaji sendiri. Soalan-soalan yang diberikan oleh pengkaji adalah berdasarkan
sumber yang diambil daripada buku teks Tahun 3 dalam topik operasi penambahan dua nombor
hingga empat digit dengan mengumpul semula.

Manakala setelah selesai menjalankan sesi bimbingan pengkaji seterusnya telah melaksanakan
ujian pasca. Bilangan soalan dan jenis soalan adalah sama seperti ujian pra iaitu 10 soalan dan
masa yang diperuntukkan adalah 30 minit. Pengkaji turut menjalankan ujian ditempat yang sama
semasa ujian pra iaitu didalam kelas Cerdas dan dijalankan pada waktu yang sama iaitu selepas
waktu rehat murid. Hal ini kerana, pengkaji ingin mengelakkan faktor-faktor seperti ini
mempengaruhi murid menjawab soalan ujian. Data yang diperoleh pengkaji hasil ujian pasca
dapat digunakan oleh pengkaji untuk menilai keberkesanan kaedah Pembilang Berwarna dan
Bongkah NoPi bagi membantu murid dalam topik operasi penambahan dua nombor hingga
empat digit dengan mengumpul semula.
Temu bual ialah proses mendapatkan data yang melibatkan melibatkan pengkaji bersemuka
dengan responden kajian dan mendengar dengan teliti respon-respon peserta kepada soalan yang
diajukan kepadanya. Terdapat tiga bentuk temu bual yang boleh digunakan iaitu temu bual
berstruktur, separa struktur atau temu bual tidak berstruktur. Pengkaji telah menggunakan temu
bual berstruktur dalam kajian ini. Temu bual berstruktur bermaksud pengkaji telah menyediakan
soalan sebelum proses temu bual dijalankan. Selain itu, sesi temu bual juga dijalankan oleh
pengkaji secara individu bagi responden kajian.
Temu bual telah dijalankan oleh pengkaji selepas ujian pra dan ujian pasca. Temu bual ini
dijalankan bertujuan untuk mendapatkan maklumat tambahan selepas sesi ujian pra dan ujian
pasca. Tambahan pula, data yang diperoleh dapat mengukuhkan lagi maklumat yang sedia ada
yang diperoleh daripada ujian pra dan pasca. Semasa proses temu bual pengkaji juga
menggalakkan responden kajian untuk berkongsi pengalaman beliau mengenai topik operasi
penambahan dua nombor hingga empat digit dengan mengumpul semula. Intipati temu bual
yang telah diadakan adalah berkaitan dengan cara dan langkah yang dilakukan oleh responden
kajian dalam proses memperoleh jawapan daripada soalan yang disediakan dalam ujian pra dan
ujian pasca.
Pengkaji telah menggunakan soal selidik dalam kajian ini kerana pengkaji mendapati
perlaksanaan mudah ditadbir dan data yang diperolehi mudah diproses untuk dianalisis. Pengkaji
telah memberikan borang soal selidik kepada responden kajian yang telah dipilih hasil
perlaksanaan ujian diagnostik. Item-item soal selidik boleh menggunakan beberapa jenis bentuk
ukuran. Antaranya ukuran dalam bentuk skala likert (1, 2, 3, 4, 5), skala perbezaan semantik
(susunan terbaik hingga buruk), skala rank (pemilihan mengikut susunan tinggi ke rendah) dan
Skala Gutman (ya / tidak). Manakala bagi kajian ini pengkaji telah menggunakan bentuk ukuran
jenis skala Gutman bagi menilai soal selidik yang telah dijalankan.

SPESIFIKASI INTERENSI
Kaedah Pembilang Berwarna dan Bongkah NoPi merupakan satu kaedah untuk membantu
murid-murid yang lemah dan tidak dapat menguasai kemahiran operasi penambahan sebarang
dua nombor hingga empat digit dengan mengumpul semula. Kaedah Pembilang Berwarna dan
Bongkah NoPi merupakan gabungan daripada penggunaan objek konkrit dan pemahaman
konsep abstrak. Berikut merupakan langkah-langkah dan cara untuk menggunakan kaedah
Pembilang Berwarna dan Bongkah NoPi

Langkah 1

Penerangan
Murid memindahkan soalan dalam bentuk ayat
matematik ke bentuk lazim.
Nombor ditulis pada bentuk lazim mengikut ruang
nilai tempat yang betul.
Setiap nilai tempat diwakili dengan warna yang
berbeza.
Nombor ditulis dari digit yang berada di nilai tempat
sa ke digit yang berada di nilai tempat ribu bagi
kedua-dua nombor yang ingin ditambah.

Langkah 2

Penerangan
Penambahan dimulakan dari nilai tempat sa.
Nombor pertama iaitu 5 ditambah dengan nombor
kedua iaitu 6.
Lima pembilang berwarna merah diambil bagi
nombor pertama dan tujuh pembilang berwarna ungu
diambil bagi nombor kedua.
Kedua-dua pembilang akan dijumlah.
Hasil tambah digit 5 dan 7 ialah 12.
Bongkah NoPi Nombor 12 diambil.

Langkah 3

Penerangan
Bongkah NoPi digunakan bagi menanda
berlakunya proses pengumpulan semula.
Bongkah NoPi nombor 12 akan diletakkan diruang
jawapan.
Bagi nombor 12 digit 2 akan berada diruang jawapan
nilai tempat sa.
Jawapan bagi nilai tempat sa ialah 2.

Langkah 4

Penerangan
Manakala digit 1 yang telah melebihi ruang nilai
tempat sa dan memasuki ruang jawapan nilai tempat
puluh akan dipisahkan.
Digit 1 perlu dipisahkan daripada nombor 12.
Digit 1 diletakkan diatas digit 4 di nilai tempat
puluh.

Langkah 5

Penerangan
Digit 1 akan ditambah dengan digit 4 yang berada
dinilai tempat puluh nombor pertama dan digit 8
yang berada dinilai tempat puluh nombor kedua.
Tiga jenis pembilang berwarna digunakan bagi
menambah ketiga-tiga digit iaitu satu pembilang
bewarna merah, empat pembilang bewarna ungu dan
lapan pembilang berwarna hijau.

Langkah 6

Penerangan
Hasil tambah digit 1, 4 dan 8 ialah 13.
Bongkah NoPi nombor 13 diambil dan diletakkan
diruang jawapan nilai tempat puluh.
Bagi nombor 13 digit 3 akan berada diruang jawapan
nilai tempat puluh.
Manakala digit 1 yang telah melebihi ruang nilai
tempat puluh dan memasuki ke ruang jawapan nilai
tempat ratus perlu dipisahkan.
Jawapan bagi nilai tempat puluh ialah 3.

Langkah 7

Penerangan
Digit 1 perlu dipisahkan daripada nombor 13.
Digit1 diletakkan diatas digit 2 di nilai tempat ratus.
Digit 1 akan ditambah dengan digit 2 yang berada
dinilai tempat ratus nombor pertama dan digit 5 yang
berada dinilai tempat ratus nombor kedua.

Langkah 8

Penerangan
Tiga jenis pembilang berwarna digunakan bagi
menambah ketiga-tiga angka iaitu satu pembilang
bewarna merah, dua pembilang bewarna ungu dan 5
pembilang berwarna hijau.
Hasil tambah digit 1, 2 dan 5 ialah 8.
Bongkah NoPi nombor 8 diambil dan diletakkan
diruang jawapan nilai tempat ratus.
Jawapan bagi nilai tempat ratus ialah 8.

Langkah 9

Penerangan
Bongkah NoPi tidak perlu dipisahkan kerana
nombor 8 berada di nilai tempat ratus dan tiada
angka yang melebihi ke nilai tempat seterusnya iaitu
nilai tempat ribu.
Jawapan bagi nilai tempat ratus ialah 8.

Langkah 10

Penerangan
Dua jenis pembilang berwarna digunakan bagi
menambah kedua-dua angka iaitu satu pembilang
bewarna merah dan tiga pembilang bewarna ungu.
Hasil tambah digit 1 dan 3 ialah 4.
Bongkah NoPi nombor 4 diambil dan diletakkan
diruang jawapan nilai tempat ribu.
Jawapan bagi nilai tempat ribu ialah 4.

Sesi 1
Pengenalan kepada penggunaa kaedah Pembilang dan menambah tanpa mengumpul semula.

i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.
vii.
viii.
ix.
x.
xi.

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran


Pengkaji menunjukkan soalan penambahan kepada murid. Contoh 4 + 5 = 9.
Pengkaji menunjukkan pengiraan menggunakan kaedah jari.
Pengkaji memilih nombor yang paling besar 5 dan disebut, 4 jari dikeluarkan.
Pengkaji mengira bermula dengan nombor yang disebut 6,7,8,9 sehingga kesemua
jari dikira.
Pengkaji menunjukkan penggiraan menggunakan kaedah pembilang berwarna
menggunakan soalan yang sama. Contoh: 4 + 5 = 9
Pengkaji memberikan responden dua set warna pembilang berlainan warna seperti
warna biru dan merah.
Pengkaji menunjukkan contoh menggunakan pembilang untuk menyelesaikan
soalan.
Pengkaji mengambil 4 pembilang berwarna biru dijadikan satu kumpulan dan
mengambil 5 pembilang merah dijadikan satu kumpulan.
Kedua-dua kumpulan pembilang disatukan dan dikira jumlahnya.
Pengkaji menggunakan nombor yang lebih besar nilainya untuk soalan yang
seterusnya.
Responden mesti menggunakan kedua-dua kaedah iaitu kaedah jari dan kaedah
pembilang untuk menanamkan pemahaman kepada mereka bahawa satu jari
bersamaan satu pembilang.

xii.

Pengkaji memberikan latih tubi kepada responden untuk meningkatkan kemahiran


responden dalam menyelesaikan soalan penambahan.

Sesi 2
Pengenalan kepada kaedah Pembilang Berwarna dan Bongkah NoPi
i.
ii.
iii.

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran


Pengkaji menunjukkan penambahan dengan mengumpul semula menggunakan
kaedah ini bagi menggantikan kaedah jari.
Responden diberikan soalan untuk mencuba kaedah yang dipelajari.
Latih tubi diberikan supaya responden lebih mahir dengan kaedah dipelajari.

Sesi 3
Menambah dengan mengumpul semula dua nombor dalam lingkungan 10 000.
i.
ii.

iii.

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran


Pengkaji mengarahkan responden untuk menjawab beberapa soalan di papan hitam
bagi menguji pemahaman mereka terhadap pembelajaran lalu.
Pengkaji menunjukkan penambahan melibatkan kumpul semula dengan
menggunakan kaedah pembilang berwarna dan Bongkah NoPi bagi dua nombor
dalam lingkungan 10 000.
Responden menyelesaikan soalan penambahan dengan mengumpul semula yang
disediakan oleh pengkaji menggunakan kaedah pembilang berwarna dan Bongkah
NoPi.
DAPATAN KAJIAN

Pengkaji telah melaksanakan tiga sesi ntervensi kepada peserta kajian dalam kajian ini. Pada sesi
pertama peserta kajian telah diajar melakukan penambahan menggunakan kaedah pembilang
berwarna menggantikan kaedah jari. Diawal sesi ini murid agak kekok menambah menggunakan
pembilang berwarna namun kaedah ini dapat membantu murid melakukan penambahan dengan
betul malah membantu peserta kajian memahami konsep tambah dengan jelas. Melalui proses
penambahan menggunakan pembilang berwarna murid tidak lagi melakukan pengiraan berulang
dalam proses penambahan.
Bagi sesi kedua peserta kajian diperkenalkan dengan kaedah pembilang berwarna dan bongkah
NoPi. Peserta kajian telah diperkenal dengan kaedah pembilang berwarna dalam sesi pertama
manakala bagi sesi kedua peserta kajian akan diperkenalkan dengan kaedah bongkah NoPi.
Bongkah NoPi digunakan apabila penambahan dengan mengumpul semula. Hasil penambahan
dengan mengumpul semula yang melebihi sepuluh dan perlu dikumpul semula perlu mengambil
bongkah NoPi. Bongkah akan diletakan diruang jawapan nombor yang ditambah. Manakala
angka dinilai tempat yang melebihi jawapan dinilai tempat seterusnya perlulah dipisahkan dan
ditambah dengan nombor yang ingin ditambah dalam proses setrusnya. Peserta kajian telah
memahami proses penambahan dengan mengumpul semula dengan jelas menggunakan bongkah
NoPi. Pesrta kajian tidak lagi melakukan kesalahan dengan meletakan hasil penambahan yang
perlu dikumpul semula dalam ruang jawapan nombor yang ditambah.

Seterusnya, dalam sesi ketiga peserta kajian akan melakukan aktiviti menambah dengan
mengumpul semula dua nombor dalam lingkungan 10 000. Melalui sesi ini kemahiran murid
menambah dengan mengumpul semula telah dapat ditambah baik kerana peserta kajian akan
menyelesaikan beberapa soalan penambahan melibatkan perbagai jumlah digit deua nombor
dalam lingkungan 10 000. Peserta kajian lebih mahir menggunakan kaedah yang diperkenal
pengkaji setelah menyelesaikan latih tubi soalan penambahan yang disediakan oleh pengkaji
bagi sesi ketiga proses intevensi. Peserta kajian tidak lagi melakukan kesilapan yang dilakukan
dalam ujian diagnostik ketika menyelesaikan ujian pasca yang disediakan pengkaji. Kesilapan
dalam penambahan dan pengumpulan telah dapat diatasi oleh pengkaji menggunakan kaedah ini.
Kaedah ini juga telah membantu peserta kajian memahami proses pengumpulan semula dalam
penambahan. Namun begitu, kaedah ini hanya terbatas kepada penambahan sebarang dua hingga
empat digit sahaja. Selain itu, pengaplikasian kaedah ini dalam teknologi maklumat dan
komunikasi akan menambah baik kaedah ini. Pengaplikasian kaedah ini juga dapat menjimatkan
kos penghasilan kit kaedah pembilang berwarna dan bongkah NoPi.

KESIMPULAN
Hasil kajian mendapati penggunaan kaedah Pembilang Berwarna dan Bongkah NoPi mampu
mengatasi masalah murid dalam menyelesaikan soalan penambahan dengan mengumpul semula.
Hal ini dapat dibuktikan melalui perbandingan skor markah responden yang diperoleh melalui
ujian pra dan ujian pasca. Secara keseluruhannya, pengkaji mendapati purata peningkatan
markah yang agak ketara iaitu sebanyak 70 peratus. Selepas ujian pra tahap pencapaian
responden berada pada tahap lemah iaitu 20% dan selapas ujian pasca tahap pencapaian
responden telah meningkat serta berada pada tahap cemerlang iaitu 90%.
Peningkatan pencapaian responden yang diperoleh daripada analisis ujian pra dan ujian pasca
telah membuktikan keberkesanan penggunaan kaedah Pembilang Berwarna dan Bongkah
NoPi dalam membantu meningkatkan kemahiran murid menambah sebarang dua nombor
hingga empat digit dengan mengumpul semula. Hasil permerhatian, pengkaji mendapati
responden berasa selesa untuk menggunakan pembilang berwarna dan bongkah NoPi dalam
menjawab soalan penambahan. Selain itu, responden memahami konsep abstrak dalam operasi
penambahan dengan baik dan mampu mengira dengan lebih pantas dan tepat. Kajian Sabri
Ahmad (2006), membuktikan penggunaan bahan maujud mampu membantu murid memahami
konsep abstrak dalam operasi tambah dan seterusnya menguasai fakta asas operasi tambah.
Selain itu, pengkaji juga telah menjalankan pemerhatian terhadap gerak kerja responden dalam
ujian pasca. Hasilnya, pengkaji mendapati gerak kerja responden juga menunjukkan perubahan
yang positif dalam ujian pasca berbanding ujian yang sebelumnya iaitu ujian pra. Semasa ujian
pra, kebanyakan gerak kerja responden tidak kemas dan tidak sistematik. Perkara ini juga
mungkin merupakan salah satu faktor berlakunya kesilapan dalam menyelesaikan soalan yang
diberikan. Gerak kerja responden dalam ujian pasca pula didapati lebih kemas dan sistematik.
Kesilapan-kesilapan yang dilakukan sebelum ini dalam ujian pra didapati tidak berulang lagi.
Walau bagaimanapun, masih terdapat satu soalan yang gagal diselesaikan dengan betul oleh
responden. Hal ini mungkin disebabkan oleh kecuaian responden dalam mengira atau
disebabkan oleh kelemahan kognitif yang dihadapi oleh responden selaku seorang murid
berkeperluan khas. Hal yang demikian, telah menyebabkan responden tidak mampu memberikan
jawapan yang betul. Namun, penggunaan kaedah Pembilang Berwarna dan Bongkah NoPi

telah jelas mampu meningkatkan kemahiran murid dalam menyelesaikan soalan penambahan
dengan mengumpul semula.
Penggunaan kaedah Pembilang Berwarna dan Bongkah NoPi merupakan satu langkah
alternatif yang dilakukan oleh pengkaji bagi membantu murid yang mempunyai masalah dalam
menyelesaikan soalan penambahan melibatkan pengumpulan semula. Hal ini kerana, pengkaji
mendapati tidak semua murid yang diajar mampu memahami teknik-teknik yang disyorkan
dalam sukatan atau buku teks terutamanya bagi kanak-kanak berkeperluan khas. Pendapat ini
juga disokong oleh Aniza (2012), yang telah menyatakan teknik-teknik yang disyorkan dalam
sukatan atau buku teks matematik bagi menyelesaikan soalan operasi penambahan memang
sukar difahami oleh murid-murid lemah terutama murid yang mempunyai keupayaan kognitif
lemah.

RUJUKAN
Ahmad Syukran Bin Mohamed (2012). Penggunaan ReAD METHOD Bagi Membantu Murid
Lemah Tahun 3 Menambah 3 Nombor 4 Digit Dengan Mengumpul Semula. Tesis Ijazah
Sarjana Muda Perguruan: Institut Pendidikan Guru kampus Dato Razali Ismail.
Aniza Binti Nordin (2012). Step-Ladder Addtion Sebagai Kaedah Alternatif Bagi Penambahan
Melibatkan Pengumpulan Semula Nombor Empat Digit. Tesis Ijazah Sarjana Muda
Perguruan: Institut Pendidikan Guru kampus Dato Razali Ismail.
Baharin Shamsudin (1992). Pengajaran dan Pembelajaran Matematik. Kuala Lumpur:
Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka.
Braten, I. (1998). Cognitive strategies in mathematics, Part I: On childrens strategies for
solving simple addition problems.
Cathcart, at.el (2006). Learning Mathematics in Elementary Anf Middle Schools. A LearnerCentred Approach (4th ed). New Jersey: Pearson Prentice Hall.
Chua Lay Ing (2005). Jari dan Kertas Warna untuk Membaiki Kemahiran Penambahan Secara
Kumpul Semula di Kalangan Murid Tahun 2 dalam Nombor Lingkungan 1000. Prosiding
Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005.
Jarolimek, John & Foster, Clifford D. (1989). Elementary school teaching; Lesson planning.
New York and London: Macmillan.
Kementerian Pelajaran Malaysia Dokumen (2012). Dokumen Standard Kurikulum Standard
Sekolah Rendah Matematik Tahun 3. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.
(Cetakan Pertama)
Khadijah Rohani. (2005). Perkembangan Kanak-kanak prasekolah. Kuala Lumpur: Pustaka Seri
Mewah.

Mok Soon Sang. (1986). Pengajaran dan Pembelajaran Matematik untuk Peringkat Sekolah
Rendah. Petaling Jaya: Longman Malaysia Sdn. Bhd.
Muhamad Asyraf Bin Muhamad Jamil (2011). Mengatasi Masalah Murid Dalam Menyelesaikan
Soalan Penambahan Melibatkan Pengumpulan Semula Menggunakan Kaedah Jari Dan
Pelekat Berwarna. Tesis Ijazah Sarjana Muda Perguruan: Institut Pendidikan Guru
kampus Dato Razali Ismail.
Nafaidilah Nasir. (2010). Kajian kes penggunaan e-book di sekolah di daerah Kuala
Terengganu. Tanjung Malim: Penerbitan Universiti Pendidikan Sultan Idris
Nana Menon dan Rohani Abdullah (2004). Panduan Kognitif Kanak-Kanak Prasekolah. Kuala
Lumpur: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Noraini Idris (2006). Pedagogi Dalam Pendidikan Matematik. Cheras: Utusan publications &
distributor sdn. bhd.
Rathmell E. C. (1978). Using Thinking Strategies to Teach Basic Fact. Yearbook of National
Council of Teachers of Mathematics. Reston, Va.: The Council.
Resnick, L. B. (1989). Developing mathematical knowledge. American Psychologist, 44, 162169.
Reys, at.el (2004). Helping Children Learn Mathemathics. (7th ed). United State of America:
Von Hoffman Corporation.
Rosinah Edinin (2012).Penyelidikan Tindakan Kaedah dan Penulisan. Kuala Lumpur: BS Print
(M) Sdn. Bhd.
Rosmawati Musa (2008). Pengesahan dan Penggunaan Ujian Matematik Tahun Empat Sekolah
Rendah: Analisis Rasch. Tesis Ijazah Doktor Falsafah: Universiti Sains Malaysia.
Siegler, R. S., & Campbell, J. (1989). Individual differences in childrens strategy choices. In P.
L. Ackerman, R. Sternberg, J & R. Glaser (Eds.), Learning and individual differences:
Advances in theory and research. New York: W. H. Freeman and Company.
Sufean Hussin (1992). Pengajaran Matematik KBSR. Kuala Lumpur: Percetakan Watan Sdn.
Bhd.

Anda mungkin juga menyukai