Anda di halaman 1dari 7

Soalan 1

Mengumpul maklumat tentang perisian notasi dan menulis laporan kritis


berkaitan dengan perisian notasi sebgai alat bantu mengajar.
Pengenalan Perisian Notasi
Penggunaan komputer dalam pendidikan muzik sekarang adalah seiring dengan
kepesatan penggunaan computer dalam pelbagai bidang pendidikan umum masa kini.
Terdapat banyak cara computer boleh membantu guru dan para pelajar dalam
pendidikan muzik . tiga peranan utama yang boleh dimainkan oleh computer dalam
pendidikan muzik ialah computer sebagai guru,komputer sebagai alat dalam aktiviti
pembelajaran dan pengajaran serta computer sebagai alat yang diajar.
Penggunaan komputer dalam pendidikan muzik adalah sangat luas. Perisian
pembelajaran muzik sseperti perisisan notasi, perisisan sekuenser, perisisan iringan
dengan kibod MIDI memberi banyak manfaat kepada pendidik muzik dan pelajar.
Dengan menggunakan perisian perisian ini, pelajar dapat melibatkan dirri secara aktif
dalam mencipta , menggubah, mendengar dan menganalisis muzik.
Terdapat banyak perisian komputer yang telah dicipta khusus untuk penggunaan
dalam pendidikan muzik. Perisian notasi ini terdiri daripada peringkat yang mudah dan
senang sehinggalah ke peringkat yang sangat canggih. Perisian baru yang canggih ini
berupaya menggubah skor dengan kesan bunyi yang hampir serupa seperti alat muzik
asal. Semua perisian ini mempunyai objektif yang sam , iaitu membuat cetakan kepada
muzik yang telah ditulis.
Terdapat berbagai jenis perisisan muzik dalam pasaran. Ada yang dibeli da nada
yang boleh didapati secara percuma melalui muat turun fail dari internet. Setiap
perisisan mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Namun kekurangan
atau kelemahan diperbaiki setiap kali versi baharu dikeluarkan.
Antara perisian yang popular di Malaysia ialah Encore, Sibelius , Finale dan
sebagainya. Perisian Finale merupakan salah satu perisian notasi yang terdapat dan
sering digunakan pada masa kini . Perisian ini dikeluarkan oleh Syarikat Coda Music
1

Software pada tahun 1989 untuk digunakan ke atas system operasi Apple Macintosh.
Finale telah berkembang dengan pesatnya dalam beberapa versi seperti finale 3.0,
Finale 97,Finale Allegro dan sehinggalah sekarang ini iaitu Finale 2011.
Kesemua versi ini boleh digunakan melalui system operasi Window dan
Mcintosh. Terdapat beberapa kelebihan Finale berbanding dengan beberapa versi
perisian yang lain, antaranya ialah Finale boleh mengendalikan fail yang dibuat dengan
perisisan lain seperti encore , Sibilius dan Vision serta beberapa perisian lain. Finale
menyokong grafik muzik yang awal dan tradisional. Finale juga boleh menukar fail MIDI
ke dalam bentuk notasi.
Perisian Notasi Sebagai Alat Bantu Mengajar
Kebanyakkan perisian muzik memudahkan pemuzik untuk mencipta lagu , menggubah
lagu seterusnya merakam lagu. Antara fungsi yang biala dalam perisian notasi ialah
menulis melalui mouse,kibod computer ataupun kibod biasa, mengaplikasi track dengan
alat muzik, menukar tempo atau nada, memainkan keseluruhan track atau sebahagian
sahaja mengikut keperluan , menyimpan dalam format perisian atau format MIDI ,
mencetak skor dan membuat skor individu.
Perisian notasi ini digunakan untuk menghasilkan notasi lagu mudah. Ia dapat
memainkan semula dengan menggunakan peralatan muzik, lagu yang dihasilkan oleh
mereka. Kemahiran membaca notasi secara sight-reading dengan cekap dapat dibina
dengan menggunakan perisian ini. Selain daripada itu pelajar dan mengenal chord, jeda
dan arpeggio dalam baluk dan mengenal pasti skel yang tertera di paparan monitor
ataupun skrin.
Selain itu, pengetahuan di bidang teknologi juga penting supaya seseorang
boleh menggunakan peralatan yang sesuai untuk menghasilkan muzik yang diciptanya.
Sebagai contoh, seorang guru ingin menggubah sebuah skor bagi mengajar nyanyian
koir. Guru tersebut tentulah berpengetahuan dalam bidang muzik serta tahu bagaimana
untuk menggubah suara-suara soprano, alto, tenor dan bass. Beliau memerlukan
komputer yang dilengkapi sofwer notasi untuk menghasilkan gubahan skor, manakala

bagi muzik iringan pula beliau boleh menggunakan sofwer

sequencing

untuk

menghasilkan iringan orkestra.


Melaui penggunaan

komputer, guru tersebut boleh mendengar semula hasil

gubahannya dan menambah baik mana-mana bahagian suara atau muzik yang telah
dihasilkan. Dengan cara ini guru tersebut boleh mengajar koir berdasarkan skor notasi
dan muzik iringannya sendiri dengan lebih efisien. Tanpa pengetahuan dalam keduadua bidang muzik dan teknologi tersebut maka tujuan untuk menghasilkan muzik yang
bermutu adalah mustahil untuk dicapai.
Pengetahuan guru dalam teknologi muzik telah mengubah cara bekerja
komposer dan guru muzik dalam proses mengedit, mengubahsuai, mengimprovisasi
serta menambah baik bahan muzik yang dihasilkan. Semakin tinggi pengetahuan
seseorang dalam menggunakan teknologi muzik maka semakin canggihlah bahan
muzik yang dihasilkannya. Semuanya bergantung kepada sikap pengguna teknologi itu
sendiri.
Melalui kebanyakkan perisian notasi , pelajar juga bebas mencuba dan
menggubah unsur muzik seperti melodi ,ritma,harmoni, warna ton dan dinamik sesuatu
karya muzik . ini akan membolehkan pelajar mendalami serta melakukan sesuatu
seperti mencuba mamainkan semula skor muzik yang telah digubah.
Selain itu terdapat banyak cara yang boleh digunakan oleh guru dalam
pengajarannya menggunakan komputer. Dengan menggunakan perisian notasi seperti
Finale , guru boleh membina latihan teori dan komposisi dengan mudah. Latihan untuk
pola irama , pic dan melodi boleh dirancang untuk kelas-kelas tertentu. Pendek kata,
penggunaan perisian notasi boleh menjimatkan masa dan tenaga guru dalam kelas
pendidikan muzik.
Secara keseluruhannya , penggunaan perisian notasi telah terbukti berkesan
membantu pelajar dalam pendidikan muzik khususnya di negara-negara barat. Perkara
ini juga telah mula berkembang dalam pendidikan muzik di Malaysia khususnya di
Pusat Pusat Pengajian Tinggi. Tidak mustahil pada suatu hari nanti pembelajaran
muzik akan menjadi lebih mudah dan berkesan dengan bantuan komputer.
3

Soalan 2
Mengumpul maklumat tentang rakaman audio dan menghasilkan laporan kritis
mengenai rakaman audio berbantukan komputer dan perisian muzik sebagai alat
bantu mengajar,
Pengenalan tentang rakaman audio.
Audio merupakan salah satu media yang boleh digunakan dalam proses pengajaran
dan pembelajaran. Pada peringkat awalnya ia sering digunakan dalam bidang bahasa
terutama bagi mengajar seseorang cara sebuutan yang betul dan sebagainya.
Kebanyakan media berunsurkan audio pula adalah berasaskan teknologi analog seperti
pita dan sebagainya. Kini audio boleh digunakan dalam apa juga bidang ilmu dan
dengan kecanggihan teknologi moden. Kini audio semakin penting sebagai satu elemen
dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas.
Bahan audio boleh dihasilkan melalui rakaman yang mudah yang tersedia ada
pada kaset audio. Mikrofon yang berasingan (external microphone) pengadun audio
(audio mixer) boleh digunakan untuk mengadun suara dengan muzik latar atau kesan
bunyi. Dalam perkembangan teknologi sekarang, rakaman audio boleh dibuat secara
digital melalui pekakasan komputer serta mengikut perisian penyuntingan audio yang
tertentu daripada yang mudah kepada yang lebih canggih.
Perisian yang sedia ada pada sistem operasi windows seperti audio recorder
atau audacity iaitu perisisan daripada internet yang boleh dimuat turun secara percuma,
mampu membuat rakaman audio yang mudah. Untuk menyunting bahan audio, anda
boleh menggunakan perisian komersial seperti Sound Forge, Ulead Media Studio,
Sonar 8 dan pelbagai lagi. Perisian-perisian ini mampu mengadun dan menyunting
audio dengan lebih canggih melalui bilangan trek audio yang banyak serta
menghasilkan audio dalam pelbagai format fail.
Sesetengah perisian muzik dibuat khusus untuk tujuan rakaman. Sebelum
dirakam, biasanya pengguna akan membuat suntingan ke atas track-track tertentu.

Sesetengah perisian pula boleh menyatukan fail midi dengan fail format lain misalnya
format Waveform Audio File atau lebih dikenali dengan format wave.
Perisian perisian ini biasanya ddilengkapi dengan sound engine. Di dalamnya
terdapat beribu-ribu bunyi yang hampir menyamai bunyi alat muzik sebenar, malahan
sesetengahnya mempunyai koleksi bunyi daripada alat world music yang biasanya tidak
terdapat dalam MIDI. Bunyi daripada track MIDI boleh dimainkan dengan menggunakan
bank bunyi ini dan akhirnya bunyi yang dihasilkan adalah lebih hidup . kesan bunyi ini
hampir menyamai bunyi yang dimainkan oleh manusia menggunakan alat muzik
sebenar yang dibuat oleh studio muzik.
Menggunakan perisian rakaman , kerja-kerja menukar track daripada MIDI
kepada track format wave , dengan ini kesan bunyi boleh dilakaukan tanpa batasan.
Walaubagaimanapun pengguna perlu membuat perancangan rapi setiap langkah
program kerana perisian seperti ini memerlukan computer yang canggih dan berkuasa
agak tinggi.
Selain daripada itu, kerja rakaman mengguanakan perisian ini lebih mudah
kerana sebarang kesilapan atau kecatatan semasa rakaman boleh dipadamkan dan
digantikan dengan rakaman semula pada bahagian itu sahaja tanpa menganggu
bahagian ayang tidak berkenaan , tambahan pula fungsi copy dan paste menjimatkan
masa rakaman.
Penggunaan Audio Dalam Bidang Pendidikan

Terdapat pelbagai cara bagaimana audio boleh digunakan dalam bidang pendidikan.
Antaranya ialah untuk mempersembahkan idea atau maklumat kepada pelajar yang
tidak suka atau tidak tahui membaca , menyediakan peluang pelajar berehat sementara
dari membaca, memanfaatkan masa pelajar dengan sebaiknya kerana membolehkan
mereka melaksanakan pelbagai tugas atau aktiviti secara serentak.
Selain itu, penggunaan bahan audio juga memudahkan proses menyampaikan
maklumat apabila penggunaan bahan bercetak mungkin sukar menyampaikan apa
5

yang dikehendaki dan memberi lebih kesan semulajadi atau sentuhan kemanusiaan
dalam proses pembelajaran melalui kesan bunyi khas yang telah dirakamkan.
Untuk mendapat dan megekalkan perhatian pelajar dan menyediakan elemen motivasi
kepada pelajarn seperti penggunaan lagu.
Terdapat beberapa kebaikan penyampaian bahan pengajaran menerusi
penggunaan bahan audio. Antaranya ialah, sesuai digunakan bagi pelajar yang kurang
mahir membaca. Selain itu juga ,bahan berbentuk audio dapat disusun dan disunting
melalui proses penyuntingan. Guru juga mudah untu k mengendalikan bahan kerana
Peralatan yang diperlukan adalah kecil dan mudah alih.
Melalui rakaman audio, bunyi yang asli dapat dirakamkan bagi menunjukkan
sesuatu situasi. Ianya juga mudah dipadam dan digunakan semula. Ini secara langsung
dapat menjimatkan masa yang fleksibel di mana penyampaian dapat disampaikan
mengikut kadar masa tertentu . Rakaman audio dijalankan secara berulang-ulang bagi
meningkatkan kefahaman pelajar.
Kesimpulannya, sebagai seorang pendidik muzik, haruslah berani menggunakan
peralatan teknologi maklumat seperti perisian notasi dan juga perisian rakaman audio
untuk memudahkan dan membantu proses pembelajaran dan pengajaran. Ini kerana
teknolgi yang dicipta ini terbukti memberi banyak manfaat dan kebaikkan kepada
pendidik muzik di sekolah. Kesediaan guru untuk mendalami ilmu tentang perisian
peirsian ini haruslah diberi galakan dan sokongan oleh pihak sekolah. Ini secara tidak
langsung akan menjadikan system pendidikan di negara kita setaraf dengan negaranegara maju yang lain.

RUJUKAN

IPGM ( 2013) Modul Teknologi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran, Jabatan


Teknologi Pendidikan , IPG Kampus Ipoh.
Mohd Azam Sulong,Mastor hj Jarkaseh. ( 2001) Asas Pendidikan Muzik III. Produks
Tabuh Emas. Sabak Bernam
Mohd Hassan. ( 2000) Peranan Komputer Dalam Pendidikan Muzik. Penerbitan Fakulti
Sains Sosial Dan Kesenian UPSI, Tanjung Malim

Anda mungkin juga menyukai