Anda di halaman 1dari 14

PEMBANGUNAN SAHSIAH

KKD 2063

TUGASAN 2
REFLEKSI DIRI DALAM PEMBANGUNAN SAHSIAH
(Kisah Benar Sinar Harapan Seorang Gadis)

DISEDIAKAN OLEH :

NAMA : T. Kasthuri Bai A/P Thanggarajah.


NO MATRIK :

D20111049818

KUMPULAN :

EL A04

PENSYARAH :
EN. CHE ANUAR BIN CHE ABDULLAH

PROGRAM PENDIDIKAN JARAK JAUH


UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

Isi Kandungan
Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Epilog

Prolog
Kata Alfred Adler desakan hidup yang dihadapi seseorang menjadi tunggak kepada
perkembangan personaliti individu itu sendiri.Di samping itu,konsep kendiri kreatif turut
memainkan peranan besar dalam individu berasaskan kepada proses pembelajaran
(rangsangan, tindakbalas) yang dilalui sepanjang kehidupannya dalam masa lalu.Apa saja
keputusan yang dibuat ,tanggungjawab adalah disandarkan kepada individu itu sendiri .
Penilaian baik dan buruk sesuatu perkara itu adalah terpulang kepada pengamatan individu
itu sendiri dan manusia bukanlah hamba kepada nasib .Seterusnya Alfred turut
berpendapat bahawa alam sedar (self conciousness) menjadi pusat personaliti manusia.
Oleh sebab itu, manusia mempunyai keupayaan mengawal dan mengarah dirinya menurut
kekendak dirinya
www.scribd.com /teori Psikologi Individu Alfred Adler
Berikut adalah sorotan teori Psikologi Individu oleh ahli Psikolgi Alfred Adler yang dikait
rapat dengan kisah benar hidup saya.Secara ringkas perasaan inferioriti yang wujud di diri
saya sejak kecil telah sebenarnya menjadi pendorong utama bagi saya menggapai kejayaan
yang dinikmati pada hari ini di samping keluarga bahagia dan masyarakat yang
menghormati saya sebagai seorang guru B.Inggeris yang berpengalaman..

Sinar Harapan Seorang


Gadis
BAB 1

Wajahnya suram, walaupun usianya baru sembilan tahun,ternampak di airmuka


Mala beban yang dipikulnya itu tidak setimpal dengan usianya! Rakan sekelas sudah lama
beredar menuju ke kantin namun gadis kenit ini masih berlengah-lengah di tempatnya
seolah-olah enggan mengikuti rakan-rakannya! Apa agaknya yang mengganggu anak
gadis ini sehinggakan kehadiranku tidak disedari? Bukankah Mala seorang murid yang
baik,aktif dan pandai ? Tunggu dulu, mungkin aku tidak perasaan, macam mana dengan
markah peperiksaan pertengahan tahunnya ! Aku pun bergegas membuka dan membelekbelek mukasurat buku rekodku untuk menyemak markah Mala.Memang betul jangkaan
ku,markah Mala telah jatuh merundum , Matematik, matapelajaran yang paling digemari
oleh anak kecil ini juga mengalami nasib yang sama! Persoalannya, apakah beban yang
begitu berat sehinggakan mengganggu pembelajaran si kecil ini?
Melihat kesedihan anak ini mengembalikan kenangan lamaku.Hendakku
menghampirinya , menanyakan apa kemushkilannya,hendakku meringankan kepiluan di
hati kecil itu ,hendakku nyatakan padanya jangan menyendiri kerana ada lagi insan yang
pernah melalui keperitan hidup seumpama ini.Hendakku meyakinkannya masa-masa
seperti ini perlu dilalui dengan tabah. Hanya tekad dan kesabaranlah menjadi inti pati
kejayaan yang akan dikecapi jika kita berjaya melepasi diri dari lembah kesengsaraan.

BAB 2

Terbayang di kepalaku wajah seorang lagi anak muda yang sering menyendiri
kerana merasakan kehadirannya tidak diingini oleh kedua-dua orang tuanya. Sering kali
terasa apakah dosaku sehinggakan tiada tempat mengadu nasib,

Engkaupun aku

lahirkan kerana aku tidak mahu digelar mandul dan pabila aku tua nanti siapa nak

jagaku? Itulah ungkapan yang seringku dengar apabila aku menanya ibuku kenapa aku
dilahirkan sebatang kara ! Namun aku tidak menyalahkan ibuku kerana aku sajalah yang
menjadi tempat ibu mencurahkan duka lara di hatinya! Setiap hari ibu tertekan kerana
perlu mencari nafkah hidup untuk menyara hidup kami anak beranak.Di manakan ibu
pergi untuk bekerja sedangkan, pendidikan yang diperolehinya tak setinggi mana!
Kehidupan yang tidak menentu sebeginilah perlu dilalui ibu saban hari kerana ditakdir
memiliki teman hidup yang tidak bertanggungjawab.
Masa-masa aku terpaksa melalui detik-detik yang mencemaskan masih lagi segar
di ingatanku.Aku terpaksa menyorok di belakang rumah atau di sudut dapur kerana takut
akan ayah yang pulang ke rumah menghayun bungkusan beberapa botol.Aku dah lama
biasa dengan adap ayah yang akan menghabiskan isi kesemua botol itu dan kemudiannya
mencari pasal dengan ibu.Sering kali ibulah yang akan menjadi mangsa ayah.Aku tidak
faham apa punca kemarahan ayahku tetapi ibuku akan menerima segala habuannya. Boleh
dikatakan setiap malam senario yang sedemikian akan berlanjutan sehingga subur.Setelah
ribut reda aku akan menghendap masuk ke bilikku dan entah bila tetapi akhirnya tertidur
juga.Keesokannya apabila aku dikejut oleh ibu,kesan lebam di muka dan di tangan ibu
menjadi saksi kepada episod yang berlaku semalam! Apabila aku keluar rumah untuk
pergi ke sekolah , aku terpaksa tunduk kerana tidak tahan menanggung perasaan malu
diperhati jiran bersebelahan. Walaupun ada di antara mereka melemparkan kata-kata yang
menyinggung perasaan namun ada juga di antara mereka yang bersimpati
denganku.Apapun kata-kata mereka ,aku tak dapat meredakan gelombang kesengsaraan
yang meribut di hatiku. Banyak kali aku merintih. Ya Tuhanku! Kenapakah aku
terpaksa mengharungi keperitan hidup yang begini, apa dosaku..!

BAB 3

Aku teringat pada suatu ketika apabila ibuku terpaksa meninggalkan aku di rumah
seorang rakan sekelas kerana sudah 3 bulan ayahku menghilangkan diri. Ibu telah
mendapat khabar ayah berada di Grik dan ibu pergi dengan harapan mendapatkan sedikit
duit sara dari ayah.Perasaan gembira berbaur sedih silih berganti di hatiku. Hendakku

berpisah dengan ibu ,agak rindu tetapi bila terkenang duduk serumah dengan rakan
sekelas seolah-olah dapat adik beradik baru pula.Bukankah itu yang ku ingini selama ini!
Aku tinggal selama 2 minggu di rumah rakanku,selama aku di rumah rakanku aku dilayan
dengan penuh kasih sayang oleh kedua-dua ibubapa rakanku. Terkilan juga aku apabila
melihat bagaimana kedua-dua ibubapa itu mencurahkan kasih sayang pada anak-anak
mereka.Bertuah sungguh kerana mendapat ibubapa yang sebegini .Segala urusan makan
minum di rumah diurus oleh makcik Piah dengan penuh kasih sayang ,anak-anaknya
dijaga dengan begitu rapi. Setiap hari kepulangan Pakcik Man pula di tunggu oleh anakanaknya dengan penuh harapan kerana setiap kali sudah pastinya ada manisan yang
dibawa pulang untuk anak-anaknya. Itulah kali pertamaku melihat betapa rapat dan mesra
perhubungan antara ahli-ahli dalam sebuah keluarga! Aku rasa sungguh sedih kerana aku
tidak pernah mengecapi kasih-sayang yang sebegitu dari kedua-dua orang tuaku.Teringin
sangat aku untuk memiliki sebuah keluarga yang sebegitu. Sungguh bertuah, anak-anak
yang memiliki ibubapa yang bertanggungjawab, boleh menyediakan segala kemudahan
asas dan yang paling penting selalu menunjukkan kasih-sayang yang tak berbelah bagi
kepada anak-anak mereka .
BAB 4

Ibuku pulang selepas dua minggu . Wajahnya yang tidak bermaya serta dirinya
yang tidak terurus dengan sendirinya menceritakan perihal perjalanannya namun ibu
berpura-pura dengan Makcik Piah dan Pakcik Man. Walaupun aku gembira dapat bertemu
ibu kembali, hatiku terasa berat kerana meninggalkan keluarga Makcik Piah. Sepanjang
aku di rumah rakanku,aku berasa sungguh selamat dan bahagia dan kini aku terpaksa
pulang semula ke kehidupan yang dipenuhi cabaran. Makcik Piah memelukku dan
menjemput aku ke rumahnya jika ibu terpaksa pergi lagi.Aku pun melangkah keluar dari
rumah itu dengan hati yang sungguh berat,air mataku berlinangan membasahi pipi kerana
rumah itu seolah syurga bagiku,seorang anak yang tidak pernah mengenal kasih sayang
selama ini.
Sewaktu aku di rumah rakanku,Makcik Piah banyak menasihatiku.Beliau
bersimpati dengan keadaanku dan sedar diriku ini perlukan banyak petunjuk. Makcik
mau nak ,dengar nasihat makcik ni yaMakcik tahu nak, susah hati, tetapi percayalah

dengan kata-kata makcik ini. Sebagai manusia kita harus sentiasa sabar menghadapi
dugaan hidup. Ujarnya lagi Yang mendung pasti berlalu,tambahan lagi nak,ibumu tu dah
banyak menanggung penderitaan, kau harus tekun belajar nak, kerana kecemerlangan
dalam pelajaran sahaja dapat menebus kembali maruah kau dan ibu.Sayu hatiku
mendengar pesanan makcik Piah tu,aku sedar akan kebenaran kata-kata beliau dan
bertekad untuk belajar bersungguh-sungguh .Detik itulah menjadi titik perubahan dalam
hidupku dan aku berazam untuk menerangi kegelapan di hidupku dan ibuku melalui
pelajaranku.
BAB 5

Sekembalinya ke rumahku,ibu memberitahuku yang ayahku tidak dapat membantu


kami kerana beliau kehilangan kerja dan kini berada di rumah anak saudaranya.Walaupun
terlintas di kepala otakku kenapa ayah perlu tinggal di rumah anak saudaranya namun aku
tidak menyoal ibuku yang tiba-tiba sahaja nampak tua dan penat.Tidak sampai hatiku
untuk menyusahkan ibu lagi. Hakikatnya baruku tahu selepas ayahku meninggal
beberapa tahun kemudian,iaitu ayahku mempunyai keluarga yang kedua di Pulau
Pinang.Sungguh terkejut aku apabila mengetahui hakikatnya.Keesokan harinya ibu keluar
awal, ibu berjalan kaki ke bandar kerana tiada duit tambang bas,aku berasa sungguh
kasihan melihat keadaan ibuku.Ibuku berusaha mencari pekerjaan ,tapi apakan daya, ibu
pulang dengan perasaan yang hampa. Melihat air muka ibuku yang layu kerana letih
berjalan jauh dan semangatnya yang terpatah kerana gagal mencari jalan penyelesaian
memberi kesedaran yang begitu mendalam kepadaku.Aku sedar yang bulat tidak akan
datang bergolek dan yang pipih tidak akan datang melayang.Aku bertekad akan
berusaha dan merebut segala peluang untuk belajar dengan bersungguh-sungguh agar
dapat membantu ibuku yang tiada tempat bergantung. Aku sedar hanya usaha dan sahsiah
diri yang berdisiplin dapat membantuku sehingga mencapai kejayaan.
BAB 6

Kami anak beranak mencari pelbagai jalan untuk menampung perbelanjaan


hidup.Ibu telah menjadi ahli dalam jualan terus barangan kosmetik dan aku juga banyak
membantu ibu. Aku akan memujuk guru-guru di sekolah menengah yang aku belajar,

untuk membeli dariku.Seringkali aku akan diejek oleh kawan-kawan namun aku tidak
mengendahkannya.Hasratku, ialah untuk membantu ibuku yang bersusah payah mencari
nafkah hidup. Aku telah membela ayam dan menjual telur-telur ayam . Duit itu aku
gunakan buat perbelanjaan sekolah . Aku tidak ingin membebankan ibu dengan meminta
duit dari beliau.Segala perbelanjaanku, ku jaga sendiri.Adakala hatiku terguris jua apabila
ibu menjual anak-anak ayam kesayanganku tanpa kebenaranku kepada drebar bas Cina
untuk dijadikan sup buat isterinya yang baru bersalin. Sanggup mak jual anak ayamku
kepada drebar tu, jual je telur ayam ,kenapa anak ayamku? Aku meluahkan isi hatiku.
Yalah,kalau ayam, memanglah untuk dimakan,jangan kau nak melawan mak,nanti aku halau
kau keluar ,kau boleh tidur di reban dengan ayam kesayangan kau!tengking ibuku. Aku tidak
berani bersuara lagi kerana takut dipukul ibu . Ibu memang panas baran dan bila ibu naik
berang ,yang dicapai akan diguna untuk mengena sasarannya! Banyak kali makcik sebelah
rumah datang melerai ibu dari memukulku bagi kesalahan yang sekecil semut. Aku faham ibu
tertekan,kalau tidak tak mungkin seorang ibu mendera anaknya.
BAB 7

Disebalik itu ,untuk mengatasi kesempitan wang,ibu telah mengambil upah


mengasuh beberapa orang anak jiran.Akupun turut bantu ibu menjaga anak-anak kecil itu.
Kadang kadang terasa juga seperti tiada masa untuk mengulangkaji pelajaran ,namun aku
akan mengurus masaku agar tidak bertembung dengan tanggungjawabku terhadap ibuku
yang kian uzur.Aku sedar ibuku cuba sedaya upaya untuk menampung perbelanjaan
makan minum dan bil-bil rumah yang perlu dibayar.Disebabkan itulah aku tidak pernah
menyertai rombongan sekolah atau berbelanja lumayan di kantin sekolah.Cukuplah
sekadar air masak sebotol buat mengalas perut yang kosong. Pakaianku juga tidak seperti
rakan-rakanku yang berada,kekadangku rasa segan menghadiri jamuan pengawas kerana
tiada pakaian yang sesuai.Apapun situasi yangku hadapi ,aku bertekad untuk belajar
dengan bersungguh-sungguh dan mengecapi kejayaan dalam kehidupan saya, untuk itu
aku sanggup bersusah dulu bak kata pepatah Melayu bersakit-sakit dahulu bersenangsenang kemudian.
Banyak cabaran dan dugaan telahku lalui ketika aku masih di alam
persekolahan.Aku terpaksa berjalan kaki ke sekolah yang terletak lebih kurang 3km dari

rumahku setiap hari.Dalam perjalanan pergi dan balik ,banyak gangguan telahku lalui,
adakalaku akan berlari sepanjang jalan kerana ingin sampai cepat dan ingin mengelak
drop out drop outyang berkeliaran di sekitar sekolahku . Aku amat takut akan budakbudak itu kerana seringkali mereka membawa motor seolah-olah nak menghalangku dari
bergerak depan.Aku tidak pernah memberi apa-apa respon dan akan terus berdoa agar
mereka tidak gangguku. Aku tidak mahu terjebak dalam apa-apa hubungan yang boleh
mengganggu konsentrasi pelajaranku. Aku masih belum lupa pesanan Makcik Piah
walaupun kini sudah beberapa tahun.Yang paling menggerunkan ialah perjalanan ke
rumahku yang sungguh lengang,hanya beberapa kereta dan lori balak akan melalui jalan
itu. Hanya Tuhan Yang Maha Esa sahajalah yang telah menyelamatkanku dari menjadi
mangsa dalam situasi-situasi yang mendesak kerana aku tiada ayah atau abang yang dapat
melindungiku.Begitulah setiap hariku akan pergi dan balik sekolah,namun tidak pernah
terlintas di kepalaku untuk ponteng kerana aku masih teguh dengan prinsipku untuk
keluar dari sawang kemiskinan yang menyelubungi ibu dan aku.Aku sedar ibu terpaksa
mengharungi kesusahan kerana tidak berpelajaran.Jika ibu berpelajaran sudah pasti hidup
kami tidak hidup melarat begini walaupun ditinggalkan ayah.Kesedaran inilah yang
menguatkan azam dan semangat saya untuk terus belajar dan jangan menyeleweng dari
jalan yang betul.
BAB 8

Kalau di sekolah rendah dulu aku seorang murid yang kurang aktif dan segan
berinteraksi dengan sesiapa ,di sekolah menengah pula , aku telah mempunyai azam
baru.Aku selalu membantu guru-guruku ,selalu menepati masa dan tidak melanggar
peraturan sekolah.Ini menyebabkan aku disenangi oleh guru-guruku. Guru-guru di
sekolahku sungguh baik dan banyak memberi sokongan serta petunjuk kepada diriku.Aku
menjadi kesayangan guru-guruku lalu diberi amanat memegang pelbagai jawatan
termasuk menjadi pengawas sekolah.Aku juga banyak menyertai pertandingan kuiz
peringkat sekolah dan daerah,pertandingan perbahasan Bahasa Inggeris dan menjadi wakil

sekolah bagi permainan bola jaring.Aku menjadi Presiden bagi Persatuan Bahasa Inggeris
dan Presiden Kelab Seni . Aku memang gemar melukis,guru Seni selalu memujiku
Sepanjang zaman persekolahanku aku tidak pernah dihantar ke tuisyen atau dibelikan
buku-buku rujukan. Aku sungguh bernasib baik kerana ada insan mulia bergelar guru
mengasihaniku dan membelikan buku-buku rujukan itu untukku. Buku-buku itu kujadikan
kitab kerana pada masa itu kami tiada kemudahan lain.Setiap petang ku akan meluangkan
masa untuk belajar,kekadang sehinggakan ibu marah kerana ku enggan menemaninya
mencari pucuk paku . Engkau ni sengaja nak mengelakkan kerja,sebab tu engkau cari
alasan nak belajar konon! itulah maki hamun yang sering dilemparkan padaku oleh ibu.
Ibuku tidak berpelajaran dan kurang arif tentang pelajaranku,oleh itu aku akan cuba
jelaskan pada ibu Taklah mak,banyak nak belajar ni ,sebulan lagi SRP, kalau gagal nanti
kena ulang,bukankah mak juga yang susah? ujarku dengan nada yang lembut. Heh
engkau jangan harap aku akan benarkan kau mengulang, engkau ingat babak engkau
bayar?kata-kata ibu walaupun kesat , telah menyemarakkan lagi semangatku untuk
lebih gigih menumpukan perhatian dalam pelajaranku! Aku mesti lulus SRP. Hari yang
ditunggu-tunggu itupun tiba ,aku masuk ke dewan peperiksaan dengan hati yang berdebardebar.Akupun menjawab dengan berhati-hati dan membuat penyemakkan sebelum
menghantar kertas seperti yang dipesan oleh guru-guruku.
BAB 9

Aku tidak akan melupakan hari yang bersejarah buatku kerana segala usahaku
telah berbuah dalam bentuk keputusan cemerlang. Hari masih awal lagi,aku melangkah ke
sekolah dengan seribu harapan.Alangkah gembiranya apabilaku membuka slip keputusan
SRP! Inilah kali pertama aku merasai begitu gembira kerana berjaya memperolehi
keputusan yang cemerlang.Aku bersyukur dan terus berjumpa dengan guru-guruku untuk
mengucapkan terima kasih.Aku rasa lega kerana aku tidak perlu mengulang,lagipun belum
pasti ibu akan membenarkan . Aku ingin terus belajar dan terus mendapat keputusan yang
cemerlang dalam SPM dan STPM. Hasratku tercapai ,walaupun aku kurang mendapat

sokongan dari keluarga sendiri namun guru-guruku dan kawan-kawanku banyak memberi
dorongan dan bantuan . Jasa baik mereka tidak pernahku lupai hingga sekarang.Baru-baru
ini aku terjumpa Cikgu Hindon, guru Bahasa Melayu dan Kesusasteraan
Melayuku,walaupun sudah beruban dan wajahnya tidak semuda dulu ,aku masih kenal
guru kesayanganku. Cikgu ! ingat saya ke, ini Kasturi? aku menyapa.
Eh..Eh..Kasturi anak murid kesayangan cikgu ,macam mana cikgu nak lupa!kata
Cikgu Hindon sambil memelukku dengan erat.Perjumpaan dengan Cikgu Hindon telah
membangkitkan semula ingatan peristiwa lampau tatkala aku mendapat markah terendah
dalam kertas penulisan,sebenarnya aku terkeluar tajuk! Aku tidak dapat menahan
kesedihan ,air mata membasahi pipiku kerana terlalu kecewa.Aku tidak sedar sehingga
terasa ada tangan di bahuku,Cikgu Hindon memandangku dengan mata yang sayu sambil
berkata dengan lembut dan tenang Jangan kau jadikan tangisan dan rintihan itu sesuatu
yang murah,jadilah manusia yang tabah dan kuat,cikgu akan bantu kamu ya.Kata-kata itu
juga telah menjadi kata-kata Hikmah bagiku untuk mengharungi lautan penuh dugaan.
Setelah menduduki peperiksaan STPM aku tidak sempat menunggu keputusannya
keluar kerana ibuku sudah uzur dan tidak mampu menyara aku lagi.Pada masa itu tiada
bantuan pinjaman seperti PTPN atau Yayasan Pahang yang boleh diperolehi untukku
menyambung pelajaran ke Institiut Pengajian Tinggi. Tatkala itulah aku terpaksa
memohon untuk menjadi seorang guru kerana pada waktu itu jika aku dapat masuk ke
Maktab Perguruan, aku akan diberi elaun dan segala perbelanjaan akan ditanggung oleh
kerajaan.Lebih-lebih lagi apabila aku keluar maktab aku dijamin menjadi seorang
guru,tidak perlulah bersusah payah mencari pekerjaan di luar.Keadaanku tidak
mengizinkanku untuk membuat pilihan dalam karier aku tetapi itu tidak bermaksud aku
tidak mencapai hasratku kerana pada waktu aku dalam kesusahan, aku cuma ingin berjaya
dan keluar dari perangkap kemiskinan yang telah banyak memberi kami pengalaman yang
pahit.Namun semua pengalaman yang pahit ku jadikan pengajaran dan pembuka mata dan
jalan menuju ke arah mercu kejayaan.
BAB 10

Tawaran ke Maktab Perguruan Ilmu Khas di Cheras ku terima dengan perasaan


was-was kerana inilah kali pertama aku akan tinggal dan bergaul dengan orang-orang yang

tidakku kenali.Bagaimanakah agaknya kehidupan di maktab? Aku di hantar oleh kawan


ibu yang ada urusan di Kuala Lumpur.Sejurus aku turun dari kereta aku disambut mesra
oleh kakak dan abang senior dan super senior.Mereka telah mengangkut begku dan telah
meyakinkan Makcik dan Pakcik yang menghantarku bahawa segalanya akan diurus oleh
mereka.Akupun melambai pada Makcik dan Pakcik sehingga kenderaan mereka hilang
dari pandanganku,hatiku terasa hiba kerana keseorangan.Sepemergian kedua-dua orang
tua itu ,kakak dan abang senior dan super senior yang seumpama malaikat bertukar
menjadi sebaliknya. Eh! Engkau ingat engkau ni cantik sangatke,beg-beg engkau kami
kena angkut?,banyak cantik!,nah ambil sendiri gertak seorang kakak super senior.Aku
sungguh terkejut ,namun aku menurut sahaja arahan kakak dan abang dengan
senyuman.Barulah aku tahu apa itu orientasi! Sepanjang seminggu itu banyak yang dilalui
dan dipelajari dan aku digelar Miss Sportingpada penghujung minggu orientasi itu.
Pengalaman baru itu aku terima dengan tapak tangan terbuka dan sepanjang 3 tahun di
Maktab banyak kenangan manis dan pahit ditempuhi olehku.Namun aku masih berpegang
teguh kepada prinsipku dan tidak bercanggah darinya kerana kini ku akan menjadi seorang
guru ,pada pandangan dan pengalamanku , seorang insan mulia yang dapat membantu
ramai jiwa kecil yang terperangkap dalam kegelapan. Bukankah itu yang aku perolehi dari
guru-guruku?
BAB 11
Kehidupanku di Maktab agak berbeza dari rumah,di Maktab aku dapat mengecapi
kebebasan bergaul dengan rakan seoptiondan semaktab.Aku mendapat seorang rakan
sebilik yang sangat baik. Kami berdua seperti isi dan kuku! Ke mana saja kami
pergi,pastinya berdua.Segala assignment kami buat bersama dan pada waktu malam
kami akan buat group studyKalau dulu ibuku tidak pernah membenarkanku bergaul
bebas dengan kawan-kawan sekolah,kini aku bebas bergaul dengan sesiapa sahaja,namun
aku telah meletakkan satu garisan penghalang untuk diriku sendiri. Walaupun tiada siapa
akan menyoalku jika bergaul dengan orang lelaki, ibuku di Bentong dan bukannya ada
duit sangat untuk selalu menziarahiku! Namun aku masih tegas dengan hasrat di hatiku
iaitu aku mesti berjaya dan mesti boleh berdirikari. Aku tidak mahu hidup merempat lagi
dan yang penting aku tidak ingin dijadikan alat permainan seorang lelaki yang tidak

bertanggungjawab.Ramai juga jejaka yang ingin berkawan denganku tetapi ku hanya


menjadikan mereka sebagai kawan biasa .Sebanyak RM190 akan ditolak sebagai bayaran
asrama dan makanan dari elaun sebanyak RM345 .Aku terpaksa menggunakan bakinya
buat perbelanjaan sepanjang bulan itu. Walaupun tidak mencukupi aku akan berjimat dan
membelanjakannya dengan cermat. Terasa cemburu juga apabila melihat rakan-rakanku
yang lain menerima wang belanja dari rumah sedangkan aku memberi wang kepada ibuku
apabila pulang sebulan sekali.Walaupun sekadar RM20 atau RM10,aku berikan pada ibu
kerana tidak sanggup melihat ibu bertangan kosong.
Sewaktu aku di maktab ,aku juga berpeluang berjumpa dengan ramai pensyarah
yang berpengalaman,mereka itu ibarat padi yang semakin berisi,semakin tunduk.Aku
terpegun melihat mereka betapa bijak dan dedikasi menjalankan tugas mendidik kami
,bakal guru-guru.Mereka mempunyai jiwa yang ingin menolong sesiapa saja yang
memerlukan pertolongan tanpa mengira bangsa atau agama.Aku berjanji kepada diriku
bahawa suatu hari nanti aku akan jadi seorang pendidik seperti guru dan pensyarahku.
Barulah, aku merasai diriku sungguh bertuah kerana walaupun ditakdirkan dengan
kehidupan yang begitu susah namun aku juga ditakdirkan berjumpa dengan insan-insan
mulia yang banyak memberi tunjuk ajar dan rangsangan kepadaku.Yang pentingnya ,aku
telah mengibaratkan segala nasihat dan pesanan mereka bagaikan ayat-ayat suci dan ku
jadikan ia pedoman hidupku.

EPILOG
Kini aku telah menjadi seorang guru Bahasa Inggeris yang bepengalaman dan aku
juga telah menghadiri kursus TESL selama setahun di Maktab Perguruan Tengku Ampuan
Afzan.Aku telah berkahwin dengan seorang lelaki yang telah menjadi seorang suami yang
baik kepadaku serta seorang ayah yang bertanggungjawab kepada kedua-dua orang
anakku.Beliau seorang guru besar dan banyak memberi sokongan dan bantuan kepadaku
untuk terus memperjuangkan hasrat di hatiku, iaitu inginku memakbulkan impianku
menjadi seorang guru berijazah sebelum bersara walaupun sekali lagi terpaksa melalui
pelbagai cabaran. Tambahan pula aku ingin merangsang anak-anakku dan juga anak
muridku bahawa di mana ada kemahuan di situ ada jalan .Bukankah usaha itu tangga
kejayaan?

Anda mungkin juga menyukai