Anda di halaman 1dari 9

Resusitasi

Kardiopulmonari /
Cardio Pulmonary
Resuscitation (CPR)

RESUSITASI KARDIOPULIMONARI
(CPR)
Adalah bantuan kecemasan yang diberikan kepada mangsa
kecederaan yang tidak mempunyai denyutan nadi dan tidak bernafas
Merupakan kombinasi terknik pernafasan bantuan mulut ke mulut
dan juga tekanan dada
Berperanan untuk membantu jantung mengepam udara yang
dihembus ke seluruh anggota badan
Dua sebab utama CPR dilakukan:
terhenti pernafasan
tiada nadi

Kemahiran Menyelamat Asas CPR

CPR merangkumi tiga kemahiran penyelamat asas: Saluran Udara,


Pernafasan dan Edaran Darah (ataupun disebutkan ABCs of CPR:
Saluran

Udara

(Airway),

Darah(Circulation) ).

Pernafasan

(Breathing)

dan

Edaran

Langkah-langkah Melakukan CPR


D: Danger (Bahaya).
- Nilai situasi yang berlaku. Bergantung dengan tempat kejadian.
- Alihkan benda-benda yang boleh mendatangkan bahaya kepada
andadan mangsa.
- Cuba minta bantuan kalau perlu untuk mengawal keadaan
R: Response (Tindakbalas).
- Periksa tindakbalas pesakit. Kejutkan pesakit, tepukbahu dan tanya
awak ok ke?.
- Letakkan pesakit berbaring terlentang di atas permukaan yang padat.
- Jika tiada tindakbalas, hubungi ambulans (999 atau 991)

A: Airway (Saluran pernafasan).


- Lakukan teknik angkat dagu dan dongak kepala.
- Buka salur nafas pesakit secara mendongakkan kepala dengan
satu tangan sementara dagunya diangkat dengan tangan yang satu
lagi.
- Periksa kalau lidah mangsa mengganggu laluan pernafasan
mangsa. Alihkan lidah tersebut kalau menghalang pernafasan.
B: Breathing (Pernafasan).
- Posisikan pipi dekat dengan hidung dan mulut mangsa, lihat ke
arah dada pesakit.
- Lihat, dengar dan rasa pernafasan selama5 hingga 10 saat.
- Jika tiada pernafasan, picit hidung pesakit sehingga tertutup dan
beri 2 hembusan penuh ke dalam mulutnya selama 2 saat setiap
hembusan

C: Circulation (Peredaran darah).


- Jika tiada tanda-tanda pernafasan normal,batuk atau sebarang
pergerakan pada pesakit, mulakan tekanan di dada.
- Letakkan tangan di tengah dada /sternum Bone (ulu hati) dan tekan
ke dalam 1 ke 2inci sebanyak 15 kali pada kadar 80 100kali
seminit. Dengan kiraan Satu, Dan Dua, Dan Tiga sehingga Dan
Lima Belas.
- Teruskan dengan 2 hembusan dan 15 kali tekanan sehingga
bantuan perubatan tiba

Posisi Pemulihan
Jika mangsa mula bernafas dan nadinya kembali semasa atau selepas
resusitasi, anda perlu meletakkan mangsa dalam posisi pemulihan.
Prosedur mengalihkan mangsa kepada posisi pemulihan:
i.

Bengkokkan siku dan tapak tangan kanannya ke atas.

ii.

Angkat lengan kiri ke atas dada dengan tapak tangan diletakkan ke


bawah pipinya.

iii. Mengerengkan mangsa dengan menarik peha kiri ke arah anda


dalam kedudukan bersudut tepat untuk mengelak mangsa tergolek
ke hadapan.
iv. Condongkan kepala ke belakang supaya saluran udara sentiasa
terbuka

Anda mungkin juga menyukai