Anda di halaman 1dari 9

Khutbah Jumaat

(Surau al-Ikhwan, Taman Bernam) 4.7.14

Mata hati yang melihat di bulan Ramadan






.



...
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Orang yang hidup sentiasa bertaqwa, Allah akan berinya 2 kali
ganjaran rahmat atau pahalanya, diberikan cahaya dan
diampunkan dosa. Firman Allah dalam surah Al-Hadid:







()



Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah


dan tetaplah beriman kepada RasulNya (Muhammad), supaya Allah
memberi kepada kamu dua bahagian dari rahmatNya dan
menjadikan bagi kamu cahaya untuk kamu berjalan dengannya
(pada hari kiamat kelak), serta diampunkannya dosa kamu dan
(ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (28)

Oleh yang demikian marilah kita semua memenuhi hidup kita


dengan taqwa, sentiasa mengawasi diri kita dari terjebak dalam
larangan Allah dan bahkan sentiasa memastikan kita melakukan
segala apa yang diperintah oleh Allah SWT.
Muslimin yang dirahmati Allah,
Erti takwa sangat besar di bulan Ramadan ini.. Ia adalah misi
utama dan jawapan yang kita cari kenapa kita menahan lapar dan
dahaga di bulan Ramadan ini.

Ramadan adalah madrasahsekolah untuk mendidik kita supaya


membaik pulih dan meningkat darjat takwa kita di sisi Allah SWt.
Allah sendiri telah memberitahu kepada kita bahawa puasa ini
adalah tarbiah dan pendidikan untuk melahirkan insan yang
berjiwa bersih, berjaya menahan nafsu dan bersabar dalam
beribadah sehingga berjaya akhirnya menjadi muslim yang telah
meningkat taqwanya:



( 183 )

Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan kamu berpuasa, sebagaimana


diwajibkan ke atas umat yang terdahulu, semoga kamu menjadi orang-orang yang
bertakwa.

Bagaimana takwa itu boleh dicapai?


Darjat takwa itu boleh dicapai apabila kita menahan lapar dan dahaga
kerana Allah, bukan kerana ia adat, bukan kerana sahabat kita berpuasa
dan bukan kerana malu kepada orang lain yang berpuasa.
Apabila kita berpuasa kerana Allah, maka perkara yang membawa dosa
kita jauhkan, perkara yang membawa pahala kita banyakkan.
Mampukah kita?
Ya kita mampu.. kerana Allah telah menjadikan bulan Ramadan ini
istimewa untuk kita..
Allah telah menyekat peranan iblis dan Syaitan ..
maka apa yang tinggal hanya kita bersama nafsu sahaja..
Allah buka seluas-luasnya peluang untuk menggandakan pahala.. kerana
Allah buka pintu Syurga .. seseolah Allah sedangkan
mempelawa kita untuk memasuki syurgaNYA sekarang .. ya sekarang
tuan-tuan sudah boleh masuk Syurga. Dan tuan-tuan kita tiada peluang
untuk ke Neraka, kerana Allah telah tutup pintu neraka
. Tiada peluang..
Ini semua telah terpampang di hadapan kita.. maka rugi seruginya lah
kiranya kita tidak megambil peluang yang sudah terpampang di hadapan

mata kita. Peluang untuk meraih kehidupan yang indah dan nikmat
selama-lamanya.
Syurga dan neraka itu memang tidak nampak dengan mata zahir.. tetapi
orang yang mukmin mereka akan nampak melalui mata hati .. sebab itu
hati yang nampak adalah hati yang sentiasa terang benderang disuluhi
cahaya hidayah.. hati yang gelap hati yang tak nampak. Allah menyebut
perihal hati yang terang ini banyak dalam Al-Quran antaranya kata
Allah..dalam surah Al-Haj:



...



( 46 )




mereka menjadi orang-orang yang ada hati yang dengannya mereka


dapat memahami atau ada telinga yang dengannya mereka dapat
mendengar? kerana keadaan yang sebenarnya bukanlah mata kepala
yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada
Imam Mujahid berkata: setiap manusia ada empat mata, dua yang di
kepala ialah untuk melihat dunia manakala dua yang selebihnya ada di
hati untuk melihat akhirat. Kata Mujahid lagi.. sekiranya dua mata kepala
ini rosak ia tidak akan memudaratkan manusia.. tetapi jika mata hati ini
rosak maka binasalah manusia itu.
Saudaraku Muslimin yang dirahmati Allah,

Bagaimana kita hendak pastikan bahawa mata hati kita melihat


Kata ulama sekiranya kamu hendak menjadikan mata hati kamu melihat..
maka terangilah ia dengan cahaya Iman. Dari mana dan bagaiamana
hendak di cari cahaya iman ini?
Cahaya iman ini boleh dicapai sebagaimana yang Allah beritahu kepada
kita dalam ayat 5 surah al-Baqarah



(5)


Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka dan
merekalah orang-orang yang berjaya

Kata imam Ibnu Khathir Mereka yang mendapat pentunjuk inilah

Mereka yang mendapat cahaya dari Tuhan mereka, iaitu mereka percaya
sepenuhnya kepada Al-Quran sebagai panduan hidup mereka dan bukan
panduan yang dicipta oleh manusia barat atau manusia timur. Mereka
percaya kepada alam ghaib (percaya kepada malaikat, ada iblis dan jin,
ada neraka dan syurga dan adanya alam barzakh).. Mereka mendirikan
solat (jaga sembahyang), mereka memberi infaq (infaq kepada ibu-bapa,
isteri, anak-anak dan keluarga terdekat, infaq kepada yang memerlukan)
Juga disebut dalam ayat 155 hingga 157 dalam surah al-Baqarah,, sesiapa
yang sabar dalam setiap yang ditimpanya dan berkata
Maka mereka ini

orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan


mereka serta rahmatNya dan mereka itulah orang-orang yang dapat
.petunjuk hidayatNya
Begitu juga mereka yang berjihad dan berkerja keras di jalan Allah,
mewaqafkan dirinya secara ikhlas untuk membangun, menegakkan,
menyiarkan Islam dalam dirinya, keluarga, masyarakat dan di muka bumi ini
dan meraka yang sentiasa berusaha untuk berlaku baik, berakhlak baik dan
berperangai baik..
maka Allah akan menyinari hati-hati mereka..











( 69 )



Dan orang-orang yang berjihad untuk [mencari keridhaan] Kami,


benar-benar akan Kami tunjukkan Kepada mereka jalan-jalan Kami.
Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang
berbuat baik..

Oleh itu
Rugilah dan celakah sesiapa yang hidup dibulan Ramadan ini
tetapi tidak dapat mendidik dirinya untuk menjadi insan yang
bertaqwa. Sebagaimana kisah nabi ketika beliau naik ke minbar
untuk berkhutbah:
Beliau berkata, Amin, amin, amin. Para sahabat
bertanya.Kenapa engkau berkata amin, amin, amin, wahai
Rasulullah? Nabi SAW berkata: Jibril datang dan memberitahu :
Celakalah seseorang yang masuk bulan Ramadhan tetapi keluar
dari bulan Ramadhan tidak diampuni dosanya oleh Allah dan
katakanlah amin!, maka aku berkata : Amin. Kemudian Jibril berkata lagi. Celakalah
seseorang yang mempunyai kedua orang tuanya atau salah seorang dari keduanya masih hidup tetapi itu tidak memasukkan dia ke syurga dan katakanlah
amin! maka kukatakan, Amin . Kemudian Jibril berkata lagi.Hai Muhammad celaka seseorang yang jika disebut nama engkau namun dia tidak berselawat
kepadamu dan katakanlah amin! maka kukatakan, Amin. (HR. Bukhari di dalam Adab al-Mufrad no 644 )

Muslimin yang dirahmati Allah


Marilah kita sama-sama menjadikan bulan ini, bulan mencari taqwa dengan
membesarkan Allah, meletakkan Allah setinggi-tingginya.. tiada yang tinggi
melainkan Allah.. Tiada yang Agung melainkan Allah yang seAgungnya.

supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya


dan bersama-sama juga kita memahami apa yang Allah pesan kepada kita
dalam Al-Quran..
seseorang semestinya akan sesat jalan kalau pesan dari orang yang tahu
tentang jalan kita tidak faham atau sengaja buat-buat tak faham.
Marilah kita fahami Al-Quran kerana ia panduan kepada mata hati kita untuk
melihat jalan yang benar.. bukan sekadar baca untuk mengejar pahala tetapi
baca bersama taddabur itu lebih afdal..
Kata Ali RA:

Tiada kebaikan pada bacaan yang tidak usaha untuk memahami dan
mengambil panduan

:
!
Bagaimana hati kamu boleh jadi lembut, sekiranya kamu hanya
mementingkan untuk menghabiskan surah yang terakhir.

Orang membaca Al-Quran tanpa memahami maksudnya itulah orang yang


sengaja buat-buat tak faham.



.



}





{

Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan
katalah perkataan yang benar, nescaya Allah memperbaiki bagimu amalanamalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa
mentaati Allah dan Rasulnya, maka sesungguhnya ia telah mendapat
kemenangan yang besar.
Muslimin yang dirahmati Allah,

supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya


Rasa membesar dan Mengagungkan Allah itu lahir dari mata hati yang
benar-benar mengerti akan kecilnya kita di sisi Allah.
PUASA.. hendak memberitahu manusia betapa Maha Perkasanya ALLAH
yang tidak makan dan minum, tidak tersentuh oleh penat dan mengantuk.
Malah.. Maha Gagahnya ALLAH - Tuhan yang memberi manusia makan dan
minum. .
betapa lemahnya manusia apabila dipisahkan dari makanan dan minuman.
Manusia - tanpa makan dan minum, akan mati. ..sekerat hari berpuasa
tubuh sudah tidak bermaya. Bagaimana agaknya kalau ALLAH
memfardhukan puasa ini selama tiga hari baru kita berbuka.
Atau difardhukanNya 7/8 bulan dalam setahun?.. apa akan terjadi? dan
berapa kerat agaknya yang masih bertahan?.

PUASA.. tak lain tak bukan adalah untuk mematikan sisa-sisa penentangan,
kesombongan yang masih berbaki dalam diri manusia, kalau masih ada.
Orang yang berpuasa dalam erti kata sebenar, pasti tidak akan sanggup
menentang hukum ALLAH, menidakkannya atau mempertikaikannya.
Muslim yang berpuasa tidak putus-putus mengucap syukur kerana ALLAH
membenarkannya berbuka, mengecap kembali nikmat dan kelazatan
berganda dari makanan yang biasa dimakannya sehari-hari. Syukur kepada
ALLAH yang mengembalikan makan dan minum serta menganugerahkan
bersamanya gandaan pahala.
Andaikan kalau ALLAH bertanya; "Mahukan engkau, wahai hambaKu, Aku
benarkan berbuka tanpa ganjaran pahala atau janji syurga?". Apa agaknya
jawapan kita?.
Jawablah dengan sejujur-jujurnya wahai hamba yang berpuasa. Kalau
demikianlah pemurah dan hebatnya layanan ALLAH.. mengapa masih ada
yang mahu sombong dengan ALLAH?.







.
.
.
8


{





.

Anda mungkin juga menyukai