Anda di halaman 1dari 10

Khutbah Jumaat, Masjid At-Taqwa, Hulu Bernam 20/5/2011

Berita Kemenangan Islam





.


..
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian,
Khalifah Umar al-Khattab terkenal dengan sifat Takwanya
kepada Allah. Beliau sentiasa menasihati dan berpesan kepada
sahabat-sahabat dan seluruh umat Islam supaya bertakwa
kepada Allah SWT. Salah satu pesan takwanya ialah kepada
Abu Ubaidah yang diamanahkan menjadi panglima tentera
Muslimin ke bumi Syam, katanya:
Wahai Abu Ubaidah dan seluruh tentera Muslimin: Ambillah
taqwa sebagai cara hidupmu, kerana taqwalah yang
membuatkan kamu kekal selama-lamanya, manakala cara
hidup yang lain itu akan musnah tidak kekal lama. Taqwalah
yang menunjukmu di kala kamu sesat, taqwalah yang
menyuluhmu di kala kamu dalam kegelapan. Maka janganlah
kamu terpedaya dengan tipu daya kemewahan dunia, palinglah
hatimu darinya. Dan ingat, jangan sekali-sekali kamu
dibinasakan sepertimana orang2 terdahulu yang telah binasa,
yang kamu sendiri telah saksikan.
Ingatlah saudara Muslimin,

(2)

Sesiapa jua yang menjadikan taqwa itu sebagai cara hidupnya,


nescaya Allah akan membuka baginya pintu penyelesaian
dalam segala kesulitan dan masalah yang dihadapi, bahkan
Allah memberinya rezeki yang datang dari punca yang tidak
disangkakan.
1

:Apakah itu taqwa? Ibnu Masud menyatakan Taqwa itu ialah

.
Segala perintah Allah itu... dikerjakan, tidak diengkarinya,
diingat, tidak dilupainya, disyukuri dan tidak kufurinya.
Saudara muslimin yang dirahmati Allah


()
( ) ( )

( )
()

Alif, Laam, Miim. (1) Orang-orang Rom telah dikalahkan; (2) Di
negeri yang dekat sekali dan mereka sesudah kekalahannya itu
akan mengalahkan lawannya; (3) Dalam masa tidak sampai
sepuluh tahun. Kepada pentadbiran Allah jualah terpulang
segala urusan, sebelum berlakunya dan sesudah berlakunya
dan pada ketika berlakunya (kemenangan Rom) itu, orangorang yang beriman akan bergembira; (4) Dengan kemenangan
yang diberi Allah. Dia memberi kemenangan kepada sesiapa
yang dikehendakiNya dan Dialah jua Yang Maha Kuasa, lagi
Maha Mengasihani.
Ayat yang dipetik daripada surah Ar-Rum tadi menunjukkan kepada kita tentang
kebesaran Allah SWT mengetahui perkara2 ghaib dan perkara2 yang akan
berlaku yang tidak diketahui oleh manusia, bahkan Allah SWT sendiri dengan
sifatNya yang Agung, HakNya mentadbir dan merancang kehidupan manusia
dan dunia ini mengikut kehendakNya sendiri. Sebahagian perkara2 ghaib ini
ada yang Allah sembunyikan daripada pengetahuan kita dan ada yang Allah
khabarkan kepada kita. Allah khabarkannya melalui Al-Quran dan lidah RasulrasulNya AHSW. Antaranya Allah khabarkan perihal Syurga, Neraka, Qiamat,
Iblis dan Malaikat.
Allah SWT juga mengkhabarkan kepada kita, peristiwa2 sejarah yang telah
berlaku sebelum kita, sejak berabad-abad lamanya, yang kita tidak pernah
mengetahuinya langsung. Seperti peristiwa kejadian langit dan bumi, peritiswa
kejadian Adam AS dan peristiwa nabi-nabi dan umat2 terdahulu. Ini
menunjukkan keagungan Allah SWT yang bersifat Mencipta, Berkuasa, Hidup
dan tidak Mati.
Saudara muslimin yang dirahmati Allah

Ayat 1 hingga 5 dalam surah Ar-Rum tadi, menunjukkan bukti yang jelas
tentang perkhabaran peristiwa yg akan berlaku. Ketika itu, di zaman Nabi
Muhamad SAW, datang penunggang kuda dari Syam membawa berita orang2
Rom telah dikalahkan oleh orang2 Parsi. Orang2 Rom dihalau keluar dari bumi
Mesir dan Palestin. Peristiwa ini sungguh menyedihkan bagi para sahabat dan
sangat mengembirakan puak2 musyrikin. Sahabat2 bersedih kerana masyarakat
ahli kitab telah dikalahkan oleh puak Majusi penyembah api dan patung.
Musyrikin pula bergembira kerana golongan yang hampir seagama mereka
berjaya mengalahkan gologan ahli kitab.
Lalu Allah SWT menurunkan Ayat ini, menjanjikan bahawa orang2 Rom akan
beroleh kemenangan semula dalam tempoh tidak lebih sepuluh tahun. Dan
sememangnya, dalam tempoh 8 tahun selepas itu, orang2 Rom berjaya
menawan semula bumi Palestin dan Mesir, dan menghalau orang2 Parsi keluar.
Saudara muslimin yang dirahmati Allah
Satu kaedah yang diajarkan oleh sirah Nabi ini, bahawa dalam konteks siasah
syariah, politik Islam kita boleh menyokong orang2 Rom dan tidak orang2 Parsi
apabila berlaku pertembungan dua aliran agama ini, kerana Rom lebih dekat
kepada Islam kerana mereka ahli kitab walaupun mereka pada masa itu telahpun
mengubah Injil. Sedangkan orang2 Parsi mereka itu penyembah api dan berhala
yang langsung jauh dari ajaran Islam.
Muslimin yang dirahmati Allah,
Peristiwa2 yang akan datang yang masih belum berlaku, yang disebut dalam AlQuran masih banyak. Namun apa yang ingin sebutkan di sini ialah, satu ayat
yang membawa satu peristiwa besar yang masih kita tunggu2 yang belum lagi
berlaku. Firman Allah:


"Dialah yang telah mengutus RasulNya (dengan membawa) petunjuk (AlQuran) dan agama yang benar untuk dizahirNya atas segala agama,
walaupun dibenci oleh orang-orang musyrikin ".(Qs.at Taubah:33)
Islam mengatasi agama lain di dunia ini masih lagi belum berlaku, dengan
makna lain Islam disanjung tinggi dan dianuti oleh sebahagian besar penduduk
dunia ini Barat dan Timurnya masih tidak berlaku.
Kemudian Rasulullah menjelaskan peristiwa besar ini dengan katanya:

"Sesungguhnya Allah telah menghimpun dan menyatukan bumi ini


untukku, maka aku dapat melihat bumi ini sebelah timur dan sebelah
baratnya. Dan sesungguhnya kekuasaan ummatku akan sampai ke
kawasan yang dihimpun kepadaku"
Kata Rasulullah lagi:


.(4)

.

"Sesungguhnya Islam ini akan sampai ke bumi yang dilalui oleh malam
dan siang. Allah tidak akan melepasi seluruh kota dan pelusok desa,
kecuali Allah memasukkan Addin ini ke daerah itu, dengan memuliakan
yang mulia dan merendahkan yang hina. Yaitu memuliakan dengan Islam
dan merendahkan dengan kekufuran"
Peristiwa ini bukan ramalan dan omong2 kosong, ia benar dan bakal terjadi
kelak. Sudah menjadi kewajipan kita mengimani setiap huruf yang tercatat
dalam al-Quran. Maka bergembiralah tentang berita ini dan tiada tempat untuk
kita bersedih.

(88: )

" Dan Sesungguhnya kamu akan mengetahui (kebenaran) berita Al Quran


setelah beberapa waktu lagi".
Inilah janji Allah, dan Allah tidak akan mengkari janjinya. Kita
bertanggungjawab memikul amanah yang dibawa oleh Rasullullah SAW ini,
meneruskan kerja-kerja dakwah menyebarkan Al-Quran dan mendirikan sunnah
nabi, menegakkan yang Hak dan membenteras yang batil. Kerja jihad ini kita
warisi daripada orang-orang Islam yang terdahulu daripada kita, mereka warisi
daripada para tabiin, para tabiin mewarisnya daripada para sahabat RAA,
mereka menyebarkan dakwah, tua dan muda, miskin dan kaya, lelaki dan
perempuan tidak kira di mana mereka berada.
Dakwah mereka sampai ke Barat China, dakwah mereka sampai ke Afrika
Tengah, dakwah mereka sampai ke Sepanyol. Allah memuliakan mereka, kerana
hidup mereka dipenuhi dengan jihad menegakkan Agama Allah. Mereka mulia
di mata masyarakat dunia ketika itu, mereka mulia di sisi malaikat, yang paling
mereka utamakan ialah mencari mulia di sisi Allah SWt. Inilah yang ditegaskan
oleh Umar Al-Khattab ketika berjaya menawan semula Baitul Maqdis dan
Palestin, katanya.

Kita pada hari adalah bangsa yang Allah Muliakan, kerana kita hidup bersama
Islam. Dan Ingatlah, sekiranya kita mencari yang lain dari Islam, maka
kehinaanlah yang datangkan kepada kita.



[10]1












[ 11]1










[ 12]1








[13]1



Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan
yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?
Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela
dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang
demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui.
(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan
kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, serta
ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga Adnin.
Itulah kemenangan yang besar. Dan lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu
pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat. Sampaikanlah berita yang
mengembirakan itu kepada orang-orang yang beriman.

Berjihadlah kamu menentang orang musyrikin dengan harta-harta kamu,


dengan tangan-tangan kamu dan dengan lidah-lidah kamu
Dengan takwa dan jihad inilah yang menjadikan kita ummat mulia dalam
kalangan manusia.

(110: )

Kita adalah sebaik-baik umat yang terpilih, untuk menjadi terbaik kita
wajib mengajak manusia kepada melakukan pahala dan mencegah
manusia dari melakukan dosa. Ia adalah misi dan visi Ummah dalam
agenda membina semula tamadun Islam yang hilang dari tangan kita
sendiri.
Muslimin yang dirahmati Allah,
Imam Ahmad dalam himpunannya menyebut sebuah hadis, Abu Qabil
menceritakan: Kami bersama Abdullah bin Amru bin alAs. Beliau ditanya
5


antara dua kota, yang manakah dibuka terlebih dahulu Konstantinopel atau
Rom? Lalu Abdullah mengambil sebuah kotak yang terdapat pisau pencukur,
kemudian beliau mengeluarkan sebuah kitab lalu meneliti dan membacanya.
Katanya, satu ketika dahulu ketika kami sedang menulis di sisi Rasullullah
,SAW. Rasullullah telah ditanya
.(7)

: :

antara dua kota manakah yang akan dibuka dahulu: Konstantinopel atau Rom?
Maka jawab baginda SAW: Bandar Hercules iaitu bandar Konstantinopel.
Muslimin yang dirahmati Allah,

Kita sudah tahu bahawa Konstantinople adalah Istanbul sekarang, telah dibuka
setelah 800 tahun wafatnya nabi SAW di tangan Sultan Ahmad Al-Fatih
bersama tentera yang hebat. Maka dengan itu, hanya tinggal satu kota lagi yang
masih belum dibuka oleh orang-orang Islam yang sehingga kini kita masih
menanti-nantinya bilakah ia akan berlaku? Kota tersebut ialah kota Rom yang
dikenali sebagai Itali sekarang.
Yusuf al-Qardhawi dalam bukunya Berita Gembira Tentang Kemenangan
Islam menyatakan bahawa pembukaan kota Itali oleh orang-orang Islam akan
datang bukan melalui mata pedang atau peperangan tetapi Itali dibuka melalui
mata pena. Itu melalui lisan dakwah, ilmu, yang disampaikan melalui
penyampaian, perbincangan, diskusi, debat melalui buku-buku, internet dan
teknologi. Mengajak orang bukan Islam kepada Islam dengan cara ilmu dan
hikmah, memerangi segala ism-ism dan ideologi-ideologi yang merosakkan
bangsa dan negara.
Petunjuk itu sudah jelas, kerana Islam kini sudah mulai diterima oleh
masyarakat Eropah dan Amerika Syarikat, maka kita yakin Islam akan kembali
mekar semula. Bila itu, kita tidak tahu, kita doakan agar kita hidup di masa itu,
atau anak cucu kita. Namun, biarlah sekurangnya kita menjadi salah seorang
yang menyumbang kepada kemenangan ini, samada melalui ilmu Islam yang
kita sampaikan, teladan yang disukai, kerja-kerja baik yang kita rancang,
tegahan maksiat yang kita buat, harta dan tenaga yang kita beri. Semuanya ini
adalah jihad kita dalam mengembalikan Islam mekar semula di bumi Allah ini.
Tiada kezaliman, tiada fitnah, tiada kerosakan lagi dilakukan. Semua kita hidup
dalam kalimat tauhid

Khutbah kedua



.

.


...

Wahai orang2 yg beriman bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar2 taqwanya, dan
.jaganlah kamu mati melainkan dengan keadaan kamu menjadi orang-orang Islam
Marilah kita menghisab diri masing2, menghisab amalan kita, kepercayan kita dan perangai
,kita sebelum dihisab dihadapan Allah pada hari yg dinyatakan Allah





(88:)

Hari yang tiada memberi manfaat oleh harta benda dan anak pinak melainkan mereka yg dtg
.mengadap Allah dengan hati yang sejahtera
Marilah kita berpegang teguh dgn petunjuk islam pesaka warisan peninggalan nabi
kesayangan kita muhamad Saw. Kerana ITULAH yg benar, yg adil, yg baik yang
menyelamatkan kita di dunia sehingga hari akhirat. Marilah kita menentang dan menjauhkan
diri perkara yg berlawanan dengannya, kerana perkara yang berlawanan dengan Islam
membawa celaka di dunia dan neraka di akhirat. Seterusnya kita tak lupa utk sentiasa
berselawat kepada rasul yang membawa petunjuk dan rahmat, kerana perintah Allah dalam
Al-Quran:












(56 : )




Sesungguhnya Allah dan malaikatNya sentiasa berselawat kepada Nabi (Muhammad s.a.w);
wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu dan ucaplah salam kamu kepadanya
dengan sesungguh-sungguhnya.
Dan sabda RasullUllah Saw:

) (

(645 ) (408

Sesiapa yang berselawat kepada ku satu selawat, nescaya Allah berselawat ke atasnya
10 selawat.
Sesungguhnya Allah menugaskan malaikat untuk menyampaikan selawat kita kepada
Rasullullah Saw yg berada di alam barzah seterusnya melayakkan kita untuk bersama
dengannya pada hari kiamat dan mendapat shafaatnya.




.

.

.

.

.
.
.



.




.









.
9



.

.
.

.









.

10

Anda mungkin juga menyukai