Anda di halaman 1dari 7

http://infopkbpsksj.blogspot.

com/
Definisi
Perkataan disleksia (dyslexia) adalah hasil gabuangan dua perkataan Greek
iaitu Dys yang bermaksud kesukaran dan Lexis bermaksud perkataan
atau dengan kata lain, kesukaran menggunakan perkataan. Istilah buta
huruf juga digunakan untuk kategori ini. Seorang Profesor Berlin pada tahun
1887, merangkap seorang pakar perubatan dan ophalomotologist telah
memperkenalkan perkataan Disleksia (Hammond dan Hugges, 1996:3)
Disleksia ialah satu Disorder dalam kanak-kanak yang telah terima
Pendidikan Biasa, tidak memperolehi kemahiran bahasa, bacaan, menulis dan
ejaan yang setaraf intelek (World Federation Of Neurology, 1968)
Selain itu terdapat juga beberapa perkataan lain yang berkaitan dengan
Disleksia, diantaranya ialah:
- Dyscalculia (Diskalkulia) iaitu seorang disleksia yang bermasalah dalam
pengiraan ataupun matematik
- Dysgraphia (Disgrafia) iaitu seorang disleksis yang bermasalah dalam
bahasa
- Dyspraxia (Dispraksia) iaitu seorang disleksis yang bermasalah dalam koordinasi moto-mata-tangan

Apa itu Disleksia?


Disleksia adalah satu masalah pembelajaran iaitu kesukaran mengenal huruf,
membaca, menulis, mendengar dan bercakap disebalik pengajaran yang
cukup dan peluang budaya yang sempurna. Sebenarnya masalah ini
bukanlah satu penyakit dan ia tidak memerlukan ubat untuk mengubatinya,
sebaliknya dengan program pendidikan yang sesuai masalah ini dapat
dikurangkan. Disleksia juga bukan disebabkan kecerdasan yang lemah serta
penglihatan tetapi seseorang disleksia tidak mengecam sesuatu dalam
keadaan terbalik. Ternyata sekali disleksia menghuraikan sesuatu kelainan
dalam otak, selalunya ia adalah pemberian Tuhan yang terus berkembang
dalam diri seseorang dengan cara yang berlainan.

Siapa yang mengalami Disleksia?

Disleksia melibatkan orang dari pelbagai latar belakang tanpa mengira umur,
jantina atau bangsa. Disleksia biasanya boleh diperturunkan daripada ibu
bapa kepada kanak-kanak.

Jenis-jenis Disleksia

Disleksia boleh dikategorikan kepada tiga bahagian iaitu :


Disleksia visual (penglihatan)
Kesukaran utama yang dihadapi ialah untuk mengigat dan mengenal abjad
serta konfugirasi perkataan. Simbol-simbol perkataan yang dicetak juga sukar
untuk diterjemahkan. Kemungkinan untuk melihat abjad-abjad tertentu atau
sebahagian perkataan adalah secara terbalik
Disleksia auditori (pendengaran)
Kesukaran untuk mengingat bunyi abjad, menganalisis bunyi mengikut suku
kata perkataan dan menyusun atau menggabungkan suku kata bagi
menyembunyikan perkataan. Bunyi percakapan yang tuturkan secara halus
juga tidak dapat dibezakan. Masalah untuk membezakan bunyi vokal dengan
konsonan juga dihadapi oleh disleksia auditori
Disleksia visual-auditori
Kesukaran mambaca yang amat teruk dan ini disebabkan oleh kelemahan
untuk memproses tulisan secara visual dan audio

Punca-punca Disleksia
Mengikut Mercer, 1997; Hammond dan Hughes, 1996 dan Spaafford dan
Grosser,1996, antara punca-punca disleksia ialah;

Keturunan atau genetik


Kebanyakan kes, terdapat beberapa ahli keluarga yang mengalami masalahmasalah yang sama. Kemungkinan punca ini boleh diwarisi yang
membezakan adalah darjah keterukannya. Terdapat kajian yang dijalankan
telah membuktikan disleksia desebabkan oleh kromosom 15, 1 dan 16 yang
boleh diperturunkan secara turun-temurun

Biologi
Sejarah kanak-kanak disleksia biasanya adalah semasa dilahirkan tidak cukup
bulan, kekurangan oksigen semasa dilahirkan atau kelahiran yang amat
sukar. Faktor-faktor ini menjadi punca kelambatan atau ketidaksempurnaan
perkembangan. Sebahagian daripada kerosakan otak yang menyebabkan
kanak-kanak ini mengalami masalah belajar dan kerosalan ini minimum

Kematangan
Terdapat kanak-kanak yang lambat perkembangannya pada bahagian
tertentu dalam sisitem saraf. Pada kebiasannya kanak-kanak lelaki lambat
matang daripada kanak-kanak permepuan. Kelewatan kematangan pada
kank-kanak merupakan salah satu kemungkinan punca disleksia

Ciri-ciri Disleksia

Kanak-kanak pra-sekolah :
- Kemahiran bertutur yang lambat dan sukar memahami arahan
- Suka mengganti perkataan dan hiperaktif
- Kemahiran motor kasar dan motor halus yang lemah
- Seringkali terlupa nama benda-benda atau pelajaran yang dipelajari
- Tidak merangkak semasa bayi
- Suka mendengar bacaan tetapi tidak berminat membaca sendiri
- Sifat ingin tahu tinggi, berminat terhadap pekara baru dan suka bertanya
banyak soalan

Kanak-kanak Sekolah Rendah :

6 hingga 9 tahun

- Kemahiran membaca, menulis dan mengeja yang lemah dan suka


menterbalikkan perkataan, huruf dan nombor
- Menggunakan jari untuk mengira dan membaca
- Keliru dengan kiri dan kanan
- Tulisan cermin atau terbalik

9 hingga 12 tahun
- Kesilapan membaca, mengeja dan lemah dalam kefahaman
- Mengambil masa yang panjang untuk menyiapkan latihan
- Kesukaran menyalin maklumat dipapan putih atau buku teks
- Sukar mengikuti arahan lisan yang panjang
- Kelihatan tidak terurus semasa berada dirumah atau sekolah
- Kurang keyakinan dan menghadapi masalah tekanan jiwa

Sekolah Menengah :
- Kesukaran membaca dan terkeliru dengan perkataan dan ejaan yang tidak
konsisten
- Kesukaran menulis karangan
- Keliru dengan nombor-nombor dan arahan oral
- Kesukaran mempelajari bahasa lain
- Lemah dalam kefahaman dan tidak mempunyai ramai kawan
- Jenis orang yang suka senyap
- Bercakap dengan nada yang kuat atau menjerit daripada konsisten
- Kurang kemahiran bersosial

Masalah kanak-kanak yang menghadapi Disleksia

Masalah utama yang dihadapi kanak-kanak disleksia kebanyakanya adalah


dalam proses pembelajaran. Permasalahan ini boleh dikelaskan kepada;

Mengeja
Kelemahan mengeja akan menyebabkan kebolehan untuk menyampaikan
pengetahuan yang diperolehi adalah terhad. Untuk tempoh jangka mas yang
panjang kelemahan dalam proses mengeja akan memberi kesan terhadap
kelemahan membaca. Timbulnya masalah ini adalah berpunca daripada
masalah-masalah awalan seperti terdapatnya kekeliruan dalam mengenal
pasti huruf-huruf seperti;
m w y g j u n m n
cepqhnbd

Terdapat juga kekeliruan dalam membunyikan huruf seperti


thfv

Membaca
Kesukaran ini menghadkan kebolehan kanak-kanak untuk mendapatkan
maklumat daripada rujukan-rujukan yang berkaitan. Secara langsung ianya
akan membuat kanak-kank merasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.
Mereka censerung menterbalikkan perkataan seperti:
Batu tuba Gula - lagu

Selain itu mereka juga melakukan pembalikkan dalam ayat. Contohnya


seperti berikut:
pada masa yang sama dapa masa yang masa

Kekeliruan perkataan antara Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris.


Contohnya seperti berikut :

Bahasa Inggeris dengan Bahasa Melayu

Jam jem cat - cat

Menulis
Kanak-kanak ini juga mengalami kesukaran untuk memindahkan maklumat
ke atas kertas. Mereka juga mengalami kesukaran untuk memegang pensel
dan tidak dapat menulis mengikut garisan yang disediakan. Kanak-kanak ini
juga cenderung menulis perkataan yang pelik-pelik

Bercakap dan mendengar


Terdapat juga diatara mereka yang mengalami kesukaran untuk bertutur.
Mereka juga kelihatan seperti tidak mendengar atau mempedulikkan. Hal ini
berlaku disebabkan kelambatan dalam proses maklimat yang diperolehi.
Mereka juga tidak melakukan atau menyusun sesuatu mengikut susunan.

Nombor
Kanak-kanak ini juga menghadapi kesukaran dalam pembelajaran yang
berkaitan dengan matematik mental. Terdapat kekeliruan terhadap tanda dan
simbol dan suka menterbalikkan nombor yang sama. Contohnya seperti
berikut :
35-89-6

Masalah fizikal, pengurusan diri dan sosial


- Pakaian sentiasa tidak kemas tetapi tidak kotor dan pandai membutangkan
baju, kidal dan pandai mengikat tali kasut
- Kelihatan berminat dalam pelajaran tetapi dilabel pemalas dan kelihatan
bodoh
- Skop penglihatan yang terhad di mana keliru antara depan, belakang, kiri,
kanan,, atas, bawah serta pengamatan yang lemah

Langkah membantu kanak-kanak Disleksia

- Membawa berjumpa dengan pakar pisikologi pembelajaran atau psikologi


klinikal pada peringkat awal bagi tujuan menaganinya
- Membantu kanak-kanak memahami bahawa walaupun dia mungkin berbeza
dalam banyak hal tetapi tetap disayangi.
- Menambah dan menggalakkan sebarang kemahiran istimewa bakat atau
kebolehan semulajadi
- Sentiasa sabar melayani karenah mereka yang mana biasanya kecewa
dengan kegagalan yang berterusan.
- Membacakan cerita untuk anak-anak serta menjadi ahli persatuan sokongan
ibu bapa
- Memberikan bantuan dan latihan pembelajaran sebelum memasuki tadika
- Mengamalkan suasan kasih sayang serta bersikap perihatin dalam
mengekalkan suasana harmoni
- Membuat aktiviti berkeluarga serta memberi bimbingan dalam bidang
akademik
- Memberi kebebasan yang terbatas serta nasihat untuk mengenal identiti
sendiri
- Mengamalkan konsep diri diberi ganjaran atau pujian contohnya bagus,
pandai.

Anda mungkin juga menyukai