Anda di halaman 1dari 1

AKTIVITI KEMAHIRAN BAHASA

Aktiviti 1: Fail Vokal


1. Objektif: Mengecam, membunyikan huruf vokal dan mengaitkan bunyi vokal dengan
gambar.
2. Cara bermain: Individu.
3. Bahan: Fail berplastik lutsinar di dalamnya, kad vokal a, e, i, o, dan u, kad gambar
ayam, epal, ikan, obor dan ular.
4. Pelaksanaan:
- Ajak murid menyusun/memasukkan kad-kad vokal a, e, i, o, dan u dan kadkad gambar
ke dalam fail.
- Pastikan kad vokal disusun bersebelahan dengan kad gambar yang betul, misalnya
kad vokal a disusun sebelah gambar ayam.
- Ajak murid membunyikan huruf vokal dan mengaitkannya dengan gambar, misalnya
vokal a kaitkan dengan gambar ayam, kemudian sebut a a, ayam
- Ulang aktiviti dengan huruf vokal dan gambar lain.
5. Hasil pembelajaran: Murid dapat mengecam dan membunyikan huruf vokal dengan
betul dan mengaitkan bunyi vokal dengan gambar yang bunyinya bermula dengan vokal
itu.

Anda mungkin juga menyukai