Anda di halaman 1dari 3

IKLAN JAWATAN KOSONG

KOLEJ ISLAM SAINS & TEKNOLOGI (KIST)

Selaras dengan perkembangan pesat sebagai Kolej Sains Kesihatan yang


terbesar di Pantai Timur, maka KIST memerlukan kepada sumber manusia yang
dedikasi, proaktif dan penuh komited dalam Jabatan Teknologi Bioperubatan
khususnya bagi Program Teknologi Makmal Perubatan. Kami sedang mencari
calon-calon sepertimana berikut

1. Pensyarah Teknologi Makmal Perubatan (6 kekosongan)

Kelayakan:
i. Ijazah Sarjana Muda Teknologi Makmal Perubatan ATAU
ii. Ijazah Sarjana Muda Sains Bioperubatan ATAU
iii. Diploma Teknologi Makmal Perubatan dengan mempunyai pengalaman
sebagai juruteknologi melebihi 10 tahun dengan sijil advance course

Diskripsi Tugas Umum :


-Merangka dan merancang hala tuju program Diploma Teknologi Makmal
Perubatan, menjalankan tugasan akademik berkaitan pengajaran dan
pembelajaran(P&P),pengendalian kuliah,penilaian dan peperiksaan ,
pengendalian urusan klinikal/praktikal/amali pelajar, melibatkan diri dengan
aktiviti pelajar/program dan menjalankan tugasan yang berkaitan dari masa ke
semasa. Juga bertanggung jawab dalam memantapkan kualiti P&P mengikuti
piawaian yang telah ditetapkan oleh KIST dan MQA.

2. Juruteknologi Makmal Perubatan ( 4 kekosongan )

Kelayakan :
Diploma Teknologi Makmal Perubatan ATAU yang setaraf dengannya.

Diskripsi Tugas Umum :


Penyelanggaraan peralatan makmal ,menginventori peralatan serta bahan di
dalam makmal, menjalankan kalibrasi bagi peralatan-peralatan makmal,
pemberian dan pemantauan keselamatan makmal, membantu pensyarah dalam
aktiviti P&P dan amali yang melibatkan penggunaan makmal,membantu dalam
aktiviti penyelidikan makmal perubatan dan aktiviti-aktiviti lain yang berkaitan.

3. Pengurus Pengawal Keselamatan


Kelayakan:
i.Calon haruslah sekurang-kurangnya memperoleh Professional Certificate,
Diploma, Advanced/Higher/Graduate Diploma, Protective Services &
Management atau mempunyai 2 tahun pengalaman di dalam bidang berkaitan.
ii.Mempunyai pengetahuan dalam OSHA, boleh mengendalikan latihan
keselamatan, berkepimpinan, berfikiran positif, boleh berkomunikasi dan
membentangkan laporan dengan baik, dinamik dan komited terhadap
tugasan/kerja.
iii.Pernah menganggotai pasukan kadet polis/tentera/bomba di peringkat sekolah
menegah/kolej/universiti.
iv.Mahir berbahasa Melayu dan Inggeris.
v.Berumur 25 tahun ke atas dan tidak melebihi 55 tahun
vi.Sihat tubuh badan
vii.Sanggup bekerja lebih masa dan luar kawasan jika diperlukan.

4. Pengurus KIST Graduate Intake

Kelayakan:
i.Calon haruslah sekurang-kurangnya memperoleh Ijazah dalam bidang
pengurusan (pemasaran) dari mana-mana institusi pengajian tinggi yang diiktiraf
oleh kerajaan.
ii.Mempunyai pengetahuan dan pengalaman sekurang-kurangnya 2 tahun dalam
bidang pemasaran.
iii.Mahir berbahasa Melayu dan Inggeris.
iv.Berumur 20 tahun ke atas dan tidak melebihi 55 tahun
iv.Sihat tubuh badan
vi.Sanggup bekerja lebih masa dan luar kawasan jika diperlukan.

CARA MEMOHON:

a) Pemohon boleh mendapatkan borang permohonan perjawatan di ;-


- Kampus Utama Ibnu Sina, Bachok, Kelantan
- Kolej Islam Sains dan Teknologi cawangan Terengganu
- Pejabat KIST Graduate Intake di setiap negeri

b) Bagi pemohon yang tinggal berjauhan dan berminat mengisi kekosongan


jawatan tersebut,
pemohon boleh mendapatkan borang permohonan dengan menghantar sampul
surat beralamat sendiri, bersaiz A4 bersetem RM1.00 dan wang pos atas nama
KOLEJ ISLAM SAINS DAN TEKNOLOGI berjumlah
RM5.00 untuk bayaran wang proses.

c) Pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan daripada tarikh
tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
d) Pemohon mestilah bersedia untuk berkhidmat di mana-mana anak
syarikat KIST GROUP HOLDINGS Sdn.Bhd.

e) Tarikh tutup permohonan adalah 10 Februari 2010

f) Borang permohonan yang telah lengkap diisi berserta


sijil-sijil yang disahkan hendaklah dihantar ke alamat :-

Bahagian Sumber Manusia


KIST Group Holdings Sdn.Bhd.
Lot 4276, Mukim Tanggul & Lot 6739, Mukim Kuala Berang
Batu 23, Jalan Kuala Berang / Kuala Terengganu
21700 Hulu Terengganu
Tel : 09 – 681 7323 Faks : 09 – 681 3323

http://www.kist.edu.my