Anda di halaman 1dari 2

TIP-TIP HAJI & UMRAH

Saya ingin berkongsi pengalaman saya semasa membuat pakej Haji dan Umrah dan semasa lawatan di Mekah
dan Madinah:
O Untuk pengetahuan umum, Umrah bukanlah ibadah untuk orang yang telah berumur (umur mlebihi 55 tahun).
Umrah juga boleh dikerjakan oleh orang Islam yang masih muda. Dari pengamatan saya semasa mengerjakan
Umrah, ramai pasangan muda dan jemaah muda mengerjakan Haji dan Umrah. Jika ada kelapangan waktu dan
simpanan kewangan yang lebih, adalah lebih baik untuk beribadah semasa umur masih muda dan keizinan
kesihatan yang baik.
O Untuk mengerjakan Umrah, tiada tempoh minima yang ditetapkan tetapi tempoh maksimum yang diberikan oleh
Kemanterian Haji Saudi kebiasaannya adalah satu bulan (Visa Umrah). Untuk melengkapkan ibadah Umrah,
adalah dinasihatkan supaya jemaah menziarahi Maqam Rasullullah SAW. Oleh yang demikian, perjalanan Umrah
akan termasuk Madinah dan Mekah. Bilangan hari yang paling minima (selesa) adalah 3 malam di Madinah dan 3
malam di Mekah. Dalam tempoh minima itu, jemaah akan sempat menziarahi lokasi bersejarah di Madinah dan
Mekah. Untuk melakukan ibadah Umrah yang lebih singkat (minima) ia akan tertakluk kepada waktu penerbangan
dan kekosongan tempat duduk. Jangka waktu pakej Umrah adalah diantara 12 hari dan 15 hari.
O Permohonan Visa Umrah selalunya akan di buka pada bulan February/March sehingga bulan July (sebelum
bulan Ramadhan). Proses untuk mendapatkan Visa Umrah adalah dalam jangkamasa 1 bulan, tertakluk kepada
semua maklumat adalah lengkap. Agensi pelancongan akan memasukkan maklumat setiap jemaah ke dalam
Sistem Enjazid (Kementerian Haji Saudi). Kejayaan untuk mendapatkan Visa Umrah adalah tertakluk kepada 'The
Royal Embassy of Saudi Arabia'.
O Sebelum mengerjakan Haji atau Umrah, jemaah dinasihatkan untuk melakukan senaman ringan. Senaman
seperti berjalan dan berlari akan menambahkan stamina anda. Latihan sebegini adalah bagus kerana semasa di
Madinah dan Mekah, jemaah akan banyak menunggu, Dengan adanya kekuatan fizikal, jemaah boleh melakukan
ibadah dengan tenang dan lebih sempurna.
O Untuk melakukan ibadah Haji dan Umrah, jemaah perlu makan untuk mendapat tenaga. Elakan dari memakan
makanan yang pedas dan berminyak kerana ia akan mengganggu sistem usus. Tanda dan tempat mengambil
wudhu terletak di luar kawasan Masjid dan selalunya, Masjid akan di penuhi jemaah pada setiap solat Fardhu.
Untuk Jemaah Haji, Tandas adalah terhad di Arafah dan Mina. Oleh yang demikian, makan makanan seimbang
semasa beribadah.
O Perbanyakkan minum air semasa cuaca panas, dan makan buah-buahan untuk mengelakkan dari kekurangan
air di dalam badan. Untuk kaum wanita yang datang haidh, elakkan dari memakan buah atau jus oren dan limau.
O Digalakkan membawa Ihram tambahan. Ihram doleh di beli di Madinah dan Mekah, tetapi lebih elok untuk
membawa Ihram tambahan kerana harga dan saiz berbeza.
O Jika anda a berkesempatan untuk pergi ke Masjid. Cuba pergi lebih awal, satu jam lebih awal (kalau boleh)
kerana untuk mengelakkan dari kesesakan. Jika dapat menghadirkan diri lebih awal, ambilalah peluang untuk
mendirikan Solat Sunat di tempat yang selesa dan sesuai di dalam Masjid.
O Sebelum berangkat untuk mengerjakan Haji atau Umrah, adalah baik jika jemaah mempelajari Solat Jenazah.
Solat Jenazah dilakukan hampir setiap waktu di Makah dan Madinah.
O Jika ingin mendirikan Solat di depan Kaabah, lakukan Tawaf Sunat selepas Adzhan. Sebelum Bilal qamat,
perhatikan jemaah akan membuat saf-saf mengelilingi Kaabah. Ketika ini sedikit tolak-menolak diantara jemaah
akan berlaku untuk membetulkan saf. Apabila Solat dimulakan, anda akan berada paling dekat dengan Allah.
Selepas solat, jika sunat tawaf belum selesai, sambung sahaja tawaf sunat anda. Kalau berkesempatan, cubalah
sekali, anda tidak akan kecewa. Waulahualam.
O Wanita dibolehkan pegi ke Masjid pada Solat Jumaat, tetapi ia hanya dikira sebagai Sunat. Tetapi Solat Jumaat
adalh wajib bagi lelaki. Oleh yang demikian, diharapkan jemaah wanita dapat memberi peluang dan ruang kepada

Anda mungkin juga menyukai