Anda di halaman 1dari 17

Topik 3: Etika

Keusahawanan

Konsep Keberkatan Dalam


Perniagaan

Pengenalan

Keusahawanan dari perspektif Islam


boleh didefinasikan sebagai aktiviti
pekerjaan yang diusahakan secara
perniagaan oleh seseorang sama ada
dengan menghasilkan sesuatu barangan
atau perkhidmatan bagi memperoleh
rezeki yang halal dengan cara yang tidak
bertentangan dengan syariah.

Islam memandang tinggi kepada


aktiviti keushawanan, aktiviti
keusahawanan termasuklah bidang
perniagaan, penghasilan,
pengedaran, pertanian dan
perkilangan. Rasulullah SAW ialah
seorang peniaga sebelum menjadi
rasul.

Islam melihat bidang keusahawanan


boleh menyumbang kepada sumber
ekonomi dan kekayaan individu bagi
menyara sumber ekonomi dan
kekayaan individu bagi menyara
kehidupan sehariannya. Rasulullah
bersabda sesungguhnya 9/10
daripada sumber rezeki terdapat
dalam perniagaan.

Bidang keusahawanan dalam


perspektif Islam termasuk dalam
fardu kifayah. Ini bererti
tanggungjawab usahawan adalah
besar kerana berniaga adalah suatu
kewajipan.

3.2 Etika Keusahawanan

Ajaran Islam yang syumul tidak


mengetepikan pentingnya perniagaan
dalam kehidupan manusia.
Dalam Islam, panduan khusus untuk
menjalankan perniagaan digariskan
agar perniagaan dijalankan mengikut
etika Islam. Antara panduan tersebut
ialah:

3.3.1. Pematuhan terhadap kontrak

Ushawan perlu patuh kepada kontrak


yang dimeterai. Islam berpegang
teguh kepada sikap menunaikan janji
dan nilai-nilai mulia seperti
kebenaran, kejujuran dan amanah.
Manusia wajib mematuhi perintah
Allah SWT.

3.3.2. Penipuan dan salah taksir


iklan

Usahawan ditegah membuat penipuan


dalam pengiklanan. Bagaimanapun,
kerap terjadi barangan yang dijual
berbeza atau tidak menepati sifat
seperti yang diiklankan.
Kadangkala iklan yang disiarkan dalam
media mengelirukan pengguna.

Dalam etika Islam, perkara ini jelas


dilarang.

3.3.3. Timbangan yang tepat

Usahawan perlu sentiasa membuat


timbangan atau ukuran yang tepat
apabila melakukan urusan perniagaan.
Usahawan yang tidak jujur dan menipu
timbangan untuk mendapatkan
untung yang lebih adalah ditegah
dalam ajaran Islam.

Dalam Al-Quran, Allah SWT


memerintahkan agar timbangan
dilakukan dengan tepat.

3.3.4. Larangan menyorokkan barang

Amalan menyorokkan barang untuk


tujuan mendapatkan untung apabila
harga naik atau apabila masyarakat
kekurangan barang merupakan
eksplaotasi kepada masyarakat dan
pengguna.
Perbuatan ini jelas bertentangan dengan
ajaran Islam. Peniaga seperti ini masuk
dalam golongan yang bersifat bakhil dan
tamak.

3.3.5 Penghapusan keluaran yang


berlebihan
Usahawan tidak dibenarkan membazir
dan merosakkan barangan yang
dihasilkan.
Islam melarang perbuatan ini kerana
barangan dan sumber adalah milik Allah
SWT dan manusia adalah pemegang
amanah.
Manusia sepatutnya mencari jalan
untuk menggunakan kelebihan tersebut

3.3.6 Perniagaan melibatkan riba


Usahawan Muslim ditegah daripada
terlibat dengan amalan riba dalam
perniagaannya.
Terdapat pelbagai alternatif dalam
kaedah muamalat yang boleh
dilaksanakan untuk mengelakkan
riba.

3.3.7 Amalan pengambilan pekerja


Usahawan perlu menguruskan sumber
manusia secara yang terbaik.
Pengambilan pekerja haruslah
dilakukan dengan adil, iaitu orang
yang diambil boleh melakasanakan
tanggungjawab dan bersikap adil
terhadap tugas yang diamanahkan
kepadanya.

3.3.8. Bersikap adil kepada pekerja


Tanggungjawab organisasi adalah
untuk menjaga kebajikan perkerja,
memberi gaji yang setimpal dan
menyediakan tempat kerja yang baik.
Dalam hal ini, usahawan perlulah
melayani setiap pekerjanya dengan adil
tanpa mengira warna kulit atau rupa.
Perkara ini penting dilakukan agar
usahawan Muslim tidak mengetepikan
tuntutan agama.

3.3.9 Penjagaan alam sekitar


Usahawan tidak harus menjalankan
perniagaan untuk memaksimumkan
keuntungan semata-mata tanpa
memikirkan tanggungjawab sosial
dan penjagaan alam sekitar.
Alam semulajadi ialah anugerah Allah
SWT yang tidak wajar dirosakkan.

Anda mungkin juga menyukai