Anda di halaman 1dari 2

HUKUM SOLAT YANG DITINGGALKAN KERANA MALAS DAN LALAI

Soalan : Adakah kita perlu mengqada solat yang tertinggal dengan sengaja, malas dan cuai? Bagaimana
dengan solat yang ditinggalkan semenjak aqil baligh? Apakah kita hanya dituntut supaya bertaubat dan tidak perlu
mengqadanya?
Jawapan:
Firman Allah SWT:




Maksudnya: Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman,
yang tertentu waktunya.
(Surah al-Nisa: 103)
Ayat ini menunjukkan bahawa solat fardhu menjadi kewajipan orang Islam dan mempunyai waktunya yang telah
ditetapkan.
Sebelum saya menjawab permasalahan ini, suka dinyatakan berkenaan dengan hukum meninggalkan solat.
Pengarang al-Fiqh al-Manhaji menyebut: Orang yang meninggalkan kerana mengingkari hukum wajibnya atau
sengaja mempersendakannya akan menjadi kafir dan terkeluar daripada agama Islam.
Pihak pemerintah wajib menyuruhnya bertaubat dan tidak boleh membiarkannya demikian sehingga dia bertaubat
dan kembali mendirikan solat. Jika dia terus mengingkarinya, dia akan dihukum bunuh sebagai seorang murtad dan
mayatnya tidak boleh dimandikan, dikafankan dan disembahyangkan. Juga tidak harus dikebumikan di tanah
perkuburan orang Islam kerana dia bukan lagi di kalangan mereka.
Sementara orang yang meninggalkan solat kerana malas tetapi masih meyakini hukum wajibnya, pihak pemerintah
hendaklah memaksanya mengqadakan solat dan bertaubat daripada kesalahan meninggalkannya. Jika masih ingkar
untuk mengqadanya, maka dia wajib dihukum bunuh mengikut hukuman yang disyariatkan atas orang Islam yang
melakukan maksiat. Hal ini kerana hukuman ke atas orang yang meninggalkan perkara fardhu adalah wajib diperangi
tetapi selepas dibunuh dia masih dianggap seorang Islam. Oleh itu, jenazahnya, pengebumian dan pembahagian
hartanya hendaklah diuruskan menurut syariat Islam.
Berkenaan dengan soalan di atas, pendapat yang masyhur dalam Mazhab Syafie hendaklah diqadakan solat yang
telah ditinggalkan walaupun bukan dengan sebab tertidur atau lupa. Ini kerana hutang Allah SWT lebih utama
dibayar. Berkenaan dengan solat yang ditinggalkan semenjak aqil baligh, maka hendaklah diqada semampu yang
mungkin walaupun secara beransur-ansur sehingga selesai, di samping bertaubat kepada Allah SWT. Mereka
hendaklah menghitung solat yang ditinggalkan dengan ghalib zan atau yakin supaya dapat diqadakan semua solat
yang pernah ditinggalkan.
Walaupun begitu kita yakin dengan sifat keampunan Tuhan dan penerimaan taubatnya di samping beriman dengan
firman Allah SWT:

Maksudnya: Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.
(Surah al-Baqarah: 286)

Berkenaan dengan qada amalan sunat hukumnya sunat, seperti yang pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW.
Adapun taubat juga perlu tetapi tidak memadai dengannya sahaja, mesti diqada juga berdasarkan arahan Rasulullah
SAW.
Akhukum fillah,
Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan
DITERBITKAN DI DALAM IRSYAD FATWA -muftiwp.gov.my

Anda mungkin juga menyukai