Anda di halaman 1dari 7

Siapakah kanak-kanak Pemulihan Khas?

Ini adalah antara definisi kanak-kanak pemulihan khas yang saya ambil
daripada koleksi jurulatih utama negeri, dari internet dan bacaan saya :
kanak-kanak pemulihan adalah kanak-kanak yang mempunyai intelek dan kecerdasan
yang rendah juga kurang berkebolehan menerima pendidikan biasa.
-AE TANSLEY DAN R.CULLIFORD-

kanak-kanak pemulihan ialah kanak-kanak yang kurang taakul, kurang berkemampuan


membuat sesuatu keputusan atau kesimpulan dan kurang memahami tentang perkaraperkara yang agak abstrak.
-M.FCLOUGH-

kanak-kanak yang gagal menerima pelajaran dan mereka ini berkemampuan mempunyai
kecerdasan yang tinggi, yang sederhana dan di bawah paras sederhana. Kita tidak
masukkan kategori kanak-kanak yang terlalu lemah (mentally retarded).
-SHARIFAH RAHMAH ALI-

ciri2 kanak2 pemulihan


Pengenalan
Di dalam sistem pendidikan di Malaysia, Pendidikan pemulihan khas bermaksud satu
perkhidmatan yang diadakan khusus untuk murid-murid yang menghadapi kesulitan
pembelajaran khususnya dalam menguasai satu-satu kemahiran membaca, menulis dan mengira
(3M). Program pemulihan khas ini juga dirangka khusus dan di ruang yang khusus untuk
membantu murid menguasai kemahiran-kemahiran asas tersebut yang belum dikuasai dalam
tempoh masa yang telah ditetatapkan.
Definisi Kanak-Kanak Pemulihan.
Menurut Sharifah Rahmah Ali, kanak-kanak yang gagal menerima pelajaran dan mereka
ini berkemampuan mempunyai kecerdasan yang tinggi, yang sederhana dan di bawah paras
sederhana. Kita tidak masukkan kategori kanak-kanak yang terlalu lemah (mentally retarded).
Selain itu menurut M.F Clough pula kanak-kanak pemulihan ialah kanak-kanak yang kurang
taakul, kurang berkemampuan membuat sesuatu keputusan atau kesimpulan dan kurang
memahami tentang perkara-perkara yang abstrak. Manakala bagi AE Tansley dan R. Culliford

pula kanak-kanak pemulihan adalah kanak-kanak yang mempunyai intelek dan kecerdasan yang
rendah dan juga kurang berkebolehan menerima pendidikan biasa.
Ciri-Ciri Kanak-kanak Pemulihan.
1. Emosi dan tingkah laku.
1.1 perasaan risau dan rendah diri.
1.2 perasaan sedih, hiba atau duka.
1.3 perasaan cepat bosan atau jemu terhadap pelajaran.
1.4 perasaan takut akan perkara-perkara baru.
1.5 degil dan tidak patuh kepada peraturan dan suka melawan.
2. Sosial.
2.1 Gelisah dan selalu bergerak di dalam darjah serta mengganggu kawan-kawan.
2.2 Murid-murid lain benci kepadanya.
2.3 Banyak perangai ganjil seperti menghisap atau menggigit jari.
2.4 Selalu tidak hadir ke sekolah dengan pelbagai alasan.
2.5 Bohong dan kadang-kadang mencuri.
3. Kesihatan.
3.1 Lemah tubuh badan serta kurang zat makanan.
3.2 Pertumbuhan tubuh badan tidak seimbang (gemuk/kurus).
3.3 Tumpuan perhatian terhad.
3.4 Lemah gerak motor kasar dan halus.
3.5 Kesihatan terganggu seperti selalu sakit, sakit terlalu lama dan teruk.
4. Kesediaan Belajar.
4.1 Belum bersedia untuk belajar.
4.2 Perbendaharaan kata kurang.

4.3 Lemah pemahaman.


4.5 Kurang percaya terhadap diri sendiri.
5. Pengamatan.
5.1 Tidak boleh kenal bentuk atau perbezaan turutan.
5.2 Lemah pendengaran bunyi.
5.3 Keliru terhadap konsep ruang dan mencari arah.
5.4 Lambat mengkelaskan benda.
5.5 Kesukaran mengaitkan pelajaran yang lama dengan yang baru.
5.6 Tidak dapat menyelesaikan masalah.
5.7 Sukar membuat kenyataan am.
5.8 Sukar ambil bahagian dalam permainan dan tidak faham undang- undang.
5.9 Tidak dapat membuat kerja-kerja kreatif.
5.10 Lemah pergerakan dan perbuatan.
5.11 Lemah daya pemikiran.
5.12 Tidak boleh mengingat kembali.
Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Perkembangan Kanak-Kanak Pemulihan.
a. Perkembangan dan kematangan jasmani, emosi, intelek, dan sosial yang bermasalah.
b. Makanan dan pemakanan yang tidak sempurna.
c. Baka yang cacat.
d. Alam sekitar yang tidak mencabar akal atau rencat budaya.
e. Salah diasuh atau diajar.
f. Kesediaan untuk belajar lewat, dan pengajaran diberi sebelum berlakunya kesediaan.
g. Otak yang tidak berfungsi dengan betul dan sempurna.

h. Kecacatan sejak dilahirkan atau di sebabkan oleh kecelakaan dan pelbagai sebab lain.
Kesimpulan.
Dengan mengetahui dan memahami ciri-ciri kanak-kanak pemulihan ini ianya akan dapat
memberi manfaat kepada semua pihak teruatamanya guru-guru demi membantu murid-murid
yang menghadapi masalah penguasaan asas 3M seterusnya dapat merealisasikan satu program
pendidikan yang disediakan untuk murid yang mengalami masalah dalam penguasaan kemahiran
3M yang kompleks disebabkan oleh faktor persekitaran yang dijalankan oleh guru yang khusus,
di ruang yang khusus.
Bibliografi.
1. Syed Abu Bakar Syed Akil, Bimbingan Khas Perkhidmatan Pendidikan Pemulihan.
Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. 1997.
2. Buku Panduan Program Pemulihan Khas Tahap 1, Jabatan Pendidikan Khas,
Kementerian Pelajaran Malaysia.
3. Jamilah Ahmad, Panduan Pengajaran Pemulihan Bahasa Melayu. Fajar Bakti Sdn. Bhd.,
Shah Alam, Selangor. 1999.
4. http://www.moe.gov.my/jpkhas/images/muatturun/Garis_Panduan.pdf

Ciri-ciri Kanak-kanak Pemulihan Khas


a) Emosi dan tingkah laku
Perasaan risau dan rendah diri
Perasaan sedih atau hiba atau duka
Perasaan cepat bosan atau jemu terhadap pelajaran
Perasaan takut akan perkara-perkara baru
Degil, tidak patuh kepada peraturan-peraturan dan suka melawan

b) Sosial
Gelisah dan selalu bergerak di dalam darjah serta mengganggu kawan-kawan.
Murid-murid lain benci kepadanya
Banyak perangai ganjil seperti menghisap atau mengigit jari

Selalu tidak hadir ke sekolah dengan berbagai-bagai alasan


Berbohong dan kadang-kadang mencuri

c) Kesediaan belajar.
Belum bersedia untuk belajar
Perbendaharaan kata kurang
Lemah Pemahaman
Kurang percaya terhadap diri sendiri

d) Kesihatan
Lemah lembut badan serta kurang zat makanan
Pertumbuhan tubuh badan tidak seimbang
Tumpuan perhatian terhad
Lemah gerak motor kasar dan halus
Kesihatan terganggu seperti selalu sakit terlalu lama dan teruk

e) Pengamatan
Tidak boleh kenal bentuk atau perbezaan turutan
Lemah pendengaran bunyi
Keliru terhadap konsep ruang dan mencari arah
Lambat mengkelaskan benda/ nombor
Kesukaran mengkaitkan pelajaran yang lama dengan yang baru
Tidak dapat menyelesaikan masalah
Sukar ambil bahagian dalam permainan dan tidak faham undang-undang
Sukar buat kenyataan am
Tidak dapat membuat kerja-kerja kreatif

Lemah pergerakan dan perbuatan


Lemah daya pemikiran
Tidak boleh mengingati kembali

CIRI-CIRI KANAK-KANAK PEMULIHAN KHAS


EMOSI DAN TINGKAHLAKU
1.Perasaan rendah diri
2.Perasaan risau
3. Sedih / hiba / duka
4. Cepat bosan / jemu terhadap pelajaran
5. Takut dengan perkara baru
6. Degil, tidak patuh arahan
7. Pasif
8. Malas

SOSIAL
1. Gelisah tidak selesa dengan guru atau rakan
2. Lemah / kurang interaksi dengan rakan.
3.Gemar menghisap atau menggigit jari / kuku.
4.Selalu tidak hadir ke sekolah dengan
pelbagai alasan.
5.Selalu menangis - enggan masuk kelas.
6.Hyper aktif selalu bergerak dan menganggu
kawan.

KESIHATAN
Lemah tubuh badan serta kurang zat makanan.
2.Tumbesaran tubuh badan tak seimbang
(gemuk/kurus)
3.Tumpuan perhatian terhad- masalah
penglihatan.
4. Lemah gerakan moto-kasar dan halus.
5. Kesihatan terganggu - seperti selalu sakit,
sakit terlalu lama dan teruk.
6. Kurang menjaga kebersihan diri.

KESEDIAAN BELAJAR
1. Belum bersedia untuk belajar.
2. Kurang perbendaharaan kata.
3. Lemah pemahaman.
4.Kurang keyakinan diri dan rangsangan.
5.Kurang matang IQ tidak seimbang dengan
umur hayat.

PENGAMATAN
1.Tidak kenal perbezaan bentuk, saiz,
warna dan turutan.
2. Lemah pendengaran bunyi dan rentak.
3. Keliru konsep ruang dan mencari arah.
4. Lambat mengkelas benda.
5. Kesukaran menghubungkaitkan pelajaran yang lama
dengan yang baru.
6. Tidak dapat menyelesaikan masalah
7.Sukar ambil bahagian dalam permainan,
tidak faham undang-undang.
8. Tidak kreatif.
9. Lemah pergerakan dan perbuatan.
10. Lemah daya pemikiran.
11. Tidak boleh / lemah ingat kembali

Anda mungkin juga menyukai