Anda di halaman 1dari 5

TEKNOLOGI KEJURULATIHAN

QCU3043

LAPORAN PENGGUNAAN ALATAN

Alatan :

Gambar 1 : GoPro

Kegunaan
Kamera GoPro merupakan sebuah kamera video yang mampu merakam video serta gambar
yang sangat cantik dengan kualiti berdefinisi tinggi HD.
GoPro sememangnya terkenal dengan kestabilan imej yang dirakam dalam kelajuan tinggi
dan keadaan tidak stabil serta amat sesuai digunakan bagi merakamkan aktiviti di udara,
mahupun di dalam air.

GoPro biasa digunakan untuk merakam video atau mengambil gambar dalam aktiviti-aktiviti
sukan lasak seperti kayak, motosikal lasak, payung terjun, snowboarding, water ski dan
sebagainya kerana saiz kameranya yang kecil, tahan lasak dan kalis air.

Prosedur
Langkah satu :

Pastikan bateri berada didalam kamera dan telah di cas sepenuhnya.


Letakan kamera didalam housing (penggunaan housing akan menyebabkan kualiti
gambar sedikit terjejas)

Langkah 2 : On/Off

Untuk menghidupkan kamera tekan butang FRONT sekali.


Untuk menutup aplikasi tekan dan terun menekan butang FRONT selama 4 saat
sehingga lampu merah mula menyala dan berkelip.

Langkah 3 : Konfigurasi

Tukarkan kamera kepada mode ON


Tekan butang FRONT sekali untuk memulakan langkah navigasi antara mode.
Teruskan menekan butang ONCE sehingga perkataan SET terpapar di skrin
Apabila anda melihat perkataan SET terpapar di skrin,tekan butang TOP.
Kemudian anda akan lihat ON terpapar di skrin, tekan butang ONCE sekali lagi.
Pilih F untuk video atau P untuk gambar

Langkah 4 : Rakam Gambar Setiap X Saat

Untuk merakam gambar setiap X saat, pergi ke setting dan pilih P.


Kemudian, tekan butang FRONT sehingga kelihatan P X number di skrin. X
number bermaksud berapa banyak gambar yang akan dirakam antara setiap saat.
Itu sahaja yang di perlukan untuk menetapkan konfugurasi gambar.
Kemudian, untuk mengambil gambar, hidupkan kamera ke mode ON, tekan butang
FRONT sehingga kelihatan icon kecil berbentuka kamera berkelip di bahagian atas
kiri penjuru skrin.

Langkah 5 : Merakam Video

Untuk merakam video, tukarkan kamera kepada mode ON dan tekan butang yang
berada diatas sekali sehingga rakaman bermula, dan tekan sekali lagi untuk
menghentikan rakaman. Nombor yang kelihatan di skrin merupakan bilangan file
yang berada didalam SD kad.
Untuk mengubah resolusi, pergi ke setting,dan tekan F to memasukan video
setting.rX akan kelihatan di skrin anda. Nombor X mewakili resolusi, dan perincian
bagi setiap mode video berada di belakang kamera :
r1: WVGA @ 60 fps
r2: 720p @ 30 fps
r3: 720p @ 60 fps
r4: 920p @ 30 fps
r5: 1080p @ 30 fps

Pilih resolusi yang dimahukan


Seterusnya, akan kelihatan CnT atau SPt di skrin, CnT adalah untuk menetapkan
pededahan gambar secara keseluruhan manakala SPt bermaksud untuk menetapkan
absolute center pada skrin.
Pilih salah satu
Kemudian anda akan lihat UP atau UPd di skrin. UP bermaksud rakaman secara
normal manakala UPd bermaksud rakaman secara upside
Itu sahaja yang diperlukan untuk konfigurasi rakaman video.

Langkah 6 : Merakam Gambar Dalam 1 Klik

Untuk mengambil 1 gambar, tukarkan kamera kepada mode ON, navigasikan dengan
menekan butang dihadapan kamera sehingga kelihatan kelipan kecil pada icon kamera
pada bahagian atas kiri kamera.

Maklumat Penggunaan
Nama atlit

: Nicholas Garaman Abas

Tempat: Gimnasium, UPSI


Tarikh

Masa

: 11.00 pagi

Cuaca

: Cerah

Keputusan
Keputusan Analisis
KEMAHIRAN
Servis
Servis Yang Dibalas
Pukulan Smash
Pukulan Jumping Smash
Pukulan Forehand
Pukulan Overhead Forehand
Pukulan Backhand
Pukulan Overhead Backhand

BERJAYA / JUMLAH KESELURUHAN


8/8
3/3
3/3
1/1
2/3
3/4
3/4
2/2

Analisa Penggunaan
Berdasarkan penggunaan alat teknologi ini, dapat merekodkan permaianan badminton pemain
secara keseluruhan. Dengan menggunakan alat ini, dapat disimpulkan bahawa, pemain telah
menggunakan beberapa kemahiran seperti servis, backhand, forehand, backhand overhead,
forehand overhead, smash dan juga jumping smash. Berdasarkan keputusan yang telah
dicatatkan, subjek telah menggunkaan kesemua kemahiran dalam badminton semasa rakaman
ini dijalankan. Servis yang berjaya dibuat oleh subjek adalah sebanyak 2 kali dan berjaya
masuk ke kawasan petak service. Servis dari pihak lawan yang berjaya di ambil oleh subjek
adalah sebanyak 3 kali tetapi 1 servis tidak berjaya. Subjek lebih banyak menggunakan
kemahiran backhand overhead dengan pukulan sebanyak 7 pukulan dan kesemuanya berjaya.
Pukulan backhand pula dilakukan sebanyak 3 kali tetapi 1 pukulan keluar kawasan
gelangang. Pukulan forehand berjaya dilakukan sebanyk 2 kali. Subjek juga menggunakan
kemahiran forehand overhead sebanyak 1 kali dan berjaya. Subjek juga telah melakukan
smash sebanyak 1 kali dan berjaya memberi mata kepada pasukan. Jumping smash yang
dilakukan sebanyak 2 kali hanya berjaya member satu mata manakala yang baki telah
menyebabkan bulu tangkis keluar darai gelanggang.
(e.g., kadar nadipurata, % hantaran sempurna, kekuatan otot, kelenturan).

Komen/Cadangan:

Merupakan satu alat yang sangat praktikal dan boleh digunakan oleh jurulatih bagi
melihat perkembangan dan menilai prestasi atlet yang dilatih.
Kamera terlalu besar boleh mengganu sesi latihan atlet.
Kedudukan kamera di bahagian kepala kadang kala membuatkan atlet berasa tidak
selesa.

Strengths/Kekuatan :

Boleh merakam video dan mengambil gambar Dalam pelbagai situasi seperti di udara
dan juga di dalam air.
Kamera GoPro ni juga boleh dikawal dari jauh menggunakan remote wifi, dan boleh
juga dengan menggunakan aplikasi iOS serta Android.
Dapat melihat rakaman secara menyeluruh kepada cara permainan atlet/ pasukan
Merupakan salah satu tenknologi yang unggul.

Weaknesses/Kelemahan :

Kamera GoPro yang diletakkan di badan akan membuatkan atlet berasa tidak selesa.
Atlet mungkin berlakon kerana mengetahui dirinya sedang dirakam.
Merupakan satu alat yang agak mahal.
Tidak mudah di dapati di pasaran.

Opportunities/Peluang :

Dapat digunakan untuk pelbagai acara sukan malah juga bagi acara renang.
Penggunaannya kamera dapat digunakan secara meluas, tidak hanya untuk tujuan
kajian.
Merupakan satu teknologi baru dan dapat di kembangkan kedunia sukan untuk
kegunaan jurulatih bagi meningkatkan prrestasi dan melihat perkembangan atlet.

Threats /Halangan :

Harga yang agak mahal


Tidak mudah didapati
Penggunaan alat yang tidak mesra pengguna

Anda mungkin juga menyukai