Anda di halaman 1dari 2

PROGRAM GURU PEMBANTU LINUS

SK.KAMPUNG SENAU 2014


PENGENALAN:
Program Guru Pembantu ini adalah program yang diilhamkan daripada Program J-Qaf yang
dilaksanakan di sekolah ini 7 tahun yang lepas. Program pemulihan di dalam kelas yang dijalankan
oleh guru j-Qaf inilah yang menimbulkan ilham untuk melaksanakan program ini. Kami pihak
jawatankuasa Linus SK.Kampung Senau telah menyerapkan penendalian program ini ke dalam kelas
Linus bagi mata pelajaran Bahasa Melayu ( Literasi) dan Matematik (Numerasi) bagi kelas tahun 1,2
dan 3.
Tujuan utama program ini dijalankan adalah untuk memudahkan tumpuan dan kawalan kelas
semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Tambahan pula, dalam menjalankan program
Linus di dalam kelas seseorang guru itu terpaksa membahagikan masa untuk melaksanakan proses
pengajaran dan pembelajaran dalam 2 kumpulan utama iaitu kelas Perdana dan Linus. Keadaan ini
memyebabkan bebanan kepada guru kedua-dua mata pelajaran tersebut. Dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran tersebut memang tidak dapat dielakkan ada kalangan kumpulan murid yang terbiar dan
kurang perhatian daripada guru berkenaan. Menyedari keadaan ini, maka timbullah idea untuk
melaksanakan program ini oleh pihak jawatankuasa Linus yang sebenarnya juga adalah selaku guru
yang mengajar kelas tersebut untuk mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik Tahun 1,2 dan 3.
OBJEKTIF PROGRAM:
1. Membantu guru dalam mengawal kelas dan supaya sesi pengajaran dan pembelajaran dalam
kelas akan menjadi lebih sempurna dan murid-murid dapat layanan yang sama rata.
2. Supaya tumpuan perhatian guru untuk mengajar murid-murid Linus lebih mendalam kerana
ada guru pembantu untuk membantu mengawal kelas dengan memantau murid-murid yang
lain semasa guru mata pelajaran tersebut mengadakan sesi kelas Linus atau sebaliknya.
3. Mengurangkan bebenan tugas mengajar guru Linus yang terpaksa menjalankan sesi
pengajaran dan pembelajaran mengikut tahap penguasaan murid dalam kelas sekaligus
menggelakkan pelajar perdana diketepikan.
4. Mewujudkan kerjasama dan sikap bertanggungjawab dikalangan guru untuk membantu dan
bersama membimbing pelajar yang lemah ini.
CARA PENGENDALIAN
Guru pembantu ini telah ditetapkan secara pilihan sendiri/ suka rela mengikut kesesuaian
masa rehat guru tersebut (Jadual dikepilkan)
Guru mata pelajaran (Bahasa Malaysia dan Matematik) akan menentukan guru pembantu
ini akan mengajar kumpulan mana yang guru tersebut ingin/maklumkan dan guru tersebut
akan menyediakan bahan untuk guru pembantu tersebut mengajar atau membimbing
kumpulan yang dibantunya.
Guru pembantu akan masuk pada masa kedua setiap kali guru mata pelajaran tersebut
mengajar iaitu pada masa aktiviti kumpulan dijalankan
Berikut adalah pembahagian guru pembantu mengikut mata pelajaran:

BAHASA MALAYSIA
JBR
SBH
HBY
IRWAN
MFS
SHARIL

MATEMATIK
SBY
NMK
ZBM
SAW
NBA
HBR

KESIMPULAN:
Diharapkan dengan adanya khidmat guru pembantu dalam kelas ini akan dapat sama-sama
membantu guru mata pelajaran tersebut untuk lebih memberi tumpuan kepada murid LINUS di dalam
kelas tersebut. Untuk program ini, guru pembantu adalah fleksible, guru membantu boleh memilih
untuk mengajar kumpulan Pedana atau Linus. Sementara guru pemulihan boleh bertindak sebagai
fasilitator dan pembekal bahan untuk sesi pengajaran guru pembantu. Harapan dengan adanya
program ini sasaran SK.Kampung Senau untuk mendapatkan O Linus akan tercapai.