Anda di halaman 1dari 19

Intervensi Matematik Murid

Disleksia
Disediakan oleh:
Tan Meng Li
Tenh Ching Ling

Kaedah Kooperatif

Kaedah kooperatif merujuk kepada kaedah pengajaran yang memerlukan murid dari
pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat
yang sama.

Sasaran adalah tahap pembelajaran yang maksimum bukan sahaja untuk diri sendiri,
tetapi juga untuk rakan-rakan yang lain.

Lima unsur asas dalam pembelajaran koperatif adalah:

saling bergantung antara satu sama lain secara positif,

saling berinteraksi secara bersemuka,

akauntabiliti individu atas pembelajaran diri sendiri,

kemahiran koperatif,

pemprosesan kumpulan

Kaedah Kooperatif

Ganjaran diberi kepada individu dan kumpulan dalam pelaksanaan kaedah ini.
Individu dalam kumpulan dikehendaki menunjukkan kefahaman masingmasing dan memainkan peranan berbeza bergilir-gilir.

Kemahiran sosial dan pemprosesan kumpulan digalakkan. Beberapa cara


pembelajaran koperatif telah diperkembangkan oleh tokoh-tokoh pendidikan,
misalnya :

Jigsaw,

TGT (teams-games-tournaments),

STAD (Students Teams- Achievement Division),

Belajar Bersama (Learning together),

Meja Bulat (Round Table)

Kaedah Kooperatif

Pengajaran sebaya memainkan peranan yang sangat penting menurut cara


Belajar Bersama. Dalam cara ini, pembahagian tugas diagihkan di kalangan
murid dalam kumpulan pelbagai kebolehan. Bahan pembelajaran dipecahkan
kepada topik-topik kecil. Setiap murid diagihkan tugas untuk mempelajari
satu topik kecil. Setelah menguasai topik kecil sendiri, murid akan mengajar
rakan-rakan lain dalam kumpulannya sehingga semua ahli kumpulan
menguasai semua topik kecil itu. Selepas itu satu aktiviti dijalankan untuk
menguji sama semua ahli kumpulan berjaya memahami dan menyempurnakan
tugasan yang diberi.

Kaedah kooperatif menggalakkan murid berinteraksi secara aktif dan positif


dalam kumpulan.

Ini membolehkan perkongsian idea dan pemeriksaan idea sendiri dalam


suasana yang tidak terancam, sesuai dengan falsafah konstruktivisme.

Kaedah Kontekstual

Kaedah kontekstual iaitu kaedah yang dibentuk berasaskan maksud


kontekstual itu sendiri, seharusnya mampu membawa pelajar ke matlamat
pembelajaran isi dan konsep yang berkenaan atau relevan bagi mereka, dan
juga memberi makna dalam kehidupan seharian mereka.

Oleh itu, konsep matematik perlu dikaitkan dengan kehidupan harian pelajar
secara eksplisit.

Pembelajaran matematik yang dijalankan secara kontekstual dapat


menggalakkan pelajar mengaplikasikan konsep serta formula matematik
tertentu secara bermakna di dalam aktiviti harian mereka.

Kaedah kontekstual membolehkan pelajar menghayati kerelevanan


pembelajaran Matematik dengan kehidupannya sendiri.

Kaedah Kontekstual

Kaedah Kontekstual berlaku dalam lima konteks:


1. Relating (menghubungkait) : Belajar secara konteks dengan pengalaman hidup.
Contohnya: Murid melakukan simulasi jual beli di dalam kelas.
Menerusi pengalaman ini murid dapat mengaitkan aktiviti yang dilakukan oleh ibu
bapa mereka semasa membeli sayur di pasar raya.

2. Experiencing (mengalami) : Belajar secara konteks melalui penerokaan,


penemuan dan merekacipta.
Contohnya: Murid dibawa ke bilik matematik untuk menyaksikan demontrasi serta
membuat latihan amali isipadu dan ruang.
Pengalaman ini boleh digunakan di rumah apabila pelajar ingin membantu ibu
mengemas peralatan dapur yang ingin disimpan ke dalam kabinet.

3. Applying (menggunakan) : Belajar secara konteks bagimana pengetahuan atau


maklumat sedia ada boleh diguna untuk masa depan.
Contohnya: Murid mempelajari teori dan konsep tuas. Mereka dapat
mengaplikasikan pengetahuan ini apabila bertemu situasi sebuah kereta yang
tayarnya pancit tidak mempunyai jek.
Dengan mengamalkan pengetahuan yang ada, murid boleh menggunakan konsep
tuas untuk menggantikan jek kereta bagi membolehkan penukaran tayar-tayar.

4. Cooperating (berkerjasama) : Belajar secara konteks perkongsian, memberi


respons dan berkomunikasi.
Contohnya: Murid ditugaskan secara berkumpulan untuk menyelesaikan masalah
menerusi satu aktiviti yang memerlukan mereka berbincang dan bekerjasama
dengan ahli kumpulan masing-masing .
Hasil yang diperolehi adalah lebih baik disebabkan mereka menyelesaikan masalah
secara bekerjasama.

5. Transfering (memindahkan) : Belajar secara konteks dengan membina dan


menggunakan pengetahuan sedia ada dalam diri pelajar.
Contohnya:Murid mempelajari cara untuk mendapatkan sudut tegak dengan
menggunakan Teori Pythagoras.
Murid boleh memindahkan pengetahuan segitiga bersisi 3m, 4m dan 5m untuk
menghasilkan sudut tegak dalam aktiviti mengecat garisan gelanggang permainan.

Kelima-lima konteks ini boleh di acronim menjadi REACT.


Untuk memudahkan amalan dalam kelas, kita boleh tumpukan Pengajaran &
Pembelajaran kita kepada perkara yang berkait dengan Hands On dan juga kaitan
dengan kehidupan harian.

Kaedah Pembelajaran Masteri

Suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan semua


murid menguasai hasil pembelajaran yang dihasratkan dalam suatu unit
pembelajaran sebelum berpindah ke unit pembelajaran seterusnya.

Pendekatan ini memerlukan peruntukan masa yang mencukupi dan proses


pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti.

Dalam kaedah ini hasil pembelajaran perlu ditentukan dan mengikuthierarki


atau unit pembelajaran.

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dirancang perlulah bermakna,


berkesan, menarik dan menyeronokkan.

Kaedah Pembelajaran Masteri

Penilaian dibuat berdasarkan Ujian Rujukan Kriteria dan hanya murid yang berjaya
menguasai 80 peratus aras masteri akan berpindah mempelajari unit pembelajaran
baru.

Bagi murid yang gagal menguasai aras masteri akan diberi pemulihan dan yang
berjaya akan melakukan aktiviti pengayaan.

Penggunaan kaedah ini di dalam perancangan pengajaran perlu mengetahui prinsipprinsip pembelajaran masteri iaitu murid normal boleh mempelajari apa yang diajar
oleh guru.

Pembelajaran perlulah dipecahkan kepada unit kecil supaya mudah dikuasai.

Di samping itu murid memerlukan masa yang mencukupi untuk menguasai sesuatu
hasil pembelajaran yang telah ditentukan.

Arahan guru juga perlu jelas bagi setiap unit pembelajaran.

Kaedah Konstruktif

Teori ini bertitik tolak daripada pandangan behaviorisme yang mengkaji


perubahan tingkahlaku sehingga kepada kognitivisme yang mengkaji tentang
cara manusia belajar dan memperoleh pengetahuan yang menekankan
perwakilan mental.

Bruner (1960), telah menekankan bahawa pembelajaran merupakan satu


proses di mana pelajar membina idea baru atau konsep berasaskan kepada
pengetahuan semasa mereka.

Pelajar memilih dan mengintepretasikan maklumat, membina hipotesis dan


membuat keputusan yang melibatkan pemikiran mental memberikan makna
dan pembentukan pengalaman dan membolehkan individu melangkau
melebihi maklumat yang diberikan (Beyond the information given).

Hasil daripada pendekatan ini, beliau telah memperkenalkan pembelajaran


penemuan (Discovery Learning).

Kaedah Konstruktif

Brooks & Brooks (1993) menyatakan bahawa murid membina makna tentang
dunia dengan mensintesis pengalaman baru kepada apa yang mereka telah
fahami sebelum ini.

Mereka membentuk peraturan melalui refleksi tentang interaksi mereka


dengan objek dan idea.

Apabila mereka bertemu dengan objek, idea atau perkaitan yang tidak
bermakna kepada mereka,maka mereka akan sama ada mengintepretasikan
apa yang mereka lihat supaya selaras dengan peraturan yang mereka telah
bentuk atau mereka akan menyesuaikan peraturan mereka agar dapat
menerangkan maklumat baru ini dengan lebih baik.

Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)

Kemajuan di dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi sebenarnya


memberikan banyak kelebihan dan peluang kepada kanak-kanak disleksia dan
diskalkulia, atau mana-mana kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran untuk
belajar seperti kanak-kanak normal lain.

TMK mempunyai keupayaan untuk menambah faktor motivasi, menerap rasa ingin
bersaing terhadap diri sendiri serta membina keyakinan diri (Thomas , 1992)

Florian (2004) telah menyenaraikan enam kelebihan menggunakan TMK dalam


persekitaran pembelajaran antaranya sebagai :

alat bantu mengajar,

alat menilai pelajar,

alat pengurusan pembelajaran,

alat untuk berkomunikasi,

alat bagi memperbaiki kaedah eksplorasi dalam pembelajaran

alat pemudahcara

Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)

Komponen TMK yang lain termasuklah pembesar suara, mesin pencetak, projektor
LCD, skrin putih, papan kekunci, internet, dan papan putih interaktif.

Penggunaan TMK dan hubungannya dengan disleksia dan diskalkulia telah


diterjemahkan secara terperinci oleh seorang penulis yang mempunyai anak disleksia.
Anita Keates (2002), di dalam buku beliau yang bertajuk Dyslexia and Information
and Communications Technology telah menyatakan bahawa penggunaan TMK
memberikan capaian terhadap kurikulum dan membekalkan keseronokan dan
persekitaran pembelajaran kreatif yang sangat ideal terhadap kanak-kanak disleksia.

Integrasi TMK terhadap pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak disleksia boleh


dilaksanakan melalui beberapa kaedah:
Kaedah pertama ialah dengan menggunakan perisian khas yang dibangunkan oleh syarikat-syarikat TMK
bagi mengesan disleksia dan diskalkulia seterusnya membantu kanak-kanak tersebut belajar.
Sebagai contoh: perisian yang dinamakan CoPS (Cognitive Profiling System), CoPs Baseline dan Lass
adalah tiga perisian khusus yang dapat mengesan disleksia dan diskalkulia di kalangan kanak-kanak.
Perisian ini menggunakan pendekatan permainan komputer untuk menguji kekuatan dan kelemahan
kognitif kanak-kanak yang dapat memberi gambaran awal potensi disleksia dan diskalkulia.

Kaedah pertama ialah dengan menggunakan perisian khas yang dibangunkan oleh syarikat-syarikat TMK
bagi mengesan disleksia dan diskalkulia seterusnya membantu kanak-kanak tersebut belajar.
Contoh 1:
Perisian yang dinamakan CoPS (Cognitive Profiling System), CoPs Baseline dan Lass adalah tiga perisian
khusus yang dapat mengesan disleksia dan diskalkulia di kalangan kanak-kanak. Perisian ini
menggunakan pendekatan permainan komputer untuk menguji kekuatan dan kelemahan kognitif kanakkanak yang dapat memberi gambaran awal potensi disleksia dan diskalkulia.
Contoh 2:
Wordshark, TextHelp Read and Write, Co-Writer, Baileys Book House, Numbershark, Millies Math House,
Earobics, Easy Book dan Kid Pix adalah contoh-contoh perisian yang membantu kanak-kanak disleksia dan
diskalkulia untuk belajar menulis, membaca, mengira, dan mengukuhkan sistem memori.
Contoh 3:
Perisian yang paling mudah dan meninggalkan impak yang besar terhadap pembelajaran kanak-kanak
disleksia dan diskalkulia adalah perisian Microsoft Office Power Point kerana perisian ini memberikan
peluang kepada guru atau tenaga pengajar membuat animasi ringkas tetapi menarik.

Kaedah kedua adalah menggunakan capaian internet yang secara langsung dapat menghubungkan guru
atau tenaga pengajar mengakses sumber pengajaran dan pembelajaran melalui laman-laman sesawang
di seluruh dunia.

Melalui internet, banyak maklumat dan sumber pengajaran dan pembelajaran yang dapat membantu
kanak-kanak disleksia dan diskalkulia belajar. Terdapat laman-laman sesawang khusus untuk yang
dibangunkan oleh individu berpengalaman atau persatuan disleksia dan diskalkulia untuk membantu
menangani masalah pembelajaran.

Terapi Hidro

Terapi hidro dilihat sesuai untuk perkembangan fizikal kerana kombinasi


pergerakan motor kasar dan halus serta mental kanak-kanak dapat dirangsang
secara serentak.

Pergerakan dalam air didapati lebih mudah dan bebas serta tidak dibebani oleh
keperluan alatan sokongan selain daya apungan air sahaja.

Rangsangan air yang secara semulajadi dapat membantu kanak-kanak tenang


walaupun pada permulaannya sesetengah kanak-kanak akan berasa takut untuk
masuk ke dalam air.

Perkara ini dapat diatasi dengan membawa kanak-kanak ke kawasan cetek


sebelum berpindah ke kawasan yang lebih dalam.

Secara tidak langsung telah dapat melatih membina keyakinan diri kanak-kanak
water confidence.

Melalui terapi seumpama ini, ianya dapat memantapkan perkembangan fizikal


dengan aktiviti-aktiviti seperti regangan seterusnya melembutkan sendi dan
meningkatkan daya ketahanan jantung dan otot-otot rangka kanak-kanak tersebut.

Anda mungkin juga menyukai