Anda di halaman 1dari 1

Loh Hooi San 6I

Cara- cara menjaga kebersihan kawasan rumah


Rumah ialah tempat tinggal dan tempat perlindungan manusia daripada hujan
dan cahaya matahari. Kita seharusnya menjaga kebersihan dan keindahan kawasan
rumah. Kediaman yang bersih dan selesa membolehkan kehidupan kita menjadi
ceria.
Untuk menjaga kebersihan kawasan rumah, kita perlu mengadakan program
gotong-royong. Gotong-royong bertujuan untuk memastikan kerja-kerja dapat
dijalankan dengan mudah. Pada hujung minggu, kita harus menyertai aktiviti gotongroyong.
Selain mengadakan program gotong-royong, kita perlu membuang sampah
sarap ke dalam tong sampah. Apabila sampah di dalam tong sampah penuh, kita
dikehendaki mengikat beg plastik dengan ketat dan membuang ke dalam tong
sampah besar yang terletak di luar rumah. Oleh hal yang demikian, kita boleh
menggelakkan pembiakan lalat yang membawa penyakit dan juga boleh menjaga
kebersihan kawasan rumah.
Sedia kita maklum, nyamuk aedas membiak di dalam tin-tin kosong dan botolbotol yang tidak ditutup. Oleh sebab itu, kita hendaklah mengumpul tin-tin kosong,
botol-botol , tayar buruk dan sebagainya. Selain itu, kita juga boleh mengitar semula
barang-barang tersebut.
Kesimpulannya, kita hendaklah sentiasa menjaga kebersihan kawasan agar
hidup dengan selesa dan dapat melakukan aktiviti dengan ceria.