Anda di halaman 1dari 1

KAWAN TERBAIK SAYA

Khor Kai Zhe(6K)

Rakan terbaik saya ialah Ng Wei Bin. Dia berumur 12


tahun. Dia sangat pandai dan segak. Dia seorang yang baik hati
dan berdisiplin.
Dia sangat pandai dalam pelajaran.Apabila guru sedang
mengajar, dia akan membuat nota lau membaca beberapa kali
untuk mengingatkan pengajaran guru. Dia juga selalu mengulang
kaji pada masa lapang. Oleh itu, dia selalu mendapat markah
yang tertinggi di dalam kelas ketika ujian sekolah. Setiap guru
yang pernah mengajar juga memujinya.
Dia juga sangat baik hati. Apabila saya menghadapi
masalah dalam pelajaran, dia akan mengajar saya dan tidak
mengharapkan balasan. Bukan sahaja dalam pelajaran, dia juga
meminjamkan duit kepada kawan-kawannya apabila mereka
tidak membawa duit ke sekolah. Dia juga selalu menolong guru
menghantar buku-buku ke bilik guru.
Dia bukan sahaja pandai dalam pelajaran, bahkan juga
aktif dalam sukan. Dia telah dipilih sebagai pemain badminton
sekolah dan mewakili sekolah untuk menyertai pertandingan
badminton peringkat daerah. Di samping itu, dia juga pandai
dalam bercerita.
Saya berharap persahabatan kami akan terus kekal.