Anda di halaman 1dari 1

Beh Hui Ying 6K

Kepentingan Bersukan Dalam Kehidupan Kita

Tubuh badan yang sihat amat penting dalam kehidupan kita. Badan yang sihat dapat membantu otak kita menjadi cerdas. Bersukan sesuai dilakukan oleh semua lapisan masyarakat tidak kira orang tua, orang dewasa ataupun kanak-kanak.

Bersukan dapat menjamin kehidupan yang sihat kerana kita akan berpeluh semasa bersukan. Haba serta sisa-sisa buangan akan keluar dari badan semasa proses berpeluh berlaku.

Golongan warga tua sering berhadapan dengan pelbagai penyakit seperti darah tinggi , diatebes, sakit jantung dan sebagainya. Masalah ini dapat dikurangkan jika mereka menjadikan bersukan sebagai rutin dalam kehidupan harian mereka.

Bersenam juga sangat penting bagi para pelajar. Orang yang sering bersukan akan sentiasa tangkas dan cergas. Apabila badan kita sihat dan otak kita cerdas, sudah pasti kita dapat berfikir dengan baik dan belajar dengan mudah.

Selain itu, bersukan juga dapat menghindarkan seseorang itu daripada terlibat dalam masalah sosial seperti pengambilan dadah dan pil-pil yang diharamkan. Ini disebabkan masa yang terluang telah diisi dengan pelbagai aktiviti sukan.

Memandangkan bersukan dapat menjamin hidup kita sihat , wajarlah kita menjadikan bersukan sebagai aktiviti harian kita.