Anda di halaman 1dari 1

KERACUNAN MAKANAN

Lim Qiu Yan(3 I)

Cuaca pada hari ini sangat panas. Syamil berjalan pulang dari
sekolah. Dia berasa sangat lapar dan dahaga. Tiba-tiba, dia
ternampak sebuah gerai di tepi jalan.
Syamil terus membeli air sirap dan karipap. Dia makan
dengan cepat. Dia tidak mempedulikan keadaan gerai itu yang
kotor. Makanan di gerai itu juga tidak ditutup. Ada banyak lalat
hinggap di atas kuih-muih yang dijual di situ.
Setiba di rumah, perut Syamil mula terasa sakit dan
memulas-mulas. Dia memberitahu ibunya. Ibunya berasa
bimbang lalu membawa Syamil ke klinik. Doktor memeriksa
perut Syamil.
Menurut doktor, Syamil mengalami keracunan makanan.
Doktor memberi ubat kepada Syamil. Beliau menasihati Syamil
supaya berhati-hati ketika membeli makanan atau minuman di
tepi jalan.