Anda di halaman 1dari 2

Tan Sun Hao 6K

Ketua Kelas
Setiap kelas di sekolah saya pasti memiliki ketua kelas
masing-masing. Ketua kelas ialah murid yang dilantik oleh
rakan sekelas atau guru darjah secara undian. Tugasan
yang perlu ketua kelas buat termasuk menghantar buku
latihan murid-murid ke tempat duduk guru berkenaan,
mengawasi tatatertib murid-murid semasa guru tidak berada
di dalam kelas, mengekalkan kebersihan kelas dan
sebagainya.
Kelas saya mempunyai seorang ketua kelas yang bernama
Bor Neng Ann. Ketua kelas saya merupakan anak sulung
dalam keluarganya dan dilahirkan pada tanggal 16 Mei 2000.
Ketua kelas saya kini telah berusia 12 tahun. Neng Ann
agak tampan orangnya dan disenangi orang ramai. Mukanya
berbentuk bujur sirih, matanya bulat bagaikan mutiara,
hidungnya mancung dan berlesung pipit. Senyuman manis
juga sentiasa terukir pada wajahnya.
Neng Ann ialah ketua kelas yang bertanggungjawab di
sekolah. Dia akan mengawal disiplin jika guru tiada di
dalam bilik darjah. Dia juga tidak jemu-jemu memberikan
tunjuk ajar kepada murid-murid yang lemah dalam
pelajaran.
Selain itu, Neng Nnn seorang ketua kelas yang adil. Dia
tidak akan berat sebelah pada sesiapa murid supaya tidak
dibenci orang. Dia sentiasa bertutur dengan sopan di
hadapan guru-guru dan murid-murid untuk menjadi contoh
murid-murid. Tambahan lagi, Neng Ann juga memupuk
semangat bekerjasama semasa menjalankan aktiviti persatuan
bersama murid-murid.

Teringat kembali peristiwa yang berlaku dua tahun yang


lalu, saya mengayuh basikal di taman setelah menyiapkan
kerja sekolah yang diberikan oleh guru. Tiba-tiba, basikal
saya tidak dapat dikawal. Basikal saya terlanggar sebatang
pokok dan saya terjatuh bersama basikal. Kaki saya
berdarah dan mengerang kesakitan. Mujurlah pada ketika
itu, Neng Ann yang bertopi ternampak dan segera tampil
untuk memapah saya. Saya berasa terharu dan menganggap
dia sebagai pujaan saya sejak hari itu.
Saya amat berlangkah kanan dan bersyukur kerana telah
memilih Neng Ann sebagai ketua kelas. Saya akan membalas
jasa pada masa depan dan ingat akan bantuan dia kepada
saya selagi hayat di kandung badan.