Anda di halaman 1dari 1

MELAWAT KE TAMAN REKREASI

Joseline(3 I)

Pada cuti sekolah yang lalu, kami sekeluarga telah melawat ke


taman rekreasi yang tidak jauh dari rumah kami. Kami ke sana
dengan menaiki kereta ayah.
Setiba di sana, kami meletakkan makanan dan minuman di
sebuah pondok yang disediakan khas untuk pelancong yang
melawat ke taman rekreasi.
Saya dan adik bermain buaian dan papan gelongsor secara
bergilir-gilir di taman itu. Ayah memancing di tepi sungai
manakala ibu pula membaca surat khabar di pondok. Selepas
puas bermain, kami menjamu selera bersama-sama sambil
menikmati keindahan taman rekreasi itu.
Sebelum pulang, kami bergotong-royong membersihkan
taman rekreasi itu. Ayah dapat memancing dua ekor ikan yang
besar pada hari itu. Kami berasa penat tetapi gembira.