Anda di halaman 1dari 1

Ang Zhee Ling 5K

Kamu telah melawat satu tempat yang menarik. Ceritakan


pengalaman kamu.
Pada hari Ahad yang lalu, bapa telah membawa kami
sekeluarga melawat Tanah Tinggi Cameron. Tanah Tinggi
Cameron merupakan satu tempat peranginan yang menarik di
negeri Pahang . Kami pergi ke sana dengan menaiki kereta bapa.
Setelah tiga jam perjalanan, kami melalui jalan bukit yang
bengkak-bengkok, kami pun tiba di puncak bukit. Suasana
puncak sungguh tenang, udaranya nyaman dan terdapat pelbagai
jenis flora. Bung-bunga berkembang-mekar di persekitaran
puncak bukit sangat indah.
Mula-mula, pemandu pelancong membawa kami melawat
ladang teh, kelihatan pekerja-pekerja sedang meemtik dedaun
teh. Pengurus ladang teh memberitahu kami cara-cara membuat
teh.
Selepas melawat ladang teh, kami beredar ke kebun sayur.
Sayur-sayuran yang ditanam di sana subur dan segar. Ibu
membeli kubis, tomato, kacang bendi dan sebungkus cili.
Dari kebun sayur, kami pergi ke taman kaktus. Saya berasa
kagum apabila menyaksikan beraneka jenis kaktus di sana. Ada
yang berbentuk bulat, ada yang berbentuk binatang dan
sebagainya. Kami juga mengambil gambar di sana.
Menjelang senja, kami bertolak pulang. Lawatan ke Tanah
Tinggi Cameron betul-betul meninggalkan kenangan yang manis
kepada saya.

Anda mungkin juga menyukai