Anda di halaman 1dari 2

PENGALAMAN MENYERTAI PERTANDINGAN MELUKIS

Ang I Yi( 5I)

Saya amat suka melukis. Saya minat melukis sejak kecil lagi dan sering melukis pada dinding atau meja di rumah saya. Ibu bapa menyedari minat saya dan sentiasa menggalakkan saya untuk menyertai pertandingan melukis di peringkat sekolah dan luar sekolah. Namun, saya tidak berani untuk pergi menyertai pertandingan-pertandingan tersebut.

Pada suatu hari, semasa saya dan kawan baik saya bersiar-siar di sekeliling sekolah, kami ternampak ada satu pengumuman ditampal pada papan kenyataan. Rupa-rupanya itulah pengumuman tentang suatu pertandingan melukis peringkat sekolah. Kawan baik saya itu memberi dorongan kepada saya untuk menyertai pertandingan ini. Akhirnya, dengan mencuba nasib sahaja, saya pun menyertai pertandingan ini.

Saya memberitahu ibu bapa tentang perkara ini. Mereka amat gembira dan menyokong saya dengan kuat. Mereka pula berjanji kepada saya bahawa mereka akan menemani saya pada hari pertandingan dan memberikan kata-kata semangat kepada saya. Oleh sebab itu, saya berazam melukis dengan baik supaya tidak menghampakan ibu bapa saya.

Pada hari pertandingan, kelihatan ada banyak peserta berkumpul di dewan sekolah. Mereka melukis dengan baik. Saya pula tidak terkecuali. Saya berharap dapat menghasilkan lukisan yang terbaik. Akhirnya, saya selesai melukis dalam masa yang ditetapkan. Ibu bapa dan juga saya menunggu keputusan hakim dengan sabar.

Sejam kemudian, pengacara majlis mengumumkan keputusan pertandingan ini. Jantung saya berdebar-debar.

Akhirnya, nama saya diumumkan sebagai johan dalam pertandingan tersebut. Saya terpaku kerana tidak pernah menyangka dapat menjuarai pertandingan ini. Kemenangan yang saya peroleh ini umpama mimpi yang manis bagi saya.

Ibu bapa turut berbangga terhadap kemenangan saya ini. Saya berhatap agar dapat berjaya dalam peringkat daerah pula.