Anda di halaman 1dari 1

Evien See 4

Pengalaman ke hospital
Pada cuti sekolah yang lalu, aku bersama-sama Abu dan Linggam berbasikal
mengelilingi kampung kami. Kami berbasikal sambil melihat keindahan kampung.
Tiba di satu selekoh, sebuah motosikal yang ditunggang dengan laju telah
melanggar kami bertiga. Abu dan Linggam sempat mengelak tetapi aku tidak sempat
berbuat apa-apa.
Akibat rempuhan itu, aku mengalami kecederaan yang agak serius. Kaki
kananku patah dan seluruh badanku luka-luka. Abu dan Linggam hanya cedera
ringan sahaja. Aku telah dibawa ke hospital oleh ornag kampung. Doktor
menasihatkan aku supaya tinggal di hospital sehingga kakiku benar-benar sembuh.
Nampaknya,aku terpaksa melupakan persekolahan selama satu bulan sebelum
dapat berjalan semula.
Ini merupakan pengalaman pertamaku tinggal di hospital. Tidak pernah sebelum
ini aku dimasukkan ke hospital dan terpaksa ditahan di wad. Mujurlah aku telah
mendapat layanan yang baik daripada jururawat dan doktor yang merawatku. Jadi
hilanglah sedikit rasa bosan di sini. Ibuku pula sentiasa berada di sisiku. Kadangkadang ibu menemaniku hingga dia tertidur di sisi katil. Abu , Linggam dan kawankawan sekolah yang lain juga telah dating melawatku di hospital.
Semasa di hospital, aku telah mendapat banyak kawan baharu. Ada pesakit
yang mengalami keracunan makanan, mangsa kemalangan seperti aku dan ramai
lagi. Setiap hari aku makan ubat yang diberi di samping mengikuti nasihat doktor.
Semakin hari, lukaku semakin sembuh dan kakiku yang patah sudah pulih. Kira-kira
satu bulan kemudian, aku pun dibenar pulang.
Sebelum pulang, aku sempat mengucap terima kasih kepada jururawat dan
doktor yang merawatku. Aku berjanji kepada diriku sendiri akan lebih berhati-hati
semasa di jalan raya. Aku tidak mahu lagi tinggal di hospital.