Anda di halaman 1dari 1

Vanness Soon Chuan Zi 6K

Pengalaman Menyertai Pertandingan


Saya suka melukis. Saya minat melukis sejak kecil lagi. Ibu
dan ayah sudah menyedari minat saya yang suka melukis.
Pada suatu hari, saya terbaca pengumuman pertandingan
yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Saya pun mencuba nasib
saya untuk menyertai pertandingan itu. Banyak peserta yang
menyertai pertandingan itu.
Ibu dan ayah menyokong kuat minat saya. Mereka
menemani saya ketika pertandingan diadakan. Mereka
memberikan kata-kata semangat untuk saya berjaya. Saya
berazam untuk melukis dengan baik.
Semasa perkhemahan, saya melukis dengan teliti dan
bersungguh-sungguh. Saya berharap saya dapat menghasilkan
lukisan yang cantik pada hari itu. Akhirnya, saya selesai melukis
mengikut masa yang ditetapkan. Saya menunggu dengan penuh
sabar keputusan daripada hakim pertandingan. Jantung saya
berdebar-debar semasa menunggu keputusan.
Tidak lama kemudian, pengacara majlis pun mengumumkan
keputusan pertandingan. Nama saya diumumkan sebagai johan
dalam pertandingan itu. Saya berasa bermimpi menjadi johan
dalam pertandingan itu.
Ibu dan bapa saya turut bersa bangga akan kejayaan saya.
Saya berharap saya akan berjaya pertandingan di peringkat
daerah dan negeri pula.

Anda mungkin juga menyukai