Anda di halaman 1dari 2

PERMAINAN SUKAN YANG SAYA SUKAI

Khor Jia Wynn (6I)

Pada zaman sekarang yang bertamadun, semua orang pasti akan mempunyai sesuatu permainan sukan yang diminati oleh mereka. Begitu juga dengan diri saya. Terdapat pelbagai jenis permainan sukan seperti bola keranjang, badminton, bola sepak, hoki dan lain-lain lagi. Antara permainan-permainan sukan tersebut, permainan badminton merupakan pilihan saya.

Sejak kecil lagi, saya telah ikut jejak abang saya bermain badminton di luar rumah saya. Abang saya pun mengajar saya cara untuk bermain badminton. Dia mengajar saya perkara asas yang harus saya kuasai dalam permainan badminton. Contohnya cara-cara memegang raket, membuat tangkisan pertama dan menangkis bulu tangkis dengan betul dan tepat. Lama-kelamaan, prestasi saya bermain makin hari makin meningkat.

Di sekolah, saya akan bermain badminton bersama kawan-kawan saya. Pada suatu hari, sedang saya bermain badminton dengan gembira, Cikgu Zainab, ketua kelab badminton sekolah saya ternampak saya, beliau pun mencadangkan agar saya menyertai kelab badminton sekolah. Saya bersetuju dengan perasaan yang gembira. Saya juga terpilih untuk menjadi wakil sekolah dalam berbagai-bagai pertandingan badminton. Dalam pertandingan-pertandingan itu, saya selalu mendapat tempat pertama. Abang saya juga selalu memberikan dorongan kepada saya dan menggalakkan saya supaya meneruskan usaha.

Malangnya, abang saya tidak dapat meneruskan tugasnya kerana pada tahun yang lalu, abang saya telah pergi ke luar negara untuk meneruskan pelajarannya. Oleh itu, bapa saya telah membawa saya ke gelanggang badminton untuk bermain

badminton. Di sana, seorang jurulatih membetulkan kesalahan saya. Dia seorang jurulatih yang bertanggungjawab dan berdedikasi. Saya akan pergi ke gelanggang badminton itu untuk berlatih bermain badminton sebanyak lima kali seminggu. Saya selalu mendengar segala nasihat jurulatih.

Sebenarnya, permainan sukan ini mendatangkan banyak faedah dan kebaikan. Semasa saya bermain badminton, saya sedang bersenam. Bersenam akan mengeluarkan peluh dan menyihatkan badan kita. Jika bersenam, badan kita akan cergas. Bak kata pepatah “badan cergas, otak cerdas” . Selain itu, bermain badminton juga boleh menenangkan fikiran kita. Contohnya, setelah sibuk membuat kerja sekolah, baiklah kalau kita bermain badminton. Dengan cara ini, kita dapat melupakan kerja sekolah secara sementara dan menenangkan fikiran kita yang kusut dengan pembelejaran.

Kesimpulannya, semua orang patutlah mempunyai permainan sukan yang sukai kerana bermain permainan sukan itu dapat menceriakan hidup seseorang dan mendatangkan faedah serta kebahagiaan kepada orang itu. Saya berharap bahawa melalui permainan sukan ini, saya akan menjadi sehandal dengan jaguh badminton negara kita, Datuk Lee Chong Wei.