Anda di halaman 1dari 1

LeeYan Jun 6I

Sebuah Buku Cerita Yang Pernah Saya Baca


Saya pernah membaca sebuah buku cerita yang bertajuk Budak
yang degil .Buku ini berkisar tentang Ali yang suka melastik
burung.Pada setiap hari minggu,Ali akan pergi ke pinggir hutan
bersama-sama kawannya.
Pada suatu pagi,dia bersama kawan-kawannya bersiap sedia
untuk melastik burung.Setibanya di sebatang pokok,Ali
ternampak sebuah sarang burung di atas pokok.Dia memanjat
pokok tersebut untuk mengambil anak burung itu.
Kawan-kawannya tidak bersutuju akan tindakan Ali dan
menasihati Ali agar tidak mmemanjat pokok itu kerana dahan
pokok itu masih basah dan licin.Ali juga teringat pesanan ibu
supaya tidak memanjat pokok.Nasihat ibunya bagai mencurah
air ke dalam keladi.Dia tidak peduli kerana dia bulat hati untuk
mengambil anak burung itu.
Tiba-tiba dahan pokok yang dipijak oleh Ali itu telah patah .Ali
terjatuh dari pokok itu.Dia tidak mengetahui bahawa dahan
pokok itu telah reput.Dia pengsan dan dihantar oleh kawankawannya ke hospital .
Ali dibawa ke hospital dengan segera.Ibu bapa Ali amat risau
akan keadaan anak kesayangan itu.Doktor memberitahu ibu
bapa Ali telah patah dan terpaksa dirawat di hospital selama
sebulan.
Sejak peristiwa itu,dia berjanji akan mendengar nasihat
ibunya.Air mata Ali berlinangan mengenangkan nasibnya yang
malang.