Anda di halaman 1dari 1

Tan Jia Yi 6I

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna


Setiap hari, ibu dan bapa memesan aku berhati-hati menunggang basikal ke
sekolah. Namun, saya tidak memperdulikan pesanan mereka.
Setiap kali aku pulang dari sekolah, aku dan kawan-kawan selalu mengayuh
basikal sesuka hati. Kami sering berlumba-lumba untuk sampai ke rumah. Bukan itu
sahaja, kami juga suka menunggang basikal secara beriring-iringan sambil berbualbual.
Pada suatu hari, sewaktu pulang dari sekolah aku dan kawan-kawanku
berlumba seperti biasa. Aku tidak mahu mengalah kerana aku mempunyai sebuah
basikal baharu. Sepanjang perlumbaan itu, aku berasa gembira sekali kerana
basikal aku sentiasa di hadapan. Aku bangga menunggang basikal sambil
melepaskan tangan.
Tiba-tiba, basikal aku terlanggar seketul batu dan aku gagal mengawalnya. Aku
tersungkur ke tanah. Kaki dan tangan aku luka, manakala kepala aku terhantuk pada
batu. Oleh itu, kepala aku mengalami pendarahan yang banyak.
Malangnya, kawan-kawanku tidak datang menolong. Mereka terus
meninggalkan aku begitu sahaja. Aku meraung kesakitan dan meminta tolong. Aku
bernasib baik, kerana seorang lelaki tua yang kebetulan melalui tempat kejadian itu
membawa aku ke hospital. Aku dirawat selama seminggu.
Sejak kejadian itu, aku menjadi insaf dan mendengar setiap pesanan ibu dan
ayahku. Aku juga berjanji kepada mereka tidak mengulang perbuatan itu lagi. Malah,
aku akan menasihatkan rakan-rakan supaya tidak melakukan perkara yang tidak
berfaedah itu.