Anda di halaman 1dari 2

ABSTRAK

Health system research atau penyelidikan sistem kesihatan adalah salah


satu penyelidikan yang diperkenalkan oleh kementerian kesihatan untuk
pelatih-pelatih di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia. Penyelidikan ini
bertujuan untuk mengkaji masalah,punca serta cara mengatasi semua
masalah kesihatan dewasa ini. Kajian ini dilakukan secara sistematik dan
teratur mengikut piawaian yang telah ditetapkan oleh pihak latihan
Kementerian Kesihatan Malaysia. Kajian ini disertakan dengan bukti dan
penemuan yang kukuh bagi menyokong kesahihan data di dalam kajian ini.
Selain itu, kajian ini adalah wajib dilakukan oleh setiap pelatih pembantu
perubatan tahun 3 untuk melengkapkan kursus yang diikuti. Tujuan kajian ini
adalah untuk menilai tahap pengetahuan pesakit hipertensi yang berumur dari
20 tahun sehingga 70 tahun mengenai tanda dan simptom penyakit hipertensi
yang mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Kabong. Kajian ini telah di
pilih kerana terdapat peningkatan penyakit hipertensi di antara lingkungan
umur 20 hingga 70 tahun di kawasan Kabong. Kaedah yang digunakan di
dalam penyelidikan ini adalah berdasarkan maklumat dan rekod kesihatan
pesakit dari Klinik Kesihatan Kabong. Selain itu, pengumpulan maklumat dari
buku dan jurnal, maklumat dari internet serta borang soal selidik terhadap
responden. Responden yang menjawab borang soal selidik adalah di
kalangan pesakit hipertensi yang mengunjungi Klinik Kesihatan Kabong.
Pemilihan 30 orang responden dilakukan secara rawak tanpa mengira jantina
tetapi mengikut had umur di dalam kajian ini diberikan borang soal selidik dan
di minta menjawab semua soalan mengikut kefahaman masing-masing
tentang penyakit hipertensi. Seterusnya, semua data yang diperolehi akan
3

diterjemahkan di dalam bentuk carta pai, graf dan huraian ringkas. Setelah
data berkenaan dianalisis dan perbincangan telah dilakukan dan cadangan
penyelesaian telah diberikan. Dengan ini, maka kita merenung kepentingan
menangani masalah penyakit hipertensi agar kesihatan pesakit Klinik
Kesihatan Kabong dapat dipertingkatkan.

Anda mungkin juga menyukai