Anda di halaman 1dari 6

Pilih SATU Nilai dan dengan merujuk kepada tafsiran band dalam jadual di atas,

jelaskan bagaimana anda dapat menentukan sama ada murid telah mencapai
sesuatu band.

Nilai yang dipilih ialah KEADILAN. Pelbagai kaedah boleh diguna


pakai bagi menentukan sama ada murid telah mencapai sesuatu band
atau tidak. Antara bentuk pentaksiran yang boleh digunakan ialah
lembaran kerja, pemerhatian, kuiz, senarai semak, laporan tugasan,
tugasan rumah dan ujian.
Bagi memudahkan kefahaman tentang kaedah pentaksiran dan
penentuan band yang selayaknya murid tersebut dapat, contoh dan
penjelasan akan diberi mengikut tafsiran band yang telah ditetapkan.
Untuk band 1 iaitu murid tahu perkara asas, atau boleh melakukan
kemahiran asas atau memberi respons terhadap perkara yang asas.
Merujuk kepada dokumen standard pendidikan moral, tahap penguasaan
band 1 memerlukan murid menyatakan cara bersikap adil kepada jiran.
Jadi apa yang boleh dilakukan guru ialah menyediakan satu lembaran
kerja dan meminta murid menyenaraikan cara-cara bersikap adil kepada
jiran. Murid yang dapat menepati skor-skor tertentu akan dikira melepasi
tahap penguasaan sekali gus melayakkan murid untuk mendapat band 1
bagi tajuk keadilan.
Band 2 di dalam tajuk keadilan ini pula memerlukan murid
menceritakan kepentingan bersikap adil terhadap jiran. Di sini, guru boleh
mengambil aktiviti dialog, berlakon, mencipta simulasi berkaitan tajuk.
Sekiranya murid dapat menceritakan semula, ataupun berkomunikasi
tentang kepentingan bersikap adil terhadap jiran, guru boleh memberi
band 2 kepada murid tersebut.
Tafsiran

band

mengehendaki

murid

boleh

menggunakan

pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu situasi.


Untuk menilai aspek ini di bawah tajuk keadilan, guru perlu memastikan
murid boleh menunjuk cara bersikap adil terhadap jiran dalam sesuatu

situasi dengan bimbingan. Antara

bentuk

pentaksiran yang boleh

digunakan ialah kad arahan dan mencipta situasi. Guru mencipta satu
situasi

atau

masalah

yang

memerlukan

murid

menunjukkan

cara

mengatasi masalah tersebut dengan menunjukkan nilai mengikut tema


yang ditetapkan. Jika murid tersebut boleh dan dapat menunjukkan cara,
murid tersebut layak untuk memperoleh band 3 dalam tajuk tersebut.
Band 4 pula memerlukan murid melaksanakan sesuatu kemahiran
dengan beradab, iaitu mengikut prosedur atau secara sistematik.

Di

bawah tafsiran band 4 ini, murid dikehendaki untuk mendemonstrasikan


cara bersikap adil terhadap jiran dalam pelbagai situasi. Seakan sama
dengan tafsiran band 3, namun begitu pada band 4 ni, murid dikehendaki
melakukan demonstrasi tanpa bimbingan guru. Guru memberi arahan
ataupun situasi tertentu, murid berfikir dan membuat demonstrasi
perlakuan yang sesuai dengan situasi tersebut di hadapan kelas. Murid
yang berjaya melakukan demonstrasi ini dan tepat dengan situasi yang
diberi, murid tersebut layak untuk memperoleh band 4.
Untuk menentukan sama ada murid tersebut telah mencapai band 5
pula, murid melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baharu,
dengan mengikut prosedur atau secara sistematik, serta tekal dan
bersikap

positif.

mengamalkan
seharian.

Dalam

cara

topik

bersikap

Bagaimanakah

keadilan,

adil

kaedah

band

terhadap

jiran

pentaksiran

diperoleh
dalam

yang

murid

kehidupan

sesuai

untuk

memastikan murid mengamalkan cara bersikap adil terhadap jiran dalam


kehidupan

seharian

mereka?.

Pada

pendapat

saya,

guru

boleh

menyediakan satu senarai semak ataupun soal selidik dan perlu dibawa
pulang ke rumah. Soal selidik tersebut hendaklah dilengkapkan oleh jiran
dan ditandatangani oleh jiran yang telah melengkapkan soal selidik
tersebut.

Bagi

mengelakkan

ketirisan

berlaku,

murid

dikehendaki

menyertakan dokumentasi bergambar bersama jiran mereka semasa


mengisi soal selidik tersebut. Sekiranya skor pada soal selidik itu berjaya
mencapai standard yang telah ditetapkan guru, maka guru boleh memberi
band 5 kepada murid tersebut. Namun begitu, untuk memberi band 5
kepada murid, murid perlulah mencapai band 4 terlebih dahulu.

Akhir sekali, band 6 ataupun band yang tertinggi dalam pentaksiran,


murid berupaya menggunakan pengetahuan dan kemahiran sedia ada
untuk digunakan pada situasi baru secara sistematik, bersikap positif,
kreatif dan inovatif serta boleh dicontohi. Bagi mencapai band 6, pelbagai
cara pentaksiran yang perlu dijalankan guru. Murid mengamalkan cara
bersikap adil terhadap jiran dalam kehidupan seharian dan boleh
dicontohi. Sekiranya band 5 memerlukan murid mengamalkan sikap adil
sesama jiran, band 6 pula mengehendaki amalan murid tersebut boleh
dicontohi

oleh

sesiapa

sahaja.

Justeru

itu,

satu

penilaian

secara

keseluruhan perlu dijalankan. Selain instrumen soal selidik, guru boleh


menggunakan instrumen temu bual antara ahli keluarga, masyarakat
setempat, guru dan jiran terdekat murid. Sekiranya, hasil temu bual
menepati standard penskoran guru bagi melayakkan murid mendapat
band 6, maka murid tersebut akan mencapai band 6 dalam nilai keadilan.
Berikan contoh-contoh tingkah laku realistik yang anda dapat
perhatikan dan adil bagi murid yang diberikan band tertentu.
Tingkah laku realisitik yang dapat diperhatikan dan adil bagi murid
dalam standard kandungan 8.1 Mengamalkan keadilan kepada jiran
dapat dihuraikan melalui jadual di bawah.
BAND

TAHAP PENGUASAAN

Murid menyatakan cara


bersikap adil kepada
jiran

TINGKAH LAKU
1. Murid menyenaraikan 5 cara
bersikap adil kepada jiran.
2. Murid menulis 5 tingkah laku
yang menunjukkan sikap adil
kepada jiran.
3. Murid menjawab

Murid menceritakan
kepentingan bersikap
adil terhadap jiran

soalan

kefahaman berdasarkan tajuk


1. Secara berpasangan, murid
boleh menyatakan secara lisan
kepentingan bersikap adil.
2. Murid membentangkan hasil
kerja

kumpulan

kepentingan

berkaitan

bersikap

adil

terhadap jiran.
3. Murid menceritakan

kepada

kelas tentang kesan bersikap


adil kepada jiran
1. Guru menunjukkan satu video
mengenai

Murid menunjuk cara


bersikap adil terhadap
jiran dalam sesuatu
situasi dengan
bimbingan.

pembuangan

sampah di antara rumah kamu


dan rumah jiran, cipta satu
lakonan

bagi

perkara

tersebut.

penyelesaian

menyelesaikan
Lakonkan

tersebut

hadapan kelas.
1. Guru
memberi
berkenaan
mangga
hadapan

Murid
mendemonstrasikan
cara bersikap adil
terhadap jiran dalam
pelbagai situasi.

gambar

pokok

yang

di

buah

tumbuh

rumah.

di

Murid

mendemonstrasikan
bagaimana

buah

dibahagikan

tersebut

sama

ada

sekiranya buah yang gugur


dijadikan

hak

miliknya

mahupun dibahagikan sama


rata sesama jiran.
1. Murid sentiasa bersikap adil

Murid mengamalkan
cara bersikap adil
terhadap jiran dalam
kehidupan seharian.

sesama jiran.
2. Murid tidak mementingkan
diri apabila jiran mengalami
kesusahan.
3. Sentiasa mengambil

berat

tentang jiran.
1. Murid berlaku adil sesama

6
Murid mengamalkan
cara bersikap adil
terhadap jiran dalam
kehidupan seharian dan
boleh dicontohi.

jiran dan anak-anak setempat


mencontohi
tersebut.
murid

perilaku
Sebagai

tersebut

murid
contoh,

memotong

rumput

yang

tumbuh

di

hadapan rumahnya berserta


rumah

jirannya.

setempat

yang

Penduduk
melihat

amalan tersebut mencontohi


amalan

tersebut

dengan

melakukan perkara itu juga.

Bagaimana anda dapat mengelak memberi Band yang tidak adil,


kerana Band yang diberikan adalah berat implikasinya terhadap harga
seorang manusia.
Di dalam PBS, autonomi telah diberikan kepada guru untuk
melaksanakan pentaksiran berdasarkan kesediaan murid. PBS membantu
guru dan murid mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid semasa
pengajaran dan pembelajaran berjalan. Sehubungan dengan itu guru
bolehlah menyesuaikan aktiviti pengayaan atau pemulihan mengikut
keperluan murid.
Wajar diingat bahawa PBS tidak membandingkan murid dengan
murid lain. Sebaliknya kejayaan murid diukur bersandarkan Standard yang
harus

dicapai

di

sesuatu

tahap

pembelajaran.

Bagi

mengelakkan

ketidakadilan berlaku, guru seharusnya menetapkan satu skor standard


yang telah ditetapkan di dalam mesyuarat panitia ataupun yang telah
dipersetujui bersama oleh para guru setelah meneliti kesesuaian murid di
sekolah tersebut. Skor tersebut haruslah dipatuhi oleh guru setelah
pentaksiran berlaku.
Adalah diharapkan dengan cara ini tekanan ke atas murid dan guru
dapat dikurangkan kerana murid tidak dibandingkan dengan kumpulan
yang lebih cerdas atau terpaksa menunggu rakan lain yang belum
menguasai sepenuhnya sesuatu kemahiran yang diajar untuk maju.

Anda mungkin juga menyukai