Anda di halaman 1dari 6

NAMA SEKOLAH:

SK / SJK C

LAPORAN POST MORTEM


PROGRAM LINUS 2.0
LITERASI BAHASA MALAYSIA,
NUMERASI &
LITERASI BAHASA INGGERIS

SARINGAN 2
TAHUN 1, 2 & 3
1.LAPORAN BERDASARKAN 5 FOKUS IAITU
2014
PENTADBIRAN, GURU,
MURID, BAHAN

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SERTA IBU


BAPA.
Contoh:
PENTADBIRAN
KELEBIHAN

KELEMAHAN

1. 70% Guru cakna dalam


pelaksanaan Program LINUS
2.0 peringkat sekolah selepas
taklimat secara berterusan
setiap tahun.
2. Pelaksanaan Progran LINUS di
sekolah dijalankan dengan
baik.

1. Guru Besar dan PK1 jarang


membuat pencerapan PdP
LINUS.
2. Sebilangan Guru Besar
menyerahkan 100%
pelaksanaan Program LINUS
kepada Penyelaras LINUS
sekolah.

(Contoh Laporan)
Strategi / Program Penambahbaikan :
1. Mesyuarat jawatankuasa LINUS peringkat sekolah dimasukkan dalam
takwim tahunan sekolah sekurang-kurangnya dua kali setahun semasa
mesyuarat akademik.
2. Pihak sekolah menggunakan instrumen pencerapan PdP yang selaras
untuk semua guru dan salinan perlu dihantar ke PPD.
3. Mesyuarat Jawatankuasa LINUS bersama Majlis Guru Besar peringkat
daerah diadakan sekurang-kurangnya dua kali setahun.
4. Dialog prestasi LINUS 2.0 peringkat sekolah sekurang-kurangnya dua
kali setahun selepas saringan dijalankan.

Contoh:
GURU

KELEBIHAN

KELEMAHAN

Guru LINUS sentiasa memberi


fokus dalam meningkatkan
tahap penguasaan muridmurid menggunakan
headcount penguasaan
konstruk murid.
Sentiasa memberi kerjasama
dalam program-program
intervensi di peringkat PPD,
Zon dan sekolah
Perancangan RPH yang
semakin mantap dan
menggunakan konsep
Kelestarian LINUS.

Terdapat pihak sekolah yang


terlalu bergantung dengan
keupayaan guru pemulihan
khas untuk membimbing
murid yang tidak menguasai
K3 K12 sehingga
mengabaikan kurikulum KSSR
dalam PdP biasa.
Guru bukan opsyen dan guru
baharu yang tiada
pengalaman mengajar murid
Tahap 1 terutamanya kelas
tahun 1.

(Contoh Laporan)
Strategi/Program Penambahbaikan :
1. Isu dalam pelaksanaan program LINUS 2.0 perlu diutarakan dalam
mesyuarat / dialog prestasi peringkat sekolah.
2. Pelaksanaan Program Lesson Study LINUS 2.0 diteruskan sebagai
program tahunan Unit LINUS.
3. Kursus Kelestarian RPH LINUS 2.0 diadakan sekurang-kurangnya dua
kali setahun di peringkat sekolah untuk memberi pendedahan
berterusan kepada guru.

Contoh:

MURID
KELEBIHAN

Murid yang menguasai dapat


membimbing rakan-rakan

KELEMAHAN

Masih ada murid yang tidak


hadir berpanjangan dan

yang belum menguasai


(Program Rakan Sebaya yang
dijalankan oleh sekolah)

kehadiran tidak konsisten


sehingga mengganggu proses
pembelajaran terutamanya
murid sekolah Penan.
Murid yang telah mengikuti
proses pemeriksaan outreach
masih perlu menjalani
rawatan susulan dalam
tempoh masa yang agak lama
disebabkan ibu bapa tidak
mampu membawa anak ke
Hospital Limbang.
Kebanyakan murid yang
belum menguasai adalah
murid slow learner dan
mempunyai masalah
keluarga.

(Contoh Laporan)
Strategi/Program Penambahbaikan :
1. Pihak sekolah merekod jumlah dan peratus ketidakhadiran bagi
setiap murid yang dikenal pasti dan menjalankan Program
Outreach (kerjasama Guru Besar, PK1 dan PKHEM bersama
Pegawai FasiLINUS)
2. Program mentor-mentee peringkat sekolah.

Contoh:
BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
KELEBIHAN

Guru dibekalkan dengan


modul guru dan modul

KELEMAHAN

Kurangnya penggunaan
bahan bantu belajar yang

tambahan yang mencukupi


oleh pihak PPD

menarik dan efektif dalam


proses PdP LINUS
Guru kurang memberi
bimbingan berterusan
terhadap murid yang masih
freshie Menguasai.

(Contoh Laporan)
Strategi/Program Penambahbaikan :
1. Bengkel pembinaan BBB di peringkat PPD dan sekolah sekurangkurangnya dua kali setahun.
2. Pertandingan Inovasi Bahan Bantu Belajar LINUS 2.0 peringkat zon
dan sekolah.

Contoh:
IBU BAPA
KELEBIHAN

Ibu bapa sentiasa didedahkan


dengan program LINUS 2.0
melalui perjumpaan ibu bapa
murid tahun 1 di peringkat
sekolah dan Program Sarana
Ibu Bapa.

KELEMAHAN

Kehadiran sebilangan ibu


bapa yang tidak memuaskan
semasa program
permuafakatan ibu bapa
bersama guru LINUS
(kedudukan kampong yang
jauh dari sekolah)

Kurangnya penglibatan
komuniti dalam pelaksanaan
program LINUS 2.0 di
peringkat sekolah

(Contoh Laporan)
Strategi/Program Penambahbaikan :
1. Jerayawara LINUS 2.0 peringkat zon : Zon A, Zon B, Zon C, Zon D
dan Zon E (melibatkan kehadiran YDP, PIBG dari semua sekolah
rendah).
2. Menjadikan program LINUS 2.0 sebagai salah satu agenda utama
Pengurusan Sarana Ibu Bapa dan Mesyuarat PIBG.
3. Pihak sekolah mengadakan sesi perjumpaan dengan ibu bapa
secara lebih kerap, terutama pada sesi pelaporan prestasi akademik
murid bersama guru.
4. Pihak sekolah menggalakkan penglibatan ibu bapa dan komuniti
dalam program intervensi murid setiap kali selepas saringan.

Anda mungkin juga menyukai