Anda di halaman 1dari 32

PENGENALAN KEPADA TEKNIK DAN VOKASIONAL (RBT

3013)
EVOLUSI PERKEMBANGAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL.
1.0 PENGENALAN
Teknik di sini bermaksud pengetahuan yang berkaitan dengan pembuatan barangan hasil
industri atau kaedah mencipta dalam sesuatu hasil seni mengikut Dewan Bahasa. Teknik juga
dikatakan berasal daripada perkataan Greek yang berbunyi technikos yang membawa maksud
untuk belajar ataupun prinsip-prinsip teknologi. Manakala vokasional pula membawa maksud
kepada profesion atau pekerjaan yang tertentu ataupun yang berkaitan dengan kursus-kursus
pendidikan amali. Dalam perkataan Latin, iaitu vocare yang membawa maksud to call.
Pengenalan kepada pendidikan teknik dan vokasional ini merupakan salah satu elemen
penting dalam memacu pembangunan sesebuah negara, khususnya bagi negara-negara yang
berhasrat untuk membentuk sebuah negara perindustrian. Malaysia yang berhasrat bagi
membentuk negara perindustrian menjelang tahun 2020, perlulah cakna terhadap bidang teknik
dan vokasional ini. Sejajar dengan itu sehingga kini telah terbinanya sebanyak 88 buah sekolah
teknik dan vokasional di seluruh Malaysia. Tidak tertumpu kepada sekolah sahaja, kerajaan
telah membina sebanyak 28 buah politeknik yang bertaraf institut pengajian tinggi awam.
Namun begitu, peranan yang dimainkan oleh pihak-pihak pendidikan teknik dan
vokasional ini sangat besar dan begitu mencabar pada masa kini. Hal ini kerana dalam bidang
ini mempunyai tanggungjawab yang besar bagi melaksanakan dasar peningkatan penggunaan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang
bersesuaian dengan perubahan ICT. Penggunaan ICT dalam pendidikan teknik dan vokasional
ini lebih berpaksikan kepada penggunaan yang dijalankan secara terancang dan bersesuaian
untuk meningkatkan keberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran selaras dengan hasrat

PENGENALAN KEPADA TEKNIK DAN VOKASIONAL (RBT


3013)
negara yang ingin meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai untuk menjadikan sebuah negara
yang mempunyai pendapatan tinggi.
2.0 Sejarah Perkembangan Pendidikan Teknik dan Vokasional
Evolusi perkembangan Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) ini terbahagi kepada dua iaitu :

Evolusi Perkembangan PTV

Sejarah Perkembangan
PTV
Akta Pendidikan yang
Berkaitan dengan bidang
PTV

2.1. Sejarah Perkembangan PTV


2.1.1. Pendidikan Teknik dan Vokasional di Zaman Imperialisme Barat
i) Sebelum Zaman Kolonialisme British.
Pendidikan di Tanah Melayu bermula sejak kewujudan Empayar Melaka lagi sewaktu
perkembangan ajaran Islam ke rantau Asia Tenggara. Masyarakat pada ketika itu, menuntut
ilmu berpusatkan rumah-rumah guru dan surau-surau. Selepas berlaku pertambahan bilangan
anak murid maka wujudkan sekolah pondok dengan sukatan berdasarkan kurikulum Masjid AlHaram di Makkah. Reformasi kecil telah berlaku setelah kehadiran Portugis pada tahun 1511
apabila mereka telah memperkenalkan pendidikan berasaskan agama Kristian mazhab Roman
Katolik. Kemudian, apabila Melaka jatuh ke tangan Belanda pula, menyebabkan berlakunya

PENGENALAN KEPADA TEKNIK DAN VOKASIONAL (RBT


3013)
perubahan daripada mazhab Katolik ke mazhab Protestant di Melaka pada ketika itu.
Kebanyakkan masyarakat pada ketika itu menerima ilmu kemahiran secara tidak formal seperti
kemahiran berladang atau berkebun, bersawah, bertukang kayu dan logam, membuat keris dan
kerja-kerja kraftangan seperti anyaman. Tanpa disedari ia telah meningkatkan penawaran
tenaga kerja berkemahiran tinggi dan berpengetahuan telah menyokong pembangunan
ekonomi berasaskan pengetahuan (k-ekonomi), kelayakan kemahiran perlu disediakan
sehingga tahap tertinggi dalam sesuatu bidang pekerjaan. Peringkat awal sebelum kedatangan
Inggeris, semasa penjajahan Inggeris sehingga era awal kemerdekaan. Sebagaimana yang kita
ketahui, PTV memainkan peranan yang penting dalam pembangunan ekonomi negara
khususnya dalam bidang industri seperti pembinaan dan pengeluaran.
Sebelum kedatangan Inggeris, sistem pendidikan Melayu hanya terhad kepada membaca alQuran dan pembelajaran agama di pondok-pondok. Kurikulumnya sempit dan terhad kepada
teks al-Quran.

Aktiviti pembelajaran hanya terhad kepada mengenal abjad-abjad Arab,

mengingat dan menghafaz doa, selain mendalami prinsip-prinsip Islam. Bahasa Melayu akan
diajar setelah mereka menguasai al-Quran. Sistem pendidikan Melayu berubah dengan
kedatangan Inggeris pada pertengahan kurun ke 19.

Inggeris memperkenalkan sistem

Pendidikan Vernakular Melayu, Cina dan India oleh A.M. Skinner.

Hasil rombakan dasar

tersebut pada 1913, sebanyak 189 buah sekolah Vernakular Melayu tersebut telah didirikan di
seluruh Tanah Melayu. Ia terus berkembang sehinggalah pada tahun 1938 terdapat 1169 buah
sekolah Vernakular Melayu.

ii) Semasa Zaman Kolonialisme British


-Sebelum Perang Dunia Kedua.

PENGENALAN KEPADA TEKNIK DAN VOKASIONAL (RBT


3013)
Semasa British menjajah Tanah Melayu, British telah mengategorikan sistem pendidikan
kepada lima peringkat iaitu:
Pendidikan Rendah
Pendidikan Menengah
Latihan Perguruan
Pendidikan Teknik dan Vokasional
Pendidikan Tinggi
Pada 6 Februari 1816, Rev. R.S. Hutchings telah membuka Penang Free School dengan
menawarkan mata pelajaran PTV.

Manakala pada tahun 1916, Sekolah Vokasional telah

ditubuhkan dan diikuti pada tahun 1918, Sekolah Menengah Teknik ditubuhkan di Kuala
Lumpur. Selepas 100 tahun dijajah Inggeris, hanya terdapat lima buah Sekolah Ketukangan di
Tanah Melayu.

Pada tahun 1923, Pusat Latihan Pertanian telah ditubuhkan bagi memberi

latihan kepada orang Melayu mengenai cara-cara berladang dan berkebun. Kemudian, pada
tahun 1926, Sekolah Teknik telah ditubuhkan dan kemudiannya pada tahun 1941 statusnya
telah ditukar ke Maktab Teknik dan dinaik taraf menjadi Universiti Teknologi Malaysia pada
tahun 1972. Bagi memberi pendidikan yang lebih mendalam kepada Pegawai-pegawai
pertanian, Sekolah Pertanian telah diwujudkan pada tahun 1931 di Serdang, Selangor dan
kemudian dinaik taraf sebagai Kolej Pertanian sebelum diiktiraf sebagai Universiti Pertanian
Malaysia pada tahun 1972 dan hari ini dikenali sebagai Universiti Putra Malaysia. Pada tahun
1946,

nama sekolah tersebut telah ditukarkan kepada Sekolah Menengah Pertukangan

(Secondary Trade School).

Pada tahun 1969, namanya telah bertukar sekali lagi menjadi

Sekolah Menengah Vokasional (SMV).


-Setelah Tanah Melayu Merdeka
Setelah mencapai kemerdekaan, kerajaan telah merangka beberapa rancangan untuk
meningkatkan taraf sosial dan ekonomi masyarakat yang kekurangan kemahiran dalam bidang

PENGENALAN KEPADA TEKNIK DAN VOKASIONAL (RBT


3013)
kejuruteraan, pertanian dan perdagangan bagi melaksanakan projek pembangunan. Sebagai
strategi jangka panjang, pihak kerajaan terpaksa meminjam pakar-pakar daripada luar negara.
Mereka dibayar untuk memberi latihan teknikal kepada rakyat. Laporan Razak 1956 telah
mencadangkan pendidikan teknik dikelolakan pada tiga peringkat iaitu :
a. Maktab Teknik
b. Sekolah Teknik dan
c. Sekolah-sekolah Pertukangan
Tujuan adalah untuk melahirkan pakar-pakar teknik, tenaga mahir dan separuh mahir melalui
sistem pendidikan formal di bawah pengurusan Kementerian Pendidikan. Diantara tahun 1957
hingga 1965, perkembangan Pelajaran Teknik dan Vokasional tidak begitu menonjol di
Semenanjung Tanah Melayu. Hanya 3 buah Junior Trade School, sebuah technical Institute dan
sebuah Maktab Teknik di Cheras, 13 buah Rural Trade School serta beberapa buah sekolah
lanjutan dan sekolah-sekolah tukang yang bertempat di sekolah-sekolah menengah yang sedia
asal dibangunkan. Mata pelajaran yang ditawarkan ialah ketukangan besi, kimpalan membaik
pulih kenderaan, tukang kayu dan penurap bata.
Pada era kemerdekaan ini juga, hasil Laporan Razak 1956 dan Laporan Jawatankuasa
Pelajaran 1960

(Laporan Rahman Talib) mencadangkan pembinaan lapan buah Sekolah

Ketukangan Luar Bandar dengan nama Sekolah Lanjutan Kampung.

Objektif penubuhannya

adalah seperti berikut:-

a. Menampung keperluan industri yang memerlukan tenaga kerja separa mahir dalam
beberapa industri kecil yang pesat berkembang ketika itu.

PENGENALAN KEPADA TEKNIK DAN VOKASIONAL (RBT


3013)
b. Memenuhi kehendak ibu bapa yang mahu anak mereka diajar mata pelajaran teknik.
c. Memenuhi kehendak cadangan Laporan Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib
1960 mengenai Sistem Pendidikan Aneka Jurusan (Comprehensive Education
System)
Jika kita lihat, pendidikan aneka jurusan ini mempunyai ciri-ciri yang tersendiri iaitu;
a. Semua pelajar diberi 9 tahun pendidikan di mana 6 tahun pendidikan sekolah rendah
dan 3 tahun pendidikan sekolah menengah rendah dan 1 tahun dalam kelas
peralihan jika perlu.
b. Kenaikan darjah selepas 6 tahun pendidikan rendah secara automatik dan diberi
pendidikan lanjutan selama 3 tahun sebagai tingkatan peralihan, tingkatan 1, 2 dan 3
tanpa perlu menduduki sebarang peperiksaan.
c. Dari tingkatan 1 hingga 3, pelajar diberi pendidikan am dan pendidikan pra
vokasional di mana mereka perlu mengikuti satu mata pelajaran teras dan satu mata
pelajaran pravokasional, sama ada mata pelajaran Sains Pertanian atau Pengajian
Perdagangan atau Sains Rumahtangga (pelajar perempuan) atau Seni Perusahaan
(pelajar lelaki).
d. Selepas 9 tahun di bangku sekolah, pelajar akan menduduki Sijil Rendah Pelajaran
(SRP) untuk membolehkan mereka meneruskan pelajaran sama ada dalam
pendidikan akademik, teknik atau vokasional berdasarkan keputusan SRP.

2.2. Sejarah Penubuhan Sekolah Teknik dan Vokasional serta Ketukangan


Penubuhan sekolah teknik bermula pada tahun 1905. Sekolah teknik pertama ialah Sekolah
Teknik Treacher yang dikelolakan oleh Jabatan Kerjaya Raya Negeri-negeri Melayu Bersekutu
yang bertempat di Kuala Lumpur. Tujuan penubuhan sekolah teknik ini adalah untuk melahirkan

PENGENALAN KEPADA TEKNIK DAN VOKASIONAL (RBT


3013)
pembantu-pembantu jurteknik di Jabatan Kerja Raya, Jabatan Keretapi Tanah Melayu dan
Jabatan Ukur. Pada tahun 1914, telah berlaku perang dunia kedua menyebabkan semua
jabatan-jabatan tersebut ditutup. Sekolah teknik juga turut ditutup. Pada tahun 1918, sekolah
teknik telah dibuka semula dan telah diambil alih oleh Jabatan Pelajaran pada tahun 1931.
Sekolah teknik ini telah menerima pelajar-pelajar dari agensi swasta pada tahun 1933. Antara
kursus yang diperkenalkan ialah kejuruteraan awam, kejuruteraan mekanikal dan kejuruteraan
ukur. Sekolah pertukangan atau Trade School bermula pada tahun 1926 dengan tertubuhnya 4
buah sekolah pertama di Kuala Lumpur. Guru terdiri daripada orang Eropah yang ditadbir oleh
seorang pengetua dibawah kelolaan Jabatan Pelajaran. Perlaksanaan ini bertujuan untuk
melahirkan mekanik-mekanik terlatih untuk memenuhi keperluan di Jabatan Keretapi dan di
sekolah-sekolah untuk mata pelajaran pertukangan. Murid akan mengikuti kursus selama 3
tahun. Latar belakang murid kebanyakkannya merupakan pelajar yang gagal untuk meneruskan
pelajaran ke sekolah menengah. Terdapat tiga mata pelajaran menjadi teras iaitu seni
perusahaan, sains pertanian dan sains rumah tangga.
Pada tahun 1969, seramai 1329 penuntut kumpulan pertama daripada sekolah menengah
vokasional telah menduduki SPVM. Di antara 1969 1974 kerajaan telah menubuhkan sekolah
jenis vokasional secara beransur ansur mengikut Rancangan Lima Tahun Dasar Ekonomi
Baru di setiap negeri di seluruh negara. Jumlah kesemuanya ialah 8 buah Sekolah Vokasional
di mana 13 daripadanya ialah sekolah jenis pertukangan. Dengan itu dapatlah diandaikan
bahawa dasar dan tujuan kerajaan lebih cenderung kepada sektor perindustrian dan pertanian.
Bidang mata pelajaran Vokasional yang ditawarkan adalah seperti berikut :
a) Kursus Pertukangan
iPemasangan Elektrik
iiRadio, Televisyen dan Elektronik
iiiMesin dan Geseran
ivKepingan logam dan kimpalan
vBinaan bangunan dan pertukangan kayu

PENGENALAN KEPADA TEKNIK DAN VOKASIONAL (RBT


3013)
vivii-

Kaji sawat motor ( petrol dan disel )


Penyejukan dan pendinginan

Pelajar yang mengikuti latihan dalam jurusan ini hanya dibenarkan memilih salah satu daripada
mata pelajaran yang disebutkan di atas.
b) Kursus Pertanian Kursus ini memerlukan banyak masa untuk kerja luar iaitu di ladang
ladang. Mata pelajaran yang dipelajari ialah:
iPenghasilan Tanaman
iiHortikultur Hiasan
iiiPengurusan Tanah
ivPenghasilan Ternakan
vPengurusan Ladang
viPeralatan dan Mesin Ladang
c) Kursus Perdagangan Tujuan kursus ini ialah untuk membina kemahiran pelajar dalam
Type Writting, Shorthand, Book keeping dan Business Correspondence. Mata
pelajaran trengkas adalah untuk pelajar aliran Melayu. Antara mata pelajarannya ialah:
iPitman Shorthand or Book Keeping
iiCommercial English
iiiCommercial Practice
ivType Writting
d) Kursus Sains Rumah Tangga Tujuan kursus ini adalah persediaan mendapatkan
pekerjaan di bidang berkaitan di samping memberi pengetahuan kemahiran kepada
pelajar. Kursus ini terbahagi kepada dua iaitu:
Kursus A
i)
Nutrition
ii)
Cookery and cotage industry and catering
iii)
House Craft
iv)
Mother Craft and Child Craft
v)
Element of Commerce
Kursus B
i)
ii)
iii)
iv)

Needlework and Tailoring


Beauty Cuture and Hair Dressing
Laundry Work
Element of Commerce

Perkembangan Sekolah Menengah Teknik Sekolah Menengah Teknik mempunyai pertalian


dengan Treacher Technical (1906) yang ditubuhkan oleh pihak Kolonial dibawah Jabatan

PENGENALAN KEPADA TEKNIK DAN VOKASIONAL (RBT


3013)
Pelajaran Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Treacher Technical Istitute kemudian dinaik taraf ke
Techinical Institute pada 1956 selaras dengan Laporan Razak dan akhirnya bertukar kepada
Sekolah Menengah Teknik pada tahun1962. Tujuan Sekolah Menengah Teknik bukan untuk
memberi latihan kemahiran sebagai persediaan mendapatkan pekerjaan tetapi adalah untuk
memberi pelajaran am yang lebih cenderung kepada aliran teknik sebagai asas murid-murid
untuk melanjutkan pelajaran tinggi dibidang teknikal. Tiga kursus utama yang ditawarkan di
Sekolah Menengah Teknik ialah Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Mekanikal dan Pertanian.
Kemudian ilmu Perdagangan diperkenalkan untuk memberikan peluang kepada pelajar
perempuan. Dalam kursus mekanikal dan bangunan, murid diberi latihan amali di bengkel yang
berkaitan serta teori teorinya. Keseluruhan mata pelajaran yang terdapat di tingkatan 4 adalah
seperti berikut :
a) Bahasa Malaysia
b) English Language
c) Additional Mathematics
d) Elementry Mathematics
e) Physics
f) Chemistry
g) Biology ( kursus pertanian)
h) Survey
i) Malaysian Studies ( Geography, Hstory, Civics)
j) Mechanical Workshop / Theory
k) Building Workshop / Theory
l) Technical Drawing
m) Agricultural Sciences
n) Commerce

PENGENALAN KEPADA TEKNIK DAN VOKASIONAL (RBT


3013)
o) Principles of Account
p) Agama Islam

2.3. Penubuhan Politeknik di Tanah Melayu.


Pendidikan Politeknik mula diperkenalkan di Malaysia melalui Pelan Colombo pada tahun 1969
dengan penubuhan politeknik pertama iaitu Politeknik Ungku Omar, Ipoh. Ini dikukuhkan lagi
melalui satu resolusi yang telah dipersetujui oleh Jemaah Kabinet dalam Pelan Perlaksanaan
Pendidikan (1979) dan Pelan Industri Kebangsaan pada tahun 1985 1995. Keputusan
Jawatankuasa Kabinet mengenai latihan(1991) sekali lagi memberi ruang kepada penambahan
bilangan politeknik dan penawaran kursus-kursus bagi memenuhi permintaan tenaga separa
profesional dalam bidang kejuteraan, perdagangan dan hospitaliti.

3.0. Akta-akta Pendidikan yang Berkaitan dengan PTV


Terbentuknya 2 jawatankuasa penting iaitu :
a) Jawatankuasa LEMON (1918)
b) Jawatankuasa WINSTEDT (1925)
Terdapat beberapa laporan yang menjadi tunjang penting dalam pembentukan sejarah selepas
kemerdekaan. Antaranya ialah :
i)

Laporan Barnes (1950)

PENGENALAN KEPADA TEKNIK DAN VOKASIONAL (RBT


3013)
Laporan ini telah disediakan pada tahun 1951 oleh L.J. Barnes. Laporan ini disediakan dengan
tujuan untuk menyiasat

kedudukan dan memperbaiki pendidikan orang Melayu. Terdapat

beberapa cadangan di dalam Laporan Barnes ini, iaitu:


-

Dua jenis sistem sekolah hendaklah ditubuhkan.


Satu jenis sekolah menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.
Pelajaran bahasa Cina clan Tamil akan disediakan jika terdapat 15 orang murid atau

lebih yang ingin mempelajari bahasa ibunda mereka.


Bahasa Melayu wajib diajar di sekolah Inggeris dan bahasa lnggeris wajib diajar di
sekolah Melayu.

Malah terdapat beberapa syor yang telah dikemukakan di dalam Laporan Barnes. Antaranya
ialah:
-

Sekolah dwibahasa diadakan dan bahasa pengantar yang digunakan ialah bahasa

Inggeris dan bahasa Melayu.


Sekolah-sekolah vernakular dalam bahasa Melayu, Cina dan Tamil ditukarkan kepada
sekolah kebangsaan. Di mana sekolah-sekolah ini akan menggunakan bahasa
kebangsaan, iaitu bahasa Melayu.

ii)

Laporan Fenn Wuu (1951)

Laporan ini telah dilaksanakan dengan diketuai oleh Dr. Fenn (Setiausaha Kerja Bersekutu Negara China) dan Dr. Wu (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu). Terdapat beberapa perkara
yang mereka telah lakukan sebelum mengeluarkan laporan tersebut antaranya adalah :
-

Mengkaji semula Laporan Barnes serta melayan kehendak masyarakat Cina yang
menganggap laporan tersebut bertujuan menghapuskan bahasa dan budaya orang

Cina.
Terdapat beberapa cadangan yang dibuat, kemudiannya menjadi asas kepada Ordinan
Pelajaran (1952)

PENGENALAN KEPADA TEKNIK DAN VOKASIONAL (RBT


3013)
-

Malahan, terdapat beberapa syor yang telah dikemukakan di dalam Laporan Fenn-Wu.
Antaranya ialah:
a)
Sekolah vernakular dibenarkan berfungsi dan menggunakan tiga
bahasa, iaitu Melayu, Cina dan Tamil, dan bahasa kebangsaan juga
diadakan.
b)

Sekolah-sekolah aliran jenis kebangsaan (Inggeris) dikekalkan.

c)

Sekolah-sekolah vokasional teruss dikembangkan untuk menampung


keperluan tenaga pekerja mahir yang diperlukan untuk pembangunan
negara.

iii)

Ordinan Pelajaran (1952)

Ordinan Pelajaran merupakan sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan oleh kerajaan British
untuk mengkaji Laporan Barnes dan Fenn-Wu. Laporan jawatankuasa ini dikenali sebagai
Ordinan Pelajaran (1952). Sekolah Kebangsaan - corak sistem persekolahan kebangsaan, iaitu
Sekolah vernakular Cina dan Tamil tidak diterima sebagai sistem persekolahan kebangsaan.
Dalam ordinan ini telah dinyatakan bahawa Bahasa Cina dan Tamil diajar sebagai bahasa
ketiga. Walau bagaimanapun, Ordinan Pelajaran (1952) ini tidak menjadi kenyataan disebabkan
masalah kewangan.
iv)

Penyata Razak (1956)

Menteri Pelajaran ketika itu Y.B. Dato' Tun Abdul Razak Hussein telah menubuhkan
Jawatankuasa Pelajaran dan mengesyorkan beberapa perubahan dalam sistem pendidikan dan
laporan ini dikenali sebagai Penyata Razak (1956). Cadangan-cadangan yang terdapat di

PENGENALAN KEPADA TEKNIK DAN VOKASIONAL (RBT


3013)
dalam penyata tersebut telah dimaktubkan dalam Ordinan Pelajaran 1957. Tujuan Penyata
Razakini dibuat adalah untuk :-

Menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, bahasa perpaduan dan

bahasa pengantar di sekolah


Mengeratkan perpaduan antara kaum Melayu, Cina dan India sebagai satu rumpun

bangsa di Tanah Melayu


Mengembangkan sistem pendidikan agar jurang perbezaan antara kaum dapat

dikurangkan
Menyediakan kemudahan pendidikan yang mencukupi untuk melahirkan masyarakat

yang berdisplin, terlatih, liberal dan progresif.


Mewujudkan sistem pengurusan pendidikan yang lebih cekap dan berkesan
Mewujudkan masyarakat yang bertoleransi, berdisplin, terlatih , lieral dan progresif
Memenuhi keperluan negara yang merdeka dan memperkembangkan sistem pendidikan

Hasil kajian jawatankuasa ini terkandung dalam Laporan Razak yang dikemukakan pada bulan
April 1956. Berikut ialah kandungan Laporan Razak:
A.
i)

Sekolah Rendah
Sekolah rendah dibahagikan kepada Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) yang

menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan Sekolah Rendah Jenis
Kebangsaan (SRJK) yang menggunakan Bahasa Inggeris, Cina dan Tamil sebagai bahasa
pengantar.
ii) Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris merupakan matapelajaran wajib.
iii) Murid keturunan Cina dan Tamil di sekolah aliran Inggeris diberi
bahasa ibundanya jika ada 15 orang atau lebih murid ingin belajar.

peluang mempelajari

PENGENALAN KEPADA TEKNIK DAN VOKASIONAL (RBT


3013)
iv) Guru-guru mestilah mempunyai Sijil Sekolah Menengah Rendah dan mendapat latihan
sepenuh masa setahun dan separuh masa 2 tahun.
B.

Sekolah Menengah

i) Sekolah menengah dibahagikan kepada 3 peringkat iaitu sekolah menengah rendah (3


tahun), sekolah menengah atas (2 tahun) dan pra-U (2 tahun).
ii) Satu jenis sekolah menengah sahaja yang Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sebagai
matapelajaran wajib.
iii) Terbuka kepada semua kaum dan menggunakan sukatan yang sama.
iv) Bagi memasuki sekolah menengah, mesti lulus peperiksaan memasuki sekolah menengah.
C.

Sistem peperiksaan

a) Sekolah Menengah Rendah.


- Peperiksaan di peringkat Tingkatan 3 (peperiksaan bersama) dan mesti lulus Sijil Rendah
Pelajaran (SRP/LCE) bagi memasuki sekolah menengah atas.
b)

Sekolah Menengah Atas.


- Peperiksaan bersama di Tingkatan 5 untuk memperolehi Sijil Persekutuan Tanah Melayu
yang sama taraf dengan Cambridge Overseas Certificate.

c)

Pra-U
- Peperiksaan di Pra-U tahun kedua untuk memperolehi Sijil Tinggi Pelajaran (STP/HSC)
untuk memasuki universiti.

v)

Laporan Rahman Talib (1960)

PENGENALAN KEPADA TEKNIK DAN VOKASIONAL (RBT


3013)
Pada tahun 1959, Jawatankuasa Penyemak Pelajaran ditubuhkan bagi mengkaji
semula perlaksanaan Laporan Razak dan langkah-langkah bagi mewujudkan satu
sistem pendidikan kebangsaan. Jawatankuasa ini diketuai oleh Abdul Rahman bin
Haji Talib. Beberapa syor telah dikemukakan dalam laporan tersebut :
A.

Bahasa kebangsaan

i) Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar di sekolah rendah,


sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi.
ii) Peperiksaan awam diadakan dalam Bahasa Melayu.
iii) Semua calon mesti lulus Bahasa Melayu sebelum masuk ke sekolah menengah.
B. Kelas peralihan
Kelas peralihan diadakan bagi pelajar dari SRJK(C) dan SRJK(T) yang ingin
bertukar ke sekolah menengah aliran Melayu atau Inggeris.
C. Kenaikan automatik
- Kenaikan darjah secara automatik di semua sekolah rendah dan sekolah
menengah bantuan kerajaan.
- Peluang pendidikan selama 9 tahun disediakan secara automatik iaitu 6 tahun
sekolah rendah dan 3 tahun sekolah menengah rendah.
- Pelajaran percuma kepada semua sekolah rendah tanpa mengira bahasa
pengantarnya.
D. Matapelajaran akhlak
i) Murid beragama Islam Pendidikan Islam.
ii) Murid bukan beragama Islam Pendidikan Moral.
vi)

Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979)

Laporan Jawatankuasa Kabinet merupakan sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan dalam


tahun 1974 untuk mengkaji semula Dasar Pendidikan dengan tujuan untuk memperbaiki
pelaksanaannya supaya matlamat untuk melahirkan satu masyarakat yang bersatupadu dan
berdisiplin serta memenuhi keperluan tenaga rakyat yang terlatih bagi pembangunan negara
dapat dicapai. Laporan Jawatankuasa ini telah diterbitkan dalam tahun 1979. Beberapa strategi
telah digubal untuk mencapai matlamat Dasar Pendidikan yang telah ditetapkan seperti berikut:

PENGENALAN KEPADA TEKNIK DAN VOKASIONAL (RBT


3013)
-

Menjadikan

Bahasa

utama;
Mengadakan

bagi semua jenis sekolah;


Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua;
Melicinkan tatacara pengurusan pendidikan;
Meningkatkan mutu pendidikan keseluruhannya dengan menyediakan pendidikan yang

menyeluruh, seimbang dan bersepadu;


Mengadakan peluang pendidikan asas selama sembilan tahun;
Mendemokrasikan
pendidikan
dari
segi
peluang
dan

kurikulum

Kebangsaan
yang

sebagai
sama

dan

bahasa

pengantar

berorientasikan

mutu

yang
Malaysia

dengan

mengagihkan peruntukan secara adil dan memberi perhatian khas kepada kumpulan
-

yang kurang bernasib baik dan kawasan luar bandar atau pendalaman;
Menyediakan pendidikan rendah mengikut Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)
yang berasaskan 3M iaitu membaca, menulis dan mengira pada tahun 1983 yang
menjurus kepada kurikulum bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1989.
Matlamat utama kurikulum baru ini adalah untuk melahirkan individu yang seimbang dari
segi ilmu pengetahuan dan kemahiran yang sesuai dan mempunyai moral serta nilai

etika yang kukuh;


Memperluaskan pendidikan Vokasional dan Teknik melalui penyusunan semula

kurikulum Sekolah Vokasional pada tahun 1978;


Mempelbagai dan memperbanyakkan kemudahan pendidikan di peringkat universiti

terutama dalam bidang sastera gunaan dan sains gunaan;


Mempertingkatkan pendidikan kerohanian, moral dan disiplin;
Menjadikan Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran yang
wajib diajar di sekolah-sekolah dan memberi peluang yang sempuma bagi pembelajaran

bahasa-bahasa lain seperti Bahasa Cina dan Bahasa Tamil dan


Menggalakkan aktiviti kokurikulum yang memupuk disiplin,seperti pasukan-pasukan
kadet tentera, kadet polis, pengakap, puteri Islam dan lain-lain.

3.0 Kesimpulan

PENGENALAN KEPADA TEKNIK DAN VOKASIONAL (RBT


3013)
Apa yang dapat kita rungkaikan adalah PTV ini tidak jauh bezanya dengan RBT. Kedua-duanya
mementingkan kemahiran dan hanya berfokuskan kemahiran dalam pembelajaran. Cuma
bezanya PTV ini dipelajari dengan lebih mendalam bagi pelajar-pelajar teknik mahupun
politeknik berbanding dengan IPG yang hanya mempelajari asas-asas dalam sesuatu
pembuatan mahupun teknik. Bukan itu sahaja, jika PTV, ianya lebih menumpukan yang lebih
terhadap satu kemahiran utama yang dipilih sahaja sedangkan RBT, para pelajarnya akan
mempelajari pelbagai kemahiran walaupun hanya sekadar asas sahaja.

Berdasarkan jurnal yang telah diperolehi, saya dapat mengenalpasti sejauhmana PTV
memainkan peranan penting dalam pendidikan di Malaysia. PTV lebih memfokuskan untuk
melahirkan individu yang mempunya tenaga kerja yang berkualiti. Dalam hal ini, PTV hanya
menitik beratkan pembelajaran secara amali berbanding teori di dalam kelas. dalam bidang
pendidikan teknik dan vokasional, untuk melahirkan seseorang yang mempunyai tahap
mengenal hakikat diri yang tinggi adalah agak sukar. Ini kerana pengajaran yang disampaikan
lebih kepada kerja amali berbanding mata pelajaran akademik yang lain, pendidik dapat
menyampaikan nilai nilai murni atau aspek kerohanian secara langsung semasa pengajaran
dan pembelajaran berlangsung. Oleh itu, pendidik dalam bidang teknik dan vokasional harus
menjalankan peranan secara aktif dalam memastikan pelajar dapat mengenal hakikat diri dan
mencari kebenaran pada tahap yang optima.
Selain itu, PTV juga memainkan peranan besar dalam menaikkan dan memperkasakan
pendidikan teknik dan vokasional ini dalam dunia pendidikan. Jika dilihat pada masa sekarang
pendidikan teknik dan vokasional masih berorentasikan peperiksaan walaupun aspek amali

PENGENALAN KEPADA TEKNIK DAN VOKASIONAL (RBT


3013)
ditekankan. Oleh itu, para pelajar yang mengikuti latihan atau proses pengajaran dan
pembelajaran dalam bidang ini hanya menumpukan kepada peperiksaan akhir supaya dapat
lulus dengan cemerlang dan memperolehi pekerjaan. Ini menunjukkan kurikulum sedia ada
masih tidak berjaya melahirkan pelajar yang benar benar berkemahiran. Jika hendak dikaitkan
perkara ini dengan sistem pendidikan PTV , maka sudah pastilah berkenaan para guru PTV
yang bertungkus lumus untuk menaikkan nama PTV ini. Apa yang kita dapat perhatikan
usaha guru guru PTV dengan melibatkan diri dalam peringkat penggubalan kokurikulum.
Sebolehnya, para pendidik dalam bidang PTV ini perlulah mempunyai pengalaman dalam
bidang industry serta para guru juga seharusnya sentiasa mengambil cakna akan pengetahuan
terkini dalam bidang industry.
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,
Saya Siti Nur Hidayah Binti Aidil Adzha pelajar dari kelas 1PISMP RBT ambilan Jun 2014 telah
menerima tugasan bagi subjek Pengenalan Kepada Pendidikan Teknik dan Vokasional (RBT
3013) pada 7 Julai 2014 dan tarikh hantar pada 7 September 2014 oleh pensyarah subjek iaitu
Encik Mohamed Shariff Bin Salehuadin dan Encik Mohd Harath Ali Bajunid Bin Omar.
Alhamdulillah tugasan ini dapat saya laksanakan dengan izinNya dan bimbingan daripada
pensyarah subjek.
Pertama sekali, saya ingin menceritakan pengalaman saya semasa melaksanakan tugasan ini.
Apa yang saya tertarik ialah apabila saya menemui senarai sekolah-sekolah teknik dan
vokasional di internet. Saya meneliti setiap satunya kerana pada zaman persekolahan dahulu
saya sangat berminat untuk memasuki sekolah teknik. Namun, segalanya tidak tercapai kerana
saya terlepas tarikh untuk mengisi borang kemasukan.Bukan itu sahaja, saya juga sangat teruja
apabila terbaca mengenai opsyen opsyen yang ditawarkan kepada yang berminat. Saya

PENGENALAN KEPADA TEKNIK DAN VOKASIONAL (RBT


3013)
sangat tertarik dengan masakan dan katering. Saya berharap saya dapat melihat sendiri
dengan mata saya keadaan di sekolah teknik vokasional yang menawarkan kursus berkenaan
masakan tersebut kerana saya tertanya tanya adakah ia sama dengan cara pembelajaran di
IPG?
Namun begitu, terdapat beberapa masalah dan halangan semasa saya menyiapkan tugasan
ini. Pertamanya, saya menghadapi masalah dalam mencari maklumat yang betul mengenai
subjek ini. Hal ini kerana terlalu banyak mengenai PTV di internet. Bukan itu sahaja,
kebanyakan maklumat di internet mengenai PTV ini disulitkan dan tidak dibenarkan membuka
tanpa kebenaran. Saya berasa sangat stress kerana kebanyakannya begitu. Namun saya
berjaya atasi apabila saya berusaha jugak mendapatkan maklumat sama ada di buku mahupun
tambahan maklumat dari nota nota yang diberikan.
Sepanjang menjalankan tugasan ini saya merasakan saya lebih faham mengenai apa yang
cuba hendak disampaikan dan apa yang hendak dicapai dalam PTV. Apa yang saya faham
adalah ketika penceritaan mengenai sejarah perkembangan pendidikan teknik dan vokasional
ini yang menyatakan tujuan perlaksanaan pendidikan ini banyak kali disebut. Ia membuatkan
saya sangat faham apa matlamat penubuhan dan perlaksanaan PTV di dalam pendidikan.
Selain itu, PTV ini juga tidak jauh bezanya dengan bidang RBT. RBT dikatakan anak kepada
PTV.
Saya rasa ini sahaja yang dapat saya kongsikan dengan pensyarah. Semoga hasil kerja saya
tuan pertimbangakan. Segala jasa baik tuan, saya ucapkan terima kasih.

PENGENALAN KEPADA TEKNIK DAN VOKASIONAL (RBT


3013)

RUJUKAN
Emat, Y. (2005). Pendidikan Teknik dan Vokasional di Malaysia. Petaling Jaya,
Selangor: IBS Buku Sdn.
Bhd.
http://www.slideshare.net/MeenuMegala/sejarah-perkembangan-sistem-pendidikandi-malaysia
dirujuk pada 17 Ogos 2014. Megala Silva Raju.
http://worldeducator.blogspot.com/2012/09/ulasan-jurnal-tentangmatapelajaran.html dirujuk
pada 26 Ogos 2014. M.S Tamarai.
http://eprints.utm.my/17060/1/JOE-1-2011-021.pdf dirujuk pada 30 Ogos 2014.

PENGENALAN KEPADA TEKNIK DAN VOKASIONAL (RBT


3013)

BIODATA PELAJAR

NAMA: Siti Nur Hidayah Binti Aidil Adzha.

PENGENALAN KEPADA TEKNIK DAN VOKASIONAL (RBT


3013)
NO. I/C: 950817-08-5336
NO. TEL: 012-5244042
EMAIL : hidayahs601@gmail.com
TEMPAT LAHIR: Hospital Taiping, Perak
ASAL: Parit Buntar, Perak.
MAKANAN KEGEMARAN: Char Kuey Tiaw.
MINUMAN KEGEMARAN: Air Laici.
HOBI: Membaca Novel dan Buku-buku Ustaz Azhar Idrus.
SLOGAN HIDUP: Be better than the best! Bukan semua yang kita lakukan boleh puaskan hati
semua orang.

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,


Saya Siti Nur Hidayah binti Aidil Adzha pelajar dari 1PISMP RBT ingin merakamkan setinggitinggi penghargaan kepada pensyarah bagi subjek RBT 3013 Pengenalan kepada Pendidikan
Teknik dan Vokasional, Encik Shariff dan Encik Harath yang bertungkus-lumus mengajar saya
dan rakan-rakan agar kami semua dapat memahami apa yang ingin disampaikan dan juga apa
yang ingin dihayati dalam subjek ini. Terima kasih juga kerana tidak pernah jemu untuk
menerangkan segala ilmu mengenai teknik dan vokasional ini walaupun kami agak jemu
dengannya. Namun, semangat puan untuk mengajar kami semua saya jadikan sumber
semangat dan panduan untuk saya aplikasikan semasa di sekolah nanti. Sekalung

PENGENALAN KEPADA TEKNIK DAN VOKASIONAL (RBT


3013)
penghargaan juga buat puan kerana selalu memberi tunjuk ajar kepada saya dan rakan-rakan
membantu menyiapkan tugasan ini dengan jayanya walaupun cuma berinteraksi melalui ajk
subjek.
Selain itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak
membantu saya dalam menjayakan tugasan ini. Mereka banyak berkongsi pendapat dan
memberi tunjuk ajar kepada saya untuk membuat tugasan. Kepada ajk subjek ini iaitu Azwan
Burham, terima kasih kerana selalu menyampaikan maklumat-maklumat terkini. Terima kasih
kerana selalu menjadi orang tengah untuk yang lain berhubung dengan puan walaupun anda
sendiri kadangkala dimarahi oleh rakan-rakan yang lain kerana terlalu banyak pesanan dan
sampaian yang diberitahu sehingga kami semua pening, tetapi anda telah melaksanakan tugas
anda sebagai ajk subjek dengan sempurna.
Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa saya yang banyak member
semangat untuk saya menyiapkan tugasan-tugasan ini. Terima kasih kerana sudi meluangkan
masa dan menemani saya terutamanya pada waktu malam ketika saya stay up untuk
menyiapkan tugasan. Mereka banyak menenangkan saya waktu saya menangis kerana tidak
tahan untuk berjaga malam. Mereka yang menguatkan saya untuk terus buat sehingga siap.

ISI KANDUNGAN
Biodata pelajar
Penghargaan
Tugasan A
Tugasan B
Tugasan C

MUKA SURAT

PENGENALAN KEPADA TEKNIK DAN VOKASIONAL (RBT


3013)
Rujukan

PENGENALAN KEPADA TEKNIK DAN VOKASIONAL (RBT


3013)

ISI
KANDUNGAN

PENGENALAN KEPADA TEKNIK DAN VOKASIONAL (RBT


3013)

BIODATA
PELAJAR

PENGENALAN KEPADA TEKNIK DAN VOKASIONAL (RBT


3013)

PENGHARGAAN

PENGENALAN KEPADA TEKNIK DAN VOKASIONAL (RBT


3013)

TUGASAN A :
PENULISAN ESEI

PENGENALAN KEPADA TEKNIK DAN VOKASIONAL (RBT


3013)

TUGASAN B:
ULASAN
JURNAL

PENGENALAN KEPADA TEKNIK DAN VOKASIONAL (RBT


3013)

TUGASAN C :
PENULISAN
REFLEKTIF

PENGENALAN KEPADA TEKNIK DAN VOKASIONAL (RBT


3013)

RUJUKAN

PENGENALAN KEPADA TEKNIK DAN VOKASIONAL (RBT


3013)

LAMPIRAN