Anda di halaman 1dari 2

[BAHASA MANUSIA]

Acap kali, namun hanya sungging menyipu di bibir. Bukan malu, bukan marah,
apatah bangga. Sejujurnya, terlebih kerap berterima kasih. Mungkin, salah
sangkaan itu bakal mencairkan ais-ais yang menangguh salam perkenalan.
Kalau nak dikira, mengah bibir meratib angka. Haha! Paling biasa, bahasabahasa terlontar dari orang asing senada dengan bahasa mereka. Ah sudah, apa
lagi alasan mahu diberikan. Terlalu tipikal kalau beralasan sama setiap kali,
maaf, mungkin saya belum berbahasa sama.
Itu belum dikira orang asing sebangsa cuba melontar bahasa yang berlainan dari
tuturan hariannya. Pernah ketika membayar buku di kaunter, duit yang
membarter bersambut penghargaan xie xie dari wanita yang sebangsa.
Kalau di luar negara lagikan jenaka. Senang benar bahasa Inggeris menjadi
medium bual sesama sebangsa. Pernah ditanya bermacam dalam bahasa bukan
Melayu terlontar mulut sama hitamnya. Dan dijawab dalam bahasa Inggeris juga.
Sengaja. Belum juga dikira mereka yang merasa sebangsa, menegur dan mula
mengerut apabila terasa bersalah menafsir papan tanda bangsa pada wajah ini.
Juga yang mengucap perayaan bangsa yang selain dari sebetulnya.
Terlalu banyak. Berkajang pun ada kalau mahu disenarai semua.
Tapi sebetulnya, tak kira apa bangsa sekalipun, kita semua berbangsa manusia
bukan? Ada satu istilah bahasa, perikemanusiaan.
Kata ini paling sering terguna saat watak protagonist teraniaya antagonis.
Tampak benar, jahat bukan terguna, baik itu bahasa semua manusia. Semua,
tanpa ada terkecuali. Terfahami merentas bangsa. Senada iramanya, diterima
semua.
Kala yang tertinggal itu berharga, lantas manusia
menyambut, menghulur kembali pada sang empunya.

yang

dibelakangnya

Atau mata sang teman memerah dengan hidung umpama badut, dia yang
berjenama manusia itu menenangkan.
Atau, lagi global, rakan-rakan manusia yang teraniaya seluruh dunia, ada kita
bertanya khabar mereka? Ada kita memakaikan jaket pada bahunya yang
merengket?
Atau masih beralasan, maaf, mungkin saya belum berbahasa sama.

[]
Auckland International Airport.
Lengang. Seperti biasa.

Anda mungkin juga menyukai