Anda di halaman 1dari 2

1.3.

3- Ciri-ciri Asas Tamadun


1. Wujud penempatan masyarakat manusia di kawasan tertentu (Kota, bandar,
kepolisan)
2. Peningkatan kualiti kehidupan dan jangka hayat.
3. Wujud sistem organisasi dan institusi sosial dlm bidang politik, pentadbiran,
ekonomi dan pendidikan yang sempurna.
4. Muncul satu bahasa atau beberapa bahasa serumpun dengan satu sistem
tulisan tersendiri untuk berkomunikasi.
5. Wujud sistem perundangan dan sistem nilai/moral yang berkuatkuasa.
6. Peningkatan daya reka cipta dlm bidang teknologi & pembinaan.
7. Perkembangan daya kreativiti dalam bidang falsafah, kesenian, kesusteraan
dan nilai estitika yang tersendiri.
1.3.4- Faktor-faktor yang mendorong kelahiran dan perkembangan
1. Kedudukan yang strategik memungkinkan pengunaan sumber semulajadi
demi kelangsungan kehidupan.
2. Rangsangan keagamaan dan kerohanian.
3. Penghayatan yang tinggi terhadap moral dan nilai yang terpuji.
4. Kesengsaraan hidup; Tamadun Jepun.
5. Keterbukaan dan toleransi terhadap sumbangan tamadun yang lain.
Kesimpulan
Perkataan kebudayaan mengikut keterangan yang dikemukakan oleh setengah
sarjana adalah sama dengan maksud tamadun. Manakala pendapat yang lain
pula mengatakan kebudayan ada sedikit perbezaan dengan tamadun dan
berdasarkan pengertian-pengertian yang dinyatakan, konsep ketamadunan
sepatutnya dilihat dari perspektif yang meliputi pencapaian tatasusila dan moral
yang tinggi serta kemajuan petempatan dan kemudahan yang sempurna. Dalam
sejarah Islam tiga istilah digunakan iaitu madaniyyah, umran dan hadharah
yang. menggambarkan pencapaian umat Islam dalam pemurnian aqidah,
perlaksanaan syariah, kecemerlangan dan ketinggina akhlaq disamping
ketrampilan dalam keilmuan dunia dan agama dan kemajuan kebendaan
berteraskan agama. 8

Janakan kefahaman anda


dengan menyiapkan latihan
berikut

Anda mungkin juga menyukai