Anda di halaman 1dari 6

7.

BAHASA HUKUMAN DAN PERGERAKAN KAWAD :


Bahasa hukuman yang digunakan hendaklah mengikut bahasa hukuman PDRM
atau ATM.
7.1.

Kawad Asas:
a.
Platun di bawa masuk oleh Ketua Platun ke litar pertandingan
dengan 3 barisan, berjalan dalam masa cepat jalan dan berhenti di
hadapan (tengah-tengah) Ketua Hakim. kadar berjalan ialah 128135 langkah seminit. Kelajuan yang lebih atau kurang akan
Dikenakan penalti.
b.
Menghadap ke hadapan. Contoh bahasa hukuman Baris akan
menghadap ke hadapan, ke kanan pusing.
c.
Buka barisan. Contoh bahasa hukuman Buka barisan...gerak.
d.
Selepas itu hukuman ke kanan lurus dan pandang depan diberi.
Contoh bahasa hukuman Ke kanan...lurus. Pandang...depan
e.
Melapor. Ketua Platun melapor kepada Ketua Hakim. Semasa
Ketua Platun melapor, platun akan berada dalam kedudukan sedia
dan buka barisan. Contoh bahasa hukuman ketika melapor ialah
Assalamulaikum / Selamat Sejahtera Tuan, Pasukan ( BSMM L1 /
Pengakap P1 ) siap untuk diuji, tuan. Selepas Ketua Hakim
menerima laporan, Ketua Platun hendaklah memberi hukuman
Terima kasih tuan.
f.
Memulakan kawad statik dalam keadaan buka barisan. Platun
diwajib melakukan semua pergerakan kawat statik berikut mengikut
urutan:
i.
Bergerak ke kiri. Contoh bahasa hukuman: Bergerak ke kiri
bertiga-tiga , ke kiri.....pusing.
ii.
Bergerak ke kanan. Contoh bahasa hukuman: Bergerak ke
kanan bertiga-tiga, ke belakang pusing
iii.
Menghadap ke belakang. Contoh bahasa hukuman:
Baris akan menghadap ke belakang, ke kanan....pusing
iv.
Menghadap ke hadapan. Contoh bahasa hukuman: Baris
akan menghadap ke hadapan, ke belakang pusing .
g.
h.
i.
j.
k.

Hukuman tutup barisan diberi selepas selesai kawad asas. Contoh


bahasa hukumannya, tutup barisan.......gerak.
Selepas itu hukuman ke kanan lurus dan pandang depan diberi.
Hukuman bergerak ke kiri di beri (untuk memulakan kawad
dinamik). Contoh bahasa hukuman: bergerak ke kiri bertiga-tiga,
ke kiri......pusing.
Berjalan dalam masa cepat jalan sebanyak satu pusingan dan
apabila membelok, beri hukuman kiri belok. (Rujuk Pelan Litar
Pertandingan 2).
Hukuman tukar langkah perlahan....perlahan jalan diberikan
setelah platun melepasi kon D dan sebelum kon A.

l.

m.

n.
o.
p.

Hukuman kiri belok diberikan di kon F (kon hijau) dalam pusingan


pertama dan apabila semua anggota platun selesai membelok,
contoh bahasa hukuman Baris akan menghadap ke hadapan, ke
kanan....pusing diberikan. Platun akan perlahan jalan dalam
barisan melintang melintasi para hakim.
Sebelum melintasi garisan kon B dan kon C, platun di kehendaki
melakukan pergerakan berikut mengikut urutan. Contoh bahasa
hukuman ialah;
i. buka barisan (dalam perlahan jalan)
ii. pandang...kanan (dalam perlahan jalan)
iii. pandang...depan. (dalam perlahan jalan)
iv. tutup, barisan. (dalam perlahan jalan)
Sebaik sahaja melintasi garisan kon B dan C, hukuman bergerak
ke kiri bertiga-tiga, ke kiri.....pusing diberikan.
Hukuman tukar langkah cepat, cepat jalan diberikan setelah
platun berada antara kon C dan kon D.
Platun akan berjalan sehingga ke kon D, hukuman kiri belok
diberikan dan kon E (kon hijau) hukuman kiri belok diberikan.
Selepas melintasi kon E, platun dikehendaki melakukan
pergerakan kawad berikut mengikut urutan:
i. Hormat ke kanan. Contoh bahasa hukuman: Hormat ke
kanan....hormat.
ii. Hormat ke hadapan. Contoh bahasa hukuman: Hormat ke
hadapan....hormat.
iii. Tukar langkah semasa berjalan. Contoh bahasa hukuman:
Tukar langkah semasa berjalan, tukar langkah, tukar
langkah, tukar langkah, maju.
iv. Hormat selaku terima sijil. Contoh bahasa hukuman: Hormat
selaku terima sijil, hormat ke hadapan.......hormat.
v. Tukar langkah perlahan. Contoh bahasa hukuman: Tukar
langkah perlahan, perlahan.....jalan.
vi. Bergerak ke kanan dalam perlahan jalan. Contoh bahasa
hukuman:
Bergerak
ke
kanan
bertiga-tiga,
ke
belakang....pusing.
vii. Tukar langkah cepat jalan. Contoh bahasa hukuman: Tukar
langkah cepat, cepat jalan.
viii.Bergerak ke kiri. Contoh bahasa hukuman: Bergerak ke kiri
bertiga-tiga, ke belakang....pusing.
ix. Menghadap ke belakang. Contoh bahasa hukuman: Baris akan
menghadap ke belakang, ke kiri......pusing.
x. Menghadap ke hadapan. Contoh bahasa hukuman: Baris akan
menghadap ke hadapan, ke belakang......pusing. (Ingatan :
tiada hukuman henti dan ke kanan lurus)
xi. Hentak kaki. Contoh bahasa hukuman: Hentak kaki.
xii. Henti. Contoh bahasa hukuman: Baris....henti.

q.

xiii.Mara mengadap (10 14 langkah diakhiri dengan tabik).


Contoh bahasa hukuman: Baris akan mara mengadap, dari
tengah, cepat jalan. (Ketua Platun akan bersama-sama
platun ketika mara mengadap).
Tamat bahagian kawad asas (statik dan dinamik).

Asas Perbarisan
Setiap pengakap boleh melakukan pergerakan asas perbarisan dengan betul dan
serentak. Mereka seharusnya dapat memberi hukuman atau sebagai ketua perbarisan
dalam patrolnya sendiri. Mereka perlu sentiasa berlatoh melakukan pergerakan asas
perbarisan. Di bawah ini, terdapat beberapa pergerakan dalam asas perbarisan.
Masuk Baris
Biasanya, arahan akan diberikan oleh ketua perbarisan atau lebih dikenali sebagai
jurukawat. Kedudukan ahli pengakap bergantung pada arahan yang diberikan oleh
jurukawat. Pada kebiasaannya, semasa latihan perbarisan, pengakap berada dalam
tiga barisan. Apabila masuk baris, ahli pengakap dikehendaki berada dalam sedia.
Sedia
Berdiri dengan kedua-dua tumit dirapatkan dan hujung kaki dibuka lebih kurang 12 cm
hingga 15 cm. Kedua-dua paha hendaklah dirapatkan, genggaman tangan diletakkan
ke penjahit seluar, buka dada, dagu didongakkan ke atas supaya dapat memandang ke
hadapan.
Senang Diri
Keadaan dada dan kepala pengakap semasa kedudukan senang diri adalah sama
seperti kedudukan sedia. Letakkan tangan kanan di atas tangan kiri, ibu jari bersilang
dan pastikan jari-jari rapat dan lurus. Tangan diletakkan ke paras punggung dan
pastikan lengan rapat ke tubuh.
Rehatkan Diri
Kedudukannya sama seperti senang diri. Perbezaannya adalah tangan diletakkan di
paras pinggang dan pastikan siku tidak bersentuh dengan tubuh.
Ke Kanan Lurus dan Pandang Hadapan
Penanda barisan, iaitu pengakap yang berada di barisan hadapan kanan sekali tidak
perlu melakukan pergerakan. Apabila arahan diberikan, semua pengakap yang berada
di barisan hadapan, kecuali penanda keluarkan kaki kiri ke hadapan, angkat sedikit ke
atas dan hentak kaki ke tanah. Diikuti kaki kanan diangkat ke hadapan dan dihentak ke
tanah di sebelah kaki kiri. Pastikan kedua-dua kaki rapat. Pandang muka ke kanan, dan
dalam masa yang sama angkat genggaman tangan kanan supaya menyentuh bahu
orang di sebelah kanan. Betulkan barisan dengan cara menggerakkan kaki sehingga
barisan menjadi lurus. Pada masa yang sama, pengakap yang berada di barisan
tengah dan barisan belakang perlu mengikut menggerakkan kaki supaya kedudukannya
yang selari dengan pengakap yang berada di sebelah kanan dan hadapan masingmasing sambil muka ditolehkan ke kanan. Apabila barisan sudah menjadi lurus,
hentikan pergerakan kaki dan berada dalam keadaan diam. Apabila mendengar arahan
pandang depan, jatuhkan tangan kanan dan dengan serentak palingkan muka ke
hadapan. Kedudukan ini mesti dalam keadaan sedia.

Ke Kanan Pusing
Pengakap berada dalam kedudukan sedia. Apabila mendengar hukuman ke kanan
pusing, pengakap dikehendaki pusingkan kaki kanan sebanyak 90 ke kanan. Angkat
kaki kiri dan hentak kaki kiri di sebelah kaki kanan supaya dalam kedudukan sedia.
Pergerakan dilakukan dengan menggunakan tumit kaki kanan dan hujung kaki kiri.
Ke Kiri Pusing
Pengakap berada dalam kedudukan sedia. Apabila mendengar hukuman ke kiri pusing,
pengakap dikehendaki pusingkan kaki kiri sebanyak 90 ke kiri. Angkat kaki kanan dan
hentak kaki kanan di sebelah kaki kiri supaya dalam kedudukan sedia. Pergerakan
dilakukan dengan menggunakan tumit kaki kiri dan hujung kaki kanan.
Ke Belakang Pusing
Pengakap berada dalam kedudukan sedia. Apabila mendengar hukuman ke belakang
pusing, pengakap dikehendaki pusingkan kaki kanan sebanyak 180 ke belakang
mengikut arah pusingan jam. Angkat kaki kiri dan hentak kaki kiri di sebelah kaki kanan
supaya dalam kedudukan sedia. Pergerakan dilakukan dengan menggunakan tumit
kaki kanan dan hujung kaki kiri.
Buka Barisan
Pergerakan ini dilakukan oleh Pengakap yang berada dalam barisan hadapan dan
barisan belakang sahaja. Pengakap dalam barisan tengah tidak melakukan sebarang
pergerakkan. Pengakap berada dalam keadaan sedia. Apabila mendengar hukuman,
Pengakap di barisan hadapan bergerak dua langkah ke hadapan dan pengakap di
barisan belakang bergerak dua langkah ke belakang. Seterusnya hentak kaki kiri
disebelah kaki kanan dan akhirnya hentak kaki kanan supaya berada dalam keadaan
sedia semula.
Tutup Barisan
Pergerakan ini dilakukan oleh Pengakap dalam barisan hadapan dan belakang.
Pengakap yang berada di barisan tengah tidak melakukan sebarang pergerakkan.
Pengakap berada dalam kedudukan sedia. Apibila mendengar hukuman tutup barisan,
Pengakap di barisan hadapan bergerak dua langkah ke belakang manakala di barisan
belakang bergerak dua langkah ke hadapan. Seterusnya, hentak kaki kiri disebelah kaki
kanan dan akhirnya hentak kaki kanan supaya berada dalam keadaan sedia semula.
Langkah Ke Sebelah
Hukuman langkah ke sebelah boleh diberikan dalam dua pergerakkan, iaitu langkah ke
sebelah kanan dan langkah ke sebelah kiri. Pengakap berada dalam kedudukan sedia.
Apabila mendengar hukuman langkah ke sebelah kanan, Pengakap dikehendaki
mengangkat dan meletakkan kaki kanan di sebelah kanan kira-kira 20 inci. Seterusnya,
angkat kaki kiri dan hentak di sebelah kaki kanan supaya dalam kedudukan sedia.
Apabila mendengar hukuman langkah ke sebelah kiri, Pengakap dikehandaki
mengangkat dan meletakkan kaki kiri disebelah kiri kira-kira 20 inci. Seterusnya, angkat
kaki kanan dan hentak di sebelah kaki kiri supaya dalam kedudukan sedia.

Paras
Tujuan arahan paras diberikan supaya barisan dibentuk adalah menarik dan senang
membuat pergerakkan. Bentuk paras bergantung kepada jurukawat dan jenis
pertandingan yang ingin dilaksanakan. Empat jenis paras yang boleh diberikan iaitu:Paras ahli tinggi di tengah;
Paras ahli rendah ditengah;
Paras ahli tinggi di kiri; dan
Paras ahli rendah di kiri.
Keluar Baris
Arahan ini diberikan bertujuan untuk memberi masa rehat untuk melakukan aktiviti
seterusnya. Apabila hukuman diberikan, Pengakap hendaklah berpusing ke kanan,
bergerak 3 langkah ke hadapan dengan kaki kiri bergerak dahulu dan akhirnya
berpecah.
Bersurai
Arahan ini diberikan apabila semua aktiviti hari tersebut selesai atau tamat. Apabila
hukuman diberikan, Pengakap hendaklah berpusing ke kanan, memberi hormat
pengakap, bergerak 3 langkah ke hadapan denga kaki kiri bergerak dahulu dan
akhirnya berpecah.
HUKUMAN KAWAD
1. Baris, baris sedia
2. Baris, senang diri.
3. Rehatkan diri..
4. Scout.
1. Luruskan barisan,
2. Scout,
3. Buka barisan, Gerak,
1. Ke kanan lurus,
2.Pandang depan.,
1. Bergerak ke kanan, kanan sing..,
2. Menghadap kehadapan, kiri Sing,
1. Bergerak ke kiri, kiri Sing,
2. Menghadap kehadapan, kanan Sing,
1. Menghadap kebelakang, belakang sing,
2. Menghadap ke hadapan, belakang sing,
1. Dua langkah ke kiri, Gerak,
1. Tutup barisan, Gerak,
2. Keluar.Baris.