Anda di halaman 1dari 20

DEFINISI PERKEMBANGAN MOTOR

Bidang pengajaran pergerakan manusia yang berfokus kepada perubahan


dari segi keupayaan kawalan pergerakan dan prestasi motor yang berlaku
sepanjang hayat.Perubahan-perubahan yang berlaku adalah hasil proses
semulajadi yang di alami oleh sistem biologi seperti proses perkembangan,
tumbesaran, kematangan dan penuaan.Perubahan yang berlaku dilihat
dalam dua aspek:
a.
Peningkatan keupayaan (dari bayi hingga dewasa )
b.
Penurunan keupayaan ( dari dewasa hingga tua )
Peringkat perkembangan kemahiran motor perkembangan kemahiran
motor berlaku mengikut prinsip perkembangan yang terbahagi kepada dua
dan prinsip-prinsip ini berfokus kepada perkembangan yang berlaku pada 2
tahun pertama selepas kelahiran.Prinsip-prinsip tersebut ialah:a.
b.

Prinsip I Prinsip cephalo-caudal


Prinsip II Prinsip proksimo-distal

TINGKAT / TAHAP PENCAPAIAN MOTOR


Tahap pencapaian motor berfokus kepada perkembangan yang berlaku
selepas dua tahun kelahiran iaitu apabila keupayaan untuk bergerak tanpa
sokongan dicapai.Tahap pencapaian motor berfokus kepada perkembangan
tiga aspek yang utama.
(i)

(ii)

Perkembangan kawalan postur


Pencapaian motor dalam aspek kawalan postur adalah seperti
berikut (mengikut urutan)
1. Kawalan kepala
2. Duduk tanpa sokongan
3. Diri tanpa sokongan
Perkembangan keupayaan lokomotor
Tahap pencapaian lokomotor dalam aspek keupayaan motor
adalaha seperti berikut.(mengikut urutan)
1. Mengguling
2. Merangkak
1

(iii)

3. Diri tanpa sokongan


Perkembangan keupayaan bukan lokomotor
Pencapaian motor dalam aspek keupayaan bukan lokomotor adalah
berciri seperti berikut (mengikut sekuen)
1. Keupayaan menggenggam tangan tanpa objek
2. Keupayaan mencapai sasaran
3. Keupayaan menggenggam objek

MODEL PEMPROSESAN MAKLUMAT


1. Teori Pemprosesan Maklumat R. M. Gagne
Robert M. Gagne dalam bukunya Essentials of Learning for Instuction
( 1975 ) mengemukakan satu teori mengenai bagaimana manusia
memperoleh maklumat dalam sesuatu proses pembelajaran. Mengikut
teorinya, ransangan-ransangan dari persekitaran luar akan diterima
dalam sistem saraf melalui deria-deria manusia. Maklumat ini akan
ditafsir dalam stor ingatan, kemudian dihantar kepada stor ingatan
jangka panjang dan akhirnya kepada penggerak tindak balas melalui
sistem saraf.
Mengikut Gagne, pengalaman-pengalaman yang disimpan dalam stor
ingatan jangka panjang adalah penting bagi manusia untuk
mengaitkannya dengan pengalaman-pengalaman baru demi
memudahkan proses pembelajaran berlaku. Gagne mengenal pasti dan
menyarankan lapan fasa yang biasa dialami oleh manusia dalam sesuatu
pembelajaran, iaitu fasa motivasi, fasa kefahaman, fasa penyimpanan,
fasa penahanan, fasa ingatan kembali, fasa generalisasi, fasa prestasi
dan fasa maklum balas.
a)Fasa Motivasi Jangkaan
Fasa motivasi ialah fasa pertama yang berlaku dalam sesuatu proses
pembelajaran. Lazimnya, manusia belajar kerana didorong oleh motivasi
tertentu. Tanpa motivasi, proses pembelajaran tidak akan bermakna dan
berkesan. Oleh itu, motivasi memainkan peranan yang penting dalam
mana-mana proses pembelajaran.
2

Manusia berusaha belajar kerana mempunyai motif tertentu. Motivasi


merupakan tindakan yang menimbulkan motifnya supaya belajar. Jadi
motivasi digunakan untuk menggalakkan murid-murid supaya berusaha
belajar.
b) Fasa Tanggapan Perhatian
Fasa ini melibatkan aktiviti pemerhatian dan pemilihan rangsangan yang
tepat dan relevan. Di dalam fasa ini, seseorang akan menumpukan
perhatian terhadap sesuatu rangsangan yang dimotivasikan dan memilih
serta membezakan rangsangan-rangsangan melalui organ derianya.
Contohnya, semasa belajar di bilik darjah, seorang murid menumpukan
perhatian terhadap aktiviti pengajaran guru dan menolak gangguan yang
lain seperti bunyi perbualan daripada rakan sekelas yang lain.
c) Fasa Penyimpanan- Kod
Apabila seseorang telah berjaya memilih rangsangan yang relevan dan
mempersepsikannya denga tepat, maka rangsangan itu akan dibawa oleh
sistem saraf ke dalam stor ingatan jangka pendek. Di situ, rangsangan
tersebut akan dikodkan dengan suatu cara yang ringkas dan tersendiri
seperti merekodkan isi-isi penting dalam bentuk yang mudah disimpan.
d) Fasa Penahanan- Stor Ingatan
Selepas rangsangan yang dipilih dan dikodkan dalam stor ingatan jangka
pendek, sebahagian atau keseluruhanya akan disalurkan dan disimpan
dalam stor ingatan jangka panjang. Kod-kod yang disimpan dalam stor
jangka panjang akan ditransformasikan dan disusun semula dengan satu
sistem yang lebih kekal dalam ingatan dan lebih mudah dikeluarkan. Fasa
ini dinamakan fasa penahanan, iaitu menyimpan maklumat, peristiwa
atau pengalaman yang diperoleh dengan cara yang sistematik.
e) Fasa Mengingat Kembali- Mencari
3

Fasa mengingat kembali merupakan tindakan mencari maklumat atau


pengalaman yang telah disimpan dalam stor ingatan jangka panjang.
Tindakan ini biasanya digerakkan oleh rangsangan luaran atau motif
dalaman. Misalnya seorang murid berusaha mengingat kembali apa yang
telah dipelajarinya untuk menjawab soalan guru.
f) Fasa Generalisasi- Pindaan
Fasa generalisasi ini merujuk kepada fasa pemindahan pembelajaran
atau fasa aplikasi di mana seseorang individu boleh mengingat kembali
maklumat dalam stor ingatan jangka panjang dan menggunakannya
untuk situasi yang sama atau serupa.
Misalnya, seorang murid telah mengetahui bentuk segiempat tepat,
segiempat sama sisi, rombus yang masing-masing mempunyai empat
sisi, maka murid itu akan membuat generalisasi bahawa bentuk-bentuk
tersebut boleh diklasifikasikan dalam kategori sisiempat.
g) Fasa Prestasi- Gerak Balas
Fasa prestasi juga dikenali sebagai fasa perlakuan. Mengikut Gagne, fasa
ini boleh diperlihatkan dan diukur daripada perubahan tingkah laku
seseorang dalam proses pembelajaran. Fasa prestasi berlaku apabila
seseorang bertindak balas dengan perubahan tingkah lakunya sebaik
sahaja isyarat ransangan diberikan. Misalnya, murid bertindak balas
dengan menjawab soalan guru secara lisan.
h) Fasa Maklum Balas-Peneguhan
Fasa ini merupakan fasa terakhir dalam sesuatu proses pembelajaran.
Fasa maklum balas ini berlaku selepas seseorang individu telah bertindak
balas dengan prestasi atau perubahan tingkah laku yang tepat.
Tindakan maklum balas mempunyai fungsi peneguhan seperti memberi
galakan kepada orang yang telah menunjukkan prestasi yang tepat.
Contohnya, seseorang murid yang dapat memberi jawapan yang harus
4

diberikan pujian oleh guru.


Berdasarkan Model Pemprosesan Maklumat yang dikemukakan Gagne,
beberapa aspek utama dapat dikenal pasti dalam fasa proses
pembelajaran. Di antaranya ialah kesediaan, motivasi, pengamatan,
ingatan dan lupaan serta pemindahan.
2. Teori Pengajaran Burner
Bruner ( 1973 ), mengemukakan Teori Pembentukan Konsep melalui
proses pengkategorisasi iaitu proses pengamatan. Mengikut beliau,
dengan mengkategorikan perkara-perkara dan benda yang mempunyai
ciri yang sama dalam beberapa kelompok, maka kita akan dapat
menjadikan pelajaran dengan lebih sistematik, teratur dan mudah.
Selain itu, dalam mengelaskan haiwan-haiwan yang pelbagai jenis
kepada kelompok-kelompok mengikut habitat mereka akan memudahkan
murid-murid mengamati ciri-ciri haiwan dalam pelajaran di sekolah.
Sehubungan dengan itu, di dalam teori pengajarannya, Bruner
menyarankan bahawa :
a) Teori Pengajaran harus menetukan butir-butir pengetahuan sedia ada yang
digunakan sebagai motivasi pelajar.
b) Bahan-bahan pembelajaran harus distukturkan secara sistematik supaya
mudah
dipelajari.
c) Teori Pengajaran harus menentukan cara yang palin berkesan untuk
mengorganisasikan bahan-bahan pengajaran supaya mudah
dipersembahkan dan
mudah dipelajari.
d) Teori Pengajaran harus menentukan ganjaran dan denda selepas penilaian
akiviti
pembelajaran supaya pelajar mendapat kepuasan dalam pelajaranya.

3. Model Taba : Pembentukan Konsep


Mengikut Taba, konsep boleh dibentuk dengan tepat melalui penyusunan
banan-bahan pengajaran dalam suatu sistem yang sesuai. Dalam hal ini,
Taba mencadangkan satu model yang mengaitkan pembentukan konsep
dengan pemilihan dan memeringkatkan isi pelajaran dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Mengikut Taba, pembentukan sesuatu konsep
haruslah dilakukan melalui empat peringkat utama iaitu :
a) Peringkat Penyusunan Data
Menyusun fakta-fakta dengan memerhatikan ciri-ciri persamaan dan
perbezaanya.
b) Peringkat Pembentukan Konsep
Menggolongkan dan mengelaskan fakta-fakta berdasarkan ciri-ciri
persamaan supaya menjadi kategori tertentu.
c) Peringkat Membentuk Hukum
Membuat kesimpulan atau generalisasi berdasarkan hubungan-hubungan di
antara kategori-kategori yang dibuat dalam peringkat sebelumnya.
d) Peringkat Aplikasi
Penggunaan generalisasi atau kesimpulan baru
Model Pengajaran Taba mengaitkan stuktur pengetahuan dengan proses
perancangan dan pembelajaran. Semasa proses perancangan pelajaran,
perkara-perkara yang hendak dipertimbangkan ialah penyusunan data,
pembentukan konsep dan membuat generalisasi atau prinsip dari konkrit
kepada abstrak. Di dalam proses pembelajaran, teknik meningkatkan daya
pemikiran pelajar adalah penting untuk memperoleh dan menguasai
generalisasi atau prinsip yang abstrak.
4. Model Inkuiri
Kaedah inkuiri merangkumi segala proses soal selidik untuk mendapatkan
6

jawapan atau daripada masalah yang dikemukakan. Aktiviti soal selidik ini
memerlukan murid mengenal pasti soalan bermasalah, membentuk
hipotesis, merancang aktiviti kajian, menjalankan siasat dan membuat
rumusan atau mendapatkan jawapan. Kaedah inkuiri boleh dikendalikan
berdasarkan salah satu daripada tiga model berikut :
a) Model Inkuiri Sains
Digunakan untuk mengkaji prinsip, fenomena dan ciri-ciri unsur sains. Prinsip
kajian adalah berlandaskan kepada lima langkah aktiviti soal selidik yang
dihuraikan dalam Model Dewey ; mengenal pasti masalah, mencari
maklumat rumusan, membentuk hipotesis, menguji hipotesis dan menilai
serta membuat rumusan.
Proses mengenal pasti masalah melibatkan aktiviti memahami dan
mengenal pasti aspek-aspek penting yang terkandung dalam masalah.
Peringkat mencari maklumat melibatkan aktiviti mengumpul bahan-bahan
atau fakta-fakta yang berkaitan dengan penyelesaian masalah. Peringkat
membuat hipotesis merujuk kepada cadangan strategi dan cara
menyelesaikan masalah. Peringkat menguji hipotesis merupakan proses
perlaksanaan strategi dan aktiviti penyelesaian, manakala peringkat menilai
dan membuat rumusan merujuk kepada aktiviti penilaian dan membuat
rumusan terhadap teknik penyelesaian yang telah digunakan dalam proses
penyelesaian masalah.
b) Model Inkuiri Sosial
Digunakan untuk mengkaji topik-topik yang berkaitan dengan bidang
kemanusiaan dan kemasyarakatan. Proses kajian adalah berlandaskan
kepada aktiviti pemerhatian , temubual atau soal selidik. Model inkuiri sosial
menegaskan proses interaksi sosial. Model ini merangkumi enam langkah
iaitu ; pembentukan masalah oleh pengajar, pembentukan hipotesis oleh
pelajar, menemtukan definisi untuk hipotesis, perbincangan kesahan
hipotesis, mencari sokongan untuk hipotesis dan membuat rumusan atau
kesimpulan.
7

c) Model Inkuiri Juris Prudential


Digunakan untuk mencari kebenaran dan ketepatan isu-isu seperti belajar
Sains lebih berguna daripada belajar Sastera. Proses inkuiri ini adalah
berlandaskan kepada aktiviti perdebatan.Di dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran, terdapat dua jenis teknik inkuiri iaitu inkuiri terbimbing dan
inkuiri terbuka. Inkuiri terbimbing memerlukan guru membimbing muridmurid menjalankan segala proses kajian. Inkuiri jenis ini sesuai digunakan
pada peringkat sekolah rendah dan juga sekolah menengah. Dalam inkuiri
terbuka, murid-murid tidak diberi sebarang bimbingan. Segala proses kajian
dijalankan oleh murid sendiri. Inkuiri jenis ini sesuai digunakan pada
peringkat sekolah menengah atasa dan peringkat lebih tinggi.
d) Model Inkuiri Suchman
Model ini diperkenalkan oleh Richard Suchman berlandaskam andaian
bahawa strategi-strategi yang digunakan oleh ahli sains untuk menjalankan
kaji selidik boleh juga digunakan sebagai model pengajaran dalam
matapelajaran khususnya sains.
Posted by Pemulihan's Group at 10/19/2009 10:18:00 PM
5. Teori Humanistik Mengikut Pandangan Abraham Maslow
Maslow melihat individu sebagai sesuatu yang berintergrasi dan penyusuan
keseluruhan. Contohnya, seorang insan yang lapar, ianya bukan sebahagian
daripada diri individu tersebut, sebaliknya keseluruhan diri individu
menunjukkan rasa lapar. Teori Maslow ini ada berkaitan dengan personaliti,
dan menitikberatkan beberapa andaian yang berkaitan dengan motivasi.
Beliau menekankan keseluruhan diri individu bergerak, bukan hanya
sebahagian daripada individu.
Maslow menganggap motivasi sebagai sesuatu yang kompleks, dimana
tingkah laku luaran yan diperlihatkan oleh manusia. Beliau juga
8

menganggap, individu akan terus bermotivasi oleh kerana sesuatu


matlamat. Matlamat ini dianggap sebagai keperluan yang perlu dipenuhi
oleh semua manusia tanpa mengambil kira budaya, persekitaran dan
perbezaan generasi.
Personaliti yang dibincangkan oleh Maslow lebih kepada keperluan individu.
Maslow sering mengaitkan perkembangan personaliti dengan motivasi.
Motivasi lahir dari keperluan yang diperolehi oleh setiap individu. Maslow
berpendapat sebilangan keperluan dalaman yang menggerak serta
mengarahkan perlakuan yang dipamerkan oleh individu. Keperluan yang
ditunjukkan oleh Maslow boleh dilihat dalam bentuk hieraki.
Menurut beliau keperluan di tahap yang paling bawah/keperluan fisiologi
harus dipenuhi terlebih dahulu sebelum seseorang individu memikirkan
tahap kedua. Dengan kata lain keperluan di peringkat kedua tidak akan
wujud jika keperluan diperingkat pertama tidak mencapai tahap
kesempurnaan.
Maslow juga menyebut terdapat perbezaan diantara keperluan peringkat
bawah dengan keperluan di peringkat tinggi. Antaranya :
Keperluan di peringkat tinggi wujud lewat di dalam pertumbuhan diri kita
dan kewujudannya secara beransur ansur. Oleh kerana lebih tinggi
keperluan itu ianya lebih istimewa kepada individu tersebut.
Keperluan fisiologi wujud sebaik sahaja individu lahir di dunia.
Keperluan penghargaan kendiri timbul di peringkat remaja dan dewasa.
Manakala
keperluan kesempurnaan kendiri wujud selepas pertengahan umur.
Kepuasan memenuhi keperluan di peringkat tinggi akan membawa erti
yang

mendalam kepada diri individu tersebut, seperti gembira. Keperluan di


peringkat
tertinggi (keperluan kesempurnaan kendiri) dianggap sebagai keperluan
pertumbuhan.
Keperluan keperluan di peringkat rendah, adalah keperluan yang
semestinya dilalui
oleh setiap individu bagi mengekalkan kestabilan.

5 TAHAP KEPERLUAN MANUSIA


1. Keperluan Fisiologi
Keperluan manusia yang paling asas adalah untuk hidup. Manusia perlukan
udara, air, makanan dan tempat tinggal bagi memenuhkan kehendak
pertama dan utama ini. Pada masa ini, keperluan lain tidak sama sekali
menjadi tumpuan selagi kehendak asas ini dipenuhi.
2. Keperluan Keselamatan
Setelah keperluan ini dicapai, manusia akan mencari keselamatan hidup,
kestabilan kerja, jagaan masyarakat, undang undang serta membebaskan
diri daripada ancaman luaran mahupun dalaman. Tahap keselamatan ini
amat diperlukan bagi menjamin kesejahteraan hidup.
3. Keperluan Kasih Sayang dan Kepunyaan
Dalam memenuhkan keperluan kasih sayang pula, manusia perlukan
hubungan dengan insan lain. Kita semua pada asasnya ialah haiwan yang
bersosial, iaitu kita perlukan kasih sayang daripada orang lain. Oleh itu
manusia ini sememangnya tidak boleh wujud bersendirian.
4. Keperluan Penghargaan Kendiri
Tahap seterusnya adalah kehendak untuk penghargaan kendiri. Kita mahu
10

berkuasa, sekurang kurangnya ke atas diri kita sendiri. Pada masa yang
sama, kita juga perlukan kekuatan, kebolehan, kepakaran serta kebebasan.
Seterusnya manusia ingin dihormati, disanjungi dan kehendak status dalam
hidup.
5. Keperluan Kesempurnaan Kendiri
Akhir sekali usaha manusia yang teragung adalah untuk mencapai
kesempurnaan kendiri. Semua tahap kehendak sebelum ini perlu dipenuhi
terlebih dahulu sebelum seseorang itu inginkan kesempurnaan kendiri.
Ciri Ciri Individu Yang Telah Mencapai Kesempurnaan Kendiri
Mengikut Maslow manusia yang mempunyai kesempurnaan kendiri
merupakan manusia yang telah mencapai perkembangan personaliti
tertinggi dan telah dapat menrealisasikan pontesinya. Ciri ciri personaliti
manusia yang telah mencapai tahap kesempurnaan kendiri ialah, antaranya :
i)

Mencapai perkembangan moral yang tinggi iaitu lebih mengutamakan

kebajikan
orang lain.
ii) Mempunyai komitmen yang tinggi terhadap tugas dan pekerjaan.
iii) Mempunyai pegangan hidup yang kukuh, jujur, bertindak berdasarkan
kepada apa
yang dipercayainya walaupun tidak popular.
iv) Tidak berminat untuk menjadi pengikut kepada suasana semasa seperti
fesyen,
adat resam, dan seumpamanya.
v) Seronok bersama kawan kawan tetapi tidak bergantung kepada mereka.
vi) Seronok dengan kehidupan yang mencabar dan yang baru.
Bersikap objektif.
11

Kaitan Teori Humanis dengan kemahiran yang di ajar


Kemahiran yang saya ajar ialah Mengelecek Bola, dalam kemahiran ini
murid-murid dibimbing mengenaai cara-cara mengelecek dengan
mengunakan pelbagai alat contohnya, mengelecek bola melelui skatel yang
disusun,melalui garisan yang telah ditetapkan oleh guru,di halang oleh
rakan-rakan dan berlari sambil mengelecek bola.Kaitan kemahiran
pengajaran saya dengan Teori Humanis ialah,Maslow melihat individu
sebagai sesuatu yang berintergrasi dan penyusuan keseluruhan.
Contohnya, seorang insan yang lapar, ianya bukan sebahagian daripada
diri individu tersebut, sebaliknya keseluruhan diri individu menunjukkan
rasa lapar. Teori Maslow ini ada berkaitan dengan personaliti, dan
menitikberatkan beberapa andaian yang berkaitan dengan motivasi.
Beliau menekankan keseluruhan diri individu bergerak, bukan hanya
sebahagian daripada individu.
Dalam proses latihan, saya akan memperkenalkan beberapa penggalak
supaya murid tidak bosan dalam aktiviti latihan dan dapat meningkatkan
motivasi diri pelajar, pertama saya perlu menyediakan kemudahan
secukupnya dalam permainan bola sepak seperti, bola, keadaan padang
yang selesa dan masa latihan yang sesuai. Selain itu latihan-latihan yang
dilaksanakan hendaklah bersesuaian dengan tahap keupayaan
murid.Apabila murid dapat memahami dan ada peningkatan, motivasi
seperti, member penghargaan kepada peserta yang terbaik atau pun
member hadiah yang berpatutan.

12

PELAN TINDAKAN LATIHAN BOLA SEPAK


SK PEKAN II,SEMPORNA
SABAH.
TAHUN 2012

MATLAMAT :
-

Meningkatkan kokurikulum melalui modal insan yang


berketrampilan

STRATEGI :
-

Menggunakan bakat dan minat murid secara berfokus dan berkesan


Mendaftarkan murid mengikut bakat dan minat
Murid dapat mempamerkan dan mengembangkan potensi dalam

sukan permainan, Kokurikulum dan Koakademik


Merancang aktiviti latihan bola sepak dengan berfokus untuk
mencapai objektif Meningkatkan kemahiran sosial murid pelbagai
kaum berdasarkan Modul RIMUP Pengiktirafan kepada murid yang
cemerlang dan aktif dalam bidang sukan bola sepak

13

LATIHAN KEMAHIRAN MENGELECEK DALAM BOLA SEPAK


Latihan kemahiran bola sepak telah dijalankan untuk murid-murid SK Pekan ll
sebagai satu persediaan bagi kejohanan peringkat kawasan bagi tahun 2012.
Penyertaan pada tahun ini sebagai satu pendedahan kepada pemain kerana
sebahagian besar daripada mereka baru sahaja belajar bermain bola sepak pada tahun
ini.Ini adalah kerana pada tahun 2010 pasukan SK pecan ll juara dalam daerah
Semporna

Murid-murid yang terlibat dalam program pembangunan pasukan bola


sepak.
Latihan kemahiran mengelecek bola.

14

Mengaplikasikan kemahiran yang diajar.

15

Minat dan keazaman


menjadi bekalan
bagi mencapai matlamat.

PENILAIAN KEMAHIRAN MENGELECEK BOLA


Aspek-aspek yang dinilai:
Penilaian yang di nilai dalam aktiviti ini ialah::
a

Disiplin

Kepantasan

Kawalan bola

Bagi ketiga-tiga aspek ini peratus markah yang diperuntukkan adalah seperti berikut:

Jadual 1
ASPEK PENILAIAN

% MARKAH

Disiplin

60

Kepantasan

20

Kawalan bola

20
16

Jumlah

100%

Markah Aspek Disiplin ialah markah yang tertinggi (60%). Ini bertujuan untuk
membentuk murid yang berdisiplin selain melancarkan aktiviti.

Markah Aspek Kepantasan ialah 20% dan diberikan kepada individu yang berjaya
membawa bola dengan pantas
Markah Aspek Kawalan bola

20% dan diberikan kepada mereka yang berjaya

mengawal bola tidak jauh dari kaki.

RUMUSAN PENILAIAN KEMAHIRAN


Oleh kerana terdapat pelajar yang baru mengatahui kemahiran ini, pada peringkat
awalnya ia menghadapi kesulitan,terutama dalam aktiviti membawa bola mengelilingi
skatel, membawa bola sambil memandang kehadapan dan membawa bola sambil
dibayangi oleh rakan.
Selain itu kadang-kadang murid tidak memberi tumpuan sepenuhnya menyebabkan
aktiviti tidak berjalan seperti yang dirancang, dalam keadaan ini, berlaku kekangan
masa yang tidak mencukupi.Selain itu, dalam aktiviti ini, murid yang cergas dan lembap
akan dapat di nilai melalui pergerakan mereka.
Dari penilaian saya, kemahiran tersebut patut di ulang sekali lagi supaya murid dapat
mengaplikasikannya dengan betul.
RUMUSAN PENILAIAN SEMULA
Oleh kerana kemahiran peringkat pertama tidak mengikut yang telah dirancang, saya
mengambil keputusan untuk mengajarnya semula dangan mengenal pasti kelemahan-

17

kelemahan yang ada. Antara kelemahan-kelemahan itu ialah, disiplin murid kurang
terkawal dan tumpuan tidak sepenuhnya.
Saya telah mengaitkannya dengan teori pengajaran Humanis yang menitiberatkan
kepada Motivasi diri pelajar. Pertama saya telah mengubah aktiviti dalam bentuk
pertandingan, siapa yang terbaik dalam melakukan aktiviti yang di rancang akan
mendapat hadiah. Contoh hadiah tersebut ialah, hamper, minuman, dan alat-alat tulis.
Perbezaan dalam pengajaran pertama dan kedua amat ketara di mana, dalam
pengajaran kedua murid lebih berhati-hati dalam melakukan aktiviti kerana, adanya
hadiah sebagai motivasi mereka.
Kemahiran mengelecek telah berjaya di aplikasikan oleh murid sehinggakan terdapat
murid yang mampu memberi tunjuk ajar kepada murid yang lemah.

RUMUSAN KESELURUHAN
Teori-teori pengajaran sangat berguna untuk di aplikasikan dalam proses
pengajaran pembelajaran, namun harus di sesuaikan dengan teknik pengajaran supaya
objektifnya akan tercapai.Kemahiran yang saya ajar menarik minat pelajar selagi teknik
dan teori yang digunakan sesuai dengan perkembangan murid.
Namun demikian, guru yang bertanjungjawab dalam menjalankan proses ini perlu peka
kepada faktor yang menyeluruh yang mempengaharui pemikiran dan keupayaan murid,
faktor-faktor itu ialah, persekitaran, tingkah laku murid, kecergasan murid dan minat
murid.
Saya mengunakan teori Humanis kerana, teori ini menekankan motivasi sebagai
pendorong melakukan sesuatu. Sebagai guru, teknik ini sangat sesuai untuk mencapai
objektif pengajaran.
Berdasarkan kajian dan pembacaan yang telah saya lakukan, saya mengetahui
dengan lebih mendalam lagi mengenai pembellajaran motor dan perkembangan motor.
Sememangnya pembelajaran motor sangat penting kepada setiap individu kerana ianya

18

melibatkan pergerakan kita setiap hari. Apa yang kita lakukan dan kemana kita pergi
semua pergerakan kita melibatkan lakuan motor.
Pembelajaran motor ini merangkumi banyak bahagian yang semuanya memberi
kelebihan kepada individu yang cuba untuk mengusai kemahiran ini. Individu yang
berjaya menguasaai sesuatu kemairan itu akan berjaya dalam sesuatu bidang. Sebagai
contoh, sekiranya individu A tahu bahawa dia sangat mahir dan mempunyai bakat
sebagai pemain bola yang bermain di posisi penyerang, dia akan berusaha berlatih dan
bermain di posisi serangan.Dengan itu, dia akan mampu untuk menjaringkan lebih
banyak gol.
Dalam pembelajaran motor, semua kemahiran boleh dipelajari walaupun pada
asal tidak mempunyai bakat dalam bidang tersebut. Faktor utama yang dapat mengubah
dan menambah kemahiran seseorang itu ialah latihan. Semakin banyak latihan yang
dibuat maka semakin mahirlah seseorang individu itu. Latihan boleh disimpulkan
sebagai usaha untuk meningkatkan lagi kemahiran motor seseorang itu. Seterusnya,
maklum balas juga sangat penting dalam sesuatu kemahiran yang berkaitan dengan
motor. Maklum balas terbahagi kepada dua iaitu pengetahuan berdasarkan prestasi dan
pengetahuan berdasarkan keputusan. Kedua-dua kemahiran ini sangat penting untuk
memudahkan aktiviti pembelajaran motor. Dengan adanya KR pelajar akan dapat
memotivasikan diri mereka untuk terus berusaha menambahkan kemahiran motor.
Manakala KP pula berguna apabila seseorang itu ingin menggunakan kemahiran yang
sedia ada untuk melakukan pergerakan supaya dapat mencapai prestasi yang
diinginkan.

19

RUJUKAN
Richard A. Schmidt ( 2008 ), Motor Learning and Performance. A situation basedLearning
Approach. Human Kinetic.Craig A. Wrisberg ( 2008 ), ), Motor Learning and Performance. A
situation basedLearning Approach. Human Kinetic.Tan Kait Keong (2008). HBPE4
Pembelajaran Motor. Open University Malaysia .Selangor Darul Ehsan.HumanKinetics( 20
Motor Learning. Diambil daripada laman
webwww.HumanKinetics.com/MotorLearningPerformance. Bertarikh 23-4-2012

Kawalan Motor dan Pembelajaran Motor. Diambil daripadalaman web


http://www.scribd.com/doc/29046830/Kawalan-motor-dan-pembelajaranmotor pada 20-4-2012 pada masa 00:45.

20

Anda mungkin juga menyukai